Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Kanser punca 13.56 peratus kematian di Malaysia

$
0
0

KUALA LUMPUR: Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia merupakan penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem pernafasan iaitu 18.54 peratus dan penyakit pada sistem peredaran 22.77 peratus.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan MNCR (Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan) 2007-2011, seramai 103,507 kes kanser baharu didiagnosis di Malaysia bagi tempoh berkenaan, yang mana 46,794 kes (45.2 peratus) merupakan pesakit lelaki manakala wanita sebanyak 56,713 kes (54.8 peratus).

“Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, risiko lelaki mendapat kanser ialah satu dalam 10 manakala wanita satu dalam sembilan.

“Lima kanser yang paling biasa dihidapi lelaki ialah kanser kolorektum sebanyak 16.3 peratus, paru-paru (15.8 peratus), nasofarinks (8.1 peratus), limfoma (6.8 peratus) dan prostat (6.7 peratus),” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi wanita pula, lima kanser yang biasa dikesan golongan itu ialah kanser payudara sebanyak 32.1 peratus, kolorektum (10.7 peratus), serviks uteri (7.7 peratus), ovari (6.1 peratus) dan paru-paru (5.6 peratus).

Dr Noor Hisham berkata laporan MNCR seterusnya adalah bagi data dari tahun 2012 hingga 2014 dan kini ia sedang dalam proses menyiapkan pengumpulan data.

Beliau berkata Daftar Kanser Malaysia menuju ke arah automasi pemberitahuan kanser dengan menggunakan Sistem Maklumat Daftar Pesakit (PRIS).

Sistem itu merupakan aplikasi web dibangunkan oleh Health Informatics Centre (HIC) Kementerian Kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“PRIS merupakan aplikasi web yang mana data boleh didaftarkan secara elektronik dan akhirnya disalurkan ke Gudang Data Kesihatan Kebangsaan (MyHDW).

“Sistem ini dijangka akan membantu pengumpulan data lebih cepat dan memudahkan penerbitan laporan pendaftaran itu,” katanya. — Bernama


Inisiatif promosi budaya asal Iban

$
0
0

Oleh Watt Zacchaeus//

PERTAHANKAN BUDAYA: Steven (berdiri, dua kiri), Nyawai (berdiri, kiri) serta yang lain pada sesi latihan ‘kuntau’ di Sibu.

PERTAHANKAN BUDAYA: Steven (berdiri, dua kiri), Nyawai (berdiri, kiri) serta yang lain pada sesi latihan ‘kuntau’ di Sibu.

SIBU: Persatuan Kuntau Spring Nangah mengadakan pratonton tentang kebudayaan asal masyarakat Iban pada 4 Disember ini.

Penasihat persatuan itu, Steven Bana berkata pratonton itu diadakan di Institut Memandu Wawasan Sibu, Jalan Pelangi (bersebelahan SMK St Elizabeth) jam 7 hingga 10 malam.

“Kira-kira 30 orang belia terlibat dalam persembahan seni mempertahankan diri masyarakat Iban dipanggil ‘kuntau.’

“Selain itu, mereka juga mempertonton kebudayaan lain seperti ‘betaboh’, ‘beramban’, ngajat dan ‘gendang pampat’. Semua itu akan dipersembahkan golongan belia atau ‘anembiak’,” katanya di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Kuntau Spring Nangah yang juga guru ‘kuntau,’ Nyawai Limbie.

Beliau memberitahu, selain persembahan kebudayaan turut diadakan pentas hiburan.

“Kita menjemput dua penyanyi popular Iban untuk menghiburkan hadirin iaitu Amis U dan Edwin Maring.

“Diharapkan orang ramai dapat hadir pada program tersebut dan masuk adalah percuma,” jelasnya.

Steven berkata, ini adalah julung kali persembahan kebudayaan Iban dipertontonkan di sini dengan berskala kecil disebabkan kekangan bajet.

“Kita terpaksa mengadakannya sebegini sebagai promosi kepada persatuan yang berlandaskan kepelbagaian budaya bukan setakat ‘kuntau’ sahaja.

“Ini kerana persatuan ini belum mempunyai sebarang bajet dan kita sangat memerlukan dana pihak-pihak berkenaan bagi memudahkan menggerakkan persatuan masa akan datang,” katanya.

Jelasnya, program ini bagi mempromosikan kebudayaan masyarakat Iban kepada umum untuk tontonan ramai khususnya golongan muda.

“Ramai belia tidak mengenali kebudayaan sendiri dan ini membuatkan kita mahu mereka mempertonton kebudayaan dan warisan nenek moyang yang kian pupus.

“Justeru, saya berharap program ini dapat dijadikan satu motivasi kalangan belia sekali gus menarik minat mereka,” katanya.

Sementara itu, Nyawai memberitahu persatuan itu mempunyai seramai empat guru ‘kuntau’ serta dua penasihatnya iaitu Douglas Duli Sanggau selain Steven.

Katanya, persatuan itu ditubuhkan setahun lalu dan kini disertai kira-kira 30 orang ahli.

Menurutnya, persatuan ini berpangkalan di Sibu dan sering mengadakan latihan atau pertunjukan ‘kuntau’ di tempat tertentu dan disertai pelajar sekolah.

“Keahlian masih terbuka kepada mereka berminat mempelajari kebudayaan masyarakat Iban termasuk ‘kuntau’ dan sebagainya,” tambahnya sambil memberitahu segala persiapan program itu dibuat sukarela oleh ahli mereka tanpa bayaran.

Justeru, orang ramai yang ingin menyertai persatuan ini diminta menghubungi Nyawai di talian 0111-4052230 atau mengunjungi kantin Institut Memandu Wawasan Sibu bagi pengambilan borang keahlian.

Lapor salah guna dadah kepada pihak berkuasa

$
0
0

Oleh Mastura Ismail//

JAGA KESELAMATAN: Sufian (depan lapan kiri), Moses, Azman dan Fadly (enam kiri) bersama anggota RELA yang juga peserta kursus bergambar bersama.

JAGA KESELAMATAN: Sufian (depan lapan kiri), Moses, Azman dan Fadly (enam kiri) bersama anggota RELA yang juga peserta kursus bergambar bersama.

LIMBANG: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan melaporkan sebarang masalah penyalahgunaan dadah semakin berleluasa kepada pihak berkuasa selain berperanan menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat berkata RELA kini mempunyai peranan dan fungsi semakin luas dalam mendepani pelbagai cabaran menangani penularan gejala sosial termasuk dadah.

Jelasnya peranan itu penting kerana anggota RELA sudah didedahkan dengan ketahanan mental dan emosi dan mampu bersama-sama  agensi penguatkuasaan lain membanteras dadah merupakan musuh nombor satu negara.

“Selain menjaga keamanan dan keselamatan negara anggota RELA perlu berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan menangani masalah dadah daerah ini dengan melapor kepada agensi penguat kuasa seperti polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya,” katanya pada Penutupan Kursus Asas RELA Siri Sembilan 2016 di Kompleks Sukan limbang semalam.

Turut sama ialah Wakil Pengarah RELA Negeri Sarawak Moses Sipan, Penolong Pegawai RELA Daerah Limbang Mohd Fadly Salleh dan Penolong Penguasa Bomba Azman  Ibrahim.

Sufian berkata lagi penyertaan RELA amat diperlukan dalam memastikan Limbang tidak terus berdepan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah seperti di kawasan lain.

Pada masa sama beliau mahu anggota RELA juga perlu terus menunjuk ikrar taat setia kepada kepimpinan negara dengan mengelak menjadi musuh dalam selimut termasuk memberikan maklumat kepada pembangkang.

RELA menurutnya lagi merupakan model terbaik perlu dicontohi masyarakat kerana RELA begitu dekat dengan komuniti setempat dan begitu proaktif menjaga keselamatan dalam pelbagai program rasmi yang dianjurkan di sini.

“Populariti RELA Limbang semakin meningkat berdasar penyertaan aktif mereka menjaga keamanan dan keselamatan khusus ketika penganjuran pelbagai program rasmi dan tidak rasmi di sini.

Mereka begitu proaktif menjayakan progrm dengan kerjasama agensi kerajaan lain,” ujarnya lagi.

Beliau berkata lagi RELA Limbang kini mencecah keahlian lebih 6,000 orang di daerah ini sehingga kini.

“Malah RELA bukan saja disertai kaum lelaki, malah kaum wanita kini bergiat aktif dalam RELA tanpa mengira bangsa, agama dan lapisan umur,” katanya lagi.

104 pemilik tanah NCR Nanga Sangan terima insentif berjumlah RM384,366

$
0
0
MAJUKAN TANAH: Sikie (lima kanan) menyerahkan model cek wang insentif tanah kepada wakil peserta projek iaitu TR Gerosen dalam majlis berkenaan.

MAJUKAN TANAH: Sikie (lima kanan) menyerahkan model cek wang insentif tanah kepada wakil peserta projek iaitu TR Gerosen dalam majlis berkenaan.

TATAU: Ikrar Pelita Tatau Plantation Sdn Bhd telah menyampaikan wang insentif tanah berjumlah RM384,366 kepada 104 pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diadakan bertempat di Rumah Ali Serdin, Nanga Sangan, baru-baru ini.

Pembayaran dibuat ini merupakan pembayaran kedua kalinya apabila pembayaran pertama berupa wang pendahuluan peserta projek usahasama penbangunan tanah NCR dengan perladangan kelapa sawit di kawasan berkenaan berjumlah RM107, 436.

Berucap pada majlis berkenaan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk John Sikie Tayai berkata projek pembangunan tanah NCR ini jelas membuktikan yang kerajaan sememangnya benar-benar komited membantu rakyat di kawasan Tatau dan Kakus khusus dalam sosioekonomi serta peluang pekerjaan.

“Kalau dulunya kita (kaum Dayak) hanya mempunyai tanah yang banyak tetapi tidak diusahak sepenuhnya, namun kini kita memperoleh hasil daripadanya melalui projek pembangunan tanah yang dijalankan oleh Ikrar Pelita ini,” ujarnya.

Jelasnya, penyerahan surat pengesahan tanah daripada Ikrar Pelita sekali gus membuktikan yang tanah milik mereka akan dibangunkan dengan cara yang konsisten tanpa wujud sebarang isu bagi menipu pemilik tanah di kawasan terbabit.

Beliau dalam pada itu menggesa supaya penduduk di kawasan Tatau dengan sedaya upaya membangunkan tanah milik masing-masing dengan pelbagai komoditi menguntungkan demi keuntungan  sekali gus menambah pendapatan kasar keluarga.

“Semua ini merupakan antara inisiatif kerajaan negeri bagi memperbaiki taraf ekonomi penduduk kawasan luar bandar agar mencapai pendapatan agregat isi rumah sebanyak RM4,000 menjelang tahun 2020,” jelasnya lagi.

Pengurus Wilayah Tengah 11, Pelita Holdings, Harris TAN, Pengarah Urusan ikrar Pelita, Law Kheng Ping dan Pengerusi Pembangunan Kawasan (ADC) Ikrar Pelita Tatau Plantation Sdn Bhd, Tuai Rumah (TR) Gerosen Jubin antara yang hadir.

Ekspo ICT tawar cabutan bertuah tiga komputer riba jenama Asus

$
0
0

MIRI: Persatuan Jualan dan PerkhidmatanKomputer Sarawak (CSSA) cawangan Miri menawarkan tiga komputer riba jenama Asus sebagai hadiah harian cabutan bertuah kepada pengunjung Ekspo ICT Sarawak pada 2 hingga 4 Disember ini di Stadium Tertutup.

Pengerusi, Yong Chee Tak berkata, hadiah cabutan bertuah bernilai RM28,000 ditawarkan kepada pengunjung untuk setiap resit pembelian bernilai RM100 ke atas.

“Hadiah harian ini adalah pertama kali diperkenalkan. Laptop ditaja oleh AsusTek Computer Malaysia. Sebuah komputer diberikan setiap hari semasa tiga hari aktiviti ini dijalankan, “ jelas beliau semalam.

Bertemakan“Pameran Gaya Hidup Digital Anda”, ekspo turut dianjur bersamaMajlisBandaraya Miri (MBM)diadakanbermula jam11pagihingga9 malam.

Selain hadiah bertuah, penganjur turut menawarkan 104 hadiah `early birds’ dengan tawaran harga istimewa pada 2 Disember jam 9 pagi.

Yong berkata, hanya 104 orang sahaja layak mendapat hadiah tersebut iaitu seorang untuk satu hadiah antaranya ialah televisyen Toshiba 32 inci, monitor Philips 18.5 LED, telefon Huawei, speaker bluetooth, wireless mouse, power bank, hard drive, USB data traveler dan cerek elektrik Faber.

Sementara itu, untuk resit bernilai RM300 dan RM100  keatas, pembeli juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam sesi Wheel Of Fortune, Lucky 100 menawarkan sebuah Canon Printer dan telefon pintar OPPO F1S serta sesi You Buy It, We Pay It.

Yongberkata,nama pemenang akan diumumkan pada jam 8 malam.

Selain produk ICT, turutdipromosikanialah barangan elektronik lain seperti televisyen dan telefon pintar.

Buat pertama kalinya juga, penduduk Miri berpeluang menemui maskot rasmi CSSA semasa ekspo ini kelak.

Perintah deka numbuhka komiti khas mantu nembiak indu ti ‘bisi tubuh’

$
0
0

SARIKEI: Perintah seruran siru sereta ngemeratka pekara ti bekaul enggau raban nembiak indu ke ‘bisi tubuh’ lalu suah ngiga jalai ngemutarka bakani deka napi penanggul tu nyentukka pun.

Residen Bagi Menua Sarikei, Dr Anthony Valentine Laiseh madah piak Opis Menteri Pengintu Pengelantang Pendiau, Ruang Bilik sereta Komuniti ari baruh pegai Menteri Datuk Hajah Fatimah Abdullah ngemeratka pekara tu lalu deka numbuhka seiti komiti iya nya ‘One Stop Teenage Pregnancy Center’ ke deka bisi ba tetiap bagi menua di nengeri tu.

“Raban komiti tu betuaika Pemesai Pengerai Bagi Menua lalu kaban iya nya staf ejensi perintah ke bukai baka Opis Pengintu Pengelantang Pendiau, Opis Pelajar, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) enggau Opis Pengerejista Bansa (JPN).

“Raban komiti tu deka bejalaika tanggung pengawa sereta meri sukung kena mantu nembiak ke bisi tubuh.

“Berindik ari nya, semua piak mega sama dilalau ngambika ransing ngaul diri sereta nyukung pengawa perintah ke deka nyaup raban nembiak ke udah salah singkang ngambika ngembing sida ngagai pun jalai lalu meri penyedar,” ku iya.

Dr Anthony madah munyi nya ari teks jaku iya ke dibacha Pemesai Bagi Menua Sarikei (SAO) Hendry Gimong maya Program Rebak Ku Sayau (‘Generasiku Sayang’) ke diatur Opis Pengintu Pengelantang Pendiau Komuniti Sarikei, kemari.

Program tu udah disereta nembiak sekula sekondari ari bagi menua Sarikei.

Ku Dr Anthony, raban nembiak tu meseti diberi bantu sereta sukung lalu ukai nya dianu tauka dikeji laban sida endang begunaka penyiru ari komuniti ti ngelingi iya.

Berindik ari pekara tu ku iya, bala nembiak patut ulih nyeliahka semua penguji lalu enda mudah terunda enggau pekara ke ulih mai ngagai penanggul ti baka tu.

“Maya umur agi biak penuh enggau penguji sereta pengingin. Berindik ari nya, sida tu patut nyikap diri enggau pemansang ulah dalam diri ke tegap.

“Raban nembiak patut diberi lalau dalam pengawa sida ngiga pengingin diri ke betul, nitihka jalai ti manah ngambika enda tepejuh ba kes ngampang ke majak mayuh dalam pengidup raban nembiak kemaya hari.

“Pekara ngandung luar nikah tu mandangka mayuh pengilap ngagai raban nembiak ke semina nitih pengingin ati lalu beleman ke ngujungka sida bisi tubuh,” ku iya.

Taja pia ku iya, komuniti patut nemu iya nya penanggul tu ukai semina bepun ari nembiak nya aja, tang mega berindik ari enda entu diperatika apai indai sida.

Beserimbai enggau tu, pangku pengawa apai indai nuju bala nembiak iya nya lebih ngagai pengawa ti ngiring enggau matau, enti dibanding enggau umur sida agi mit ke lebih ngagai pengawa ngajar enggau nyeridi.

“Ba maya tu, apai indai patut nyendiaka sukung ngagai ubah ba sukut tubuh, runding sereta seksual ke ditapi bala nembiak,” ku iya nambah.

Sama bisi ba pengerami iya nya Pemesai Pengintu Pengelantang Pendiau Komuniti Bagi Menua Sarikei Sharifah Ranimah Wan Hashim.

Orang indu dilalau bela nyukung pangan diri

$
0
0
SELAMAT DATAI: Kijan (empat kiba) enggau bala komiti pengatur Gempuru Mantar Krismas Biro Indu CHC.

SELAMAT DATAI: Kijan (empat kiba) enggau bala komiti pengatur Gempuru Mantar Krismas Biro Indu CHC.

MIRI: Raban indu diperansang ngenegapka pangan diri nengah chara seruran nyukung sebarang bidang ti disereta sida.

Ku Sekretari Politik Kepala Menteri Sarawak, Kijan Toynbee,ngambika bulih pemujur raban indu meseti ulih gawa begulai enggau pangan diri sereta anang meda diri sama diri tu bepekit.

“Kitai meseti nyukung pangan diri ngambika kitai bela ulih nyulut. Kerejasama antara kitai pekara ti beguna endar ungkup kitai indu, anang dipeda nyadi pengelemi,” ku iya.

Iya mega ngingatka dalam sebarang pengawa ke dikereja sida, sida mega meseti ingat ngaul diri semak enggau Tuhan ngambika sida enda salah singkang ari jalai ke betul dalam ngiga pemujur, ukai semina dalam dagang, tang mega dalam pengidup sereta ngatur ruang bilik sida empu.

Kijan madah, tambah mega kuasa dalam sampi iya nya kuasa pemadu kering ari semua, nya alai raban indu ti betapi enggau pemar dalam pengidup patut mulaika diri ngagai Tuhan ngambika sida enda putus pengarap.

“Bisi maya dalam pejalai nuju pemujur, kita nyangka deka betapi enggau penanggul. Tang tu enda patut nyadi kebuah kita deka putus pengarap.

“Maya ke bansa tu, seruran ingatka Tuhan, seruran besampi lalu Tuhan deka nunjukka kita jalai,” ku iya.

Kijan mansutka jaku tu rambau Gempuru Mantar Krismas Serakup Indu Gerija Bukit Kanada (CHC) bepalan ba Hotel Dynasty kena 12 November tu tadi.

Sama bisi datai Chairlady Biro Indu CHC, Emily Stanley.

Gempuru tu udah digulu lebih 200 iku kaban ari raban indu, sereta mega sida sebilik enggau bala bakih.

Ngelansa pasal gempuru nya, ti berambaika leka jaku ‘Arise and Shine’ disempulang bemacham program pemerindang baka tanda poco-poco, mantaika fesyen, belagu karoke, chabut tikit benasit, pekayan pemadu manah enggau main ngerinduka ati.

Bela bisi diatur drama Krismas ke dibantaika bala kaban Biro Indu CHC.

Pengerami makai lemai tu mega ngemata pengawa Kijan nyuaka pemeri ari kuchik diri empu ngagai biro nya.

Gelar Pengajar Pemadu Nyulut KEMAS Baram 2016 dipenggi Rita Ubong

$
0
0
PEMADU NYULUT: Rita Ubong (dua kanan) nerima anugerah iya ari Dennis Ngau seraya SAO Rose (kiba) enggau Sutinah Ibrahim (kanan) ngemata.

PEMADU NYULUT: Rita Ubong (dua kanan) nerima anugerah iya ari Dennis Ngau seraya SAO Rose (kiba) enggau Sutinah Ibrahim (kanan) ngemata.

MARUDI: Gelar Pengajar Pemadu Nyulut 2016 ari Opis Pemansang Mensia Mayuh (KEMAS) P22 Baram dipenggi Rita Ubong Jau, 26 taun ke ngajar ba Pra Sekula Long Laput.

Iya udah ngajar pengelama enam taun di KEMAS. Iya menggi gelar pengajar pemadu nyulut ari penyakah iya ngaul diri dalam mayuh bengkah pengawa pengasih, serakup sereta iya seiku ari penengkebang Servis Komuniti Eda Berang Long Laput enggau ke bukai.

Rita tu indu bansa Kayan udah nerima gelar nya ari Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau rambau Program Konvokesyen Pra Sekula ari semilan kelas Tabika ba sitak Marudi diatur bepalan ba Palan Sivik Baram ditu, bedau lama ke udah.

Dennis Ngau ti datai bejadi program konvoskesyen meri puji ngagai semua bala pengajar komuniti (pemansang komuniti) ke udah ngajar sereta ngemeranka pangku pengawa meri pelajar ngagai sida ke nembiak sereta ngintu pengelantang sida.

Pengajar ke bansa tu meseti ngembuan pengeliat ati meri pengajar ngagai nembiak sekula, ku iya.

Ku iya nampung, jarang endar meda sida ke lelaki udah dianjung ngajar Kelas Pra Sekula lalu tebal agi sida tu indu tang ba Baram semina dua iku pengajar indu ngajar ba sebuah Pra Sekula di Long Luteng lalu seiku da agi di Sungai Nat, Ulu Teru Tinjar.

Tu ukai reti sida ke lelaki enda ulih ngajar nembiak mit tang sida mega bisi pengeliat baka sida ke indu. Mayuh bala pengajar dianjung gawa semua indu, neruska pemanah pengawa enggau terus ngajar bala nembiak mit, ku iya.

Dulu agi ari nya dala jaku pengelalu iya, Pemesai Komuniti Baram KEMAS, Sutinah Ibrahim madah bala staf KEMAS P220 Baram nyengkaum bala penyelia enggau ari unit pengereja pengawa bisi tujuh iku ari Unit Komunikasyen enggau Pemansang Menua Pesisir, Unit Pelajar Komuniti Pra-Sekula (Gred 27) enggau bisi 14 iku penyelia enggau pengajar ari genap tanggungpengawa enggau Gred S17) sereta 36 iku penulung enggau 33 iku staf Volunteer Pemansang Komuniti.

Baka sehari tu bisi 17 iku nembiak mit ti manggai umur enam taun udah nerima skrol sida, ari semilan Pra-Sekula di Marudi. Bisi 35 bauh Pra-Sekula enggau penyampau 388 iku nembiak mit beumur antara empat ngagai enam taun.

Sama bisi datai SAO Rose Edward Tarang.


Urung 30 buah sekula ke digaga ngerimbai sungai deka dipindah

$
0
0

KUCHING: Penyampau 30 buah sekula ke digaga ngerimbai tebing sungai deka dipindah ngagai palan baru ba taun 2017.

Bejaku nyaut tanya Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Opar Datuk Ranum Mina ba Aum Dewan Undangan Nengeri (DUN) kemari, Menteri Muda Pengintu Pengelantang enggau Komuniti Dr.Abdul Rahman Ismail madah isu nya patut diputar enggau lengkas.

“Isu sekula ke besemak enggau tebing sungai patut diperati enggau berat.

“Bisi sekeda sekula nya dituntung penusah tusur ke sungai,” ku iya.

Iya nambah nitihka pansik ke di adu opis menteri pelajar, bisi 216 buah sekula di serata nengeri didiri kurang 50 meter ari tebing sungai.

Ku iya, entara program dikena nyeliah penusah nyadi iya nya mindah sekula nya ngagai palan baru.

Sekula baru deka digaga nengah sistem IBS, tandu iya.

Abdul Rahman ke mega Adun Bukit Kota madah ba taun 2016, tujuh iti sekula udah dipindah nengah program nya.

Nyaut tanya bukai ari Ranum, iya madah perintah bisi merambu mindah SK Selampit ngagai palan baru ketegal ti suah napi penusah ampuh bah.

Pengawa nya ku iya begunaka belanja RM34 juta lalu mungkur pengawa ngaga 12 bilik kelas baru, empat buah rumah pengajar sereta perengka guna bukai.

Kelimpah ari nya. Abdul Rahman mega madah perintah mega bisi perambu ngangkatmanah SK Bokah Lundu nengah belanja RM1.5 juta.

Rayat sitak DUN Murum ngandalka perintah nyediaka jalai penyambung ke lebih menyana

$
0
0

KUCHING: Sitak Kunsil Nengeri (DUN) N.66 Murum begunaka jalai alun ke menyana.

Bejaku ba Aum Dewan Undangan Nengeri (DUN) kemari, ADUN Murum Chukpai Ugon minta perintah beratika pekara nya enggau berat ngambi ulih malas sukung rayat sereta ngemantupka pinta sida.

Entara sekeda perambu ke dikenatai Chukpai iya nya ngemanah jalai batang enggau jematan kayu kelimpah ngaga jematan besi nuju sekeda genturung pendiau.

“Perintah dipinta ngangkatmanah jalai balak enggau jematan kayu nuju SK Lusong Laku enggau Klinik Pengerai Lusong Laku di Ulu Sungai Linau.

“Jalai pemanjai 55 KM nya suah putus lalu jematan suah rubuh kelebih agi maya hari ujan. Tu mih jalai ke nyadi penyambung ngagai kandang endur nya.

“Berindik enggau nya aku merambu jalai bukai (puntang) nuju kandang endur nya digaga enggau lengkas,”ku iya.

Kelimpah ari nya, Chukpai mega minta jalai batang nuju SK Long Urun Belaga pemanjai 30 KM enggau jalai batang nuju SK Kebulu Ulu Sungai Jelalong Tubau (65 KM) diangkatmanah.

Jalai nuju ke Rh panjai Long Bala, Sungai Koyan (10 KM) sereta nuju Rh Panjai Long Koyan  (15 KM) mega dikearap ulih dikemanah.

Dikena nentu Murun ngembuan sistem penyambung jalai alun ke engkeman, Chukpai merambu perintah ngaga 4 jematan besi iya nya di Rh Derick Ulu Jelalong, Rh Jau Long Seripa Tubau, Rh Raymond Lahang, Long Tirat Tubau enggau Rh Mersam Jok, Long Tebila Tubau.

Ngenang kaul bukai, iya minta perintah ngemanah sekeda perengka guna di Palan Pengentap Pendiau Bakun, BRS Sg.Asap.

“Udah masuk 18 taun peranak ari Balui mindah ngagai BRS Sg Asap, tajapia mengkang bisi pengurang ke bedau diputar.

“Aku minta jalai BRS Sg. Asap diangkat manah, gaga lurung mutusikal enggau lampu jalai.

“Kitai mega minta perintah ngamanah sekeda perengka rumah di BRS SG Asap/Koyan ke udah rusak lalu digaga ‘re-wiring’ baru,”ku iya.

Ungkup pemaik peranak ke diau ngelingi, Chukpai minta klinik Pengerai di BRS Sg. Asap diangkat nyadi status Sepital.

Pekara nya ku iya ulih nentuka mayuh agi perengka guna berubat disedia ungkup rayat ke diau ngelingi.

Projek Jalai Entalai/Ng Engkamop diatu udah tembu digaga 39 peratus

$
0
0

KUCHING: Projek Jalai Entalai/Ng Engkamop di DUN Meluan disadang tembu digaga ba bulan Oktober 2017.

Menteri Muda Pengangkut Sungai enggau Pengelikun Liwan Lagang madah projek ke beungkus RM39.99 juta nya diatu udah manggai 39 peratus digaga.

“Projek ngaga Jalai Entabai nuju Rantah Limao bisi laun ketegal napi penanggul ba sentang bayar pampas tanah enggau utai tanam.

“Projek mungkur pengawa ngaga 9.5 KM jalai baru enggau seiti jematan,” ku iya rambau nyaut tanya ari ADUN Meluan Roland Duat ba Aum DUN kemari.

Ba aum ke sama, Menteri Pengintu Pengelantang enggau Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail madah perintah udah ngemendar belanja RM400 000 dikena ngangkatmanah SMK Ulu Layar.

Iya mansutka penerang nya nyaut tanya ADUN Layar Gerald Rentap Jabu.

RM150j belanja udah dikemendar ungkup projek jalai di DUN Ngemah

$
0
0

KUCHING: Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Belaga Liwan Lagang ti mega nyadi Menteri Muda Pengangkut Sungai enggau Pengelikun, madahka Menteri Besai udah ngemendarka belanja RM150 juta dikena ngaga jalai di DUN Ngemah iya nya ungkup projek jalai 9.6km ari Nanga Ngemah ke SK Nanga Temalat enggau jalai 5.2 km  ke mansa Skim Pengentap Baru Ngungun.

Iya madah, pelin projek benung digaga lalu disadang tembu Julai 2017,” ku Liwan madah lebuh nyaut ADUN Ngemah Alexander anak Vincent rambau Aum Kunsil Nengeri (DUN) di Komplek DUN ditu, ensanus.

Nyaut tanya ADUN Machan Allan Siden Gramong pasal penanggul ke ditapi  rumah panjai di Machan ke patut udah bisi elektrik tang penanggul nya bedau teputar.

Menteri Muda Pengelantang Pendiau enggau Pengelantang Komuniti,Dr Abdul Rahman Junaidi madah pengawa ngemanahka agi ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) udah digaga ngambika rumah panjai ke apin nerima projek  elektrik ulih teputar..

“Sekeda ari atur pengawa ngemujurka pemansang baka tu iya nya ngatur randa enggau bala kuntriktor, komuniti besemak, Residen enggau opis Pelilih Menua, SESCO enggau MPU, deka digaga nganti projek  nyau deka tembu jemah,” ku Dr. Abdul Rahman.

Iya nandu baru, SESCO udah belabuh bejalaika tanggungpengawa ngaduka wiring dalam rumah nengah projek RES ari bulan Januari 2016.

“Pengawa ngadu wiring tu dipejalaika raban ke dipadu SESCO ngambika orang di rumah panjai enda dikemeli sengapa.

“Pengawa tu deka nentuka genap ruang bilik ulih ngasaika bekal elektrik ke menyana,”ku iya.

Kelimpah nya mega, kebuah laun ngadu program elektrik ba menua pesisir laban geran ti disediaka enda chukup, kelimpah penanggul bukai ke bekaul, ku iya.

Berebak enggau nya, Allan madah diri udah nganjung peminta bekaul enggau penanggul bekal elektrik ungkup empat buat rumah panjai ba sitak iya lalu pekara nya benung diputarke enggau opis Sarawak Energy Berhad.

“Empat buah rumah panjai ke deka disikap enggau bekal elektrik tu iya nya Rh Entalai, Ng Machan, Rh Lunsa, Krangan Bau, Machan, Rh Brinau, Ulu Maong enggau Rh Teddy Betau, Jikang,” ku iya.

Nyaut tanya bukai ari ADUN Engkilili Johnichal Rayong pasal Projek Bekal Ai ungkup sitak Batang Ai Ili Engkilili enggau Skrang Ili, Menteri Muda Bekal Ai Datuk Roland Sagah Wee Inn madah sitak nya udah disetuju deka digaga dalam RMK -11.

Kelimpah ari nya, nyaut tanya ari ADUN Murum, Chukpai Ugon pasal peminta ngaga sekula SK Tegulang enggau SK Metalun ti udah dikemendarka dalam RMK-11, Menteri Pengelantang Pendiau, Orang Indu enggau Pengelantang Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah madahka SK Tegulang enggau SK Metalun endang udah dikemendarka dalam RP1 RMK ke-11, lalu SK Metalun dalam proses nyiri perunding, SK Tegulang benung dalam proses ngaga pelin.

Kelimpah nya, Fatimah madah, SK Kuala Kebulu enggau SK Bukit Balai udah dikenataika peminta nengah RMK ke-11 lalu nganti pemendar ari Opis Menteri Wang.

Projek jalai Bukit Balau/Banting meseti digaga

$
0
0

Dikarang Chris Bishop, Rengayan Labang enggau Jacqueline R. David//

 

MONG

MONG

KUCHING: Semaya projek jalai Bukit Balau/Banting ti nyambung Banting enggau Sri Aman meseti digaga enggau lengkas, ku Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Ku iya, rayat udah meri mandat sereta pechayaka perintah Barisan Nasional (BN) bejalaika atur merintah nengeri tu lalu chukup berat ungkup perintah ngamatka semaya ke udah diberi.

“Seiku ex-menteri senior kala besemaya deka ngaga jalai Banting, Lingga, Sri Aman enti BN menang besai ba pengawa bepilih mit taun 1997.  BN udah nya teulihka pemujur ke besai. Tajapia, nyentuk diatu semaya nya lalu enda dikeamat,”ku Mong rambau ngenataika sukung ngagai Rang Undang-Undang Bekal 2017 di Aum Dewan Undangan Nengeri (DUN) kemari.

Iya nambah, komuniti di Banting iya nya urung 10 buah rumah panjai semina ulih digusung nengah jalai ai baikka nya nengah Pantu tauka Lingga.

“Nadai jalai penyambung ngujungka kandang endur tu mar dikemansang.

“Kar projek jalai Bukit Balau/Banting  ti nyambung Banting enggau Sri Aman udah tembu digaga ke alai bayar pampas tanah enggau utai tanam ke bisi pansa projek pan udah dibayar.

“Aku ngarap nengah agih belanja ke besai ungkup pengawa pemansang dalam bajet 2017, projek jalai tu ulih dipungkal,”ku iya seraya madah pemanjai jalai nya urung 13 KM.

Ngenang kaul bukai, Mong mega minta perintah berunding sekalika nutup tauka mindah palan endur nugung uras di Entulang Engkalat, Sri Aman.

Ku iya, palan nugung uras nya besemak enggau Entulang Engkalat lalu ulih dipeda ari jalai Pan Borneo.

“Aku udah suah nemuai ngagai Entulang Engkalat lalu perundingka pekara ke ditapi sida diak.

“Kelalu mayuh lalat kelebih agi ba maya pemakai dibantai, bau uras pan nibuh disebut agi, nadai orang tan ensium bau nya,”ku iya.

Mong mai perintah berundingka pemerinsa peranak ke diau ngelingi ti betapi enggau lalat sereta bau uras bepuluh taun ke udah.

Ketegal nya aku merambu ngagai perintah ngambi ulih nutup tauka mindah palan tu ngagai endur bukai, tandu iya.

Pembangkang Sarawak cakap tidak serupa bikin: Juanda

$
0
0

KUCHING: Parti pembangkang di Sarawak digelar sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila sebelum ini menyatakan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tetapi bersetuju andainya hukum itu dilaksana di Selangor dan Pulau Pinang.

Menurut Datuk Dr Juanda Jaya (BN-Jemoreng) juga bekas mufti negeri Perlis, keputusan itu bertukar semalam apabila rakan utama mereka disifat sebagai ‘flip flop’ membentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang didakwa mereka sebagai hudud di Parlimen.

“Pembangkang kononnya antihudud, kawan rapat mereka sendiri berusaha keras mahu membentang di Parlimen sehingga menyifatkan ahli Parlimen beragama Islam dari Sarawak tidak menyokong Akta 355 sebagai anti-Islam dan tidak prihatin kepada agama.

“Justeru, tahniah pembangkang atas segala pembohongan yang telah pecah tembelang ini. Bau busuk semakin viral diketahui ramai,” katanya ketika menyampaikan bahasnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Jelasnya lagi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memberi penjelasan mengenai dakwaan pembangkang berhubung undang-undang hudud ternyata hanya fantasi serta palsu.

“Ini membuktikan kerajaan persekutuan sentiasa mendengar dan mengikut kemahuan Sarawak yang bertindak sebagai komponen utama negara ini berkaitan kenyataan hudud tidak pernah dimasuk dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Maka itu, hudud sekali gus tidak dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Sejajar dengan kekeliruan dibangkitkan pembangkang itu, Juanda mahu semua umat Islam di negeri ini, khasnya agar memahami Akta 355 bahawa ia tidak berkaitan hukum hudud.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem juga dipetik berkata, Sarawak sama sekali akan menolak hukum hudud secara muktamad, bagaimanapun Akta 355 tidak berkaitan dengan hukum itu.

Sementara itu, mengenai pembangunan di kawasannya, antara diberi penekanan ialah mendesak pihak pendakwa raya berkaitan agar membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi bagi kes melibatkan penganiayaan kanak-kanak.

“Seperti baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita jatuhnya hukuman penjara 13 tahun terhadap perogol kanak-kanak berusia 12 tahun oleh Mahkamah Seksyen Sarikei.

“Perbuatan itu jelas cukup menjijikkan dan keji yang dilakukan jiran mangsa berusia 53 tahun (pelaku) sehingga kanak-kanak bawah tahun ini melahirkan anak.

“Justeru saya mendesak pihak berkaitan agar membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi agar pelaku dikena hukuman maksimum termasuk sebat selain membantu keluarga malang tersebut termasuk mangsa dan anak dilahir,” tegasnya.

Katanya, selaku kerajaan prihatin, menjadi tanggungjawab kerajaan membantu serta membela golongan lemah dan tidak berdaya khusus berada di kawasan luar bandar.

Pertimbang hidro mini di pedalaman Ngemah

$
0
0

KUCHING: Kementerian berkaitan diminta mempertimbangkan membina hidro mini di kawasan pedalaman Ngemah yang tidak dapat dihubung jalan bagi membolehkan komunitinya menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Alexander Vincent (BN-Ngemah) berkata antaranya tiga rumah panjang di Ulu Sungai Ngemah memiliki 41 pintu dengan lebih 300 populasi kini masih bergantung kepada penjana kuasa.

Ia katanya adalah Rumah Salang Manggau, Rumah Jimmy Jarau, Rantau Lungai dan Rumah Magal Tukau, Lubok Tanjong di Ulu Ngemah, yang terletak berdekatan antara satu sama lain amat memerlukan bekalan elektrik.

“Saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Hidro Mini di dua kawasan dikenal pasti iaitu Sungai Malok dan Sungai Gelagau berdekatan dengan tiga buah rumah panjang ini.

“Ini kerana kos untuk mereka membeli minyak diesel adalah sangat mahal yang mana kadangkala mereka tidak mampu untuk membeli ekoran kawasan yang jauh di pedalaman,” katanya berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2017), 2016 pada persidangan DUN di sini, semalam.

Alexander turut menggesa pembinaan agar kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik ke Pasar Nanga Dap, SMK Nanga Dap dan enam buah rumah panjang berdekatan dilakukan dengan segera.

Menurutnya, kabel bawah air bagi kerja penyambungan bekalan elektrik ke kawasan berkenaan sudah ada dan transformer juga telah dipasang sejak setahun lalu.

“Bagaimana kerja penyambungan bekalan ke kawasan individu masih belum dilaksanakan.

“Saya mencadangkan agar pihak berkuasa berkaitan atau SESCo mempercepat penyambungan elektrik kepada kawasan ini dengan segera supaya mereka dapat menikmati keperluan asas ini,” katanya.

Mengenai bekalan air di kawasan DUN Ngemah,beliau berkata antara yang menjadi masalah utama kini adalah tekanan air rendah di beberapa kawasan iaitu Mapai, Sengayan dan Kabah.

Sehubungan itu katanya kawasan berkenaan perlu mempunyai tangkai simpanan air tekanan tinggi dengan kapasiti yang lebih besar dibina sama ada di Mapai atau Sengayan.

“Ia untuk menampung kira-kira 80 buah rumah panjang di kawasan berkenaan,” katanya.


Masalah kediaman di pedalaman sukarkan penempatan pegawai perubatan

$
0
0

KUCHING: Ketiadaan tempat tinggal sesuai di klinik kesihatan kawasan pedalaman menyukar penempatan pegawai perubatan negeri ini.

Perkara itu didedah Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil ketika menjawab pertanyaan Dennis Ngau (BN-Telang Usan) bertanya mengenai penempatan doktor di klinik kesihatan pedalaman mempunyai ramai pesakit dan rawatan sejam pertama bagi kes kecemasan.

Beliau memberitahu Kementerian Kesihatan sememangnya bercadang menambah bilangan pegawai perubatan di klinik kesihatan yang mempunyai bilangan pesakit yang tinggi.

“Namun, ketiadaan tempat tinggal sesuai kawasan pedalaman menyukarkan penempatan pegawai perubatan.

“Sehingga kini, seramai 101 pegawai perubatan telah ditempatkan di 52 klinik kesihatan di luar bandar,” jelasnya.

Bagi klinik kesihatan belum mempunyai pegawai perubatan, beliau menjelas terdapat 136 penolong pegawai perubatan dan 331 jururawat berpengalaman dan terlatih untuk mengendalikan kes  kecemasan.

Mengenai pertanyaan apakah usaha berterusan kerajaan dalam mendidik penduduk luar bandar dalam isu berkaitan kesihatan, Dr Jerip berkata, penduduk luar bandar tidak pernah diabaikan dalam pelaksanaan Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Program Promosi Kesihatan bagi memastikan taraf kesihatan mereka sentiasa pada keadaan yang terbaik.

Menurutnya, terdapat pelbagai pendekatan diguna pakai untuk memastikan aktiviti promosi kesihatan berkembang mencakupi setiap kumpulan sasaran termasuk penduduk luar bandar.

“Antaranya, Program Tunas Doktor Muda memperkukuh kemahiran guru prasekolah, tadika kerajaan serta swasta dalam mendidik anak berusia lima hingga enam tahun berkaitan pencegahan dalam kesihatan asas.

“Pada masa sama kerajaan juga mengadakan Program Doktor Muda Sekolah Rendah dan Program Doktor Muda Sekolah Menengah meliputi sasaran semua sekolah termasuk luar bandar,” katanya.

Dr Jerip memberitahu Program Komunikasi Intervensi Tingkah Laku (COMBI) dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) menetapkan sasaran pembangunan kesihatan persekitaran di dalam komuniti.

“Malah, Pusat Promosi Kesihatan Komuniti akan ditubuh bagi meningkatk pengetahuan dan kemahiran serta mengubah sikap masyarakat ke arah cara hidup sihat,” tambahnya.

Kerajaan negeri diminta perjelas status lanjut pajakan Flat KMC

$
0
0

KUCHING: Wong King Wei (DAP-Padungan) memohon penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung isu rumah Flat KMC yang bakal tamat tempoh pajakan tanah tidak lama lagi.

Pajakan tanah bagi dua bidang tanah dimana terletaknya Flat KMC ini iaitu Lot 51 Seksyen 53 dan Lot 52 Seskyen 51 Kuching Town Land District masing-masing akan tamat tempoh pada 25 Mei 2017 dan 25 Januari 2017.

Keluasan bagi kedua-dua bidang tanah ini ialah 14.14 ekar dengan 22 blok flat dan 531 unit pelbagai rumah yang diduduki oleh ratusan keluarga dari kalangan kurang berkemampuan.

“Saya telah menulis kepada Ketua Menteri pada 1  September tahun ini memohon jawapan, sama ada kerajaan negeri akan memperbaharui pajakan tanah bagi kedua-dua bidang tanah ini.

“Tetapi, sehingga sekarang tiada jawapan daripada Ketua Menteri. Malah Datuk Bandar Kuching Selatan mahupun Menteri Kerajaan Temapatan juga tidak dapat menjawab pertanyaan ini.

“Datuk Bandar Kuching Selatan pernah memberitahu bahawa MBKS telah memohon pembaharuan bagi pajakan kedua-dua tanah ini pada 2010 tetapi tiada kelulusan meskipun sudah enam tahun berlalu.

“Ini merupakan sesuatu jarang berlaku keranan permohonan bagi pembaharuan pajakan tanah kebiasaannya hanya mengambil masa kurang daripada enam bulan tetapi dalam situasi ini enam tahun,” katanya.

Wong berkata demikian dalam perbahasannya mengenai cadangan Bajet Negeri 2017 pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Pelik dengan situasi ini, Wong ingin memohon pencerahan daripada kerajaan negeri sama ada akan memperbaharui pajakan tanah bagi kedua-dua lot tanah di mana terletaknya Flat KMC ini.

Jika jawapan yang diberikan adalah tidak, Wong meminta kerajaan negeri menyatakan sebab-sebabnya.

“Saya menggesa kerajaan negeri untuk mengekalkan tanah ini bagi tujuan kebajikan.

“Ini adalah legasi daripada kerajaan British yang telah membelanjakan 4 juta dollar ketika membina bangunan flat ini yang merupakan satu-satunya flat di Sarawak bukan untuk dijual tetapi untuk disewa.

“Dengan menyewa dan bukan menjual, niat kerajaan British adalah jelas untuk memastikan flat ini kekal sebagai legasi untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Isu bekalan air bersih jalan Bau/Lundu belum konsisten

$
0
0

KUCHING: Isu bekalan air bersih dialami penduduk kampung sepanjang jalan Bau/Lundu sejak tiga tahun lalu memaksa mereka membayar ‘tarif angin’ bukannya air.

Perkara itu disuara Dato Ranum Mina (BN-Opar) memberitahu masalah berkenaan amat meresah penduduk kampung kerana bekalan air diidam masih belum dinikmati secara konsisten meskipun paip besar kawasan berkenaan sudah siap dipasang.

“Bekalan air bersih ke kampung-kampung di sepanjang jalan Bau/Lundu telah berlarutan hingga melebihi tiga tahun walaupun pemasangan paip besar dikatakan siap dipasang dan meter air telah dipasang ke rumah-rumah.

“Tetapi sungguh mengecewakan mereka kerana terpaksa membayar tarif angin membuat meter berjalan bukannya air.

“Penduduk memberitahu saya disebalik membayar air, kami membayar ‘air’ (angin),” katanya membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Selain itu, Ranum turut memohon kerajaan untuk menaik taraf Jalan Biawak ke Kampung Pasir Hilir, Kampung Kendaie dan Kampung Selampit.

“Perkara ini sudah disuarakan beberapa kali dalam dewan yang mulia ini, sekali lagi saya memohon kerajaan supaya menaiktaraf jalan ini,” ujarnya.

Disebabkan peruntukan pembinaan Jambatan Selampit sudah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ranum turut berharap kerajaan dapat melaksanakan pembinaan jambatan tersebut merentasi Sungai Kayan dijalan dengan segera.

Mengenai tuduhan liar Parti Tindakan Demokratik (DAP) berhubung peruntukan sebanyak RM250 juta telah lesap, Ranum menyifatkan perbuatan pembangkang itu satu usaha untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan diminta selesai isu penempatan baharu penduduk Kampung Sabal Kruin

$
0
0

KUCHING: Snowdan Lawan (BN-Balai Ringin) menggesa kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu tanah membabitkan penduduk di Kampung Sabal Kruin terjejas dengan Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Menurut Snowdan, kawasan penempatan baharu dicadang penduduk kampung berkenaan masih belum dilulus atau diwarta Jabatan Tanah dan Survei kerana berada dalam kawasan hutan simpanan.

Disebabkan itu, mereka terjejas dengan Projek Lebuh Raya Pan Borneo ini tidak dapat berpindah ke kawasan penempatan baru yang dicadangkan itu sehingga mendapatkan kelulusan daripada pihak yang berkenaan.

“Lebuh raya Pan Borneo amat penting bagi kita di Sarawak ini dan kita berterima kasih kepada kerajaan pusat yang telah memperuntukan sejumlah besar bagi pelaksanaan projek ini.

“Saya juga difahamkan bahawa kampung terlibat akan diarah berpindah segera sesudah mendapat pampasan.

“Justeru, saya berharap kerajaan membantu menyelesai masalah dihadap penduduk di Kampung Sabal Kruin dengan segera agar dapat berpindah ke kawasan baharu serta memberi laluan projek,” katanya.

Snowdan berkata demikian dalam ucapan perbahasannya mengenai Bajet Negeri 2017 pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Selain isu tanah, Snowdan turut memohon perhatian kerajaan berhubung masalah jalan raya dalam kawasan Balai Ringin.

Menurutnya masih terdapat jalan-jalan yang belum dinaiktaraf dan di tar seperti jalan ke Melikin, Mugah-Batu Kepit, Semada, Ubah, Isu, Sapak, Keranggas, Gayau, Tuba, Muding dan Mentu.

Sebahagian daripada jalan ini amat teruk terutama pada musim hujan yang menjadi becak dan licin sehingga menyukarkan dilalui oleh kenderaan terutama ketika berlakunya kes kecemasan.

Selain itu katanya masih terdapat juga kampung belum mempunyai bekalan elektrik seperti di Tuba, Muding, Keranggas, Ubah, Empaling dan Mentu.

Snowdan turut mencadang supaya pekan Balai Ringin dinaiktaraf sebagai sebuah lagi daerah kecil untuk pembangunan yang lebih rancak.

Cadangan ini wajar memandang penduduk di Balai Ringin semakin meningkat dan pesat dengan aktiviti perniagaan dalam kalangan penduduknya serta pengunjung.

Menurut Snowdan, Balai Ringin mempunyai fasiliti yang lengkap daripada sekolah rendah dan menengah, klinik, balai polis, perpustakaan kecil, masjid, dewan serba guna, kem tentera, pasar tamu serta lot kedai dengan penduduk agak ramai.

Ripin lahir harapan agar wujud pembangunan lestari di Lambir

$
0
0

KUCHING: Melihat pembangunan lestari dan mapan di kawasan luar bandar, sudah pasti menjadi cita-cita setiap wakil rakyat dilantik di kawasan tersebut.

Tidak ketinggalan melahir harapan untuk penduduk di kawasannya, Ripin Lamat (BN-Lambir) apabila menghujah bahas Bajet Negeri 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam berhubung pembangunan rakyat di kawasannya.

Namun, pada masa sama, katanya, pembangunan yang telah dilaksana harus dikekalkan fungsinya agar ia terus memberi kemudahan kepada seluruh rakyat.

Mengulas mengenai Tempat Pelupusan Sampah Sibuti beroperasi sejak 2002, beliau memberitahu lebih kurang 260 tan sampah dan sisa buangan tidak dirawat ditimbun di situ setiap hari.

Katanya, daripada jumlah itu, 250 tan adalah dari bandar Miri manakala baki 10 tan lagi dari kawasan Marudi, Niah, Bekenu dan Suai.

“Bayangkan, dari 2003 hingga 2015, kalau dicampur jumlah bermula Januari hingga Oktober 2016, sejumlah 1.201 juta tan sampah atau bahan buangan yang dibuang di situ.

“Untuk itu juga, pembinaan ‘Leachte Plant’ yang dibina dengan kos kira-kira RM24 juta pada 2011 untuk memproses dan merawat sampah ini langsung tidak berfungsi sehingga ke hari ini,” katanya.

Jelasnya, atas sebab itu juga, selama lebih 12 tahun sampah-sampah itu tidak dirawat, malah ditimbus sana sini, pencemaran air kumbahan sisa sampah yang mengalir ke sungai.

“Ia kemudian meresap ke dalam bumi dan mengalir ke sungai berdekatan dan memberi kesan berbahaya kepada kehidupan seharian penduduk berdekatan,” katanya.

Masalah berkaitan turut dihadapi penduduk Lambir apabila Stesen Pemindahan Sampah Sementara dibina secara ala kadar menjejas kehidupan kerana gangguan bau busuk dan lalat mengotorkan barang makanan penduduk.

Sebelum ini, dedah Ripin, beliau pernah mengajukan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab namun tidak tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Hanya selepas mereka mengetahui saya akan membentangkan isu ini menerusi persidangan DUN ini baharu menghantar pegawai dan mengarahkan jabatan berkaitan melakukan lawatan tapak.

“Sama seperti apa dilakukan pada tahun sebelum ini, tapi tetap sama, ia kembali kepada asal yang tiada perubahan,” jelasnya.

Untuk dua masalah itu, beliau amat berharap agar kerajaan negeri serius untuk campur tangan bagi menyelesaikan dua masalah utama bagi penduduk Lambir itu.

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>