Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Mangsa tanah runtuh terima bantuan kewangan

$
0
0

RANAU: Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat yang juga ADUN Paginatan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Hatimah Mudin, 58, yang menjadi mangsa tanah runtuh, baru-baru ini.

Siringan yang berada di luar kawasan ketika menerima berita itu telah mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George melakukan tinjauan ke lokasi kejadian sambil menyerahkan bantuan kewangan kepada keluarga berkenaan.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin yang juga pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Ranau.

Faimin yang ditemui memberitahu perkara itu akan diberi perhatian sewajarnya dan akan dibawa dalam perbincangan bersama wakil rakyat kawasan itu dalam masa terdekat untuk tindakan yang selanjutnya.

“Pada pertemuan itu nanti, perbincangan tidak hanya tertumpu kepada penyelesaian jangka pendek tetapi juga mengambil kira penyelesaian jangka panjang agar insiden sedemikian tidak berulang,” katanya.

Beliau juga mahu jabatan berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan tinjauan ke lokasi tanah runtuh di Kg Lukapon kira-kira 4 kilometer dari Pekan Ranau, seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.

“Saya juga mahu pemimpin di peringkat kampung serta penduduknya agar memberikan kerjasama kepada jabatan berkaitan cadangan serta tindakan penyelesaian,” katanya.

Dalam kejadian itu, nasib enam sekeluarga nyaris berakhir dengan tragis apabila tebing tanah di nelakang rumah mereka tiba-tiba runtuh dan menghempap dinding rumah mereka sehingga roboh.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 5.15 petang Ahad ekoran hujan lebat serta angin kencang.

Bagaimanapun, Hatimah bersama empat anak dan seorang cucu berusia sebulan lebih sempat menyelamatkan diri.

 


Harimau Malaysia masih positif ke separuh akhir: Shahrom

$
0
0

YANGON: Skuad Harimau Malaysia masih optimis mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki walaupun perlu berdepan tuan rumah bersama, Myanmar dalam aksi hidup-mati di Stadium Thuwunna, di sini Sabtu ini.

Pertahanan tengah negara, Mu h amma d Shahrom Abdul Kalam menjelaskan rakan sepasukannya masih belum mahu mengibar bendera putih biarpun sedar laluan berliku menanti mereka pada aksi terakhir Kumpulan B.

“Saya masih positif dengan peluang pasukan kita melangkah ke separuh akhir walaupun kalah kepada Vietnam kelmarin.

“Kami juga perlu sesuaikan diri dengan cepat untuk menyerap tekanan da r i – pada ribuan penyokong Myanmar nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Berkongsi pandangan sama adalah penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri yang melaungkan keyakinan untuk menewaskan Myanmar yang bakal mendapat sokongan padu ribuan penyokong mereka nanti.

“Kekua t an Myanma r adalah pemain muda yang bergerak pantas, namun mungkin ada beberapa kelemahan mereka yang kita boleh atasi… Kita juga pernah berdepan penyokong Myanmar yang ramai, jadi tiada masalah bagi kami,” kata penyerang Selangor itu.

Sementara itu, skuad Harimau Malaysia diingatkan supaya tidak ghairah memburu gol awal apabila menentang Myanmar Sabtu ini.

Sebaliknya, ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee menuntut pemainnya supaya tenang menghadapi perlawanan tersebut walaupun sedar perlu menang untuk mara ke separuh akhir.

“Kita tidak boleh terburu- buru dan sudah tentu pemain faham kita perlukan gol dan pada masa sama tidak dibolosi untuk layak ke separuh akhir.

“Pemain harus mengikut percaturan taktikal dan apa yang ditunjukkan (ketika tewas 0-1 kepada Vietnam) semalam cukup baik sebelum kita dibolosi pada minit-minit akhir perlawanan,” katanya.

Kim Swee berkata beraksi pada sebelah malam buat pertama kali setelah terpaksa bermain dua perlawanan pada waktu petang dengan cuaca panas sebelum ini, mampu memberi perangsang kepada pemain negara untuk memburu keputusan positif.

Beliau turut memaklumkan pemain pertahanan tengah, Ronny Harun dan pemain sayap kiri Mohd Syazwan Zainon, yang masing- masing cedera di pangkal paha dan bengkak kaki, telah dirujuk kepada doktor pasukan untuk mengetahui sama ada dapat diturunkan Sabtu ini.

Mengulas tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Myanmar, Kim Swee berkata pemain kebangsaan sudah biasa menghadapi situasi itu dan yakin mereka mampu memberi saingan sengit kepada tuan rumah.

Malaysia  perlu menewaskan Myanmar untuk mara ke separuh akhir setelah tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan B di gelanggang yang sama, semalam.

Kemenangan yang diraih Vi e tnam menyaks ika n mereka mengiringi juara Kumpulan A, Thailand yang mengesahkan tiket ke separuh akhir setelah merekodkan kemenangan kedua dengan mengatasi Singapura 1-0 di Filipina pada Selasa. — Bernama

Masjid indah, pengisian mesti indah: Ahmad Zahid

$
0
0

Masyarakat Islam diingat agar menyeimbangkan antara keindahan fizikal masjid dengan keindahan pengisiannya

Oleh Siti Aisyah Ramli //

KUCHING: Masyarakat Islam di negeri ini amnya dan kawasan Tupong khasnya diingatkan agar menyeimbangkan antara keindahan fizikal masjid dengan ke-indahan pengisiannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, masjid harus dimanfaatkan sebagai tempat perkembangan dan perkongsian ilmu selain sebagai pusat mencambahkan perpaduan dan kesepaduan ummah.

Katanya menjadi satu ke-rugian seandainya institusi agama itu hanya sekadar gah daripada aspek pembangunan fizikal namun tidak digunakan sebaiknya.

“Peranan dan fungsi masjid haruslah diaktifkan tidak ha-nya sebagai tempat bersolat semata-mata tetapi juga tempat melaksanakan aktiviti khususnya program kemasyarakatan dan program keilmuan.

“Justeru, kita perlu meng-imarahkan masjid sebagai platform penyeimbangan antara ilmu duniawi dan ukhrawi kerana solat itu sebagai pelaburan akhirat manakala pada masa sama kita juga harus mengambil kira untung nasib di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Darul Husni Warrahmah di masjid itu di Taman Hussein di sini semalam.

Turut hadir Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan bekas ADUN Tupong Datuk Daud Abdul Rahman.

Katanya umat Islam juga perlu ada di barisan hadapan dan mempamer cerminan umat paling maju dengan mencapai keamanan serta menolak kemiskinan supaya imej negatif terhadap agama Islam dapat diubah.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya selaku Penaung Masjid Darul Husni Warrahmah Datuk Seri Fadillah Yusof  amat berterima kasih khususnya kepada para penyumbang yang memberi sumbangan bagi menaik taraf masjid tersebut.

“Juga kepada bekas ADUN Tupong Datuk Daud yang menjadi tulang belakang dan orang belakang tabir pelaksanaan pembinaan masjid ini sehingga ia berjaya siap sepenuhnya.

“Saya yakin dan percaya penduduk di sekitar kawasan masjid ini sudah pasti akan memanfaatkan masjid ini dengan sebaiknya pada masa akan datang,” jelasnya.

Pada majlis itu, Zahid turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM500,000 menerusi Yayasan Darul Al-Falah untuk tujuan pembinaan fizikal tambahan masjid berkenaan.

Masjid Darul Husni Warrahmah pada asalnya dibina pada 1988 sebelum digantikan dengan struktur konkrit berbentuk oktagon sekitar 1990 dan mendapat gelaran ‘surau hijau’ oleh masyarakat Petra Jaya ketika itu.

Ia mula dinaik taraf pada penghujung 2014 dan siap sepenuhnya pada Jun 2016 dengan kos pembinaan berjumlah RM4.3 juta hasil peruntukan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sumbangan wakaf serta mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah dalam satu masa.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha, Pengerusi Masjid Darul Husni Warrahmah Hamdan Sharbini dan Imam Besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.

Judi siber terus dibanteras

$
0
0
BARANG KES: Beberapa anggota serbuan sedang memunggah mesin simulator yang dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Pusat Miri.

BARANG KES: Beberapa anggota serbuan sedang memunggah mesin simulator yang dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Pusat Miri.

Dua lelaki ditahan, tiga unit mesin simulator dirampas

Oleh Rosemaria Buma //

MIRI: Dua lelaki diberkas dan beberapa barang termasuk tiga unit mesin simulator permainan judi video dirampas hasil serbuan polis ke sebuah premis di Jalan Haji Lampan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata seorang lelaki itu dikenal pasti sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan manakala seorang lagi merupakan pelanggan.

Dalam serbuan itu katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri diketuai Asisten Superintenden (ASP) Unang Giang menyerbu sebuah premis terletak di Jalan Haji Lampan di sini kerana dipercayai ada menjalankan kegiatan judi siber.

“Hasil serbuan dilakukan sekitar jam 9.30 malam itu, polis berjaya memberkas dua lelaki masing-masing berusia 36 dan 23 tahun. Seorang daripadanya dikenal pasti sebagai penjaga kaunter manakala seorang lagi pelanggan.

“Semasa serbuan, pelanggan terbabit sedang leka bermain judi siber tanpa menyedari kehadiran pihak polis,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam.

Dalam serbuan sama katanya, polis turut merampas tiga unit mesin simulator permainan judi video masing-masing jenis Ocea King 2, Red Clif dan Monkey King; empat keping kad pengimbas kredit dan wang tunai RM390 untuk dijadikan barang kes.

Berikutan itu kata Khoo, pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001 kerana membenarkan premisnya dijadikan tempat perjudian serta menjalankan kegiatan judi siber tanpa lesen sah.

80 pelajar terpilih terima Dermasiswa KTS 2016

$
0
0

SIBU: Seramai 80 pelajar daripada 20 sekolah menengah di kawasan tengah Sarawak dipilih menerima Dermasiswa KTS 2016.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, pada tahun ini, seramai 229 pelajar daripada 63 sekolah menengah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri menerima dermasiswa ini dengan jumlah keseluruhan RM68,700.

“Dermasiswa telah diberikan setiap tahun kepada pelajar sekolah menengah yang memerlukan di seluruh Sarawak sejak tahun 2009.

“Seramai 1,395 pelajar sekolah menengah menerima dermasiswa dengan keseluruhan sebanyak RM330,900 bermula 2009 hingga 2015,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Dermasiswa KTS 2016 di pejabat KTS Sibu di sini, petang semalam.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Kanan See Hua Marketing Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng serta yang lain.

Menurut Lau, selain dermasiswa sebanyak RM300 itu, setiap pelajar juga akan menerima langganan salah satu akhbar keluaran Kumpulan See Hua iaitu See Hua Daily News, The Borneo Post atau Utusan Borneo selama 12 bulan.

“Kita tahu jumlah diberikan kepada setiap pelajar tidak banyak, namun kita berharap ia akan memberi galakan untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan akademik,” jelasnya.

Menyentuh lanjut mengenai dermasiswa itu, beliau berkata ia bertujuan meringankan beban ibu bapa pelajar terbabit dan bagi menggalakkan minat membaca surat khabar di kalangan pelajar.

“Penerima merupakan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta daripada keluarga berpendapatan rendah,” ujarnya sambil menambah, Yayasan KTS diurus oleh KTS Mutual Sdn Bhd.

Yayasan KTS dilancarkan pada 2001 dengan dana permulaan sebanyak RM10 juta.

Kerajaan pergiat industri petrokimia berasaskan gas

$
0
0
JULAIHI

JULAIHI

Kerajaan dan Petronas sedia kajian Pelan Induk Petrokimia meliputi perairan negeri termasuk Samalaju

KUCHING: Kerajaan negeri kini giat mengusahakan industri petrokimia berasaskan gas (PetChem), kata Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi.

Menurutnya, kerajaan negeri dengan kerjasama Petronas kini juga sedang menyediakan kajian Pelan Induk Petrokimia meliputi kawasan perairan negeri termasuk Samalaju.

“Kajian yang sedang dilaksanakan itu mengambil kira aspek teknikal, komersial dan kebolehlaksanaan ekonomi terhadap pembangunan petrokimia di negeri ini.

“Antara lain, kajian itu juga dijangka bertujuan mengenal pasti dan mengesyorkan hiliran industri minyak dan gas yang bersesuaian yang boleh diterokai kerajaan dengan lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) dan Ripin Lamat (BN-Lambir) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Katanya melihat kepada komposisi gas dengan kandungan metana yang tinggi, maka itu ammonia dan methanol merupakan pilihan berdaya maju untuk industri PetChem di Sarawak.

“Pada masa ini, 100 peratus daripada sumber minyak dan 93 peratus daripada sumber gas kita dieksport dalam bentuk mentah seperti minyak mentah dan cecair gas asli (LNG).

“Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan industri hiliran yang mantap untuk meningkatkan penyertaan dalam rantaian nilai lebih tinggi sekali gus mewujudkan pembangunan berterusan ketika sumber sedang menurun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Julaihi turut memberitahu, Sarawak perlu mencontohi negara Jepun dan Korea Selatan sebagai negara yang berjaya dalam industri PetChem meskipun kedua-dua negara itu tidak memiliki sumber minyak dan gas asli.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Abdullah Saidol (BN-Semop), katanya, antara produk yang boleh dikembangkan menerusi industri PetChem  ialah dalam bidang perindustrian dan komersial termasuk dalam mengecat serta tekstil.

RIMAP sasar tubuh 60 persatuan baharu

$
0
0
SOKONGAN: Tun Juhar (tengah) menerima cenderahati daripada John (lima kiri) sambil diperhatikan Umin (empat kanan).

SOKONGAN: Tun Juhar (tengah) menerima cenderahati daripada John (lima kiri) sambil diperhatikan Umin (empat kanan).

Bimbing pelajar dalam laluan kerjaya atau sebagai persediaan untuk ke menara gading

KOTA KINABALU: Royal Institution Malaysia, Royal Institution Academy dan Royal Institution Placement (RIMAP) menyasarkan 60 persatuan baharu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Royal Institution Group Dr John Britto berkata sehingga kini, persatuan berkenaan telah menerima 40 permohonan daripada sekolah-sekolah menengah di seluruh Sabah untuk mewujudkan persatuan berkenaaan pada tahun depan.

“Kami berharap akan dapat mencapai sasaran sehingga 60 persatuan ditubuhkan pada tahun hadapan di Sabah dan seterusnya di negeri lain di Malaysia.

“Setakat ini, selain Sabah, persatuan ini juga telah ditubuhkan di Labuan, Sarawak dan Johor,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang juga patron kepada persatuan itu di Istana Negeri, kelmarin.

John berkata kunjungan itu bertujuan memberi laporan aktiviti dan perkembangan persatuan bagi tahun 2015/2016 dan bertukar pandangan dengan Tun Juhar dalam usaha melahirkan pekerja mahir sebagai pramugari dan pramugara serta bidang-bidang berkaitan.

Menurut beliau, Tun Juhar juga menggalakkan lebih banyak sekolah menengah Sabahmenubuhkan persatuan berkenaan sebagai asas kepada para pelajar dan menerima pendedahan awal mengenai bidang berkenaan.

Sementara itu, Guru Penasihat Persatuan Rimap Sekolah Menengah La Salle Adrian Robert memaklumkan persatuan itu telah membantu meningkatkan ‘soft skill’ para pelajar di samping membentuk sahsiah diri.

Katanya sehingga kini, persatuan berkenaan mempunyai 44 ahli di sekolah berkenaan.

Bagi Pegawai Pendidikan Daerah Umin Sadi, walaupun persatuan itu merupakan persatuan yang baharu, tetapi ia banyak membantu membimbing pelajar dalam laluan kerjaya atau untuk persediaan ke menara gading.

Jelasnya Jabatan Pendidikan Daerah turut menyokong lebih banyak lagi sekolah menengah di negeri ini untuk menubuhkan persatuan RIMAP di sekolah masing-masing.

 

Dermasiswa cara KTS memotivasi pelajar cemerlang

$
0
0
KECEMERLANGAN DIHARGAI: Wong (tengah) bersama Simon (empat kiri), Audrey (empat kanan) serta kakitangan KTS dan guru daripada sekolah-sekolah terlibat merakam kenangan dengan para pelajar yang menerima Anugerah Dermasiswa KTS 2016 daripada Yayasan KTS di Kuching, semalam.

KECEMERLANGAN DIHARGAI: Wong (tengah) bersama Simon (empat kiri), Audrey (empat kanan) serta kakitangan KTS dan guru daripada sekolah-sekolah terlibat merakam kenangan dengan para pelajar yang menerima Anugerah Dermasiswa KTS 2016 daripada Yayasan KTS di Kuching, semalam.

Yayasan KTS beri dermasiswa kepada pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah

Oleh Nick Fletcher //

KUCHING: Seramai 78 pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah, dari beberapa sekolah menengah di sekitar bandar raya ini telah menerima Anugerah Dermasiswa KTS 2016 daripada Yayasan KTS semalam.

Setiap pelajar tersebut menerima cek bernilai RM300 dan baucar penebusan langganan akhbar atau ‘e-Paper’ Utusan Borneo atau See Hua Daily News secara percuma selama setahun.

Penyampaian anugerah dermasiswa tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Yayasan KTS Wong Sing Seng, Setiausaha Jawatankuasa Biasiswa KTS Simon Lau dan Penolong Pengurus Perhubungan Awam KTS Audrey Lau di Crown Towers di sini.

“Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar kerana telah terpilih untuk menerima anugerah dermasiswa ini.

“Ini adalah sebagai motivasi kami kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik selain mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan pada masa sama mempromosi tabiat membaca kepada kalangan pelajar,” kata Wong ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut Wong lagi, secara keseluruhan seramai 229 pelajar daripada 63 sekolah di seluruh Sarawak telah dipilih untuk menerima anugerah berkenaan tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata sejak Anugerah Dermasiswa KTS mula dilaksanakan pada 2009 sehingga tahun ini, ia telah memberi manfaat kepada seramai 1,624 pelajar.

Malah, katanya Yayasan KTS bukan hanya menawarkan dermasiswa kepada pelajar sekolah menengah sahaja tetapi juga menyumbang dana kepada sekolah dan biasiswa pengajian tinggi kepada anak kakitangan Kumpulan KTS dan anak pelanggan rangkaian akhbar KTS iaitu The Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News.

“Yayasan KTS turut menyediakan insentif tunai kepada anak kakitangan KTS dan See Hua yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam sekolah menengah sejajar dengan objektif untuk memajukan pendidikan di Sarawak,” katanya.


Anggota Jawatankuasa Pemilih RUU perlu cari titik persetujuan

$
0
0
KAGUM: Hishammuddin (dua kanan) melihat kelengkapan pada seorang anggota The Chinese People’s Liberation Army (PLA) ketika melawat Eksesais AMAN YOUYI 3/2016 yang melibatkan latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dengkil semalam. — Gambar Bernama

KAGUM: Hishammuddin (dua kanan) melihat kelengkapan pada seorang anggota The Chinese People’s Liberation Army (PLA) ketika melawat Eksesais AMAN YOUYI 3/2016 yang melibatkan latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dengkil semalam. — Gambar Bernama

Penting untuk elak salah faham dan polemik politik: Hishammuddin

DENGKIL: Anggota Jawa-tankuasa Pemilih Rang Undang-Undang persen-dirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 perlu mencari titik persetujuan berhubung pindaan akta itu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ia penting bagi mengelak salah faham dan polemik politik.

Katanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa yang dianggotai ahli Parlimen Islam dan bukan Islam akan memberikan penjelasan terperinci RUU.

“Keberkesanan jawatan-kuasa ini banyak bergantung kepada ketelusan di kalangan pemimpin-pemimpin untuk mencari titik persetujuan dan ia bergantung kepada penjelasan yang perlu dibuat.

“Bagi pihak-pihak yang mempunyai soalan, secara telus dan ikhlas ia boleh dibentangkan kepada pucuk pimpinan.

“Barisan Nasional (BN) adalah wadah terbaik untuk memastikan politik hari ini tidak menjurus kepada pepecahan di kalangan rakyat khususnya dalam isu berkaitan agama yang agak sensitif,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum itu, beliau diminta mengulas pendirian beberapa parti komponen BN yang membantah pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menghadiri Eksesais Aman Youyi, latihan ketenteraan bersama antara Angkata Tentera Malaysia dan Chinese People’s Liberation Army (PLA) di Paya Indah Wetland di sini semalam.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih dibentuk melibatkan ahli Parlimen beragama Islam dan bukan Islam bagi memperinci, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Presiden PAS dan juga ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membentangkan usul RUU 355 di Dewan Rakyat, tengah hari semalam. — Bernama

Proton tutup tirai 2016 dengan Ertiga

$
0
0
DILANCAR: Pengerusi DRB - HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil (empat kiri) melancarkan Proton Ertiga 1.4L pada majlis pelancarannya di Setia Alam Convenction Centre, Setia Alam, Shah Alam semalam. Turut hadir Syed Faisal (empat kanan). — Gambar Bernama

DILANCAR: Pengerusi DRB – HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil (empat kiri) melancarkan Proton Ertiga 1.4L pada majlis pelancarannya di Setia Alam Convenction Centre, Setia Alam, Shah Alam semalam. Turut hadir Syed Faisal (empat kanan). — Gambar Bernama

MPV kompak pertama di Malaysia diberikan status kenderaan cekap tenaga (EEV)

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd terus berpegang kepada komitmen untuk melancarkan empat model kereta dalam 2016 apabila ia memperkenalkan Proton Ertiga, model keempat dan terakhir dalam tahun ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu diperkenalkan melalui kerjasama Proton dengan Suzuki Motor Corp dari Jepun, akan dijual pada harga RM58,800 hingga RM64,800 di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO) Datuk Ahmad Fuaad Kenali ketika bercakap pada majlis pelancaran, memberitahu model tersebut merupakan MPV kompak pertama di Malaysia yang diberikan status kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Institut Automotif Malaysia “Ertiga dibuat dengan penuh ketelitian, enjin walaupun pada kelajuan 110km sejam pada 2,900 rpm masih lagi senyap dan pelenyap bunyi daripada kebisingan jalan dan angin menjadikan kereta tersebut enak dipandu lembut dan kurang gegaran,” katanya.

MPV itu didatangkan dalam dua versi iaitu Executive (transmisi manual dan automatik) serta Executive Plus (automatik), kedua-duanya diberikan penarafan empat bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Sementara itu, semasa sidang akhbar, Ahmad Fuaad berkata matlamat syarikat adalah untuk mencapai jualan bulanan purata sebanyak 1,500 unit.

Ahmad Fuaad berkata, kandungan peralatan tempatan Ertiga sekarang ini adalah sebanyak 15 peratus dan ini akan meningkat selepas ia mencapai jumlah jualan tertentu.

Bahagian-bahagian pemasangan tempatan (CKD) dihantar ke negara ini daripada kilang Suzuki di Indonesia.

Katanya, jualan MPV ini tidak akan menjejaskan model Exora kerana masing-masing direka untuk segmen pasaran yang berbeza.

“Ertiga yang agak padat berada dalam kereta segmen B (kecil), manakala Exora lebih besar berada dalam segmen kereta C (sederhana),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DRB-Hicom Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar pada sidang media yang sama berkata Proton dijangka akan memasuki satu perjanjian perkongsian strategik dengan pengeluar peralatan asal (OEM) atau rakan kongsi asing, pada separuh pertama tahun depan.

Beliau mengesahkan kewujudan tiga calon yang disenarai pendek tetapi enggan mendedahkan identiti mereka atau mengesahkan jika perjanjian itu akan melibatkan seluruh kepentingan Proton.

“Masih terlalu awal untuk nama-nama itu diberitahu.

Kami berharap untuk mengenal pasti rakan kongsi yang berpotensi pada suku pertama dan menyelesaikan perlaksanaan menjelang separuh pertama tahun depan,” katanya.  — Bernama

Memorandum hak peranak asal disua ngagai perintah

$
0
0
ORANG ASAL SARAWAK DIBERI HAK: Mujan mandangka memorandum ke disua ngagai Fatimah sereta chairman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian di Begunan DUN ditu, kemari.

ORANG ASAL SARAWAK DIBERI HAK: Mujan mandangka memorandum ke disua ngagai Fatimah sereta chairman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian di Begunan DUN ditu, kemari.

Ketegal nya sida betapi mayuh bengkah pemar ba pengidup

Dikarang Chris Bishop //

KUCHING: Orang Asal Sarawak ngenatai seiti memorandum dikena minta hak peranak asal ari Perintah Nengeri.

Memorandum nya disua pengari Orang Asal Sarawak, Mujan Jok ngagai Menteri Pengintu Pengelantang, Orang Indu enggau Komuniti , Datuk Fatimah Abdullah.

Bejaku ba aum pengarang berita di Bilik Media, Begunan Dewan Kunsil Nengeri (DUN) ditu kemari, Mujan madah memorandum nya ngarika pinta ari semua Orang Asal Sarawak ngambi isu hak peranak nengeri enggau proses meri surak beranak sereta tingki diperunding enggau berat sereta lengkas.

Ku Mujan, ngelama tu orang asal Sarawak kelebih agi ke diau di menua pesisir napi pemar ngulihka surat beranak enggau tingki.

Pemar tu ngujungka sida nadai status peranak nengeri taja pan nyadi orang asal di Sarawak enggau Malaysia.

“Isu tu ngujungka hak sida ke nyadi orang asal enggau rayat Malaysia enda dikeibuh.

“Sida enda ulih mindah ke menua luar taja pan ke Semenanjung Malaysia.

“Mayar ungkus berubat ke mar ketegal megai status peranak luar. Enda ngembuan hak besekula lalu enda ngasaika semua hak ke disedia ungkup peranak Malaysia enggau Orang Asal Sarawak,” ku iya.

Country Reports on Human Rights Practices-Malaysia ke dikeluar United States Department of States kena 8 April 2011 ku Mujan ngeripot dia perintah udah besemaya ngelangkar atur meri surat beranak enggau tingki ngagai bansa Penan.

Taja pia, semaya tu enda lama lalu nyentuk ke diatu, beribu iku bansa Penan enggau Orang Asal nadai surat penerang diri.

Mujan ke nyadi aktivis isu tingki Sarawak nambah, anggar kasar orang asal ke nadai ngembuan tingki di Sarawak manggai 30,000 iku.

Berindik enggau nya, Mujan minta Orang Asal Sarawak diberi surat beranak enggau tingki.

Orang Asal Sarawak mega minta proses meri surat beranak enggau tingki diserahka ngagai Perintah Nengeri.

Proses ngenataika pinta ba kededua penerang nya ungkup sida ke diau di menua pesisir patut nadai mayuh kelikuh lalu dikemujur enggau mudah.

Enti bisi ke lenyau penerang enggau laun ngenataika pom pinta, pemar nya patut diperunding enggau manah ketegal pengidup orang asal bebida enggau pengidup di mengeri.

Sarawak cari rakan pintar

$
0
0
ABDUL WAHAB

ABDUL WAHAB

FAS mahu jalin kerjasama jangka panjang dengan kelab terpilih tingkat bola sepak negeri

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Sarawak sedang mencari kelab dari luar untuk dijadikan rakan pintar dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negeri.

Perkara itu dijelaskan oleh Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdul Wahab Rahim ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden FAS menegaskan melalui program itu, FAS akan menjalin kerjasama jangka masa panjang bersama kelab terpilih dengan fokus utama diberikan terhadap pembangunan pemain kedua belah pihak.

“Kita sedang dalam proses memilih kelab dari luar yang sesuai untuk menjalin perkongsian pintar dengan FAS.

“Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua kelab yang berpotensi untuk dijadikan rakan iaitu Geylang FC (Singapura) dan Perth Glory (Australia).

“Kita juga bercadang meninjau kelab-kelab yang bersaing dalam Liga Jepun dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, antara kolaboratif yang akan dilaksanakan kedua pihak ialah FAS akan menghantar pemain remaja berlatih di kelab terpilih sebagai pendedahan luar.

Pada masa yang sama katanya, pemain dari kelab tersebut akan datang menjalani latihan di Sarawak.

“Selain itu, kita juga akan meninjau pemain-pemain yang berpotensi untuk diserap bagi memperkuatkan skuad Sarawak pada musim depan,” tambah beliau lagi.

Baru-baru ini, FAS telah berlepas ke Australia untuk meninjau program pembangunan di Perth Glory FC.

Persatuan juga sempat singgah ke Geylang United FC (Singapura) untuk melihat program pembangunan yang boleh digunapakai oleh FAS.

“Ini merupakan program jangka masa panjang yang akan kita laksanakan bagi merancakkan program pembangunan bola sepak negeri agar mutu sukan ini terus berkembang,” tegas beliau lagi.

 

Orang Asal Sarawak kemuka memorandum tuntut hak kewarganegaraan

$
0
0
TUNTUT HAK: Mujan menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Fatimah dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian di Kompleks DUN di Kuching semalam.

TUNTUT HAK: Mujan menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Fatimah dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian di Kompleks DUN di Kuching semalam.

KUCHING: Orang Asal Sarawak mengemukakan satu memorandum bagi menuntut hak kewarganegaraan daripada kerajaan negeri.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil Orang Asal Sarawak, Mujan Jok kepada Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Bercakap pada sidang media di Bilik Media, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, Mujan berkata memorandum ini merupakan desakan daripada semua Orang Asal Sarawak agar isu hak kewarganegaraan dan proses pemberian sijil lahir serta kad pengenalan diberi perhatian serius dan serta-merta.

Menurut Mujan, selama ini Orang Asal Sarawak, khususnya Orang Asal di kawasan pedalaman menghadapi masalah mendapatkan sijil lahir serta kad pengenalan.

Masalah ini sekali gus menafikan hak kewarganegaraan mereka sedangkan mereka merupakan kaum peribumi Sarawak dan Malaysia.

“Isu ini telah mengakibatkan hak-hak mereka sebagai Orang Asal dan rakyat Malaysia tidak diendahkan.

“Mereka tidak dapat pergi ke negara luar walaupun ke Semenanjung Malaysia, terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi kerana status mereka setaraf status orang asing, dinafikan hak kemasukan sekolah dan tidak boleh menikmati segala hak mereka sebagai rakyat Malaysia dan Orang Asal Sarawak,” katanya.

Laporan Country Reports on Human Rights Practices-Malaysia yang dikeluarkan oleh United States Department of States bertarikh 8 April 2011 melaporkan bahawa kerajaan telah berjanji akan mempercepatkan pemberian sijil lahir dan kad pengenalan untuk orang Penan.

Akan tetapi, janji ini tidak dipegang dan sehingga hari ini, beribu-ribu orang Penan dan Orang Asal tidak dapat dokumen kewarganegaraan mereka.

Tambah Mujan yang juga aktivis isu kad pengenalan di Sarawak, anggaran kasar penduduk yang tidak mempunyai kad pengenalan di Sarawak adalah seramai 30,000 orang dan senarai nama penduduk tanpa kad pengenalan yang ada ditangannya adalah seramai 1,500 orang.

Justeru, sebagai Orang Asal dan orang Sarawak, Mujan dan yang lain menuntut supaya sijil dan kad pengenalan segera diberikan kepada Orang Asal Sarawak.

Orang Asal Sarawak juga menuntut proses pemberian sijil lahir dan kad pengenalan harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh kerajaan.

Proses permohonan harus dipermudahkan kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan segala birokasi dan prosedur yang tidak munasabah harus dimudahcarakan.

Keciciran dokumen dan kelewatan permohonan wajib dipertimbangkan selepas mengambil kira cara hidup Orang Asal yang berbeza dengan penduduk bandar.

Tiga suspek pecah rumah diberkas

$
0
0
TUMPAS: Ketiga-tiga suspek (duduk) ditahan anggota dari IPD Kuching. Turut kelihatan beberapa barang yang ditemui dari rumah suspek.

TUMPAS: Ketiga-tiga suspek (duduk) ditahan anggota dari IPD Kuching. Turut kelihatan beberapa barang yang ditemui dari rumah suspek.

KUCHING: Polis berjaya menahan tiga suspek geng pecah rumah, termasuk dua adik-beradik dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Foochow di sini semalam.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia 16 hingga 46 tahun itu cuba meloloskan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis yang melakukan serbuan tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Difahamkan, turut berjaya ditemui dalam serbuan tersebut ialah beberapa perkakasan elektrik serta komponen-komponen motosikal.

“Bertindak terhadap kegiatan pecah rumah dan curi, sepasukan polis dari IPD Kuching yang diketuai ASP Austin Patrick telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Foochow untuk mengesan suspek.

“Setiba di rumah tersebut, tiga suspek yang berada di dalam rumah cuba melarikan diri daripada pihak polis namun berjaya ditangkap selepas itu.

“Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa perkakasan elektrik dan komponen motosikal dipercayai ia merupakan harta curi kerena suspek gagal mengemukakan sebarang resit atau dokumen pembelian,” kata sumber.

Ketiga -tiga suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Ketiga-tiga suspek iaitu dua berasal dari Jalan Foochow dan seorang dari Kenyalang Park, didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan dua daripadanya positif dadah,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 

Bayi ditemui dalam semak

$
0
0
DITINGGAL IBU: Bayi perempuan yang cukup sifat dan ditinggalkan dalam semak di tepi jalan Tudan Desaras Fasa 6.

DITINGGAL IBU: Bayi perempuan yang cukup sifat dan ditinggalkan dalam semak di tepi jalan Tudan Desaras Fasa 6.

MIRI: Seorang bayi baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di dalam semak berhampiran sebatang jalan di Tudan Desaras Fasa 6, di sini awal petang semalam.

Bayi perempuan itu ditemui oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di jalan berkenaan apabila terdengar bunyi tangisan bayi dari dalam semak sekitar jam 2 petang.

Apabila diperiksa, mereka terkejut mendapati ia adalah tangisan seorang bayi yang berbungkus dengan kain, lalu bertindak mendapatkan bantuan serta menghubungi pihak polis.

Bayi tersebut yang masih bertali pusat berserta uri dibungkus dengan kain batik berwarna biru yang dibasahi dengan air ketuban, dipercayai baharu dilahirkan pada tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Khoo Leng Huat yang mengesahkan penemuan itu memberitahu anggota polis di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 2.52 petang yang memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dan masih bernyawa di tepi sebatang jalan di Tudan Desaras, Fasa 6.

Katanya, ketika pihak polis mengambil bayi tersebut, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badannya dan telah diserahkan kepada doktor di bahagian kecemasan Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut.


Bukan hudud

$
0
0
SIDANG MEDIA: Zahid dan Adenan pada sidang media menjelaskan kekeliruan terhadap Rang Undang-undang Persendirian dibentangkan Abdul Hadi. Turut kelihatan, (dari kiri, belakang) ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, Dr Sim, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

SIDANG MEDIA: Zahid dan Adenan pada sidang media menjelaskan kekeliruan terhadap Rang Undang-undang Persendirian dibentangkan Abdul Hadi. Turut kelihatan, (dari kiri, belakang) ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, Dr Sim, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

RUU Persendirian cuma pindaan kepada undang-undang sedia ada, bidang kuasa mahkamah sivil tidak akan diambil alih mahkamah syariah: TPM

Oleh Saibi Gi //

KUCHING: Bidang kuasa mahkamah sivil tidak akan diambil alih oleh mahkamah syariah di negara ini meskipun jika kerajaan memutuskan untuk membentang rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kelak.

Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata demikian juga memberitahu tidak akan wujud dualisme antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

“Undang-undang ini bukan undang-undang hudud. Ia hanya pindaan terhadap undang-undang sedia wujud dan pindaan pernah dibuat terhadapnya pada 1984,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di pejabatnya, di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Ahmad Zahid menegaskan lagi: “Dan ia tidak akan berkuat kuasa kepada bukan Islam dan ia bertujuan menaik taraf mahkamah syariah yang berada di kedudukan agak rendah dari skim perkhidmatannya.”

Jelasnya lagi, tujuan pindaan itu kelak adalah untuk memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) agar skim perkhidmatan mahkamah syariah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, menurutnya, pindaan itu cuma akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas melalui beberapa proses dan bukannya pada persidangan kali ini.

Mengikut jadual, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Dewan Rakyat semalam.

Selepas dibentang, jika diterima sekalipun usul itu, ia masih tidak akan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

“Sebarang pindaan perundangan adalah dalam bidang kuasa kerajaan, maka jika kerajaan berhajat meminda sekalipun ia tidak dibuat pada persidangan kali ini sebaliknya pada persidangan-persidangan akan datang,” jelasnya.

Sebelum rang undang-undang pindaan itu dibentang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan dengan presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya, dengan kelulusan Perdana Menteri, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang merangkumi semua parti politik dan Ahli Parlimen Islam atau bukan Islam.

Jawatankuasa Pemilihan itu, menurutnya, ditubuhkan bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan pindaan sebenar yang akan dilakukan kerajaan.

Ahmad Zahid juga meminta orang ramai atau ahli politik jangan keliru dengan proses pembentangan RUU Persendirian yang dilakukan oleh Presiden PAS yang dijadualkan semalam.

Justeru, katanya, tidak wujud soal perbahasan dan pengundian menerusi persidangan itu semalam memandangkan proses pindaan bukan sekadar membabitkan pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang.

“RUU Persendirian yang akan dibawa oleh Ahli Parlimen Marang bukan merupakan bacaan kali kedua tetapi pembentangan dibuat oleh beliau untuk menjadikan rang undang-undang dibentang beliau pada Mei lalu dipinda sifatnya yang sebelum ini open ended.

“Pada hari ini (semalam) dia akan menyatakan bahawa beberapa klausa tertentu menjadi close ended, ertinya fokus kepada beberapa perkara. Saya belum dapat menyatakan lagi kerana belum dibentangkan sekarang (ketika sidang media),” ujarnya.

Sebelum ini, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dilaporkan berkata Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sarawak telah diarahkan oleh Adenan agar tidak menyokong rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang meluangkan masa menyaksikan persidangan DUN, memberitahu beliau telah memberi penjelasan kepada Adenan semalam tentang kedudukan sebenar perkara itu dalam pertemuan mereka.

“Kerajaan Persekutuan juga menghormati pandangan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak mengenai arahan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai pindaan rang undang-undang ini.

“Saya telah menjelaskan kepada Ketua Menteri bahawa undang-undang ini memang telah wujud dan ia pernah dipinda pada 1984 dan ia tidak dibentang oleh kerajaan pada sesi persidangan parlimen kali ini,” jelasnya.

Mengenai dakwaan RUU Persendirian itu dibentangkan bagi membawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan, Timbalan Perdana Menteri menafikan dan menegaskan “tidak ada undang-undang hudud akan diperkenalkan.”

Menjawab soalan UMNO seolah-olah menyokong PAS, beliau berkata tidak wujud soal kepartian dalam isu itu.

“Sokong atau tidak adalah isu berlainan, ia bergantung dengan Jawatankuasa Pemilihan yang akan ditubuhkan dan kita akan membabitkan parti-parti komponen BN dan ahli-ahli daripada parti lain.

“Ia bukan muktamad lagi. Pasal undi rang undang-undang, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Kita belum membuat keputusan lagi,” katanya.

 

Bangkitlah Harimau Malaysia

$
0
0
PERTEMUAN PENTING: Kim Swee (dua kanan) bersalaman dengan ketua jurulatih Myanmar, Gerd Zeise (dua kiri) ketika sidang media Pra-Perlawanan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 semalam. — Gambar Bernama

PERTEMUAN PENTING: Kim Swee (dua kanan) bersalaman dengan ketua jurulatih Myanmar, Gerd Zeise (dua kiri) ketika sidang media
Pra-Perlawanan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 semalam. — Gambar Bernama

YANGON: “Ayuh bangkit berikan yang terbaik untuk kecewakan tuan rumah,” kata tonggak tengah skuad Harimau Malaysia, Baddrol Bakhtiar.

Menyedari Malaysia me­merlukan kemenangan un­tuk mara ke separuh akhir manakala Myanmar hanya perlukan seri, Baddrol mahu setiap rakan sepasukan tampil garang dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Su­zuki di Stadium Thuwunna di sini malam ini.

“Kami akan berjuang ber­mati-matian walaupun sedar akan diberi tekanan oleh ribuan penonton tempatan.

“Sasaran kami hanyalah kemenangan kerana itu yang diperlukan untuk mara ke peringkat seterusnya,” kata pemain tengah berumur 28 tahun itu.

Bagi pengendali pasu­kan, Datuk Ong Kim Swee, beliau percaya skuadnya mampu menangani tekanan daripada lawan yang mem­punyai kepantasan ketika menyerang.

“Tekanan daripada penon­ton bukan baharu bagi pe­main. Apa yang penting adalah untuk mereka kekal fokus melakukan apa yang diarahkan tanpa memikirkan soal penonton,” katanya.

Kim Swee juga memak­lumkan skuadnya masih cuba menyesuaikan diri be­raksi dalam perlawanan se­belah malam selepas bermain dua perlawanan awal dalam keadaan panas terik waktu petang.

Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Kemboja 3-2 dalam perlawanan pertama mereka pada 20 Nov lepas se­belum tewas 0-1 kepada juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi kedua, tiga hari lalu.

“Pemain masih belum cer­gas sepenuhnya selepas ber­main dua perlawanan di bawah terik matahari yang bermula pukul 3 petang, dalam tempoh enam hari.

“Namun kami mempun­yai proses pemulihan sendiri bagi memastikan pemain-pemain kekal cergas,” kata Kim Swee.

Sementara itu, ketua juru­latih Myanmar, Gerd Zeise sedar peningkatan mendadak yang ditunjukkan skuad Har­imau Malaysia selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang sama pada 28 Mei lepas.

“Saya tertarik dengan apa yang ditunjukkan Malaysia ketika menentang Vietnam Rabu lepas dan saya jang­kakan perlawanan (malam ini) adalah sengit kerana Malaysia memerlukan kemenangan untuk ke separuh akhir,” kata jurulatih berasal dari Jerman itu.

Ketua pasukan Myanmar, Yan Aung Kyaw pula mahu memastikan pasukannya mencatat satu lagi keme­nangan selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi kedua mereka dalam kumpulan itu pada Rabu lepas.

“Sudah tentu kami ma­hukan kemenangan di de­pan ribuan penyokong kami walaupun kami hanya per­lukan seri untuk mara ke separuh akhir,” kata pemain tengah yang mewakili kelab Yangon United FC.

Kedua-dua pasukan men­gumpulkan tiga mata selepas dua perlawanan tetapi My­anmar mempunyai kelebihan berikutan kelebihan jaringan, sekali gus memaksa Malaysia mencari kemenangan untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir. — Bernama

Pasar Raya Everwin dibuka di Taman Tunku

$
0
0
TERBAIK: Para penduduk tempatan mengambil kesempatan membeli-belah pada hari pembukaan rasmi Pasar Raya Everwin di Taman Tunku.

TERBAIK: Para penduduk tempatan mengambil kesempatan
membeli-belah pada hari pembukaan rasmi Pasar Raya Everwin
di Taman Tunku.

MIRI: Pasar Raya Everwin (Everwin Supermarket) se­malam menganjurkan ma­jlis pembukaan rasmi bagi cawangan pertamanya di Miri yang terletak di Taman Tunku di sini.

Dengan ruang perniagaan menjangkau 28,000 kaki persegi, ia memiliki tiga aras di mana aras bawah men­empatkan ruang pasar raya manakala aras kedua dan ketiga mempamerkan paka­ian dan produk isi rumah.

“Falsafah kami ialah mena­warkan harga yang rendah dan suasana beli-belah yang selesa untuk para pelang­gan,” kata Pengurus Besar Pasar Raya Everwin Moh Yong Ming.

“Di sini anda boleh mem­beli pelbagai sayur-sayuran yang dijual pada hanya 99 sen sekilogram dan saya tidak fikir anda akan mencari tawaran ini di tempat lain,” katanya.

Kawasan pasar raya men­empatkan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dan yang diimport, produk makanan dan keperluan isi rumah, daging dan juga ikan segar.

Bersempena dengan pem­bukaan baharu ini, orang ra­mai dipelawa untuk memohon kad keahlian seumur hidup Everwin dengan bayaran hanya RM5.

Menurut Moh, tidak ada yuran tahunan dan tiada ta­rikh luput untuk kad ini.

Selain tawaran harga khas untuk ahli kad, mereka boleh menggunakannya di selu­ruh pasar raya Everwin di Sarawak.

Pasar Raya Everwin memi­liki cawangan di Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Batu Niah; dan menurut Moh, syarikat itu bercadang untuk membuka cawangan baharu di Kuching, Serian dan Sri Aman pada masa hadapan.

Dengan lokasinya yang strategik, ia merupakan tem­pat yang ideal bagi penduduk Taman Tunku dan dari ka­wasan perumahan berdekatan untuk membeli keperluan harian mereka di bawah satu bumbung yang besar.

Kerajaan Myanmar digesa tangani segera keganasan

$
0
0

PUTRAJAYA: Malaysia menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan perlu bagi menangani penghapusan etnik yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di utara negara itu.

Kementerian Luar Malaysia berkata ia akan memanggil duta besar Myanmar di Malaysia untuk menghadap bagi menyampaikan kegusaran Kerajaan Malaysia tentangisu itu.

Katanya, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pula akan mengadakan perjumpaan dengan Kaunselor Negara dan Menteri Luar Myanmar Daw Aung San Suu Kyi dalam tempoh secepat mungkin.

“Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat dalam keganasan terbaharu supaya mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan,” kata kementerian itu dalam kenyataan  di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk keganasan dahsyat yang berlaku di Rakhine sejak beberapa bulan lepas dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah serta menyebabkan banyak penduduk terpaksa melarikan diri dari kampung halaman masing-masing. — Bernama

TN50 peta hala tuju negara menuju 2050: Ahmad Zahid

$
0
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

“Selepas menyelesaikan seluruh agenda Wawasan 2020, kita akan melangkah untuk melihat apakah rupa bentuk bangsa kita, negara kita, sistem ekonomi kita, produk-produk serta sesuatu yang baik yang akan dilakukan untuk 30 tahun akan datang.

“Dan ketika itu, UMNO akan berusia 103 tahun apabila kita mencapai 2050, tentunya terlalu banyak produk baharu yang diharapkan oleh generasi akan datang,” kata timbalan perdana menteri dalam temu bual dengan Bernama menerusi program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan disiarkan saluran televisyen Bernama News Channel (BNC) malam ini (26 Nov).

Najib semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada 21 Okt lepas, mengumumkan bahawa kerajaan akan menggerakkan siri wacana nasional ke arah membentuk TN50.

Perdana menteri ketika itu berkata TN50 akan dimulagerakkan dengan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Ahmad Zahid selaku Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu, berkata TN50 akan mengambil kira pandangan dan idea daripada semua pihak berkepentingan supaya produk yang dihasilkan memenuhi cita rasa mereka sendiri.

“Jangan tinggalkan satu kumpulan pun supaya mereka akan merasakan TN50 adalah sebahagian daripada mereka dan produk yang mereka lontarkan supaya ia menjadi satu dasar yang diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan,” katanya.

Timbalan perdana menteri turut menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) komited untuk merealisasikan sasaran Wawasan 2020, yang kini berbaki tiga tahun lagi.

Katanya Wawasan 2020 sebagai agenda negara itu akan terus dilaksanakan meskipun pengasasnya kini tidak lagi berada dalam parti pemerintah.

“Saya berpendapat bahawa kita harus membezakan adakah itu wawasan peribadi seseorang ataupun negara.

“Kita komited untuk melaksanakannya sebagai wawasan negara biarpun orang itu berada di luar gelanggang,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia dijangka mampu mencapai sasaran yang ditetapkan dalam wawasan itu terutama menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

“Insya-Allah kita akan mencapai keadaan itu dengan pendapatan per kapita sebagaimana yang pernah diunjurkan untuk dicapai walaupun kita mempunyai kekangan untuk mencapai GDP atau Keluaran Dalam Negara Kasar pada purata lapan peratus dengan kekangan faktor-faktor luar dunia,” katanya. — Bernama

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>