Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lanting tidak setuju KWSP tidak benarkan pencarum keluar simpanan selepas 55 tahun

$
0
0

SIBU: Lanting Matahari, 51, tidak bersetuju dengan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak membenarkan pencarum membuat pengeluaran penuh terhadap simpanan mereka selepas mencapai usia 55 tahun.

Katanya cadangan KWSP yang sedang giat dipromosikan menerusi kempen kesedaran Golden Years sehingga 2 Ogos lalu adalah tidak masuk akal.

Di bawah Skim Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun, ahli boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian simpanan mereka, secara bulanan atau gabungan kedua-duanya.

Lanting berkata, beliau tidak bersetuju dengan skim tersebut dan sebagai ahli mereka mempunyai hak untuk membuat pengeluaran penuh.

Beliau berkata kerajaan melancarkan kempen tersebut untuk menggalakkan tabu-ngan di kalangan warga emas adalah sesuatu yang baik.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa ia terpulang kepada ahli bagaimana untuk menggunakan wang itu selepas bersara.

“Ia adalah wang saya, dan saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu dengan wang itu.

“Saya boleh mengeluarkan semua wang terbabit dan membuat pelaburan di bank.

“Itu adalah pilihan yang lebih baik, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga saya juga.

“Anak-anak juga boleh mendapat manfaat daripada wang yang dilaburkan,” ujarnya.

Beliau mendakwa ramai pencarum KWSP yang lain turut sependapat dengan pandangannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>