Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

JAKIM diminta jelas status halal coklat Daim, Toblerone

$
0
0
PRODUK HALAL: Abdul Rani (tiga kiri) dan Amir (empat kanan) menunjukkan laporan polis mengenai kesahihan tanda Halal bagi produk coklat Daim dan Toblerone di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.  — Gambar Bernama

PRODUK HALAL: Abdul Rani (tiga kiri) dan Amir (empat kanan) menunjukkan laporan polis mengenai kesahihan tanda Halal bagi produk coklat Daim dan Toblerone di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

Dua NGO lapor polis terhadap kenyataan pengeluar coklat

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam digesa menjelaskan status halal coklat jenama Daim dan Toblerone yang dilapor menimbulkan keraguan umat Islam.

Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan JAKIM perlu memberi keputusan sama ada coklat berkenaan halal atau tidak untuk dimakan orang Islam.

“Kita tidak mahu ada rasa was-was terhadap produk makanan ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

JAKIM sebelum ini mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.

Bagaimanapun pada 26 Dis lepas, Mondelez International dalam kenyataannya berkata bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.

Syarikat pengeluar Daim dan Toblerone itu berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

IRIMM dan MJMM turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap pengeluar coklat berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>