KUCHING: Di sebalik usaha Sarawak mencapai status negeri maju pada tahun 2020, kualiti hidup masyarakat terutama dari segi keselamatan juga harus dipertingkatkan.
Justeru Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, peranan pasukan keselamatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyara-kat hidup dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, menurutnya, tanggungjawab tidak boleh diletakkan 100 peratus pada bahu pasukan kese-lamatan sebaliknya setiap lapisan masyarakat perlu bertindak dalam menjaga keselamatan.
“Tidak guna negeri ini maju namun kita hidup dalam keadaan ketakutan.
“Apabila kita mencapai status negeri maju kelak, kita perlu mengecapi kualiti hidup yang terbaik termasuk dari segi keselamatan,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan semalam.
Beliau berkata, kepercayaan masyarakat terhadap peranan pasukan keselamatan semakin meningkat sekarang sejak berlakunya insiden pencerobohan di Lahad Datu.
“Masyarakat sudah mula sedar peranan dan pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara,” ujar-nya.
Pada tahun ini sebanyak 5,000 bungkusan kuih raya yang terdiri daripada kek hati pari, kacang, ‘cornflakes,’ ikan bilis dan biskut diagihkan kepada tiga pasukan keselamatan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima 2,500 bungkusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 1,600 bungkusan manakala 900 bungkusan kepada Agensi Penguat-kuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Hadir sama Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Ketua Jabatan Peng-urusan PDRM Kontinjen Sarawak SAC Datuk Ahmad Sofian Md Yassin, Ketua Penguatkuasaan Wilayah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit dan Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Ke-sihatan Kolonel Dr Adenan Abdullah.