Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Nilai eksport balak menurun sedikit

$
0
0

SUMBANGAN: Awang Tengah (tiga kiri) menyampaikan sumbanagn kepada wakil pertubuhan sambil disaksikan (dari kiri) Pengurus Besar PUSAKA Datu Sarudu Hoklai, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Julaihi Narawi dan Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh. — Gambar Jeffery Mostapha

KUCHING: Nilai eksport kayu balak di negeri ini me-nunjukkan sedikit penurunan iaitu 0.73 peratus pada tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada Januari hingga Mei 2013 nilai eksport yang dicatatkan adalah RM3.09 bilion berbanding RM3.11 bilion tempoh sama tahun lepas.

“Dalam tempoh lima bulan tahun ini, nilai menurun disebabkan kurangnya pengeluaran balak tetapi dari segi eksport papan lapis, papan lamin dan sebagainya ia meningkat.

“Bagaimanapun, penurunan ini hanya sedikit sahaja dan saya yakin bahawa nilai eksport produk kayu akan stabil untuk tempoh sebelum berakhirnya tahun ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan derma daripada PUSAKA dan anak-anak syarikatnya di Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

Awang Tengah menjelaskan, perkara berkenaan berlaku disebabkan dari segi pengeluaran yang menurun dan disebabkan kelemahan pasaran.

Terdahulu dalam ucapannya beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif untuk menangani isu-isu berkenaan dengan pematuhan peraturan perdagangan, prosedur pengeksportan dan piawaian produk.

Ia, katanya, sebagai usaha untuk mengukuhkan pasaran produk perkayuan tempatan di peringkat global.

Sementara itu, berhubung majlis semalam, Awang Tengah berkata, ia telah diadakan sejak lebih 30 tahun yang lalu, bermula pada tahun 1982.

“Sumbangan derma ini dicetuskan daripada idea Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Ia bertujuan memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan kebajikan, badan amal, agama dan pendidikan bagi menyokong organisasi berkenaan menjalankan aktiviti, di samping membantu golongan yang memerlukan bantuan,” katanya.

Pada tahun ini PUSAKA memperuntukkan RM253,000 bagi sumbangan derma ber-kenaan kepada sebanyak 56 pertubuhan, badan amal, agama dan pendidikan.

Dalam perkembangan lain, berkaitan dengan pembayaran bantuan Hari Raya kepada kakitangan awam, beliau menjelaskan bahawa kerajaan mungkin berbuat demikian mengikut jumlah iaitu RM500 kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri pada masa yang ditentukan.

“Mungkin ada (bantuan) cuma kita tunggu sahajalah,” katanya kepada pemberita.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>