Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Operasi cari budak hilang dikhuatiri lemas diteruskan

$
0
0

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang budak perempuan dari Kampung Dagang, Tatau yang dikhuatiri lemas di Sungai Tatau petang Isnin lalu diteruskan semalam dengan bantuan lebih 50 pegawai SAR dari pelbagai agensi.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Harun Jaafar berkata operasi SAR mangsa iaitu Windy Kusmani, 12, melibatkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan bantuan penduduk kampung.

“Sebelum kejadian jam 5 petang, Windy dikatakan mandi-manda bersama dua orang lagi rakannya di Sungai Tatau yang terletak di belakang rumahnya sebelum dikhuatiri lemas dibawa arus deras,” katanya dihubungi mengulas insiden itu.

Menurutnya, dua rakan mangsa yang memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu dan dengan segera turun ke tebing sungai mencari mangsa, namun menemui jalan buntu kerana mangsa tidak lagi berada di tempat mereka mandi.

Justeru, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 5.30 petang dan sejurus itu bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan serta operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi mencari dan menyelamat diadakan serta-merta sehingga jam 7.30 malam kelmarin, namun tiada sebarang petanda mangsa akan ditemui sampai hari ini (semalam),” ujarnya.

Katanya, polis dengan bantuan pelbagai agensi serta jabatan berkaitan meneruskan usaha mencari dan menyelamat hingga mangsa ditemui.

Sambil menyifatkan ketika kejadian air Sungai Tatau sedang pasang besar, Harun tidak menolak kemungkinan mangsa dihanyutkan air disebabkan aliran air deras.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228