Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Samun: Polis buru dua suspek masih bebas

$
0
0
RAMPAS: Antara senjata dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.

RAMPAS: Antara senjata dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.

Dua lagi berjaya diberkas dalam kes membabitkan sebuah kedai serbaneka 24 jam

Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

BINTULU: Dua kes samun membabitkan sebuah kedai sebaneka 24 jam berlaku pada 24 dan 26 Disember lalu dengan dua suspek berjaya diberkas polis manakala dua suspek masih dijejaki.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zailanni Amit berkata, dua suspek berjaya ditangkap dalam kes terbabit  dan dua lagi masih dikesan.

“Mereka antara kumpulan sama dipercayai melakukan tiga kes berkaitan sepanjang tempoh tiga hari di Bintulu,” ujarnya  di sini semalam.

Beliau berkata, suspek pertama bersama suspek kedua juga rakan semasa ditangkap mengaku melakukan samun tersebut.

Katanya, dalam kejadian 24 Disember sekitar jam 3.30 pagi di sebuah kedai di Jalan Tanjung Kidurong, juruwang sebuah kedai terbabit didatangi dua lelaki dengan seorang daripadanya menunggu di luar kedai.

“Seorang suspek memasuki kedai membeli gula-gula getah. Semasa membuat pembayaran, suspek terus mengeluarkan sebilah pisau dan mengacu ke arah juruwang terbabit sambil mengarah mangsa tidak melawan serta meminta menyerahkan semua wang dalam mesin simpanan wang,” katanya.

Jelasnya, selepas berjaya mendapatkan wang terbabit, suspek keluar dari kedai dan melarikan diri bersama seorang lagi suspek berada di luar kedai dengan berjalan kaki ke arah yang tidak diketahui mangsa.

“Kerugian ditanggung mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu ialah berjumlah RM400,” katanya.

Dalam kejadian kedua katanya, pada 26 Disember sekitar jam 1.30 pagi, mangsa dalam kedai yang sama sekali lagi disamun apabila didatangi seorang lelaki membeli barang dan menggunakan cara sama seperti kejadian pertama.

“Kes kedua menyebabkan mangsa kerugian RM150,” katanya sambil menambah kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan membabitkan samun berkawan bersenjata pisau.

Susulan kes terbabit katanya, Pasukan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya mengesan suspek di PPR Bandaria Park Jalan Bintulu-Tatau sekali gus berjaya menangkap dua suspek terbabit serta merampas sebilah pisau lipat, dompet dan wang tunai berjumlah RM27 pada jam 11.50 malam pada 27 Disember.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>