Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

2014 tahun pemulihan buat Freddy

$
0
0

KUCHING: Pelumba go-kart antarabangsa dari Sarawak Freddy Lawan mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana perlumbaan sepanjang 2014 bagi membolehkannya menjalani rawatan intensif.

Beliau yang baharu menjalani rawatan fisioterapi selama empat bulan sebelum ini memberitahu telah menanggung kecederaan di beberapa anggota badan kesan daripada penglibatannya selama 20 tahun dalam perlumbaan go-kart.

“Saya mengambil keputusan tidak akan menyertai mana-mana perlumbaan sepanjang tahun ini untuk menjalani rawatan intensif bagi memulihkan kecederaan yang saya alami,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Freddy, beliau menanggung kecederaan di beberapa anggota badan selama lapan tahun sejak melibatkan diri dalam perlumbaan go-kart.

“Semua kecederaan yang saya alami berpunca dari penglibatan dalam perlumbaan go-kart.”

Meskipun telah mengalami kecederaan, ia tidak mematahkan semangat Freddy untuk kembali berlumba.

“Saya akan kembali berlumba dan kecederaan ini tidak akan mematahkan semangat saya. Namun, saya hanya akan kembali berlumba selepas pulih sepenuhnya,” jelanya.

Kali terakhir Freddy menyertai perlumbaan adalah pada Julai 2013 di Pattaya, Thailand.

Freddy membuat pengumuman berkenaan selepas menyertai Perlumbaan Jemputan Rotax 2014 bertempat di Sirkit Kart Sepang anjuran Kelab Kart Selangor (KKS) pada minggu lepas.

Pada perlumbaan berkenaan, Freddy berjaya merangkul tempat kedua dalam acara Rotax DD2 veteran di belakang rakan senegara Kong Chun Keat.

Manakala Lee Lung Ning dari Singapura menduduki tempat ketiga.

Beliau turut meraih tempat kelima dalam acara Rotax DD2 Master di belakang Riki Tanioka (Jepun), Keifli Othman (Malaysia), Kyle James Spencer (Singapura) dan Kong Chun Keat (Malaysia).

“Ini adalah perlumbaan pertama dan terakhir saya pada tahun ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa dari perlumbaan ini namun masih mampu berada di podium,” katanya.

Pada perlumbaan berkenaan, Freddy bermula di petak terakhir kerana tidak menyertai beberapa perlumbaan saringan.

Ia kerana beliau tidak dapat menahan kesakitan berpunca dari kecederaan yang dialaminya.

Freddy mula menceburkan diri dalam perlumbaan go-kart sejak 20 tahun lalu.

Sepanjang penglibatannya sebagai pelumba profesional, beliau banyak meraih kejayaan baik di dalam mahupun di luar negara.

Pencapaian terbaik Freddy adalah ketika mewakili negara pada perlumbaan akhir Cabaran Rotax Max yang diadakan di Sirkit Litar Antarabangsa Algarve Portimao, Portugal dari 28 November hingga 1 Disember 2012.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>