Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

KKMM pantau perkhidmatan komunikasi dalam usaha SAR

$
0
0

Kementerian mahu aspek komunikasi pada tahap sebaiknya

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan perkhidmatan komunikasi berjalan lancar terutama dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Sabah, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pada peringkat awal kejadian gempa bumi tersebut pada Jumaat lepas, terdapat gangguan perkhidmatan telekomunikasi terutamanya melibatkan telekomunikasi selular.

“Namun gangguan telekomunikasi tersebut berjaya diperbaiki pada tahap yang sebaiknya. SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) mengambil langkah bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pengamal radio amatur dalam usaha mencari dan menyelamat terutama dari aspek komunikasi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau turut memaklumkan Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie kini berada di Sabah untuk memastikan keseluruhan aspek komunikasi di kawasan yang terjejas di tahap sebaiknya.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga telah mengaktifkan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) yang dikenali ‘Tabung Gempa Sabah’ bagi meringankan beban dan penderitaan dialami oleh penduduk yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip ‘GEMPA’ diikuti jumlah yang ingin disumbangkan sama ada RM1, RM3, RM5, RM10, RM20, RM30, RM40 atau RM50 dan hantar ke 13999.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat lepas itu turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Setakat kelmarin, tragedi itu telah meragut 16 nyawa, termasuk lapan warga Singapura yang mendaki Gunung Kinabalu. Dua lagi mangsa masih hilang.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata beliau berpendapat tidak perlu diadakan debat terbuka antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia tidak perlu … ketika zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir beliau tidak berdebat dengan mana-mana pemimpin walaupun menerima pelbagai kritikan termasuk daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (perdana menteri pertama).

“Perdebatan terbuka itu bukan tradisi kita. Sekiranya kita mempunyai perselisihan pendapat dengan ayah kita, segala permasalahan itu harus diselesaikan secara anak-beranak,” katanya.

Pada 17 Mei lepas, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Najib untuk menyahut cabaran Dr Mahathir yang menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka berkenaan isu 1MDB. — Bernama


Khidmat guaman percuma YPKT bantu percepat 459 kes perceraian

$
0
0

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menyediakan khidmat bantuan guaman secara percuma sejak tiga tahun lepas, kepada ibu tunggal untuk mempercepatkan prosedur perceraian mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata dalam tempoh itu, sebanyak 459 kes penceraian secara taklik atau fasakh telah diselesaikan.

“Ini bertujuan meringankan beban ibu tunggal terutama bagi kes ditinggalkan suami kerana perceraian boleh memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada ibu tunggal ini.

“Selain bantuan guaman percuma, YPKT turut menyediakan latihan simulasi proses di ‘mahkamah’ agar ibu tunggal memahami prosedurnya dan bersedia dengan proses di mahkamah sebenar selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu-Isu Wanita dan Kanak-Kanak di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini semalam.

Beliau berkata dengan bantuan yang ditawarkan, golongan wanita dapat dibantu dengan lebih baik bagi memastikan kes perbicaraan penceraian mereka tidak tertangguh terlalu lama.

“Proses terlalu lama hingga memakan masa dua hingga lima tahun hanya memburukkan keadaan. Namun di YPKT, ibu tunggal ini mempunyai kumpulan sokongan yang sentiasa membantu mereka.

“Hanya di Terengganu kita mempunyai tiga kategori ibu tunggal iaitu pertama kematian suami atau bercerai, kedua isteri yang sedang dalam proses perceraian dan ketiga isteri yang masih mempunyai suami tetapi tidak mampu menjadi ketua keluarga kerana terlantar sakit atau ketagihan dadah yang melampau,” katanya.

Kelebihan yang bakal dinikmati ibu tunggal di Terengganu ialah mereka boleh membuat pinjaman perniagaan tanpa cagaran melalui YPKT dan mengikuti pelbagai kursus kemahiran secara percuma yang disediakan kerajaan negeri, katanya.

Sehingga kini, terdapat 24,000 ibu tunggal dan 3,000 bapa tunggal di seluruh Terengganu. — Bernama

Malaysia sentiasa tegas memerangi ancaman dadah

$
0
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengamalkan pendekatan yang amat tegas dalam memerangi ancaman dadah kerana ia dianggap suatu ancaman terhadap keselamatan negara, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata langkah serius yang terkandung dalam undang-undang pencegahan dadah negara ini mencerminkan komitmen Malaysia tentang perkara itu.

Katanya, hukuman tegas yang dikenakan terhadap pesalah dadah bersifat pelbagai dan bergantung pada jenis serta keseriusan kesalahan yang dilakukan, termasuk hukuman mati bagi pengedar dadah.

Berucap merasmikan mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi Memerangi Ancaman Dadah di sini semalam, beliau berkata: “Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap Malaysia kerana menggunakan andaian terhadap sesuatu fakta apabila mengheret pengedar dadah ke muka pengadilan.

“Bagaimanapun, kami tidak kisah kerana kami melihat wujudnya keperluan mengamalkan langkah itu bagi mengekang ancaman dadah,” katanya.

Abu Zahar berkata Malaysia tidak menjadi negara pengeluar narkotik berkat wujudnya undang-undang ketat mengenai pengharaman bahan itu serta regim penguatkuasaan tegas yang diamalkan kerajaan dalam memerangi dadah terlarang.

“Ketiadaan undang-undang ketat mengenai pengharamannya dan kelemahan dalam menguatkuasakan sesetengah undang-undang boleh menyumbang kepada penghasilan dadah terlarang secara berleluasa di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata untuk mempunyai masyarakat yang bebas daripada penagihan dadah, anggotanya perlu melibatkan diri dalam usaha memerangi ancaman dadah.

Katanya penekanan patut diberi terhadap usaha mendidik anggota masyarakat tentang kesan buruk daripada penyalahgunaan dadah dan pentingnya mereka menjauhi perbuatan buruk itu.

Abu Zahar berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk memahami pola serta keseriusan ancaman dadah kerana strategi yang dianggap berkesan hari ini, mungkin tidak lagi relevan esok.

Mesyuarat dari 7 hingga 11 Jun itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini. — Bernama

Eksekutif pemasaran didakwa tipu pekerja kedutaan RM22,800

$
0
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini semalam  menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes seorang Eksekutif Pemasaran sebuah syarikat swasta yang menghadapi pertuduhan menipu seorang pekerja sebuah kedutaan membabitkan lebih RM22,800, tiga tahun lepas.

Steven Santana Dass, 35, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu Fatima Seddiki, 31, dalam urusan membantu mencari peguam bela untuk mewakili kes mahkamah adik Fatima hingga mendorong Fatima menyerahkan RM22,898.43 kepada tertuduh.

Dass didakwa melakukan kesalahan itu di rumah Puspanita, JKR 5171, Jalan Hose, Dang Wangi di sini, antara 31 Jan 2012 dan 17 Mei tahun yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa (ulang: Yushaa) manakala tertuduh diwakili peguam Norman Mohd Nasir. — Bernama

Pendengaran saman Anwar terhadap SPR pada 2 Sept

$
0
0

SPR didakwa menafikan hak Anwar sebagai pengundi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 2 Sept untuk mendengar kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei lepas.

Timbalan Pendaftar Nor Hasniah Ab Razak menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Persekutuan M. Kogilambigai yang mewakili SPR, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad.

Pada 6 Mei lepas, Anwar, yang juga bekas Ahli  Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Selain menuntut pampasan dan kos, Anwar turut menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.

Anwar, 68, dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi.

Beliau berkata sehingga semalam tiada jawapan daripada SPR dan Abdul Aziz, oleh itu tindakan mereka telah menafikan haknya sebagai pengundi dan ia bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan telah mengundi di kawasan itu pada PRU13 dua tahun lepas.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008. — Bernama

Penusah ke nyadi di Gunung Kinabalu bela ngenyinuka peranak nengeri tu: Fatimah

$
0
0

KOTA SAMARAHAN: Penusah ke nyadi di Gunung Kinabalu ke nuntung sekeda mensia ke niki bukit nya nyengkaum sida ke nyadi pengiring bedau lama tu tadi berindik ari tanah berenyang di Ranau, Sabah ngenyinuka rayat nengeri tu.

Menteri Pengintu Pengelantang Pendiau, Orang Indu enggau Pemansang Ruang Bilik Datuk Fatimah Abdullah madah Sarawak dijangka bela mantu sida ke kena tinggang penusah nya.

“Ari peneleba kitai di Sarawak, tiap kali bisi penusah ke nyadi di sitak menua bukai di Malaysia tu baka tasah ampuh bah di Kelantan, Pantai Timur semenanjung, Perintah Sarawak deka mantu.

“Ke sekali tu, nadai bida tang semina agi nganti maya kitai deka nganjung bantu nya,” ku Fatimah madah lebuh dikerandau pengudah abis bejadika atur pengawa ‘Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2015’ di Panggung Eksperimental, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ditu, kemari.

Bedau lama tu tadi, Ranau di Sabah betapi enggau tanah berenyang ke disukat dalam 5.9 Skala Richter, ke lama udah enda kala nyadi ari taun 1979.

Berindik ari nya, Gunung Kinabalu, bukit ke pemadu tinggi di Asia Tenggara 13,455 kaki, betapi enggau tanah runtuh, sereta jalai nuju ngagai bukit nya pan mayuh rusak, lalu ukai semina nya aja, laban sida ke niki bukit nya, ke enda sempat nyelamat diri, parai  bisi 16 iku bangkai udah ditemu.

Entara sida ke parai nya, sida ke niki bukit nya ke datai ari mayuh menua nyengkaum ari Malaysia empu, sida ke gawa mai temuai niki bukit nya pengiring entara ke parai, lalu sekeda nya bedau temu nasit.

Di Ranau enggau Kundasang, urung 20,000 pengguna bela kena tinggang penusah laban sistem ai sida iya rusak ketegal tanah berenyang.

Ranum: Kitai kristian di nengeri tu udah dikemendar

$
0
0

Semua gerija di Sarawak enggau Sabah enda patut rawan ngena leka jaku Allah lebuh besembiang

Dikarang Agnes Tugong //

LUNDU: Komuniti Kristian di nengeri tu patut enda rawan nguna leka jaku Allah dalam gerija ketegal pekara nya ukai isu di Sarawak enggau Sabah.

Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Opar, Ranum Mina madah, taja pan pekara nya ukai agi nyadi isu tang iya sekali agi deka madah ngagai semua ngambika sida enda rawan lebih agi bansa kristian ti nguna leka sebut nya.

“Kitai ke megai pengarap Kristian anang rawan nguna leka jaku Allah ketegal udah dikemendar dikena ba semua gerija sereta disukung Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Berindik ari nya, semua kitai anang rawan maya nguna leka sebut nya dalam gerija lalu anang pechayaka achuk penemu ari orang bukai ti ngembuan juluk mechah penyerakup kitai,” ku iya.

Iya mansutka jaku nya ba Pengerami Gawai ke nyadi pengawa ngempuru belanja ungkup  Gerija St. Gregory Kampung Selampit/Bitokan ditu, malam ensanus.

Dulu agi ari nya, Ranum begulai enggau urung 1,000 iku orang Kristian Katolik ari genturung pendiau nya sereta gerija bukai dalam Zon Batang Kayan sereta Parish Holy Spirit Lundu ngerami sembiang  Missa.

Missa nya diuluka Rev Fr Josef Smolzer ari Filipina nyerumba penemuai iya ke nengeri tu seraya ke dibantu  Parish Holy Spirit Lundu betuaika Rev Fr Lazarus Swinie enggau Rev Fr Peter Liston.

Ba pengerami nya, Ranum bisi ngagihka belanja RM20,000 ngagai St Gregory Kampung Selampit/Bitokan ngambika tau dikena ngemanah gerija.

Kelimpah ari nya, Ranum mega ngagihka RM5,000 ngagai Ladies Gill St Gregory Kampung Selampit/Bitokan, RM3,000 ungkup RELA Kampung Selampit, RM5,000 *(PIBG SK Selampit), RM20,000 ungkup pengawa masang waya lekterik balai mensia mayuh Kampung Selampit sereta RM3,000 ungkup Surau Kampung Selampit.

Pemujur nutup bayar tol Jematan Lanang nyadi seiti sejarah ngagai perintah BN

$
0
0

Dikarang Judan Bungap //

BEJADI: Adenan dikemataka bala pemesai ke bukai maya pengawa ngelai bejadi pengerami.

BEJADI: Adenan dikemataka bala pemesai ke bukai maya pengawa ngelai bejadi pengerami.

SIBU: Urung 10, 000 iku mensia mayuh enda muai awak bela mendingka jaku gerah ari Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem maya pengerami nutup bayar tol Jematan Lanang, kena 24 Mei tu tadi.

Bela bisi datai maya tu iya nya Speaker Kunsil Nengeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pemansang Infrastruktur enggau Penyambung Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Wang II Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kereja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri ba Opis Menteri Besai Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda Pemansang Industri Datuk Peter Nansian Ngusie, Chairman Kompeni Shin Yang Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee enggau bala pemesai ke bukai.

Maya ti bejaku bejadika pengerami nutup bayar tol nya, ku Adenan, pemutus nutup bayar tol Jematan Lanang seiti sejarah nengeri tu bepun ari pengeransing perintah Barisan Nasional (BN).

“Tu nadai bekaul enggau pengawa Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ba surat ke dianjung Kompeni Shin Yang ngagai kitai bekaul enggau pengawa ngemaduka tol tu nadai nyebut DAP.

“Kitai di Sarawak ngenggaika tol. Nya alai, berengkah ari pukul 12 tengahari tu legi (24 Mei) tol Jematan Lanang nadai agi.

“Kitai mega meri besai terima kasih ngagai Kompeni Shin Yang ti udah besetujuka pengawa nutup bayar tol tu bepun ari ke bela ngira pengelantang pengidup rayat,” pia ku iya madah.

Nambahka nya, Adenan mega muji pengawa Kompeni Shin Yang ti ngaga pemutus ngaga Kelinik 1Malaysia ba kaurters pengereja pengawa ba tol jematan nya sebedau tu.

Kelimpah ari nya, iya mega maya tu sekali agi ngenataika berita manah ngagai rayat di Sibu maya iya ngerahka pemeri RM1 juta dikena ngemanahka Taman Harmoni Food Court, RM1 juta dikena ngemanahka Dataran Tun Haji Bujang, RM5.7 juta ngemanahka Jalai Tun Ahmad Zaidi Adruce/Lada, RM700,000 ngemanahka sistem parit Kampung Bahagia Jaya, Teku, RM920,000 ngemanahka sistem parit Kampung Jeriah enggau RM520,000 ngemanahka sistem parit Kampung Sentosa.

BELA NGAMBAT: Raban LC Crew Sarawak (Sibu) benung nganti penatai Adenan.

BELA NGAMBAT: Raban LC Crew Sarawak (Sibu) benung nganti penatai Adenan.

GAGA ATI: Mensia mayuh gaga ati ninga jaku gerah Adenan.

GAGA ATI: Mensia mayuh gaga ati ninga jaku gerah Adenan.


Program ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’ meriah

$
0
0

Oleh Agnes Tugong //

‘DAYUNG SANGON’: Genevieve (duduk) diapit oleh Marie (kiri) dan Cornelia (dua kanan) serta Rowena (kanan) selepas diumumkan sebagai Dayung Sangon ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’.

‘DAYUNG SANGON’: Genevieve (duduk) diapit oleh Marie (kiri) dan Cornelia (dua kanan) serta Rowena (kanan) selepas diumumkan sebagai Dayung Sangon ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’.

KUCHING: Lebih 3,000 tetamu hadir memeriahkan program ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’ yang berlangsung di Dewan Serba Guna Kampung Semeba di sini baru-baru ini.

Program sempena sambutan Hari Gawai Dayak ini merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sarawak bersama Biro Wanita JKKK Kampung Semeba.

Menurut jurucakap program, penganjuran program ini  bertujuan menghidupkan asal usul budaya kaum Bidayuh agar tidak hilang ditelan zaman.

Bagi memastikan objektif program tercapai, pelbagai aktiviti yang mengetengahkan budaya tradisi Bidayuh diadakan sepanjang berlangsungnya program ini.

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah pertandingan gadis cantik dan lelaki kacak bagi merebut gelaran Dayung Sangon dan Dari Ngigap ‘Rami Gawea Kampung Semeba 2015’.

“Selain pertandingan Dayung Sangon dan Dari Ngigap kami turut mengadakan Pertandingan Rumah Gawea antara zon dalam kampung.

“Pertandingan Rumah Gawea ini adalah bertujuan menyemai semangat perpaduan dan kerjasama antara penduduk yang terlibat terutama dalam mencapai hasil kerja yang terbaik.

“Selain memupuk semangat perpaduan dan kerjasama, pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda dan baharu terhadap seni warisan budaya Bidayuh,” katanya.

Dalam pada itu, pertandingan bagi merangkul gelaran Dayung Sangon dan Dari Ngigap ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’ masing-masing dimenangi Genevieve Ruran Ganang dan John Paul Gonzalles.

Menerusi kemenangan itu, Genevieve dan John Paul masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800 berserta piala, selempang dan jambangan bunga.

Manakala pemenang tempat kedua bagi kedua-dua pertandingan, masing-masing dimenangi Marie Alexandra Beatrice dan Nicholas Nicolai yang membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan hadiah-hadiah lain.

Tempat ketiga pula disandang oleh Cornelia Natasha dan Benedict Atiff dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM400 juga berserta piala, selempang dan jambangan bunga.

Sementara itu dua lagi gelaran sampingan iaitu Miss dan Mr Photogenic serta Miss dan Mr Traditional masing-masing dimenangi Marie Alexandra Beatrice dan John Paul Gonzalles serta Rowena Joddy dan Arther Zansely.

SEGAK: Lima peserta lelaki yang segak dan bergaya bersaing merebut gelaran Dari Ngigap ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’.

SEGAK: Lima peserta lelaki yang segak dan bergaya bersaing merebut gelaran Dari Ngigap ‘Rami Gawae Kampung Semeba 2015’.

Raban graduet diperansang ngemajuka diri bedagang: Fatimah

$
0
0

Dikarang Jacqueline David //

KOTA SAMARAHAN: Raban graduet diansak nguna pengelandik sida dalam ngepunka diri ba pengawa dagang ngambika sida enda bepangai ngagai pengawa puang ba opis perintah dalam industri iya ti majak kompetitif.

Menteri Pengintu Pengelantang, Orang Indu enggau Pemansang Ruang Bilik Datuk Fatimah Abdullah madahka sida patut ngembuan ulah realistik berindik ari kemaya diatu udah mayuh berubah maya sekeda ari raban graduet kandang jam diatu kelalu mayuh sentara peluang pengawa puang majak mimit.

Iya mansutka jaku nya rambau bejaku bejadi program ‘Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir’ (CIPTA 2015) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ditu, kemari iya ke nyadi pengawa ninting taun diatur nembiak ba taun kepenudi Fakulti Seni Gunaan enggau Kreatif UNIMAS.

Fatimah mega deka meda nembiak enggau raban graduet seni Gunaan enggau Kreatif UNIMAS ngena penemu ti dipelajar sida di universiti nyadi batang pengawa sereta ngadaka pelasar komunikesyen enggau industri ti bekaul.

Sentara nya, iya ngelaluka UNIMAS nyadi kaban strategik opis menteri iya dalam pengawa ngatur pengerami Hari Orang Indu renggat menua taun tu ti berambaika leka jaku ‘Wanita Dalam Seni’ ti deka diatur dalam bulan Oktober taun tu.

Kenu ku iya, pengerami nya ungkup taun tu mega diatur di renggat pelilih menua ngambika raban orang indu di selampur pelilih menua bela nyereta pengerami nya.

Nitih ku Fatimah, sepanjai pengerami nya ila deka diatur pengawa mandangka asil seni dikena ngelakuka produk enggau asil inspirasi sida dalam bidang seni.

Sama bisi ngulu pengawa tu, Mandal Chanselor UNIMAS Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi, Sapit Mandal Chanselor Pengawa Pansik enggau Inovasi Profesor Dr Kopli Bujang, Dekan FSGK Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, Chairman CIPTA 2015 Dr Qistina Donna Lee Abdullah enggau Direktor CIPTA 2015 Khairul Zuhairi Kalim.

Reti Gawai Dayak patut ditemu bala nembiak

$
0
0

Pengerami Gawai ukai semina alai beperindang belagu, betanda enggau ngirup tang kebendar lebih ari nya

SIBU: Nembiak Dayak ke maya hari tu patut nemu reti pengerami Gawai Dayak, ku Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tamin, Datuk Joseph Mauh Ikeh.

Kenu ku iya, reti pengerami Gawai Dayak patut dikemerat laban mayuh nembiak Dayak diatu agi enda mereti nama tuju pengerami nya diintu.

“Sida ngasaika Gawai tu pengerami ke semina alai beperindang nengah pengawa bekaroake, belagu, betanda enggau ngirup. Iya kebendar lebih ari nya.

“Gawai Dayak ke diintu ninting 1 enggau 2 June dikena ngelai tembu pengawa ngetau sereta meri basa ngagai sida ke udah ngereja pengawa bumai lalu berebak enggau nya dikena meri terima kasih ngagai rejeki enggau nasip ke manah sepanjai taun diberi Petara,” ku iya rambau bejadi Pengerami Ngiling Bidai Gawai Dayak 2015 di sebengkah hotel tebilang ditu, malam ensanus.

Pengerami nya diatur Gerempung Veteran Tentera Malaysia Nengeri Sarawak (PVTMS) enggau Gerempung Ex-Tentera Tasik Diraja Malaysia (PBTLDM) Nengeri Sarawak.

Sama bisi datai Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Presiden PVTMS ke mega nyadi Chairman PBTLDM Thomas Ling enggau Temenggung Stanley Gramong Bandar.

Mauh ngarapka raban nembiak Dayak ulih belajar ari orang ke mayuh peneleba sentang reti pengerami tu ngambika main asal Dayak enggau adat Gawai Dayak meruan diintu enggau menyana.

Ba jaku bukai, iya ngelalau bala apai indai patut nyendiaka sukut belajar di rumah diri empu alai bala anak ngaga pekara pelajar sida.

“Sekeda apai indai aja bisi nyendiaka sukut endur anak belajar, nya alai kitai ngarapka mayuh agi nyendiaka pekara ke sebaka udah tu,” ku iya.

Iya madah enti bisi perengka guna baka nya tentu iya deka ngemuntangka bala anak belajar maya pulai ke rumah.

“Kitai patut ngajar bala anak enggau manah, ngambika sida nyadi orang ke bepenemu sereta teulihka pengidup ke menyana,” ku iya.

Dulu ari nya, Stephen bisi ngelalau PVTMS enggau PBTLDM terus besaup enggau raban gerempung ke ukai dikuasa perintah (NGO) ke bukai ngambika sida mengkang tegap sebaka enggau gerempung ke bukai.

“Kitai patut ‘Begulai Sejalai’ enggau orang bukai nyengkaum ejensi-ejensi perintah enggau NGO bukai laban kitai enda ulih bediri kediri,” ku iya.

Kenu ku iya, iya deka berandau enggau gerempung bukai dikena mantu gerempung nya dalam nama aja aktiviti ke bisi meri penguntung ngagai semua.

Nangkan nya, Thomas Ling ba jaku iya madahka pengerami nya diatur urung 65 peratus ari kaban sida ke bebansa Dayak.

Iya mega ngarapka rayat Sarawak ke udah gawa ke renggat perintah besai ukai semina ulih diterima gawa ba opis-opis perintah ba renggat nengeri tang mega ulih ditikika pangkat ngagai renggat ke lebih tinggi ba bidang sida empu.

Pemanah perintah patut dibalas ngena sukung ti tegap, ku Nyabong

$
0
0

KAPIT: Sekretari Politik Kepala Menteri Sarawak, Wilson Nyabong Ijang ngelalau peranak Rumah Liok, Ayom, Mujong ditu ngambika seruran nyukung perintah.

“Perintah ngemeratka pengelantang pendiau rayat.

Penyampau RM100,000 agih belanja dikena ngaga jematan besi ari tebing sungai ngagai rumah panjai, nya sebengkah ari tanggungpengawa perintah nyendiaka perengka guna ungkup peranak di menua pesisir.

Mayuh agi bantu belanja ungkup Projek Menua Pesisir (MRP) baka jalai nyambung rumah panjai ngagai jalai besai, Jematan Besi, jalai simen, bekal ai ngena kuasa gravity, enggau bantu ke bukai.

Berindik ari pemanah pengawa ti udah dipejalaika perintah ngagai kitai, nya alai patut bendar kitai malas ngena sukung ti tegap,” ku Nyabong lebuh iya bejadika Program Komuniti 2015 di Rumah Liok Ayom, Wong Pantu, Mujong ditu apin lama ti udah.

“Peranak menua Baleh benasit manah laban Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Baleh N 56, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing sereta Kaban Parlimen P216, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Kededua seduai tu ari Barisan Nasional (BN) sereta raban ari Parti Rakyat Sarawak (PRS) nerima agih belanja ari Perintah Menua enggau Perintah Besai, nya alai peminta enggau peneka seduai seruran dikemeratka.

Masing enggau Ugak tu sekeda ari ketuai ti balat siru enggau nyaga pengelantang sereta seduai nemu peneka rayat,” ku iya nandu.

Nyabong meri puji ngagai Opis Menteri Pemasang Sosial Kapit ti udah bejalaika pengawa inisiatif ngatur ‘Program Komuniti’ ti udah meri penguntung ngagai peranak menua pesisir.

Ku iya nampung jaku, sebedau tu program nya diatur di kandang nengeri tang diatu iya udah datai ngagai peranak rumah panjai.

“Program Komuniti tu nyediaka peluang peranak rumah panjai betemu mua enggau raban ketuai.

Ditu, sama bisi begulai enggau kami iya nya raban ke datai ari mayuh bengkah opis enggau ejensi perintah nyereta program tu meri penerang ba pekara tanggungpengawa enggau pengawa ti bekaul enggau sida.

Nya alai, iya dipeda mai penguntung ngagai kitai ke alai kitai ulih nela tauka nyadang polisi enggau program perintah,” ku Nyabong.

Sebedau ngulu Program Komuniti nya, iya dulu agi bejadika jematan besi.

Linggi ngenataika penyinu ati ngagai niang Bangsa sereta sida sebilik

$
0
0

KAPIT: Chairman Tun Jugah Foundation, Tan Sri Datuk Amar Dr Leonard Linggi Jugah kena lemai Hari Minggu tu tadi bisi nemuai meri basa kepenudi ngagai niang Bangsa Untang, Managing Direktor Untang Jaya Sdn Bhd sereta sida sebilik di rumah Taman Indah, Jalan Selirik ditu.

Linggi, anak niang Tun Jugah Barieng sereta apai Sapit Menteri Pemansang Menua Pesisir enggau Kandang Menua Malaysia, Datuk Alexander Nanta Linggi disempulang Sekretari Politik Kepala Menteri Sarawak, Jefferson Jamit.

Kenyau ari berita pemidang niang Bangsa Untang, mayuh orang udah datai ari jauh tauka semak di serata Sarawak meri basa kepenudi ngagai niang.

Sekeda ari raban orang ke bisi datai ngagai rumah niang di Taman Indah, Jalan Selirik ditu iya Sapit Menteri Pemansang Menua Pesisir enggau Kandang Menua Malaysia, Datuk Alexander Nanta Linggi, Ketuai Komuniti Kapit Temenggong Datuk Kenneth Kanyan, Temenggong Tan Kian Ho, Chairman Balai Dagang Bansa China, Dato Yong Hua Sying, Chairman Gerempung Anak Bulan Mirah Malaysia, Dr Sia Tih Kong, Sekretari Politik Kepala Menteri Sarawak, Wilson Nyabong Ijang, Prinsipal Kanan Sektretari Mendam Opis Menteri Pemansang Rama enggau Kandang Nengeri, (KPS), Sebestian Sujang, Mandal Residen Kapit (Pemansang Rama) Zul Usup, Pemesai Opis Pelilih Mit Kapit, Elvis Didit, General Commanding Officer Region Sarawak, Brigadier General Datuk Stephen Mundaw sereta mensia mayuh.

Bansa Untang, 63 taun, seiku bansa Bumiputera Dayak Iban ti tebilang dalam dunya dagang koperat udah nadai kena lemai Hari Empat, urung pukul 7.05, 05 Jun 2015.

Pemidang niang tu bisi dipeda bini iya empu, Puan Rheineld Minor Payau, tiga iku anak iya, bala menantu laki enggau indu, bala uchu sereta kaban belayan bukai.

Niang tu ninggalka bini iya, Puan Minor Panyau, anak indu seiku Monica Bangsa, dua iku anak lelaki Ugak Bangsa enggau Apol Bangsa.

Menantu lelaki iya Bujal Jantai, menantu indu; Susie Killau enggau Christina Saway.

Bisi lapan iku uchu iya nya Aaeon Among Bujal, Anathasa Senorita Bujal, Ferdinand Arthur Untang Ugak, Audigear Untang, Ferviana Uding Untang, Carlciffer Aidrich Jetek Apol enggau Fergusan Unggat Ugak.

Datai ari menua entigis sungai Nanga Antawau, Bansa Untang tu kelia seiku pengajar, udah nya iya nyadi kepala pengajar lalu maya umur iya manggai ba 50 taun, iya minta diri pinchin muda laban deka bejalaika pengawa dagang.

Kededua Bangsa enggau Rheineld tu bela nyadi pengajar.

Dalam pelajar, Bangsa mangku pengawa nyadi kepala pengajar di Sekula Sekondari (SK) Methodist sereta kepenudi iya mangku tanggung pengawa nya di SK Sungai Amang.

Seduai melaki bini bela pinchin muda laban deka nyereta pengawa dagang lalu numbuhka serikat Untang Jaya Sdn Bhd.

Penumbuh serikat Untang Jaya Berhad dikena iya ngurus pengawa dagang.

Kenyau ari taun 2002 sepengudah 13 taun dalam dunya dagang, ari pengawa dagang ti mit, Kunteriktor Bumiputera Class F, iya nyadi seiku raban orang dagang ti chukup mujur dalam pengawa kunteriktor catuan sekula enggau nyadung barang pemakai di sekula, pia mega iya bisi nyidi peluang dalam bidang begagaka rumah nyengkaum projek begagaka sekula perintah, bangunan perintah sereta mega ngaga jalai alun.

Niang tu mujur ngemanahka lisin iya ari Class F ngagai Class A dalam pengelama beberapa taun udah nya.

Dalam pengelama tujuh tauka lapan taun dulu suba, iya berengkah nyereta tender ba projek perintah ti ngembuan penyampau bejuta ringgit.

Sekeda ari projek perintah ti mujur ba baruh serikat Untang Jaya Sdn Bhd iya nya projek sekula di Sekula Sekondari (SMK) Kapit (RM15 Juta), Kuarters Perintah Jalai Bletih, Jalai Rantau Panjai, Sungai Bena, Baleh (RM66 Juta), Jalai Kapit/Song Phase 1 (RM19 Juta), Phase II Bletih Light Industrial Estate (RM 14 Juta) sereta pengawa ngaga jalai sepemanjai lima kilometer nyambung Palan Pengawa Industri Samalaju, Bintulu.

Niang chukup dipebasa enggau tebilang nama ngagai raban orang dagang sereta iya nyadi buah jaku raban orang politik menua tu.

Menteri Pemansang Tanah, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing rambau bejadika pengawa nasih tanah Jalai Rantau Panjai bisi mansutka jaku, “Seharitu, kitai ngembuan sebuahi serikat Untang Jaya Sdn Bhd, iya nya seratus peratus dikembuan Kunteriktor raban bansa Dayak Iban.

Kitai bela nemu, nya ukai pekara ti muntang deka ngulihka lisin Pengawa Begagaka Rumah Class A, tang Bangsa Untang udah mujur.

Dalam serikat tu enda ngira nya ari orang ti ngurus nyentuka pengereja pengawa endang seratus peratus bansa Dayak.

Berengkah ari Managing Director, tukang wang, injinir, site supervisor, enggau iya ke bukai.

Bangsa udah ngadaka seiti bekau ke lalu nyadi chuan raban bansa Dayak ti udah mujur dalam pengawa dagang.

Aku nesau semua kunteriktor raban bansa Dayak bechuntoka pemujur Bangsa, chara iya nguruska pengawa dagang”.

Puan Rheineld mega sebaka enggau laki iya, bela mujur dalam pengawa dagang iya nya bejalaika pengawa nyadung ngagai kantin sekula, barang pemakai enggau restoren.

Diatu, iya bejalaika pengawa ba Tikan Caf’e di Hotel Meligai.

Iya mega regas nyereta gerempung ukai dikuasa perintah (NGO) enggau nyadi chairperson Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) ditu.

Niang tu seiku orang dagang ti ngembuan pengelui ti badas kelebih agi ba raban bansa Dayak Iban ditu ti udah mujur dipadu nyadi Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Kapit (DUBK) sereta iya seiku aja udah dipadu nyadi Mandal Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak.

Niang Bansa Untang tu nyadi Tukang Wang SK Temenggong Koh, Nanga Antawau, Baleh ti udah ngemendarka duit insentif pelajar sekali beri penyampau RM500 ngagai raban nembiak ti udah mujur nyambung pelajar sida ngagai tikas ti tinggi agi.

Iya mega nyadi kaban komiti Kelab Lions Kapit.

Chairman Pengintu Pengelantang Pendiau Peranak Menua Baleh ti udah ngenataika peminta enggau peneka peranak menua nya berunding enggau Sarawak Electricity Berhad (SEB) dalam Projek Tekat Hidroelektrik Baleh.

Berindik ari rintai pemujur iya enggau batang pengawa ti dikereja iya ngagai komuniti Kapit, niang Bangsa Untang udah mujur nerima anugerah Bintang Bendera Sarawak (BBS) enggau Pegawai Bintang Sarawak (PBS) ari perintah menua Sarawak.

Pengudah berita ngenyinuka ati tu dikenatai nengah RTM Iban, kaban belayan ti jauh enggau semak bela datai ngesah lalu meri basa ti penudi ngagai niang Bangsa serayaka ngenyenangka ati sida niang sebilik.

Program 1AZAM ngayanka pemujur ba Norik

$
0
0

Kenyau bulan Sept 2014, dalam kandang enam bulan iya ngemegahka MPP ngemujurka program nya

Dikarang Chris Bishop //

TEULIHKA PEMUJUR: Lo (dua kanan) nyuaka barang, nyadika sebengkah bantu ungkup kedai Norik (dua kiba) di Kampung Jambu kemari. Bela dipeda Daniel (kiba) enggau Zaiedi (tiga kanan).

TEULIHKA PEMUJUR: Lo (dua kanan) nyuaka barang, nyadika sebengkah bantu ungkup kedai Norik (dua kiba) di Kampung Jambu kemari. Bela dipeda Daniel (kiba) enggau Zaiedi (tiga kanan).

PADAWAN: Norik anak Seim, 51, ari Kampung Jambu Padawan sebengkah nama sereta cherita nempa pemujur dalam program 1AZAM ‘Akhiri Zaman Miskin’ ke dipejalaika Opis Kunsil Kandang Bandar Padawan (MPP).

Nengah program nya, Norik ngepunka dagang bejual barang pemakai ba bulan September 2014 ke alai dagang iya nya dikemataka raban ari MPP dalam timpuh 6 bulan.

Ba penemuai Chairman MPP Lo Khere Chiang ngagai kedai Norik kemari, Lo madah, Norik udah mandangka pengelandik bedagang lalu teulihka penguntung urung RM300 ngagai RM500 sebulan.

“Opis kaunsil meli perengka tauka barang ngagai penyereta program, sida nyual lalu kitai deka matau pejalai dagang sida.

“Norik udah nguna semua penau ke diulih maya enggau ngulu kus ke disediaka opis kunsil ke alai iya udah ngerikod enggau manah asil jual.

“Iya ngerikod nama utai ke diberi kitai, puku, berapa ke udah dijual, berapa penguntung sereta berapa duit ke disimpan. Reti nya semua utai dipelajar rambau ngulu kus dikena iya enggau manah ngemansangka dagang,” ku iya lebuh duikerandau pemberita kemari.

Lo mega madah, MPP ngemata sereta meda Norik mansutka diri ari raban orang ke seranta, tu meh juluk kitai (MPP), tandu Lo.

Ngenang kaul ke sama, Lo madah bisi 10 iku orang udah dipilih nyereta program 1AZAM ke diatur MPP ba taun 2014 ke alai opis kunsil nya bisi nerima belanja RM105, 868 ari Opis Menteri Pengintu Pengelantang Pendiau, Orang Indu enggau Pemansang Ruang Bilik.

Ku iya, tiap iku penyereta diagih penyampau belanja RM11,011 seiku nyengkaum Norik “Agih belanja nya dikena meli perengka bedagang baka ke barang ti deka dijual tauka mesin ke diguna.

“Sebedau ngepunka program, penyereta deka dulu diasuh ngulu kus kelebih agi ba sentang ngintu akaun enggau chara bedagang,”ku iya.

Nambahka nya, Lo mega madah ba taun 2015 tu MPP deka ngatur program ke sama nengah agih belanja ke sama ke alai 12 iku penyereta tauka ruang bilik ngelingi kandang menua Padawan udah dipilih.

Ari penyampau nya, 10 ruang bilik deka numbuhka dagang bejual barang lalu 2 ruang bilik diberi tanggungpengawa nebas rumput.

Program1AZAM diungkup ngagai ruang bilik ke udah ngerijista diri ba e-Kasih sereta mega ngerijista diri ba opis pelilih menua di serata Sarawak.

Bela datai Sapit Chairman MPP Dr Zaiedi Suhaili enggau Ketuai Kampung Jambu, KK Daniel Jita Satum.

Beri perhatian terhadap jalan kerap kemalangan

$
0
0

Jalan baharu hubungkan Permyjaya dengan Pujut Padang Kerbau dan Eastwood Valley kerap kemalangan

Oleh Mohd Norhadie Sahari //

KERAP KEMALANGAN: Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang keluar dari simpang perumahan Vista Perdana.

KERAP KEMALANGAN: Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang keluar dari simpang perumahan Vista Perdana.

MIRI: Jalan raya baharu menghubungkan Permyjaya dengan Pujut Padang Kerbau dan Eastwood Valley di sini dilabel penduduk sebagai jalan raya kerap kemalangan.

Menurut salah seorang penduduk, sejak jalan raya itu dibuka November tahun lalu menyaksikan lebih sepuluh kemalangan dilaporkan berlaku dan semuanya disebabkan kecuaian pemandu.

“Tiang lampu isyarat di simpang Jalan Desa Bahagia disifatkan kerap menjadi mangsa dilanggar oleh pemandu malah beberapa kes melibatkan penunggang motosikal patah kaki dan tangan dilanggar kereta,” katanya di sini semalam.

Penduduk Taman Perumahan Vista Perdana di sini itu memberitahu keadaan jalan raya yang lurus tanpa sebarang papan tanda had laju di tepi jalan menjadikan pengguna jalan raya bersikap biadap dengan memandu laju.

“Ini bukan kali pertama kemalangan berlaku di kawasan ini sebaliknya sudah beberapa kali dilaporkan berlaku, saya percaya ia berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) harus menambah papan peringatan atau papan isyarat had laju di jalan itu.

“Ada kalangan pemandu memandu dalam keadaan berbahaya dan memotong kenderaan lain tanpa memikirkan keselamatan pemandu di hadapan sehingga menyebabkan pertembungan berlaku,” katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja jalan raya itu siap kerajaan harus menambah peruntukan memperbanyak papan peringatan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

“Kami juga memohon diletakkan sebuah lampu isyarat di hadapan persimpangan perumahan Vista Perdana bagi melicinkan pergerakan trafik serta mengurangkan risiko kemalangan,” ujarnya.

Sementara itu, jalan raya baharu menghubungkan Permjaya ke Pujut Padang Kerbau dan Eastwood Valley sejauh 4.5 kilometer turut memiliki jambatan konkrit dua lorong.

Projek pembinaan jalan berkenaan menelan kos RM39 juta mampu meningkatkan laluan orang ramai khususnya pengguna jalan raya dari Permyjaya, Tudan dan Kuala Baram.

Ini termasuk perjalanan ke Hospital Miri, Lapangan Terbang Miri, Taman Tunku dan kawasan-kawasan sepanjang laluan tersebut.


Keluasan hutan di kawasan HoB berkurangan

$
0
0

MIRI: Keluasan hutan di kawasan lingkaran Jantung Borneo atau Heart of Borneo (HoB) semakin berkurangan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Ketua Program Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) Borneo Dr Henry Chan berkata sejak dilancarkan pada 2007, Inisiatif HoB membabitkan tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Malaysia berjaya mencapai beberapa kejayaan namun belum menangani kehilangan hutan di kawasan itu.

Beliau berkata sejak inisiatif itu dilancarkan sebanyak 10 peratus hutan hilang dan Laporan Alam Semula Jadi WWF terbaharu mendapati jumlah penebangan hutan semakin meningkat.

“Kami menerima hakikat penebangan hutan itu dilakukan untuk aktiviti pembalakan dan perladangan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negeri.

“Bagaimanapun, kerajaan harus berpandukan polisi pemeliharaan dan pembangunan mapan melaksanakan penebangan hutan,” katanya pada Simposium Projek Komunikasi Global (GlobCom) 2015 di Curtin University Malaysia Sarawak (Curtin Sarawak) di sini.

Beliau mengambil contoh di Sarawak, daripada sebanyak 12.4 juta hektar tanah, kerajaan mahu mengekalkan satu juta hektar sebagai kawasan terlindung sepenuhnya dan enam juta lagi untuk pengurusan hutan mapan.

“Tiga juta lagi diperuntukkan bagi penanaman kelapa sawit, pertanian dan pembangunan infrastruktur.

“Keseluruhannya kurang daripada 10 peratus tanah diletakkan di bawah kawasan terlindung sepenuhnya manakala selebihnya kawasan hutan digunakan untuk aktiviti pembalakan dan perladangan,” jelasnya.

Dr Henry menambah, pembukaan kawasan pengeluaran komodi seperti ladang kelapa sawit secara besar-besaran menjejaskan kehidupan komuniti tempatan berikutan gangguan ekosistem termasuk pencemaran sumber air dan habitat hidupan liar.

Dalam perkembangan berkaitan, antara spesies didapati semakin berkurangan secara drastik iaitu orang utan dan gajah.

“Seluas 3.3 juta hektar kawasan hutan HoB menempatkan populasi orang utan namun laporan terbaharu mendapati kawasan itu semakin berkurangan sebanyak 14 peratus. Lebih 400,000 hektar hutan dibuka dalam tempoh lima tahun hingga 2012.

“Pembukaan hutan secara berleluasa secara tidak langsung menyebabkan populasi hidupan liar ini turut berkurangan,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan mematuhi peraturan ditetapkan oleh Majlis Pengawasan Hutan untuk pengurusan hutan dan Persidangan Meja Bulat Bagi Perladangan Kelapa Sawit Mapan (RSPO).

Jadikan tanah bencah rizab semula jadi

$
0
0

Sehingga 2 Jun, sejumlah 123 spesies burung kunjungi tanah bencah di Kuala Baram

Oleh Steve Annuar //

TINJAU: Lee ditemani Musa (depan) ketika meninjau kawasan tanah bencah Kuala Baram semalam.

TINJAU: Lee ditemani Musa (depan) ketika meninjau kawasan tanah bencah Kuala Baram semalam.

MIRI: Kawasan tanah bencah di Kuala Baram yang kini merupakan syurga bagi pelbagai spesies burung hijrah wajar dijadikan sebagai rizab semula jadi.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata sehingga 2 Jun lalu, sejumlah 123 spesies burung direkodkan oleh Pencinta Alam Malaysia (MNS) Miri mengunjungi kawasan terbabit.

Antara yang pernah ditemui ialah spesis burung chinese tern dipercayai hanya terdapat 30 ekor di dunia ini.

Beberapa burung lain ialah asian koel, band-bellied crake, black-capped kingfisher, blue-eared barbet, buff-banded rail, common greenshank, crested-serpent eagle, dusky moorhen, garganey, glossy swift, grey heron, large Tailed nightjar, northern pintail, oriental pied hornbill, pallas warbler, peregine falcon, rufous-tailed tailorbird, slaty-brested rail, sunda pygmy woodpecker, tufted duck, white-browed crake, yellow bittern dan zebra Dove.

“Ada baiknya kawasan ini dicadangkan sebagai rizab semula jadi wetlands (tanah bencah).

“Hari ini kita membawa wakil daripada Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Perhutanan untuk mengkaji kawasan ini,” katanya di sini semalam.

Terletak di tepi jalan dari Sungai Tujuh hingga ke Kampung Masjid Kuala Baram, ia merupakan destinasi popular aktiviti memerhati burung  di kalangan peminat burung di sini.

Ribuan burung kelihatan berterbangan dan berkumpul sekitar kawasan itu pada penghujung tahun khasnya pada November dan Disember.

“Terdapat burung hijrah menjadikan wetland ini sebagai habitat kekal,” kata Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin.

Pengerusi MNS Miri Musa Musbah berkata lebih 70 peratus burung hijrah direkodkan adalah spesies terlindung.

Rekod yang ada sekarang mempunyai nama burung, tarikh, waktu serta individu melaporkan kehadiran spesies baharu.

“MNS mula serius memantau kehadiran burung di Kuala Baram bermula 2005.

“Ketika itu, aktiviti memerhati burung hanya dilakukan oleh sekumpulan kecil peminat burung,” jelasnya.

PBT berjaya bantu kerajaan membantu rakyat termiskin: Lo

$
0
0

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah menjalankan amanah kerajaan secara positif dan keterbukaan minda untuk membantu rakyat termiskin, menjadikan mereka berjaya melaksanakannya.

Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, pihaknya telah berjaya melunaskan janji itu dengan membantu 10 keluarga termiskin pada tahun lepas.

“Pihak kami telah mengenal pasti 12 lagi keluarga yang akan dibantu dalam program 1Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) dari Kampung Bumbok, Siburan, Kampung Kiding, Padawan, Batu Kawa pada tahun ini.

“Dana daripada kerajaan persekutuan diberikan kepada Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga yang kemudiannya disalurkan kepada agensi pelaksana seperti SEDC, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Pejabat Daerah dan PBT di seluruh negeri.

“Ia menampakkan kejayaan kerana sokongan kewangan kerajaan dan PBT membantu melaksanakan kursus perniagaan, menjahit dan sebagainya untuk para peserta,” katanya ketika menyerahkan barangan untuk jualan untuk kedai runcit milik peserta 1AZAM niaga Norik Seim di Kampung Jambu, Padawan semalam.

Peruntukan yang disediakan pihaknya berjumlah sekitar RM150,000 yang turut menampakkan kejayaan yang nyata bagi 10 keluarga program terbabit pada tahun lepas.

Pihak PBT kata Lo, akan membeli barangan dan tidak memberi tunai kepada peserta selain menyelia pembangunan AZAM kerja selepas mengendalikannya.

“Kami telah menyelia dan ramai di kalangan peserta berjaya dan kepercayaan ini dengan sokongan kepada PBT untuk membantu keluarga melalui program yang dikendalikan kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar di kalangan rakyat.

“Walupun mereka miskin tetapi mempunyai kesungguhan dan bekerja keras untuk mengubah taraf hidup mereka dan keluarga.

“Dan sekiranya perniagaan peserta berjaya, ia akan memberi peluang pekerjaan dan perkongsian ilmu kepada impak rantaian masyarakat yang miskin dalam kampung terlibat,” tambahnya semalam.

Bagaimanapun penyertaan program terbabit hanya terbuka kepada peserta miskin tegar dengan mendaftar dengan e-Kasih.

Guna MRP ikut perancangan semua pihak

$
0
0

NGO, jawatankuasa organisasi harus manfaat agihan geran kerajaan dengan sebaiknya

Oleh Kepu Sidi //

MATU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta jawatankuasa setiap organisasi harus memanfaatkan agihan geran disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan sebaiknya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie berkata, peruntukan geran itu harus digunakan mengikut perancangan dipersetujui semua pihak dalam organisasi tersebut.

Katanya peruntukan itu harus difokuskan kepada keperluan utama sahaja dan sekiranya terdapat lebihan, sewajarnya disimpan untuk keperluan pada masa akan datang.

“Kita mahu setiap organisasi mengamalkan sikap bijak berbelanja. Jangan mengamalkan sikap berbelanja dengan sesuka hati dan gunakan peruntukan itu untuk perkara yang mendatangkan manfaat bersama.

“Manfaatkan peruntukan itu dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan bersama.

“Apa yang penting, saya mahu program dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Matu di Balai Raya Kampung Sekaan Besar, semalam.

Pelbagai pertubuhan dan organisasi sukarela di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng menerima peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah lebih RM50,000.

Penerima ialah Persatuan Ibu Tunggal Daerah Matu sebanyak RM5,000, Jawatankuasa Pembangunan Wanita Kampung Jemoreng (RM5,000)

Surau Kampung Bertong, PIBG Kampung Tian, SK Sok dan Jawatankuasa Fardhu Kifayah Kampung Bawang masing-masing RM3,000 serta KRT Kampung Bawang, KRT Tian Baru Tabika KEMAS Kampung Dagang dan Tabika KEMAS Kampung Pergau masing-masing RM2,000.

Abu Seman berkata, peruntukan itu harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi melaksanakan aktiviti kebajikan dan sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu turut menggesa semua organisasi terbabit bergerak lebih aktif dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan penduduk.

“Kita mahu semua organisasi memainkan peranan dengan sebaiknya terutama kepada masyarakat.

“Aktiviti berkaitan kemasyarakatan harus digerakkan dengan lebih aktif.

“Usaha seperti ini amat penting agar hubungan perpaduan dan keharmonian di semua peringkat dapat dijalinkan dengan lebih erat,” jelasnya.

Abu Seman turut menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Igan sebanyak RM8,000, PERKIM Kuala Igan (RM5,000), PERKIM Daerah Matu (RM5,000), KRT Kuala Matu (RM5,000) dan SeDIDIK Igan (RM3,000).

Manakala lima KRT di Igan masing-masing meerima RM2,000.

Rumah Changgan menang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia

$
0
0
RUMAH PANJANG TERBAIK: Rumah Changgan, Nanga Ijit, Julau menang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia sebagai rumah panjang terbaik di Malaysia.

RUMAH PANJANG TERBAIK: Rumah Changgan, Nanga Ijit, Julau menang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia sebagai rumah panjang terbaik di Malaysia.

JULAU: Rumah Changgan dari Nanga Ijit di sini memenangi Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia sebagai rumah panjang terbaik di negara ini.

Sepanjang 56 pintu dengan mempunyai dua tuai rumah iaitu Tuai Rumah Minggang dan Tuai Rumah Meluda, mereka menewaskan sembilan rumah panjang lain bagi merebut anugerah tersebut.

Dengan memenangi anugerah itu, mereka meraih wang tunai RM150,000 berserta plak dan piala disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Penghulu Changgan pada satu majlis di Alor Setar, Kedah pada 30 Mei lalu.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum yang melawat rumah panjang tersebut sempena Hari Gawai  mengucapkan tahniah kepada penduduk rumah panjang itu.

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>