Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Wazirul kebanggaan Sarawak

$
0
0
HARUMKAN NAMA SARAWAK: Wazirul (kanan) merakam kenangan selepas berjaya menumpaskan pencabarnya, Aiman dalam Kejohanan D1 Fighting Championship (D1FC).

HARUMKAN NAMA SARAWAK: Wazirul (kanan) merakam kenangan selepas berjaya menumpaskan pencabarnya, Aiman dalam Kejohanan D1 Fighting Championship (D1FC).

Tewaskan Aiman Nazmin dari Kuala Lumpur pada D1FC: ‘Rise Above The Rest’

Oleh Rusnan Mustafa //

KUCHING: Petinju muaythai tempatan yang kian menyinar, Mohammad Wazirul Naziman Zaidil berjaya mengharumkan nama Sarawak pada Kejohanan D1 Fighting Championship (D1FC): ‘Rise Above The Rest’ yang berlangsung di Oceanus Waterfront Mall Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.

Wazirul yang berusia 19 tahun berjaya menewaskan pencabarnya dari Kuala Lumpur Aiman Nazmin Muhamad Nazim dalam kategori 50 kilogram.

“Ini adalah kemenangan yang pertama saya bagi kejohanan di luar Sarawak.

Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan yang saya kecapi pada hari ini (kelmarin).

“Saya dan pencabar saya memberi persembahan terbaik sehingga ke pusingan kelima dan keputusan memihak kepada saya,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan itu.

Anak kelahiran Miri itu kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara ” “ (UiTM) Kampus Samarahan yang kini mencatat rekod perlawanan 16 kemenangan dan tiga kalah.

“Ini akan menjadi batu lonjatan untuk saya pergi lebih jauh (profesional) lagi,” tambah Wazirul yang bercita-cita menjadi seorang jurulatih petinju muaythai suatu hari kelak.

Beliau memberitahu, sudah menjadi harapannya untuk melatih anak muda Sarawak untuk berjaya dalam sukan ekstrem itu.

“Saya telah dilatih oleh jurulatih terbaik sebab itu saya mahu menjadi seperti itu suatu masa nanti untuk berbakti kepada negeri sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, perlawanan melibatkan seorang lagi petinju Sarawak, Amos Aldrich Bundan Winter yang menentang Rayner Kinsiong dari Sabah dalam kategori 70 kilogram dibatalkan kerana masalah teknikal.

Kejohanan D1FC dijadualkan akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Ogos akan datang.


Pasukan penyelamat laksanakan tugas dengan cemerlang: TPM

$
0
0

RANAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji kecekapan pasukan penyelamat dianggotai pelbagai agensi, termasuk malim gunung, dalam usaha menyelamatkan mangsa gempa bumi di Ranau yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu.

Sambil mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pasukan penyelamat berkenaan, beliau berkata pasukan itu terdiri daripada polis, bomba, angkatan tentera, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berjaya melaksanakan tugas walaupun berdepan bahaya serta menghadapi tugas sukar.

“Kita ucapkan terima kasih dan syabas kepada mereka kerana tindakan diambil amat segera dan keduanya, kawasan ini adalah kawasan popular. Ramai pendaki telah datang ke sini termasuk sewaktu kejadian ini berlaku, beratus pendaki berada di atas (puncak Gunung Kinabalu),” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat berkenaan gempa bumi di Ranau, di Taman Kinabalu, Kundasang, yang disampaikan Ketua Polis Daerah Ranau DSP Farhan Lee Abdullah.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Muhyiddin berkata beliau difahamkan terdapat lima lagi mayat akan dibawa turun dari Gunung Kinabalu dan dijangka dibawa turun antara jam 3 petang hingga 5 petang ini menggunakan helikopter sekiranya cuaca mengizinkan.

Katanya walaupun mangsa yang terselamat dan sebahagian mangsa yang terkorban sudah dibawa turun namun masih terdapat 56 anggota pasukan penyelamat di atas gunung berkenaan.

Beliau berkata semua mangsa perlu segera dibawa turun agar pasukan keselamatan dapat meninggalkan lokasi bencana demi keselamatan mereka memandangkan gegaran masih berlaku dari semasa ke semasa.

“Saya ucap takziah kepada keluarga mangsa pendaki dan kakitangan kita yang terlibat yang ditemui maut dalam peristiwa agak malang ini.

“Kita mendoakan semoga roh mereka diberi ganjaran oleh Allah SWT, kalau agama lain, (semoga) keadaan mereka selamat,” katanya. — Bernama

Muhyiddin lawat sekolah dan masjid rosak akibat gempa bumi

$
0
0

RANAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melawat dua sekolah dan masjid daerah di sini yang rosak akibat gempa bumi pada Jumaat lepas.

Masjid Daerah Ranau, tempat pertama beliau lawati, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohamad Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

Turut mengiringi beliau, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Sukiman.

Dalam lawatan di Masjid Daerah Ranau, beliau diberi penerangan mengenai kerosakan masjid yang kini ditutup oleh Masidi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karanaan.

Ketika melawat SMKA Mohamad Ali dan SMK Ranau pula, Muhyiddin diberi penerangan oleh Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip dan taklimat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap.

Timbalan perdana menteri kemudian ke Taman Kinabalu di Kundasang bagi mendengar taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu.

Kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku pada Jumaat lepas menyebabkan kerosakan beberapa bangunan di sekitar daerah ini.

Masjid Daerah Ranau mengalami kerosakan beberapa struktur bangunan dan siling bumbung anjung tepi runtuh.

Dua blok kuarters rumah guru SMK Ranau yang menempatkan 23 keluarga mengalami keretakan menyebabkan ia dikosongkan serta paip bawah tanah pecah menyebabkan bekalan air di kawasan sekolah ditutup.

Di SMKA Mohamad Ali, kerosakan membabitkan siling sebuah kelas di sekolah itu runtuh. — Bernama

Tabung bantu mangsa gempa mula ditubuh

$
0
0

RANAU: Beberapa pihak mula tampil dan menubuhkan tabung bagi membantu mangsa yang terjejas akibat kejadian gempa bumi yang melanda Ranau serta daerah lain di Sabah pada Jumaat lepas.

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah semalam melancarkan ‘Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu: Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS)’ khusus bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada malim gunung dan porter yang terjejas.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata pihaknya akan bertemu dengan pengurusan Taman-Taman Sabah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai mereka yang terbabit untuk memudahkan pengagihan dana.

“Kami amat prihatin terhadap apa yang mereka alami dan kami akan berusaha membantu menyalurkan bantuan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu di Pusat Gerakan Operasi Taman Kinabalu di sini semalaml.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Alliance Bank 101960010086060 atau terus menghubungi MPMS di talian 088-221194.

Tiga belas individu disahkan terkorban setakat ini akibat gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan Gunung Kinabalu ditutup selama tiga minggu mulai kelmarin kerana laluan pendakian ke puncak gunung terjejas teruk dan berbahaya buat pendaki.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu Richar Soibi berkata 250 malim gunung dan 50 ‘porter’ yang berdaftar di bawah persatuan itu menyuarakan kebimbangan berdepan masalah kewangan sebaik mendengar berita penutupan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kelmarin.

“Memang punca pendapatan kami agak terjejas, sebab aktiviti pendakian gunung ditutup untuk sementara waktu dan ini adalah punca pendapatan kami.

“Kebiasaannya pendapatan bulanan bagi malim gunung kira-kira RM800 sebulan manakala porter boleh mencecah kira-kira RM600 sebulan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Justeru, katanya, kebanyakan malim gunung kini berusaha mencari pekerjaan sementara.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 8005609923 (Persatuan Malim Gunung Kinabalu).

Sementara itu, Badan Perhubungan Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah pula menubuhkan ‘Tabung Bencana Gempa Bumi: Wanita BN Sabah’ untuk membantu mangsa yang cedera dan keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat bencana itu.

Menurut Ketua Badan Perhubungan Wanita BN Sabah Datuk Armani Mahiruddin setakat ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi sumbangan sebanyak RM20,000 sebagai permulaan dana itu.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Badan Perhubungan Wanita UMNO Sabah 10020010208058. — Bernama

Wang ihsan RM10,000 kepada keluarga mangsa terkorban

$
0
0

RM2,000 untuk mangsa cedera, yang trauma terima RM1,000

RANAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.

Muhyiddin berkata RM5,000 daripada bantuan wang ihsan itu, yang diperuntukkan kepada warganegara Malaysia sahaja, adalah sumbangan kerajaan persekutuan manakala RM5,000 lagi daripada kerajaan negeri Sabah.

“Pihak kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri akan membantu (keluarga) mereka yang terkorban. Kita putuskan berdasarkan formula yang kita guna pakai dalam soal beri bantuan bencana. Mungkin boleh digunakan untuk mengurus jenazah, pengebumian dan sebagainya,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung kejadian gempa bumi itu di sini semalam. Terdahulu, beliau melawat lokasi di Ranau bagi meninjau kerosakan dialami akibat bencana berkenaan.

Timbalan perdana menteri berkata mangsa gempa bumi yang tercedera pula akan menerima bantuan wang ihsan bernilai RM2,000 manakala mangsa yang berada di lokasi gempa tetapi tidak cedera namun trauma dengan kejadian itu akan diberi bantuan RM1,000.

Katanya bantuan wang ihsan berkenaan akan diagihkan dalam tempoh segera kepada bakal penerima berdasarkan daftar yang ada.

Mengenai mangsa yang bukan warganegara Malaysia, Muhyiddin berkata mereka tidak akan diberi wang ihsan, sebaliknya bantuan dalam bentuk lain seperti mereka dibawa turun dari Gunung Kinabalu serta dihantar balik ke negara asal dengan sebahagian daripada mereka telahpun dihantar pulang.

Beliau berkata bantuan sedemikian adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia dan kerajaan akan terus melaksanakan tanggungjawab berkenaan. — Bernama

Najib tiba di Jeddah untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi

$
0
0

JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan rasmi oleh perwakilan Arab Saudi yang diketuai Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Naif al-Saud di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz al-Saud di sini Sabtu malam (waktu tempatan).

Protokol sedemikian merupakan penghormatan buat pemimpin Malaysia yang hanya diberikan kepada pemimpin tertentu.

Beliau yang mempunyai jadual ketat di Arab Saudi tiba dengan penerbangan khas pada jam 9.13 malam (2.13 pagi Ahad waktu Malaysia).

Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Raja Salman Abdulaziz al-Saud.

Jemputan itu menandakan hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia.

Yang turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan pada majlis sambutan tersebut.

Najib dan anggota rombongan kemudiannya menghadiri majlis bankuasi diraja di Istana As-salam di sini yang diraikan Raja Salman.

Awal Ahad, Najib akan melawat stesen Mashaaer al-Mugaddasah (Laluan Selatan) projek Makkah Metro yang turut melibatkan syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Prasarana memenangi kontrak mengendali operasi dan penyelenggaraan fasa pertama sistem Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro) itu.

Menjelang tengah hari, perdana menteri akan menghadap Raja Salman di Istana As-Salam.

Pertemuan itu mengukuhkan lagi hubungan sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Ia merupakan pertemuan rasmi pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Raja Salman dimahkotakan awal tahun ini.

Najib dan Rosmah akan turut mengerjakan umrah. Mereka dijadual berlepas pulang pada Isnin. — Bernama

Bomba mahu digeruni dalam sukan

$
0
0

LUMUT: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim mahu pasukan tersebut turut digeruni dalam bidang sukan.

Sehubungan itu beliau mahu anggota bomba agar melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan produktiviti mereka dan melahirkan modal insan yang berkualiti.

“Biar sukan menjadi sinonim dengan bomba. Bila disebut nama bomba, orang sudah rasa gerun untuk bertanding kerana reputasinya yang bukan sahaja pandai bermain tetapi mempunyai tenaga dan stamina yang tinggi sekali gus membawa imej yang baik kepada JBPM,” katanya.

Beliau merasmikan Kejohanan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini kelmarin.

Turut hadir Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Datuk Meor Redwan Mahayudin, Orang Besar Jajahan Kerian dan Pengarah JBPM Perak, Yahaya Madis.

Seramai 1,369 anggota JBPM mewakili 16 kontinjen termasuk kontinjen dari Ibu Pejabat JBPM, kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan dan kontinjen negeri-negeri menyertai kejohanan dua tahun sekali itu.

Pelbagai acara diadakan seperti golf, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan futsal yang sehingga 10 Jun ini. — Bernama

IJN turun padang program CSI di Kuala Terengganu

$
0
0

KUALA TERENGGANU: Institut Jantung Negara (IJN) meneruskan inisiatif sosial korporat (CSI) mereka bersama masyarakat luar bandar menerusi penganjuran program pemeriksaan jantung dan kesihatan secara percuma selama dua hari di negeri ini.

Pegawai Perhubungannya, Mohd Riza Sidek berkata menerusi pendekatan turun padang itu, penduduk setempat boleh mendapatkan perkhidmatan secara terus termasuk menggunakan mesin elektrokardiogram (EKG).

Lebih istimewa, katanya, perkhidmatan yang disediakan itu berbeza daripada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan pihak lain kerana selain membawa kelengkapan mesin EKG, IJN turut menempatkan pakar terdiri daripada empat orang kaunselor serta masing-masing seorang doktor kanak-kanak dan pakar kardiologi.

“Program ini selaras dengan objektif kita yang secara dasarnya mahu memupuk kesedaran ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan sekali gus membolehkan penduduk setempat berbincang mahupun berunding dengan pakar tentang masalah jantung masing-masing.

“Sekiranya ada dalam kalangan penduduk yang berdepan masalah jantung luar biasa maka doktor kami akan mengeluarkan surat agar pesakit itu dirujuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan susulan,” katanya kepada pemberita dalam program di Balai raya Kampung Paloh Sungai Kiat di sini semalam.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi.

Program CSI IJN bersama masyarakat itu merupakan acara tahunan institusi berkenaan dan bagi edisi kali ini di Terengganu, Balai Raya Kampung Paloh Sungai Kiat dan Pusat Aktiviti Che Kundur/Lorong Haji Da dipilih sebagai lokasi penganjurannya.

Program itu turut mendapat kerjasama UMNO Bahagian Kuala Terengganu serta penyelaras Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Mohd Riza berkata inisiatif itu akan terus digerakkan dan IJN dijangka turun padang ke Mersing, Johor diikuti Perak dan Pahang selepas sambutan hari raya tidak lama lagi.

Sementara itu, Mohd Sabri berkata sambutan dalam kalangan penduduk setempat amat positif apabila seawal pagi sudah ramai yang beratur untuk menjalani pemeriksaan tanpa mengira peringkat usia, justeru, pihaknya berhasrat untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan di daerah ini.

“Saya bersyukur dengan kerjasama IJN kerana bukan mudah untuk pihak mereka turun padang dengan membawa kelengkapan mesin yang pelbagai. Usaha ini secara tidak langsung dapat mendedahkan perkhidmatan IJN kepada rakyat,” katanya. — Bernama


Pemansang di Lundu deka ditambah, ku Adenan

$
0
0
SARAWAK NYADI CHUNTO: Adenan bela nguluka pengawa miring enggau sekeda pemesai sereta tuai pupu bansa.

SARAWAK NYADI CHUNTO: Adenan bela nguluka pengawa miring enggau sekeda pemesai sereta tuai pupu bansa.

Entara pemansang ke deka digaga perintah ditu iya nya jalai alun, kolej enggau waterfront

Dikarang Jacqueline R. David //

LUNDU: Pelilih Menua Lundu deka ditambahka agi pemansang nyengkaum digagaka jalai alun ke manah agi, dua buah kolej lalu tebing sungai tauka tasik deka digaga nyadi ‘Waterfront’.

Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem madah, Lundu diatu deka digagaka mayuh agi pemansang kelebih agi laban sitak nya sitak alai iya empu ti nyadi Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) ke sitak nya.

“Kitai deka ngaduka pemansang besai di sitak Lundu, iya nya ari sukut infrastruktur sereta perengka guna ngambika terus ngangkatka pengelantang pendiau mensia mayuh tambah mega laban sitak tu dipegai Kepala Menteri,” ku Adenan.

Iya madah munyi nya lebuh bejaku ba atur pengawa pengerami Gawai Dayak 2015 di Dewan Masyarakat di pasar Lundu, semak ditu, kemari.

Beratika pemungkal pemansang digaga belabuh enggau jalai alun digaga ari Telok Melano nyentuk ke Lawas deka belabuh digaga taun tu, deka muka sitak nya besai agi, nyengkaum rega tanah pan deka niki, ku iya.

“Kita ke bisi tanah kena bungkur pemansang nya, anang sengapa nyual  ngagai orang bukai, laban rega tanah deka niki, berindik ari jalai alun ti deka digaga ari Telok Melano datai ngagai Lawas,” ku iya.

Adenan nandu, ba pekara bekait enggau pelajar, dua buah kolej deka digaga di sitak nya, iya nya sebuah di Sematan lalu sebuah agi di Lundu, lalu nambah enggau nya, Dewan Masyarakat ke bisi diatu di pasar lundu nya deka ditutup dulu, laban deka digaga manah agi ke nyengkaum dipasang ‘aircond’, lalu belanja ti deka dikena manggai urung RM3 juta ngagai RM4 juta.

“Nya entara pemansang besai ti deka digaga di Lundu ditu…Lalu diatu, aku berunding deka ngaga ‘Waterfront’ nebing sungai tauka tasik di Sematan ditu.

“Patut bisi ‘Waterfront’ ke manah di Sematan, laban pemisi nebing tasik ke manah, alai mensia mayuh ke selalu kitu, belelak.

“Waterfront nya ila deka digaga nyerumba di Sibu Laut (Telaga Ai), ngambika ngemanahka agi endur tu, nyengkaum Balai Raya di Sematan, ti deka direrak sereta digaga baru.

Mayuh macham pemansang ti deka digaga ditu (Lundu) laban tu sitak Kepala Menteri,” ku Adenan.

Kelimpah ari nya, iya nandu baru, menua Sarawak, menua chunto ke tiap iku rayat Malaysia, laban mayuh macham pupu bansa ke diau di menua tu ke ulih begulai sereta bebasaka adat pesaka, bansa sereta pengarap pangan diri.

“Sehari tu (pengerami Gawai Dayak), kitai bebasaka adat pesaka orang Dayak, bulan Julai kitai nyambut Hari Raya ungkup orang Muslim, bulan Febuari taun baru, kitai nyambut Taun Baru China…Nya chara kitai di Sarawak.

“Orang Melayu bebasaka adat pesaka Dayak, lalu baka nya mega Dayak bebasaka adat pesaka orang Melayu, lalu orang China mega bebasaka orang Melayu. Baka nya mega kitai ulih diau enggau likun enggau pangan diri di menua tu.

“Peda kita diatu, macham-macham pupu bansa ke bisi ditu, China, Melayu, Jagoi Iban, Selako, bela ulih duduk begulai makai ngirup enggau pangan diri.

“Baka nya meh kitai di menua Sarawak, ke enda belaya pasal pengarap, bansa tauka adat kitai….Nya kebuah menua kitai tu pengeraja enggau adat pesaka, ‘unity in diversity’, nyamai ngintu menua tu,” ku iya.

Ba atur pengawa nya mega, Adenan sama enggau ngulu pengawa miring sebedau belabuh enggau pengerami Gawai Dayak.

Sama bisi ngulu atur pengawa nya kemari, Menteri Muda Pengerai Mensia Mayuh Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengawa bekait enggau Industri Datuk Peter Nansian enggau Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Opar.

MERS-CoV: Rakyat dinasihat elak lawat Korea Selatan

$
0
0

Namun, tiada larangan untuk pergi ke negara tersebut

GEORGE TOWN: Rakyat Malaysia dinasihat supaya tidak melancong ke Korea Selatan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).

Namun Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sehingga kini kerajaan tidak mengenakan larangan ke Korea Selatan atau menghalang pelancong dari sana untuk memasuki Malaysia.

“Kita pantau di tiap-tiap pintu masuk antarabangsa di lapangan terbang.

Jika didapati suhu badan (pelancong) tinggi, serta-merta kita akan tarik mereka untuk buat pemeriksaan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat negeri di sini semalam.

Beliau berkata jangka waktu inkubasi virus berkenaan biasanya mengambil masa tiga minggu dan mereka yang mengalami simptom seperti demam perlu melaporkan perkembangan kesihatan kepada hospital dengan segera.

“Walaupun semasa baru pulang (dari Korea Selatan) mereka tidak demam, tetapi dalam tempoh tiga minggu, kalau mereka terima apa-apa simptom, mereka perlu lapor kepada hospital dan buat ujian darah,” katanya.

Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan telah mengambil pelbagai langkah kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi kemungkinan penularan MERS-CoV.

Tiada jangkitan terbaru dilaporkan setakat ini.

Menurut laporan media tempatan di Seoul, sejak kes MERS-CoV dikesan pada 2 Jun lalu sehingga Jumaat lepas, 41 kes disahkan positif dengan empat kematian, manakala jumlah penduduk yang dikuarantin mencecah 1,660 orang.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penularan MERS-CoV di Korea Selatan berpunca daripada kegagalan memastikan prinsip pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat penjagaan perubatan serta kesihatan.

Mengenai sambutan Hari Tanpa Tembakau, Dr Hilmi berkata secara purata hanya 18 peratus daripada perokok yang mengikuti program pemulihan di 480 klinik berhenti merokok seluruh negara berjaya meninggalkan tabiat itu sepenuhnya.

Beliau berkata 23 peratus daripada populasi rakyat Malaysia adalah perokok dengan diangar 50 hingga 60 remaja mula merokok setiap hari.

Justeru itu, katanya kementerian menerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Mysihat) memulakan inisiatif bandar bebas asap rokok yang telah dimulakan di negeri Melaka, Johor dan Pulau Pinang dengan bakal disertai Kelantan serta Terengganu tidak lama lagi.

“Saya percaya program sebegini boleh merangsang golongan perokok dari segenap lapisan masyarakat untuk menghentikan sebarang amalan merokok,” katanya. — Bernama

Nyekat peranak menua ulu enda masuk akal

$
0
0
NAMA PENGIDUP PERANAK MENUA ULU?: Rintai baris mensia nganti ripih diri bebelika minyak petrol di stesyen minyak di pelilih menua Song.

NAMA PENGIDUP PERANAK MENUA ULU?: Rintai baris mensia nganti ripih diri bebelika minyak petrol di stesyen minyak di pelilih menua Song.

Peranak ulu entigis begunaka mayuh minyak kena ngidupka diri, enda patut nyekat penyampau ke dibeli

Dikarang James Ling //

KAPIT: Penanggul suntuk minyak petrol di pelilih mit Song baka diatu ngenataika pengirau peranak menua sitak nya lebih agi raban orang bekenaka entukar enggau injin speed ti napi penusah lebih agi rambau pengerami Gawai Dayak.

Nitih pekara ti udah diperatika ninting taun maya pengerami Gawai, pelilih menua Song semampai napi penanggul ke sama,  suntuk minyak petrol belama. Bisi tiga buah stesyen minyak di pelilih menua Song; seiti di darat lalu dua iti agi di stesyen jelatung.

 

Ketetiga stesyen minyak tu rangkai, nadai minyak pengudah dua hari pengerami Gawai Dayak, ti ngujungka sekeda peranak menua ditu bemalam di pasar Song seraya nganti penatai bekal minyak hari seiti.

Mensia mayuh, orang ti bekenaka entukar enggau injin speed bebaris nganti ripih diri bebelika minyak ari pemekal ba stesyen minyak darat kena 1 Jun tu tadi, nitih berita ari mensia mayuh, minyak nya lichin dijual kandang dua hari aja.

“Kami ukai semina bebaris panjai sereta lama bebelika petrol tang mega napi pemerinsa,” ku seiku pengempu injin speed bekenangka penusah diasaika sida.

Seiku orang ti ngempu perau panjai datai ari Katibas madah, tiap iku orang ti ngempu perau panjai semina dikemendarka meli empat gilin petrol aja.

“Baka kami ari ulu Batang Katibas, empat gilin nya nadai tuju. Kami begunaka pengambis mimit 20 gilin dikena kami pulai mansang, nya enda nyengkaum petrol ti dikena kami ninting hari lebuh ke kebun, umai sereta kami mega nyimpan dikena nyikap diri napi penangul ngenyit nyadi. Aku besetuju bendar enti penyampau nya dikurang ba orang di mengeri tang tu enda patut dipejalaika ba kami ti diau di ulu sungai laban kami begunaka petrol kena bejalaika mayuh macham pengawa,” ku iya manta.

Raban ketuai komuniti ari kandang menua Rajang mega minta mayuh agi stesyen minyak diadaka di pelilih menua Song napi pemayuh perengka pengangkut ti majak nambah nyerumba peranak menua nya nyau majak mayuh.

“Enda lama agi, kami ditu deka datai jalai, tu nunjuka mayuh agi perengka pengangkut ti begunaka stesyen minyak mayuh agi nitihka peminta,” ku iya.

Sekeda raban orang bekenaka injin speed ti tasah sanggup muai belanja ti besai ngelawa pasar Kapit ngena bot expres bebelika minyak petrol ngambika sida ulih mulaika diri ngagai menua diri empu.

Taja pia, orang ti bejualka diesel enda disengkaum dalam penanggul tu laban iya semina diguna orang ti bejalaika lori, kerita 4X4 enggau injin ti besai.

BN Plus dikenangi ngeruga penyerakup dalam parti

$
0
0

KUCHING: Nembiak Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) majak kering penemu mantah penatai UPP enggau TERAS tajapan dua bengkah parti tu dibai berakup nengah konsep BN Plus.

Komiti Eksekutif (Exco) SPDP bela sepenemu enggau penerang dipansutka sekeda kaban parti ke mantah konsep BN Plus baka ke udah disebut Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak maya Pengerami Ketuai Begulai Enggau Rayat ditu kena Hari Empat tu tadi.

Ketuai Pemadah SPDP Jaya Ramba enggau Sapit iya, Ting Jim Sim ba sebengkah penerang ke dipansutka ensana nyemetak madahka Nembiak SPDP endang nyukung bala ketuai tang mantah konsep BN Plus laban nangika chara baka nya mambarka penyerakup dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Penemu ke nyebut penatai UPP enggau TERAS deka meri penegap ngagai BN enda betul,” ku penerang nya.

Sayap Nembiak SPDP mega madah diri tetap nyukung Menteri Besai megai menua tu.

Pekara nya sebaka enggau sukung Nembiak SPDP ngagai Kepala Menteri ke megai Sarawak.

Tang jaku Menteri Besai di Kuching kena Hari Empat tu tadi bekaul enggau konsep BN Plus udah salah pelaba UPP enggau TERAS, kededua parti tu ngumbai diri muntang masuk parti serakup BN Sarawak.

Nembiak SPDP ngasaika penemu ke baka nya nyau baka ke nadai bebasaka bala ketuai sereta nadai tuai runding dalam politik, pia mega bala ketuai patut beratika penemu raban nembiak.

BN agi ulih mujur ba PRN ketegal kering sukung rayat menua pesisir

$
0
0

Dikarang Judan Bungap //

SIBU: Sukung rayat ba menua pesisir agi mengkang kering ngagai Barisan Nasional (BN) lalu tu beguna bendar dikena ngulihka pemujur ba pengawa bepilih kunsil nengeri (PRN) ti deka datai.

Chairman Parti Rayat Bersatu (UPP) Pampang Dudong ti mega Mandal Presiden Besai UPP Datuk Tiong Thai King madah, pekara nya enda bebida enggau ba kandang mengeri.

“Taja pia, aku pechaya pekara tu deka berubah bepun ari pegai Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem diatu.

“Pia mega, parti baru baka UPP bela deka ngasaika pekara tu,” pia ku iya madah.

Nambahka nya, ku Tiong, iya ti udah kala alah bediri ba penuduk Parlimen Lanang enggau Kunsil Nengeri (DUN) Dudong, pechaya ulih menang ba DUN Dudong maya pengawa bepilih nengeri ti deka datai.

Iya mantaika jaku tu maya datai ngabang Hari Gawai ngagai Rumah Sandom, Sungai Pak ditu, lemai kilah ensana.

Penatai iya disempulang Sekretari Politik Kepala Menteri Pau Kiew Chuan, Sekretari UPP Pampang Dudong Oliver Kuo, Ketuai Raban Indu UPP Pampang Dudong Kapitan Connie Loh enggau Chairman Komiti Unit Bumiputera UPP Pampang Dudong Bansa Sandah.

Berebak enggau penatai iya maya nya, iya madah, Jalai Sungai Pak, pemanjai 1.3 Kilometer deka dikemanahka enda lama agi.

Ku iya, iya udah minta ngagai Opis Kereja Raya (JKR) ngemanahka agi jalai nya lalu peminta iya udah dikemendarka.

“Projek tu ukai ari penyakal tang kita tau nyebut tu projek ari Barisan Nasional (BN).

“BN enda ngira sapa tauka dini alai deka meri pemansang,” ku iya ti mega Chairman Opis Kunsil Sibu (SMC).

Maya ke datai ngabang ngagai rumah panjai nya, Tiong enggau bala bukai diperindang enggau adat sereta main asal Iban kelimpah dinah enggau pemakai asal.

Iya mega maya tu bisi nyuaka bantu RM10,000 ngagai Komiti Pengelikun Genturung Pendiau (JKKK) rumah panjai nya.

Pembonceng motosikal terbunuh, penunggang cedera parah

$
0
0

SERIAN: Seorang pembonceng motosikal terbunuh manakala penunggang cedera parah dalam satu kemalangan di Jalan Terbat-Daha di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Thaddues Baharun, 27, dari Kampung Terbat Laban dipercayai akibat cedera parah di kepala dan badan.

Rakan sekampungnya yang menunggang motosikal tersebut pula dilaporkan cedera parah.

Dalam insiden sekitar jam 1.15 pagi itu difahamkan, mangsa-mangsa sedang menuju ke Kampung Daha apabila melanggar sebuah kereta jenis Honda dari belakang.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Chung Aik Peng yang mengesahkan kejadian memberitahu, bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa siasatan di tempat kejadian, didapati mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dibawa ke sebuah klinik di Bunan Gega dan mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh ASP John Sabadurai Frankie Alat.

Pengendali bengkel digesa tingkat kemahiran

$
0
0

KUCHING: Pengendali bengkel digesa meningkatkan kemahiran dan menambah pengetahuan mereka sejajar dengan teknologi terkini yang digunakan oleh pengeluar kereta di seluruh dunia.

Menurut Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, memandangkan kereta pada masa kini semakin canggih atau lebih elektronik, mekanik harus berpengetahuan dalam auto teknologi terkini.

“Mekanik mesti dapat mengikuti perkembangan teknologi terkini.

“Saya amat berasakan bahawa setiap bengkel mesti menghantar mekanik mereka untuk latihan kemahiran,” katanya semasa berucap merasmikan seminar mengenai transmisi automatik di Penview Hotel, semalam.

Tambahnya, sebelum ini transmisi automatik hanya terhad kepada orang yang mampu, tetapi kini lebih banyak kereta dilengkapi dengan transmisi automatik dan penyelenggaraan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Oleh yang demikian, mekanik tidak seharusnya terbaik pada peralatan di bengkel sahaja tetapi juga pengendalian teknikal,” jelasnya.

Beliau juga menggesa pemilik bengkel dan alat ganti untuk berhenti menggunakan minyak enjin gred rendah dan penghantaran minyak murah, sebaliknya hanya menggunakan minyak yang berkualiti untuk pelanggan.

Seminar itu menyaksikan dua profesor daripada Institut Teknologi Beijing iaitu Qi Sing dan Xue Qing Wen menyampaikan ceramah mengenai penyelenggaraan transmisi automatik.

Lebih 140 mekanik dari Kuching menghadiri seminar itu.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Car Repairers Association of Kuching, E.M Auto Transmission Rebuilder, E-One Auto Solution Sdn Bhd dan Khang Auto Transmission Centre Sdn Bhd.


Dr Rayong gembira UPP sebahagian Barisan Nasional

$
0
0

KUCHING: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnical Rayong Ngipa (gambar) berterima kasih atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai parti itu yang kini diterima sebagai sebahagian daripada Barisan Nasional (BN).

Pengumuman yang dibuat Najib pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan pada 5 Jun lalu itu menyokong parti dalam BN Plus iaitu UPP dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)

Dr Rayong memberitahu, beliau amat gembira dengan penerimaan BN dari peringkat negeri dan persekutuan demi kepentingan dan kebaikan bersama.

“Kita amat gembira yang akhirnya kami (UPP dan TERAS) diiktiraf dan saya amat berterima kasih kepada PM dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem atas berita gembira ini,” katanya.

Beliau berkata sejak pembentukan BN Plus, UPP dan TERAS sentiasa taat kepada BN demi memberi khidmat kepada rakyat.

Dr Rayong percaya bahawa isu sama ada UPP dan TERAS adalah BN atau tidak, tidak lagi timbul dan menjadi bahan perdebatan ramai pihak.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili itu memberitahu bahawa pihaknya kini boleh memberi fokus sepenuhnya untuk turun padang memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Saya sentiasa memberitahu rakyat di kawasan (Engkilili) agar tidak mempersoalkan status UPP dalam BN. Saya berbangga mereka sentiasa berdiri di belakang saya,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap individu di kawasan Engkilili yang merupakan penyokong BN tetapi dahulunya meragui UPP kembali semula untuk meneruskan perjuangan parti.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa UPP masih membuka pintu kepada penduduk di Engkilili untuk menyertai parti itu untuk terus memperjuangkan agenda BN.

“Marilah kita meneruskan kerjasama erat bagi mengukuhkan jentera BN bagi menghadapi pilihan raya (Pilihan Raya Negeri Ke-11) akan datang,” ujarnya.

BN Plus dikhuatiri pincangkan perpaduan parti

$
0
0

KUCHING: Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bertegas dengan pendirian dengan menolak sekerasnya kemasukan UPP dan TERAS meskipun diserap masuk melalui konsep BN Plus.

Jawatankuasa Eksekutif (Exco) SPDP bersependapat kenyataan beberapa ahli kanan parti yang menolak konsep BN Plus seperti dinyata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Khamis lepas. Ketua Penerangan Jaya Ramba dan Timbalannya Ting Jim Sim dalam kenyataan dikeluar kelmarin menegaskan bahawa Pemuda SPDP menyokong penuh kepimpinan parti tetapi menolak konsep BN Plus kerana dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan serta kesatuan dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Pendapat menyatakan kemasukan UPP dan TERAS akan menguatkan BN tidak benar sama sekali,” kata kenyataan tersebut.

Sayap Pemuda SPDP juga akan tetap dan terus menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri untuk terus memimpin kerajaan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Perkara itu juga sama seperti sokongan padu Pemuda SPDP terhadap kepimpinan Ketua Menteri yang memerintah negeri Sarawak.

DAP tidak akan bekerjasama dengan PKR jika PAS dalam PR

$
0
0

KUCHING: Parti Tindakan Demoratik (DAP) Sarawak tidak akan bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak jika PAS kekal sebagai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, keputusan keluar daripada PR Sarawak telah dibuat pada Mac 2015 selepas sekutunya PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Susulan itu katanya, DAP bertegas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama PAS dalam pakatan termasuk PKR Sarawak.

“PAS seperti yang pernah saya tegaskan sebelum ini telah menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

“Kami tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti yang menyeleweng daripada dasar bersama PR termasuk mereka yang bersama PAS,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam.

Pada sidang media itu semalam, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh DAP untuk keluar daripada PR Sarawak.

“Tindakan kami keluar PR adalah tepat dan nasihat saya, PKR Sarawak juga harus mengambil langkah yang sama kerana perjuangan PAS jelas terpesong daripada dasar bersama PR,” ujarnya.

DAP Sarawak mengumumkan keluar daripada PR Sarawak pada 27 Mac 2015 lepas.

Keputusan tersebut dicapai sebulat suara jawatankuasa DAP Sarawak dan mengikut struktur DAP dengan parti mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Adenan digesa batalkan perjanjian jual tanah

$
0
0

Penjualan tanah dengan nilai RM115j merugikan kerana harga pasaran tanah bandar RM2 juta seekar

Oleh Agnes Tugong //

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem membatalkan perjanjian penjualan tanah seluas 267.15 ekar dengan Standard Parade Development (SPD) Sdn Bhd.

Menurut Chong, tindakan kerajaan negeri menjual tanah tersebut dengan nilai RM115 juta atau RM430,000 satu ekar kepada SPD adalah merugikan sedangkan harga pasaran bagi tanah dalam kawasan bandar dianggarkan RM2 juta satu ekar.

“Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) April lepas, Ketua Menteri berjanji akan membatalkan perjanjian penjualan tanah yang dimaksudkan ini jika saya berjaya mendapatkan pembeli yang mahu membayar tanah ini pada harga RM550 juta atau lebih.

“Sekarang ini, di tangan saya sudah ada satu cadangan pelan pembangunan daripada tiga pembeli berpotensi yang menawarkan harga jauh lebih tinggi iaitu RM620 juta kepada kerajaan negeri untuk membangunkan tanah yang sama ditawarkan kepada SPD,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Jelas Chong lagi, jika dibandingkan faedah yang ditawarkan antara SPD dan pembeli yang dimaksudkan oleh beliau (namun enggan mendedahkan nama), perbezaannya amat ketara.

SPD menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, hanya menawarkan pembinaan dua bangunan rumah anak yatim dan sebuah bangunan SABATI bernilai RM115 juta.

Sedangkan pembeli yang dimaksudkan oleh beliau menawarkan pembinaan dua bangunan rumah anak yatim dan sebuah bangunan SABATI bernilai RM115 juta, 10 peratus daripada jualan hartanah akan disalurkan kepada kerajaan serta pembinaan sebuah sekolah rendah dan menengah bernilai RM15 juta.

Berdasarkan cadangan pelan pembangunan daripada pembeli ini menurut Chong, kerajaan negeri akan memperolehi faedah lima kali ganda berbanding yang ditawarkan SPD atau tambahan RM505 juta lebih daripada apa yang ditawarkan oleh SPD kepada kerajaan negeri.

“Memandangkan saya telah berjaya mendapatkan pembeli yang bersedia menawarkan RM620 juta untuk tanah ini maka saya berharap Ketua Menteri akan mengotakan janji beliau membatalkan perjanjian dengan SPD,” katanya.

Bagi tujuan itu, Chong akan mengemukakan cadangan daripada pembeli yang dimaksudkan berserta surat kepada Ketua Menteri hari ini bagi tindakan selanjutnya.

Malah menurut Chong, dua lagi cadangan daripada dua lagi pembeli berpotensi bakal menyusul selepas ini berhubung tawaran pembelian tanah yang sama.

Turut hadir pada sidang media itu semalam, ADUN Pending Violet Yong dan ADUN Batu Kawah Christina Chiew.

SUPP melancarkan slogan ‘SUPP Untuk Rakyat Sarawak’

$
0
0

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) melancarkan slogan ‘SUPP Untuk Rakyat Sarawak’ atau ‘SUPP For Sarawakians’ di Dewan Sa’ati, ibu pejabatnya di sini, malam kelmarin.

Sempena perayaan Ulang Tahun Ke-56 SUPP pada tahun ini, slogan itu dilancarkan oleh Presidennya Senator Datuk Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama pada majlis dihadiri kira-kira 300 tetamu itu ialah ahli Lembaga SUPP, Naib Presiden Datuk Lee Kim Shin, Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk David Teng serta Setiausaha Agung Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang juga ketua SUPP Piasau.

Turut hadir Bendahari Ding Kuong Hiing, Timbalan Setiausaha Agung Sih Hua Tong dan Tan Joo Phoi, Pengerusi Seksyen Pemuda Tan Kai dan Pengerusi Seksyen Wanita Pusat Datin Jennifer Alice Chee Moinie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

Selaras dengan slogan baharu itu, Dr Sim dalam ucapannya menekankan kepentingan semangat perpaduan dan bersatu dalam kalangan ahli parti.

“Kita hendaklah berkhidmat demi kepentingan semua bagi mempertahan kepentingan parti.

“Parti akan meraih kemenangan pada pilihan raya jika perpaduan dan kesatuan diamalkan dalam kalangan ahli yang berkongsi matlamat sama,” tegasnya.

Beliau turut menggesa agar ahli parti sentiasa menyuarakan isu dan masalah yang dihadapi rakyat dengan melakukan tindakan dengan segera, di samping memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“SUPP harus membuktikan kecemerlangannya agar rakyat dapat terus menyaksikan keikhlasan SUPP.

“Maka, pentingnya slogan ‘SUPP Untuk Rakyat Sarawak’ sempena ulang tahun ke-56 ini agar rakyat mengetahui perjuangan SUPP yang diperjuangkan sejak dahulu lagi dikekalkan hingga kini,” tambah Dr Sim.

Selain mendengar suntikan kata semangat daripada Harden dan Sebastian, turut diperdengarkan kepada tetamu yang hadir adalah mengenai Konvoi Jelajah Pemuda SUPP Ke Seluruh Sarawak oleh Tan Kai.

Menurutnya, objektif konvoi itu adalah untuk menunjukkan SUPP berjuang demi kepentingan rakyat Sarawak.

“Konvoi ini juga bagi menunjukkan semangat cinta akan Sarawak oleh SUPP, sambil melihat keadaan persekitarannya khususnya jalan raya,” jelasnya.

Tan Kai berkata konvoi jelajah itu telah menjelajah kawasan utara dan tengah sebelum tiba di Kuching malam kelmarin bagi menyambut Ulang Tahun Ke-56 SUPP.

“Kita telah pergi ke Limbang, Lawas, Miri, Bintulu diikuti Sibu, Kanowit, Sarikei dan kembali semula ke Sibu serta terus ke Kuching melalui Sri Aman untuk menghadiri majlis malam ini,” jelasnya.

Tan Kai menjelaskan bahawa konvoi itu diiringi 10 ahli jawatankuasa eksekutif Pemuda SUPP termasuk Timbalan Pengerusi Ong Chee Yee dan Naib Pengerusi Ting Chai Hui.

Sementara itu, Dr Sim pada malam kelmarin telah menyambut ketibaan konvoi dan menerima bendera yang ditandatangani di setiap kawasan yang telah dijelajah dalam konvoi berkenaan.

Turut diadakan pada majlis tersebut upacara memotong kek Ulang Tahun Ke-56 SUPP.

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>