Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Isu kesihatan jadi cabaran besar terhadap warga kota

$
0
0

KUCHING: Isu berkaitan kesihatan bakal menjadi cabaran besar yang banyak memberi kesan negatif terhadap warga kota di negeri ini sekiranya tidak dititikberatkan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang memberitahu kepesatan pembangunan di kawasan bandar yang meng-ubah landskap kehidupan, persekitaran dan infrastruktur menyebabkan masyarakat kota leka dan mengabaikan kesihatan.

Malah, katanya, pertambahan premis makanan segera yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menjadikan warga kota mengabaikan aspek pemakanan yang sihat sekali gus menyumbang kepada masalah kesihatan.

“Negeri kita semakin pesat membangun terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan perkara ini banyak mempengaruhi budaya hidup warga kota yang kini dilihat sebagai cabaran baharu kepada kita untuk menanganinya bagi memastikan pembangunan yang seimbang dapat dicapai.

“Jadi sebagai menteri yang bertanggungjawab, ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melihat perkara ini kerana kita tidak mahu berdepan masalah pembangunan sosial di bandar terjejas akibat pengabaian aspek kesihatan sekali gus boleh mengganggu sumber manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Penyerahan Peruntukan bagi Pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada badan kebajikan, keagamaan dan persatuan di sini, semalam.

Pada majlis itu, Abang Johari menyampaikan geran MRP berjumlah RM145,000 kepada 10 pertubuhan di Wisma Sultan Tengah, Petra Jaya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan menambah antara masalah kesihatan yang sering dialami warga kota adalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan jantung, kesemuanya berkait rapat dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup tidak sihat.

Jelasnya, dalam sesebuah negara maju, penduduknya tidak mempunyai masa yang terluang untuk mereka menjalankan aktiviti sihat.

“Kebanyakan warga kotanya makan di tempat luar termasuk mengambil makanan segera sehingga boleh menjejaskan keseimbangan pemakanan dalam badan sekali gus menyumbang kepada permasalahan ini,” tegasnya.

Justeru, beliau meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan kebajikan dan persatuan di kawasan bandar bersama-sama meng-anjurkan program kesedaran bagi melahirkan warga kota yang sihat seiring dengan kemajuan yang dikecapi di bandar.

“Pada masa sama saya berharap masyarakat kota dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memasti-kan sumber manusia yang menyumbang kepada pembangunan negeri ini tidak terjejas,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>