Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Kennedy dedah Balui masih kekurangan kemudahan asas

$
0
0

KUCHING: Masih banyak kekurangan aspek pembangunan kemudahan asas dialami penduduk Balui meskipun sudah 18 tahun berpindah ke Skim Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap.

Perkara itu didedahkan Kennedy Chukpai Ugon (BN-Murum) yang memohon supaya kerajaan menaik taraf jalan raya di kawasan tersebut termasuk penambahan lorong motosikal yang dilengkapi lampu jalan.

Malah, beliau memberitahu rumah di Skim Penampatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap/Koyan semakin uzur dan memerlukan pendawaian semula.

“Sudah genap 18 tahun penduduk Balui dipindahkan ke skim penempatan semula Bakun BRS Sungai Asap namun masih banyak kekurangan yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Kennedy memberitahu penduduk di Skim Penempatan Semula Metalun dan Tegulang juga memerlukan jalan perhubungan lebih baik kerana pada masa ini akses ke kawasan tersebut melalui jalan tanah merah.

“Saya memohon agar jalan ini dinaik taraf kadar segera agar penduduk yang mengorbankan tanah pusaka mereka demi pembangunan negeri berpindah ke skim penempatan ini dapat menikmati jalan perhubungan baik,” katanya.

Mengulas mengenai prasarana kesihatan, Kennedy berkata, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum cuma dilengkapi tiga klinik.

“Ketiga-tiga klinik ini semakin usang dan mempunyai kelengkapan yang amat terhad dan ini sudah tentu tidak mencukupi menampung keperluan penduduk makin bertambah.

“Saya memohon kepada kerajaan agar mengambil langkah untuk menaik taraf klinik tersebut mengikut kesesuaian dan keadaan semasa,” ujarnya.


Dakwaan defisit negeri RM2.813b diselar

$
0
0

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menyelar dakwaan liar dan palsu dilempar Dr Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) mengenai bajet defisit negeri 2017 dikatakan bukan RM385 juta sebaliknya RM2.813 bilion.

Menurutnya, dakwaan itu jelas menunjukkan Dr Ting tidak membuat ulang kaji teliti mengenai perkiraan sebenar defisit itu dan tidak mempunyai pemahaman betul berhubung standard perakaunan sektor awam semasa, garis panduan dan prosedur kewangan serta penguatkuasaan peraturan bagi pembentangan akaun awam.

Dakwaan tidak berasas itu juga, katanya, turut memperlihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak belajar daripada kesilapan ekoran kesilapan sama pernah dibuat Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) pada 2009 berhubung Bajet Negeri 2010 yang lalu.

“Saya berharap rakyat Sarawak tidak mempercayai apa dikatakan Dr Ting memandangkan ia telah disiar menerusi salah sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina pada hari ini (semalam).

“Harus diketahui, Sarawak merupakan negeri terbaik dalam mengurus tadbir kewangan di seluruh Malaysia. Kita juga menikmati Rang Undang-Undang yang bersih terutama dalam penyata kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media berlangsung pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Katanya lagi, sekiranya beliau mengarahkan Dr Ting menggugurkan kenyataan itu, maka pihak berkenaan perlu mengikut seperti diarah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wong turut mengingatkan pengamal media agar melaporkan perkara betul dan tidak hanya mengambil setiap kenyataan ADUN sebulatnya.

“Terutama bagi pengamal media cetak, masyarakat kebiasaannya mempercayai apa disiarkan di  surat khabar. Justeru, pengamal media harus berhati-hati menulis laporan anda,” tegasnya.

Mengulas mengenai perkara sama, Ripin Lamat (BN-Lambir) memberi cadangan agar Dr Ting menasihati kerajaan Pulau Pinang di bawah bidang pentadbiran DAP agar menyelidik bajet negeri itu tujuh tahun berturut-turut berdepan bajet defisit.

“Sekiranya beliau (Dr Ting) terlalu pandai, daripada dia memberi kenyataan tidak berasas terhadap bajet defisit Sarawak sebaiknya beliau menasihati Pulau Pinang yang membentang bajet defisit setiap tahun sejak tujuh tahun lalu (2011-2017),” katanya.

26 peserta ikuti Kursus Pendawaian Elektrik (Gred 2) di UCTS mulai bulan depan

$
0
0
SERAH BORANG: Hii (empat kiri) menyerahkan borang penyertaan Kursus Pendawaian Elektrik (Gred 2) kepada Abdul Hakim (lima kanan) sambil diperhatikan oleh Ramli (tiga kiri) semalam.

SERAH BORANG: Hii (empat kiri) menyerahkan borang penyertaan Kursus Pendawaian Elektrik (Gred 2) kepada Abdul Hakim (lima kanan) sambil diperhatikan oleh Ramli (tiga kiri) semalam.

SIBU: Seramai 26 peserta mengesahkan penyertaan pada Kursus Pendawaian Elektrik (Gred 2) Separuh Masa (64 jam) yang dijadualkan bermula pada minggu kedua Disember ini di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

Naib Canselor UCTS, Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata kelas Kursus Pendawaian Elektrik (Gred 2) itu diadakan setiap hujung minggu dan kelas pertama dijangka bermula pada 10 Disember ini.

“Kelas akan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung semula jam 6 petang hingga 8 malam,” katanya ketika ditemui pada sidang media di UCTS di sini semalam.

Abdul Hakim berkata, peserta kursus perlu menghadiri kelas minimum 32 jam (separuh masa) diperlukan oleh EIU (Electrical Inspectorate Unit) untuk kelayakan mendapat sijil.

“Kelas teori, praktikal dan peperiksaan dikendalikan oleh UCTS. EIU diiktiraf UCTS menjadi pusat latihan dan peperiksaan kursus pendawaian elektrik (wireman) dan ‘chargeman’,” ujarnya.

Kusus Pendawaian Elektrik (Gred 2) anjuran UCTS dengan kerjasama Persatuan Elektrikal Sarawak dan Sabah (EASS).

UCTS telah bekerjasama dengan Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Bintulu, EASS dan EIU untuk menganjurkan kursus bagi ‘wireman’ dan ‘chargeman’.

Hadir sama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UCTS Profesor Datin Dr Napsiah Ismail, Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan dan Pembangunan Profesional UCTS Profesor Madya Dr Ramli Rashidi, Pengerusi EASS Hii Hua Chuon dan Pengarah Projek Oersted Electrical Company Kenny Yu.

Jauhi amalan khurafat dalam adat perkahwinan

$
0
0

Oleh Siti Aisyah Ramli//

ISTIMEWA: Pasangan yang menarik perhatian, Denis Kljajic, 37 (dua kiri) dengan pilihannya Hasliza Julaihi (dua kanan), 25, ketika bersiap sedia untuk diakadkan oleh jurunikah pada Program Nikah Perdana di Kuching, semalam.

ISTIMEWA: Pasangan yang menarik perhatian, Denis Kljajic, 37 (dua kiri) dengan pilihannya Hasliza Julaihi (dua kanan), 25, ketika bersiap sedia untuk diakadkan oleh jurunikah pada Program Nikah Perdana di Kuching, semalam.

KUCHING: Membuang ‘peraja’ atau melakukan perbuatan khurafat ketika melangsungkan perkahwinan dalam adat Melayu dipercayai masih lagi dipraktikkan segelintir masyarakat hari ini.

Menurut Pegawai Agama Islam Bahagian Kuching Ustaz Ramzen Ambi, amalan itu tidak seharusnya berlaku kerana ia jelas sekali mempamer perbuatan syirik dan bertentangan dengan syariah Islam.

Justeru, jelasnya, adalah wajar bagi setiap pasangan yang berhasrat mahu mendirikan rumah tangga untuk mengelak sebarang tindakan yang boleh menjurus kepada perbuatan yang ditegah agama itu.

“Maka, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching menganjurkan Program Nikah Perdana iaitu acara bernikah secara beramai-ramai di rumah Allah (masjid) sekali gus mengelak daripada melakukan adat (syirik) yang tidak sepatutnya dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Nikah Perdana yang berlangsung di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Program Nikah Perdana itu disertai seramai 27 pasangan dari bandar raya Kuching dengan bantuan seramai 27 jurunikah bertauliah lantikan Pejabat Agama Islam Negeri.

Tambah Ramzen, program bernikah beramai-ramai itu juga menyasarkan matlamat untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga pasangan dan penduduk kampung yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Sementara itu, Pengarah JAIS Ismail Mohd Hanis berkata, program tersebut berjaya menarik lebih 25 pasangan dalam tempoh sebulan ia dipromosikan.

“Saya percaya jika ia lebih awal dipromosi dan diuar-uarkan, sudah pasti pasangan yang mahu bernikah menerusi program ini akan lebih ramai.

“Saya berharap supaya program bernikah seumpama ini dapat dijadikan sebagai budaya dalam masyarakat Islam hari ini,” jelasnya.

Terdahulu, sebelum bermula majlis akad nikah beramai-ramai itu, turut diadakan khutbah nikah yang disampaikan oleh Imam Besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.

Turut hadir ialah Ketua Pendaftar Unit Kemajuan Keluarga Islam (JAIS) Ustaz Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine.

Permohonan pindah SK Selampit, naik taraf SK Bokah sudah dikemuka kepada KPM

$
0
0

KUCHING: Kerajaan ne-geri telah mengemukakan permohonan untuk memindahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Selampit dan projek ubah suai naik taraf SK Bokah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail berkata kedua-dua permohonan bagi projek itu telah dikemuka untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menurut Dr Rahman, skop yang dicadangkan bagi SK Selampit adalah melibatkan pembinaan 12 bilik darjah, empat unit rumah guru dan lain-lain kemudahan dengan anggaran kos sebanyak RM34 juta.

Manakala, skop projek bagi SK Bokah pula adalah untuk mengubah suai dan menaik taraf dua unit rumah guru, satu unit makmal sains dan  sebuah dewan makan dengan kapasiti 100 pelajar.

Selain itu, skop peng-ubahsuaian dan naik taraf SK Bokah turut melibatkan sebuah surau, sebuah pejabat am, sebuah bilik guru besar, sebuah bilik penolong kanan dan lima bilik ketua panitia dengan anggaran kos RM1.5 juta.

Dr Rahman berkata demikian ketika menjawab perta-nyaan daripada Dato Ranum Mina (BN-Opar) berhubung cadangan kerajaan untuk memindahkan dua sekolah tersebut yang kerap dilanda banjir pada Mesyuarat DUN di sini semalam.

Beberapa strategi dilaksana pertingkat industri bioteknologi, penyelidikan sains

$
0
0

KUCHING: Kerajaan ne-geri telah melaksanakan beberapa strategi untuk meningkatkan industri bio-teknologi dan penyelidikan sains di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Penyeli-dikan Sains dan Bioteknologi) Dr Annuar Rapa’ee berkata strategi-strategi serta hala tuju yang dilaksanakan itu adalah selari dengan Polisi Bioteknologi Kebangsaan (NBP) dan Pelan Transformasi Sosioekonomi Sarawak (SETP 2006-2030).

Antara strategi itu ialah menggalakkan penyeli-dikan dilakukan di negeri ini mengenai sumber-sumber biologi unik, melindungi harta intelektual, pemilikan negeri ke atas sumber-sumber biologi di Sarawak dan hak-hak masyarakat pri-bumi ke atas ilmu pengetahuan tradisional mereka.

“Bagi meningkatkan industri bioteknologi dan penyelidikan sains di negeri ini, kerajaan turut mewujudkan tempat latihan dan membina keupayaan saintis-saintis muda dalam bidang-bidang penting yang me-nyumbang kepada industri bio Sarawak.

“Saya akan meneliti profil kecekapan bakat tempatan yang diperlukan bagi memastikan kejayaan industri bioteknologi di Sarawak.

“Ini termasuk aspek me-mimpin dan mengurus sektor berasaskan bioteknologi dan penyelidikan, pengurusan projek berkesan untuk membawa penyelidikan kepada pengkomersilan dan keupayaan untuk menilai pengurusan risiko dan keselamatan dalam bidang ini,” katanya.

Dr Annuar berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Dr Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut) pada Me-syuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Strategi-strategi lain yang dilaksanakan kerajaan dalam bidang itu termasuklah me-wujudkan keseimbangan antara penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan dengan menekankan penyelidikan pengkomersilan.

Ini adalah bagi memasti-kan terdapat hasil ekonomi yang positif bagi negeri dari pelaburan dan penyelidikan.

“Kerajaan turut memperkukuhkan koordinasi dan kerjasama antara agensi penyelidikan di negeri ini bagi mengurangkan pertindihan bidang kerja.

“Kerjasama dan koordinasi seperti ini akan me-ningkatkan komunikasi dan membolehkan kesedaran kerja-kerja penyelidikan dijalankan di bawah agensi yang berkenaan selain menggalakkan kerjasama berimpak tinggi,” katanya.

Kerajaan negeri turut me-rancang untuk menubuhkan badan (Majlis Penyelidikan Sarawak) bagi mempelopori pengurusan dan organisasi pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan menyelaras aktiviti penyelidikan di Sarawak.

Petani digalak usaha tanaman alternatif

$
0
0

Laporan oleh Saibi Gi,Jessica Jawing,Agnes Tugong,Rusnan Mustafa,Siti Aisyah Ramli//

CERIA: Julaihi (dua kanan) ditemani (dari kanan) Menteri Muda Kesenian dan Kebudayaan Datuk John Sikie Tayai, Simoi dan Datuk Abdul Wahab Aziz (BN-Kalaka) pada sidang DUN semalam.

CERIA: Julaihi (dua kanan) ditemani (dari kanan) Menteri Muda Kesenian dan Kebudayaan Datuk John Sikie Tayai, Simoi dan Datuk Abdul Wahab Aziz (BN-Kalaka) pada sidang DUN semalam.

KUCHING: Golongan petani digalak mengusahakan tanaman alternatif seperti jagung manis, keladi dan sayur yang dilihat mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya dapat diusahakan secara komer-sil.

Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar Kawasan Pesisir dan Perikanan Datuk Julaihi Narawi berkata, sebanyak RM20.2 juta diperuntuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi membantu golongan petani meng-usahakan tanaman alternatif itu di seluruh Sarawak.

“Oleh itu, saya menasihat agar setiap wakil rakyat menasihat golongan petani mahu-pun peladang mengemuka-kan permohonan di Jabatan Pertanian yang terdekat bagi mendapatkan bantuan ini menerusi program-program penanaman alternatif yang disediakan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Simoi Peri (BN-Lingga).

Simoi bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk memperkenalkan program penanaman alternatif yang mendatangkan pulangan lumayan yang cepat kepada para petani dan nelayan di DUN Lingga.

Menurut Julaihi, keba-nyakan penduduk di kawasan Lingga adalah terdiri daripada petani-petani yang meng-usahakan padi sawah dan nelayan sungai.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk luar ban-dar melalui pelaksanaan program pertanian dan industri hiliran pertanian yang sesuai mengikut jenis tanah yang dimiliki oleh para petani,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, Jabatan Pertanian Sarawak telah mewujudkan Program Mempelbagaikan Tanaman yang merangkumi tanaman kontan (keladi dan jagung), sayur, nipah dan ternakan kelulut.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), seramai 34 petani telah dibantu di bawah program ini dengan melibatkan keluasan 18.5 hektar.

“Program ini masih diterus-kan dalam RMK11 supaya ramai petani terlibat dalam program ini,” katanya lagi.

Menjawab pertanyaan Dato Henry Harry Jinep (BN-Tasik Biru), beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) berkata, cada-ngan Estet Perindustrian Bau telah dilulus untuk dilaksanakan di bawah RMK11 melibatkan kos yang dianggarkan berjumlah RM30.2 juta dengan keluasan estet 50 ekar.

“Projek ini akan dimulakan dalam tahun 2017 dengan pengambilan balik tanah untuk tapak projek oleh Jabatan Tanah dan Survei,” kata Julaihi.

Henry bertanya bilakah pembinaan kawasan per-        industrian di daerah Bau atau DUN Tasik Biru khasnya akan dimulakan dan apakah perancangan kerajaan dalam pembangunan kawasan perindustrian tersebut.

Jamilah gesa isteri wakil rakyat fahami etika sosial dengan rakyat

$
0
0

KUCHING: Isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu menggesa supaya isteri wakil rakyat negeri ini memahami etika sosial agar komuni­kasi dan pergaulan dengan masyarakat sekeliling dapat terjalin secara harmoni dan akrab.

Katanya, etika sosial mer­angkumi pengetahuan betul atau sesuai dipertutur serta diperlaku dalam hubungan sosial, amalan tingkah laku tertib, adab tertib di meja makan dan keterampilan diri yang anggun serta penyesua­ian diri pada majlis rasmi.

“Sebagai isteri wakil rakyat perlu diingat bahawa kita sentiasa dinilai daripada segi keterampilan diri, tingkah laku, kesopanan, pergaulan, akhlak tinggi dan pertu­turan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ke­tika menyempurnakan majlis penutupan kursus etika so­sial anjuran Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Ne­gara (INTAN) kepada ahli baharu dan lama SABATI, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah IN­TAN Wilayah Sarawak Dr Jasmine Edmund Andrew, Perunding INTAN Kuala Lumpur Rozita Rahim dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi SABATI.

Jamilah turut mengin­gatkan agar setiap tindakan dilaku harus sesuai etika dan norma sosial menjadi amalan di daerah atau kawasan demi keharmonian masyarakat pel­bagai kaum di negeri ini.

“Sebagai seorang isteri, ibu, anak perempuan dan wanita berkerjaya, kita harus serba boleh dan berani menyahut cabaran.

“Mental dan emosi juga hendaklah seimbang, mema­hami, sabar, bertolak ansur dan berfikiran terbuka,” katanya.

Kursus dua hari bermula Khamis itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli SABATI tentang keterampilan diri, tingkah laku mengikut norma sosial, peradaban di meja makan, peranan isteri ahli politik dan juga protokol pada majlis rasmi.


Sektor perladangan berdepan kurang tenaga pekerja tempatan

$
0
0
KENANGAN: Harden (empat kiri) bersama ahli-ahli SUPP yang lain merakamkan gambar kenangan bersama Presiden Datuk Dr Sim Kui Hian (lima kanan) yang juga Menteri Kerajaan Tempatan di Kompleks DUN, semalam.

KENANGAN: Harden (empat kiri) bersama ahli-ahli SUPP yang lain merakamkan gambar kenangan bersama Presiden Datuk Dr Sim Kui Hian (lima kanan) yang juga Menteri Kerajaan Tempatan di Kompleks DUN, semalam.

KUCHING: Sektor perladangan terutama kelapa sawit di negeri ini berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga kerja tempatan.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan menurut Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar Kawasan Pedalaman dan Perladangan, Datuk Francis Harden mengambil beberapa langkah menggalak rakyat tempatan bekerja dalam sektor perladangan.

Antaranya memperkenal pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM920 bagi Sarawak, Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di samping itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga telah menubuhkan Pusat Latihan Sawit Malaysia (Plasma) bagi melatih rakyat tempatan sebagai persediaan menceburi industri sawit terutama sektor perladangan.

“Sejak penubuhan Plasma, Keratong pada 2006, sehingga 2016 ini pusat latihan ini telah menerima seramai 161 orang pelatih dari Sarawak,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan pelatih yang menerima sijil kemahiran ini bekerja di sektor perladangan sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun Sarawak.

Harden berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Safiee Ahmad (BN-Daro) pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memasuki persidangan hari kelima semalam.

Tambah Harden, MPOB juga dari masa ke masa melalui khidmat pengembangan MPOB telah menganjurkan aktiviti ceramah di kampung dan rumah panjang menggalak orang muda terlibat aktiviti perladangan bagi mengusaha tanah serta meningkatkan pendapatan mereka.

“Jabatan Tenaga Kerja pula mengambil tindakan atau langkah menggalakkan orang tempatan bekerja dalam sektor perladangan dengan menjemput majikan ladang menyertai program penempatan pekerjaan bagi mengisi kekosongan di ladang masing-masing melalui temu duga terbuka.

“Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja juga mewajibkan majikan ladang mengiklankan jawatan kosong di akhbar tempatan dan melalui RTM sebelum boleh mengambil pekerja asing,” tambahnya.

Terdahulu ketika menjawab pertanyaan berhubung jumlah anak tempatan di DUN Daro diambil bekerja syarikat perladangan dalam kawasan itu, Harden berkata, seramai 3,063 orang tempatan telah diambil bekerja tiga syarikat iaitu Jaya Tiasa Holdings Berhad, Syarikat Tradewinds dan Multimaximum Sdn Bhd.

Daripada jumlah tersebut, seramai 780 orang atau 25 peratus  pekerja tempatan manakala selebihnya pekerja asing dari Indonesia.

Daripada jumlah pekerja tempatan seramai 780 orang ini, 313 orang (40 peratus) adalah dari kawasan Daro, termasuk 155 orang (50 peratus) di dalam kategori pengurusan (eksekutif, pentadbiran dan pekerja mahir) manakala selebihnya adalah pekerja ladang.

“Memandangkan sektor perladangan mengalami kekurangan pekerja, saya memohon agar wakil rakyat dapat membantu menggalak penglibatan anak-anak tempatan bekerja di sektor perladangan,” katanya.

Lewat bayar pampasan punca projek Jln Entabai/Rantau Limau lambat siap

$
0
0

KUCHING: Kelewatan bayaran pampasan tanah dan tanaman punca kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Jalan Entabai/Rantau Limau, Julau dalam Bahagian Sarikei.

Bagaimanapun menurut Menteri Muda Pengangkutan Sungai dan Keselamatan Liwan Lagang, fasa pertama bagi projek ini sedang dilaksana dengan kemajuan fizikal sebanyak 39 peratus.

Projek ini dijangka siap bulan Oktober tahun 2017, katanya sebagai menjawab pertanyaan daripada Rolland Duat Jubin (BN-Meluan) pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Tambah Liwan, projek ini melibatkan pembinaan kira-kira 9.5 kilometer (km) jalan yang baru dan sebuah jambatan dengan kos kontrak RM39 juta lebih.

Berhubung dengan cadangan penjajaran semula jalan di KM6, Jalan Kelupu, Bintangor dalam kawasan Meradong, Liwan berkata ia telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Pengambilan semula tanah bagi projek ini dijangka akan dilaksanakan pada 2017 dan kerja fizikal akan bermula pada awal 2018.

“Panjang pada penjajaran semula jalan ini adalah 1.16 km dengan kos siling RM8 juta,” katanya sebagai menjawab pertanyaan daripada Datuk Ding Kuang Hiing (BN-Meradong).

Jaringan jalan raya lengkap penting bangunkan pesisir

$
0
0

KUCHING: Kerajaan negeri dianggar bakal memerlukan antara RM1.8 bilion hingga RM1.9 bilion bagi melengkapkan jaringan jalan raya di kawasan pesisir negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, kos tersebut adalah untuk membina empat jambatan dan satu rangkaian jalan yang belum bersambung serta lapan jambatan satu lorong di seluruh negeri.

Menurutnya, empat jambatan itu perlu dibina bagi merentasi Batang Saribas, Batang Krian, Batang Paloh dan Batang Lassa; dan satu jalan penghubung antara Sarikei dan Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer; serta lapan jambatan satu lorong sepanjang Jalan Sempadi, Lundu.

Anggaran kos hampir RM2 bilion itu, katanya, tidak termasuk kos pembinaan Jambatan Batang Igan, Batang Rambungan dan Batang Lupar (akan dibiayai kerajaan negeri dan persekutuan) memandangkan dua projek cadangan itu ditanggung kerajaan persekutuan.

“Di bawah jaringan jalan raya pesisir, setakat ini, hanya Jambatan Batang Sadong telah siap dibina, dan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 15 Oktober lepas.

“Penyiapan Jambatan Batang Sadong menghubungkan Sebuyau dan Sadong Jaya telah mewujudkan banyak peluang perniagaan, perdagangan skala besar dan lebih banyak pembangunan di kawasan ini yang memberi manfaat kepada ribuan penduduk luar bandar,” katanya menerusi ucapan perbahasan Bajet 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Aidel berkata lagi, jaringan jalan raya yang lengkap amat penting dalam membangunkan ekonomi penduduk di kawasan pesisir.

Lebuh Raya Pan Borneo yang akan siap satu masa kelak akan memberi manfaat kepada penduduk di bahagian pedalaman.

Justeru, penduduk di kawasan pesisir juga akan menikmati manfaat serupa jika projek jalan raya di kawasan itu dilaksanakan sepenuhnya.

“Penduduk di sepanjang pesisir akan menikmati rangkaian perhubungan yang baik dan mereka ini saya percaya telah lebih sedekad menyokong kerajaan Barisan Nasional,” jelasnya.

Sehubungan itu, Bajet 2017 yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Isnin lepas memperuntukkan RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan projek-projek membabitkan jalan raya pesisir.

Jumlah itu beliau jangka merupakan dana permulaan bagi membiayai kerja-kerja kajian dan survei bertujuan membina empat jambatan tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana memperuntukkan RM2.982 bilion pada tahun hadapan bagi tujuan pembangunan luar bandar.

“Ini semestinya akan mengukuhkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan pembangunan di luar bandar dan turut mentransformasikan kawasan luar bandar searas dengan kawasan bandar,” katanya.

Kapit rekod sifar penagih baharu

$
0
0
MASA REHAT: Hasidah (tengah) ditemani (dari kanan) Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, Menteri Muda Perpaduan Rosey Yunus dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau keluar dari Kompleks Dewan Undangan Negeri.

MASA REHAT: Hasidah (tengah) ditemani (dari kanan) Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, Menteri Muda Perpaduan Rosey Yunus dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau keluar dari Kompleks Dewan Undangan Negeri.

KUCHING: Bahagian Kapit kekal bersih ancaman dadah selepas mencatat sifar kes penagih baharu berdaftar sejak 2014 hingga kini.

Perkara itu didedahkan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bagi menjawab pertanyaan Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjong Batu) mengenai statistik terkini penagih dadah baharu yang berdaftar mengikut kawasan negeri ini sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-18 di sini semalam.

Hasidah menjelaskan sejak 2014 hingga Oktober tahun ini bahagian Kapit terus mencatatkan sifar kes berkaitan penagih baharu berdaftar.

“Jumlah keseluruhan kes penagih baharu berdaftar mengikut bahagian bagi tempoh 2014 hingga Oktober 2016 berdasarkan statistik dikeluar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) adalah sebanyak 1,972 orang,” katanya.

Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, Kuching mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 624 orang bagi tempoh tersebut diikuti Miri (330), Kota Samarahan (272), Sarikei (186), Sibu (143), Sri Aman (124), Serian (78), Bintulu (73), Limbang (67), Betong (65), Mukah (10) dan Kapit (0).

Mengulat lanjut mengenai isu tersebut, Hasidah berkata, pada 2014 sebanyak 19 kes dilaporkan yang mana 14 daripadanya telah didakwa di mahkamah.

“Manakala bagi 2015, 26 kes dilaporkan yang mana 21 daripadanya telah didakwa di mahkamah dan bagi tahun ini hingga Oktober sebanyak 41 kes dilaporkan yang mana 35 daripadanya telah dihadap ke mahkamah,” katanya.

Pada masa sama Hasidah memberitahu sehingga kini, sebanyak 1,432 penagih berdaftar mengikut perintah mahkamah di seluruh Sarawak.

“Justeru, pelbagai usaha yang diambil kerajaan negeri menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama PDRM, AADK dan PEMADAM demi membanteras masalah dadah di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah memberitahu sebanyak RM400,000 diperuntukkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Layar untuk penyelenggaraan dan menaik taras sekolah tersebut.

“Kerajaan komited dalam menyediakan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan secara menyeluruh bagi sekolah di Sarawak dan tertakluk kepada peruntukan yang sedia ada,” katanya bagi menjawab pertanyaan Gerald Rentap Jabu (BN-Layar) mengenai bajet penyelenggaraan sekolah di DUN Layar.

Lelaki dibebas, lepas dari tuduhan edar, miliki dadah

$
0
0

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini semalam membebas serta melepaskan seorang lelaki daripada pertuduhan meng­edar serta memiliki dadah jenis Methamphetamine.

Hakim Supang Lian mem­buat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie.

Tertuduh, Pau Chu Thong, 32, terdahulu menghadapi dua pertuduhan iaitu di ba­wah Seksyen 39B(1)(a) dan Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a), Pau didakwa mengedar dadah Methamphetamine seberat 75.26 gram dan bagi per­tuduhan alternatif di bawah Seksyen 12(2), beliau didakwa memiliki dadah Methamphet­amine seberat 75.26 gram.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Sibu-Bintulu pada 14 Ogos 2015, kira-kira jam 11 pagi.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillanny Siji sementara Pau diwakili oleh peguam Orlando Chua.

Pemuda PRS diingat jangan berpuak-puak

$
0
0

Oleh Jessica Jawing//

SOKONGAN: Masing (duduk tengah) bersama ahli Pemuda PRS yang diketuai Snowdan (duduk dua kiri) beraksi dengan surat angkat sumpah sokongan kepada Presiden di Kompleks DUN di Kuching, semalam.

SOKONGAN: Masing (duduk tengah) bersama ahli Pemuda PRS yang diketuai Snowdan (duduk dua kiri) beraksi dengan surat angkat sumpah sokongan kepada Presiden di Kompleks DUN di Kuching, semalam.

KUCHING: Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) di­ingat tidak berpuak-puak antara satu sama lain se­baliknya bekerja sebagai satu pasukan demi kebaikan parti dan kesejahteraan rakyat.

Presidennya Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata, dalam PRS hanya ada satu pasukan sahaja iaitu pasukan PRS.

“Anda semua harus bekerja sebagai satu pasukan dan tidak ada yang menganggap ‘anda kumpulan ini, saya kumpulan itu’ dalam PRS kerana dalam parti kita hanya ada satu sahaja iaitu kumpulan PRS.

“Saya juga mahu anda (Pemuda) melakukan yang terbaik dengan memahami situasi di Sarawak yang didi­ami kepelbagaian masyarakat daripada pelbagai agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata ketika men­yaksikan majlis menanda­tangani surat angkat sumpah sokongan kepada Presiden PRS daripada Sayap Pemuda PRS baharu yang diketuai, Snowdan Lawan (Ketua Pemuda PRS) di pejabatnya di kompleks DUN di sini, semalam.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri mengalu-alu­kan kehadiran ahli Pemuda PRS baharu itu yang disi­fatkan memainkan peranan besar dalam menentukan kesejahteraan dan kerel­evanan parti pada masa akan datang.

Jelasnya, sebagai generasi muda dalam parti mereka harus berani menyuarakan pendapat mengenai apa yang patut dilaksanakan demi kepentingan parti.

“Jangan takut menyuar­akan apa yang mahu kita lakukan untuk kemajuan parti dan kesejahteraan Sarawak dalam Malaysia.

“Saya percaya anda sebagai generasi muda dalam parti pastinya mempunyai idea yang banyak dan jangan risau kerana parti ini ada kerana anda dan bukan milik saya seorang sahaja,” katanya.

Masing memberitahu beliau percaya dengan kepimpinan Pemuda di bawah Snowdan, parti akan terus maju ke hadapan.

Mengulas mengenai angkat sumpah sokongan berkenaan, beliau berkata ia bukan sahaja penting kepada PRS tetapi tanda sokongan Pemuda PRS kepada Barisan Nasional (BN) dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sementara itu Snowdan dalam ucapannya berkata, selain daripada menandatan­gani angkat sumpah berk­enaan, Pemuda PRS juga akan membincangkan agenda dan hala tuju sayap itu pada masa akan datang.

“Sayap Pemuda ini dibarisi daripada pelbagai profesion dan kita akan membincang­kan dengan lebih banyak agenda pembangunan kita pada tahun akan datang,” katanya.

Tiga tidak mengaku salah bunuh Kayong

$
0
0
TIDAK MENGAKU: Ketiga-tiga tertuduh dieskot keluar dari bangunan mahkamah menuju ke kenderaan polis.

TIDAK MENGAKU: Ketiga-tiga tertuduh dieskot keluar dari bangunan mahkamah menuju ke kenderaan polis.

MIRI: Tiga lelaki termasuk pembantu peribadi kepada seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang masih diburu polis masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi semalam terhadap tuduhan membunuh pemimpin PKR Miri, Bill Kayong.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun lalu di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasar Raya Emart (Tudan), Jalan Miri-Bintulu.

Manakala dua lagi tertuduh iaitu Lie Chang Loon, 37, dari Taman Pin Fook dan Chin Wui Chung, 50, dari Lorong 5 Krokop di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang turut memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh telah bersubahat dengan Lee Chee Kiang, 44, dan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan tempat sama.

Terdahulu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Fadzila Ishak dan dibantu TPR Musli Abdul Hamid turut mengemukakan saksi pendakwaan.

Setelah mendengar pengakuan tidak salah ketiga-tiga tertuduh, beliau kemudian memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes dan pada masa sama memohon agar kes tiga tertuduh terbabit dibicarakan bersama.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab membenarkan permohonan itu dan menetapkan 13 Disember depan untuk pengurusan kes, sementara perbicaraan dijangka akan bermula sekitar Januari depan.

Manakala ketiga-tiga tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.


Haruan makan anak

$
0
0

Oleh Jeremy Lanson//

DITANGKAP: Suspek (tiga kanan) bersama isterinya (kiri) semasa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam.

DITANGKAP: Suspek (tiga kanan) bersama isterinya (kiri) semasa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam.

KUCHING: Seorang ibu turut ditahan untuk membantu siasatan semalam selepas dikatakan hanya melihat suaminya merogol anak kandung mereka yang berusia 17 tahun di sebuah kampung di Petra Jaya.

Menurut sumber, wanita berusia 36 tahun terbabit bersama suaminya, 40, yang masing-masing tidak mempunyai pekerjaan ditahan di rumah mereka selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.

Difahamkan, mangsa mendakwa beberapa kali dirogol oleh bapa kandungnya sejak bulan Julai tahun lepas dan yang terbaharu baru-baru ini (November) yang turut disaksikan oleh ibunya sendiri.

“Kejadian pertama berlaku pada Julai tahun lepas, di mana suspek telah masuk ke dalam bilik tidur mangsa lalu melakukan perbuatan terkutuk itu dan kejadian tersebut berterusan.

“Mangsa selain itu turut diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain.

“Kali terakhir mangsa dirogol ialah baru-baru ini (November) iaitu sekitar jam 3 pagi dan kejadian tersebut turut disaksikan oleh ibunya yang tidur sebilik, namun dia hanya melihat perbuatan suspek,” kata sumber.

Mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

“Hasil laporan pemeriksaan di HUS mendapati mangsa hamil tujuh minggu dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah dimaklum untuk mendapatkan khidmat pegawai kaunseling.

“Bertindak kepada laporan tersebut juga, suspek dan isterinya berjaya ditangkap dan permohonan reman akan dibuat esok (hari ini),” katanya.

Menurut Abang Ahmad lagi, hasil ujian air kencing terhadap suspek lelaki juga mendapati positif dadah.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku merogol mangsa beberapa kali dan ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif dadah,” katanya yang turut memberitahu suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik pasangan berkenaan.

Guna pisau pemotong daging, dua lelaki rompak kedai 24 jam

$
0
0

BINTULU: Seorang pekerja bahagian kaunter pembayaran sebuah kedai 24 jam di sebuah kawasan komersil di sini nyaris cedera selepas dua  perompak tiba-tiba masuk sebelum mengacukan pisau pemotong daging ke arahnya dalam insiden berlaku jam 3 pagi semalam.

Semasa kejadian itu, pekerja berada di bahagian kaunter itu sebelum kedua-dua individu memakai topeng meluru masuk, manakala salah seorang mengacu pisau pemotong daging memaksa pekerja berkenaan mengeluar duit mesin pembayaran.

Pemerhatian rakaman semula litar kamera tertutup (CCTV) di premis berkenaan mendapati kedua-dua perompak terbabit turut melarikan pelbagai barangan dijual selain melarikan wang tunai yang belum dapat dipasti jumlahnya.

Bagaimanapun, insiden itu tidak mengakibatkan pekerja terbabit cedera kerana beliau masih trauma dengan insiden berlaku tidak sampai lima minit itu.

Sejurus melarikan barangan, kedua-dua perompak terbabit beredar dari premis terbabit dengan pantas.

Laporan polis sudah dibuat berhubung insiden rompakan ini bagi membolehkan tindakan selanjutnya dijalankan bagi mengesan serta menangkap suspek.

Penganggur dipercayai rogol anak direman

$
0
0

KUCHING: Seorang penganggur dari sebuah kampung di Petra Jaya yang ditangkap selepas didakwa merogol anak kandungnya secara berulang kali sejak pertengahan tahun lepas ditahan reman untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek berusia 40 tahun itu kini dalam tahanan selama tujuh hari selepas permohonan reman diterima semalam.

“Kita memperoleh perintah reman selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu ditangkap pada pagi Jumaat selepas disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 18 tahun.

Remaja berusia 18 tahun itu turut disahkan mengandung tujuh minggu.

Tindakan terkutuk itu didakwa bermula Julai tahun lepas dan berterusan sehingga hampir setiap bulan.

Baru-baru ini iaitu sekitar 3 pagi, kejadian tersebut itu turut dikatakan disaksikan oleh ibunya yang tidur sebilik, namun gagal mengambil sebarang tindakan.

Wanita berusia 36 tahun itu yang turut ditangkap untuk membantu siasatan kelmarin, bagaimanapun telah dibebaskan.

Tay Motor mendominasi Kejohanan Bola Keranjang Bawah 12 Tahun

$
0
0

KUCHING: Pasukan Tay Motor mendominasi Kejohanan Bola Keranjang Bawah 12 Tahun Kuching berlangsung di Stadium Tertutup MBKS, Pending di sini.

Membariskan tiga lelaki dan tiga wanita pasukan itu muncul juara dan naib juara kategori lelaki dan muncul juara kategori wanita.

Kategori lelaki menyaksikan Tay Motor A menundukkan Tay Motor C 45-11 manakala Kelab Rekreasi dan Sukan Batu Kawa menduduki tempat ketiga selepas membenam SJK Chung Hua Siburan 30-24 dalam aksi ‘play-off’.

Tay Motor A muncul juara kategori wanita selepas menjinakkan Kelab Rekreasi dan Sukan Batu Kawa 46-16 pada aksi final.

Tempat ketiga dirangkul Tay Motor B yang menyingkirkan SJK Chung Hua Pending dengan 33-8.

Kejohanan tersebut ditaja oleh Lee Ling dan dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Bahagian Kuching.

Ia disertai sembilan pasukan lelaki dan enam wanita sebagai pentas untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Kuching pada kejohanan antara bahagian.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola keranjang.

 

Perangi salah guna dadah bermula peringkat sekolah

$
0
0

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata penyalahgunaan dadah di negara ini wajar diperangi semua pihak bermula daripada peringkat sekolah lagi.

Menurutnya,  sekolah lokasi terbaik bagi tujuan ini memandangkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah perlu dididik sejak peringkat awal.

“Dadah bukan sahaja musuh negara malah boleh merosak rancangan kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti di negara ini,” katanya.

Jelasnya, beliau memohon ibu bapa dan guru supaya bersama-sama membantu mana-mana agensi kerajaan melaksana kempen antidadah di persekitaran.

Masir merupakan Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Ringin di sini, semalam.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman  mengumum peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada PIBG SK Balai Ringin pada majlis tersebut.

Beliau turut memohon ibu bapa membantu sekolah melahirkan golongan modal insan berkualiti demi keperluan tenaga kerja negara.

“Berilah pendidikan yang terbaik untuk  anak dan sedih kemudahan pendidikan terbaik untuk anak di rumah untuk mencapai akademik lebih cemerlang” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kanan beliau, Whelton Lumpoi, Setiausaha Sulitnya Bobby Kinyan, Pegawai Imigresen Kanan, Nelson Naga Alam, Pembantu Khas Parlimen Sri Aman, Edmund Pirang, kakitangan SK Balai Ringin dan ibu bapa murid di sini.

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>