MIRI: Kelab Bola Sepak Fatimah Bersatu Pujut (FBSB) menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 12 tahun ke bawah dan 9 tahun ke bawah pada 21 dan 22 September depan.
Jurucakap penganjur, Abu Bakar Amran berkata pertandingan itu terbuka kepada sekolah rendah, persatuan, kelab sukan atau pengurus pasukan yang mempunyai pemain di bawah umur 12 tahun.
Menurutnya, ia diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat serta mempertingkat minat mereka dalam sukan bola sepak sejajar dengan penubuhan Akademik Bola Sepak FBSB.
Beliau memberitahu, pertandingan itu akan diadakan di Padang Pusat Belia Miri dan ia adalah acara tahunan terkini FBCB selain menganjurkan pertandingan futsal terbuka dan bola sepak veteran antarabangsa.
Yuran pendaftaran bagi setiap pasukan adalah RM60 bagi kategori 12 tahun ke bawah dan RM40 untuk kategori 9 tahun ke bawah.
Penyertaan adalah terhad kepada 16 pasukan sahaja untuk kategori 10 hingga 12 tahun ke bawah dan 8 pasukan sahaja untuk kategori 7 hingga 9 tahun ke bawah.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 September ini.
Keterangan lanjut pertandingan ini boleh menghubungi Abu Bakar Amran di talian 019-8849689 atau Hairul Ghadafi Haron di talian 010-9741733.