KUCHING: Gambaran tentang penggunaan meluas manik dalam budaya Korea akan dibentangkan pada Persidangan Manik Antarabangsa Borneo Ke-3 di Kuching pada Oktober tahun ini.
Timbalan Pengarah Mu-zium Barang Kemas Dunia di Korea Elaine Kim akan berkongsi mengenai topik menarik ini dengan peserta persidangan.
Kertas Kim ‘Manik kuno dan moden di Korea’ akan menyentuh mengenai penggunaan meluas manik oleh masyarakat Korea, yang terdiri daripada amalan-amalan kuno hinggalah zaman moden sekarang.
Kim, yang juga seorang pensyarah di Universiti Kyunghui, tidak sabar untuk bertemu dan berkongsi ilmu dengan penyelidik pada persidangan itu nanti.
“Saya juga tidak sabar untuk belajar tentang tradisi manik yang indah di Sarawak,” tambah beliau.
The BIBCO akan berlangsung pada 11 Oktober di Four Points by Sheraton di Kuching.
Persidangan tiga hari itu dijangka menarik 300 delegasi dan dianjurkan oleh Crafthub Sdn Bhd dan diuruskan oleh UCSI Communications Sdn Bhd.
Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk menyediakan satu platform rangkaian bagi tukang ma-nik, sarjana, penyelidik dan pengeluar tempatan dan luar negara, untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea dan kepakaran serta untuk mempamer dan mempromosikan manik Sarawak.
Penceramah lain pada persidangan itu ialah Akwele Suma Glory dari Afrika, Valerie Hector (Amerika Syarikat), Martina Dempf (Jerman), Stefany Tomalin (United Kingdom), Heidi Munan, Su Chin Sidih, Patricia Nayoi, Dr Zuliskandar Ramli dan Dr Poline Bala (semua dari Malaysia).
Selain daripada ceramah, program-program lain pada persidangan itu termasuk hands-on bengkel dan demonstrasi, bazar manik, makan malam gala dan bantuan pelancongan pascapersidangan.
Anugerah Manik Antarabangsa The Borneo juga akan diadakan.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$5, 400 (RM17, 185).
Pertandingan ini dibahagi-kan kepada tiga kategori: manik kerja, manik stringing dan manik buatan.
Bagi kategori manik buatan, peserta perlu mengemukakan sekurang-kurangnya lima spesimen manik diperbuat daripada pelbagai bahan se-perti kaca dan seramik.
Persidangan itu disokong Kementerian Pelancongan Sarawak dan Jabatan Wa-risan Negara dan disahkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, Biro Konvensyen Sarawak, Muzium Sarawak, Majlis Kraftangan Sarawak, Kampung Budaya Sarawak, Majlis Kraf Dunia dan Majlis Rantau Asia Pasifik Kraf Dunia.
Maklumat dan borang pe-nyertaan boleh didapati di laman web CraftHub di www.crafthub.com.my.