Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lelaki kerugian RM2,000 selepas langgan wanita

$
0
0

SIBU: Seorang lelaki berusia 20-an mengalami kerugian RM2,000 selepas melanggani seorang wanita di sebuah hotel di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi, lelaki terbabit terserempak dengan seorang wanita di kaki lima dan kemudian mempelawanya ke sebuah hotel bajet yang berdekatan.

Semasa berada di bilik hotel tersebut, wanita terbabit sedang menanggalkan pakaian pengadu selepas mereka bercumbu-cumbuan di dalam bilik hotel.

Tanpa disangka, tiba-tiba mereka berdua terdengar ketukan pintu bilik memaksa pasangan tersebut terkejut dari lamunan untuk membuka pintu bilik hotel tersebut.

“Kenapa awak bawa bini saya?” kata salah seorang daripada empat lelaki yang berada di luar pintu tersebut.

Tergaman dengan kata-kata orang yang tidak dikenali itu, lelaki terbabit hanya memberitahu bahawa dia melanggani wanita itu.

Bagaimanapun, seorang daripada lelaki tersebut memberitahunya bahawa wanita yang bersamanya di dalam bilik hotel itu adalah isterinya dan menuntut ganti rugi sejumlah RM1,500.

Tanpa bercakap banyak lelaki berkenaan membayar ganti rugi RM1,500 sebelum beredar dari situ.

Menurut pengadu, dia hanya ada RM50 di dalam dompet selepas itu.

Lebih malang selepas itu, dia berjumpa dengan seorang pemuda yang menyamar sebagai anggota polis yang kononnya mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sebaliknya, mangsa dibawa menaiki sebuah kereta ke satu tempat yang tidak diketahui lokasinya bersama beberapa orang rakan lelaki itu.

Mangsa dipaksa menyerah segala barang kemas yang ada di badannya iaitu satu gelang emas dan wang tunai RM50 kepada mereka.

Satu laporan polis diterima mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Sentral semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>