Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Filipina lanjut visa kemasukan bebas bagi warga Malaysia

$
0
0

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia melawat Filipina, kerajaan negara itu melanjutkan visa kemasukan bebas untuk warga Malaysia daripada 21 hari kepada 30 hari, berkuat kuasa Julai lepas.

Duta Besar Filipina ke Malaysia Eduardo Malaya berkata peraturan itu terpakai kepada mereka yang mempunyai pasport yang sah bagi tempoh enam bulan daripada tempoh penginapan mereka dan mempunyai tiket pulang ke negara asal atau tiket ke negara destinasi berikutnya.

“Tambahan hari ini, pe-lancong boleh meneroka Tagaytay, Boracay, Cebu, Camarines Sur dan lokasi lain di kawasan luar bandar Filipina dan mengetahui me-ngapa kami memilih slogan, ‘ia adalah lebih menyeronokkan di Filipina’,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Malaysia antara 151 negara yang diberi lanjutan visa kemasukan bebas oleh kerajaan Filipina. — Bernama

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>