Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pendaftaran awal tHe Spring Live Active Run 2014 ditutup 9 Feb depan

$
0
0

KUCHING: Pendaftaran awal bagi tHe Spring Live Active Run 2014 akan ditutup pada 9 Februari depan.

Sehubungan itu, mereka yang berminat dimohon supaya mendaftar di http://HYPERLINK “http://www.liveactiverun.com/, www.liveactiverun.com bagi menikmati penjimatan untuk semua kategori.

Peserta hanya perlu membayar RM60 bagi kategori Separuh Maraton 21km, RM50 untuk larian 10km, RM40 untuk Fun Run 5km dan RM160 untuk larian berganti-ganti Ekiden.

Terdapat kategori yang tidak membabitkan pertandingan adalah larian Kids Dash 1km bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan harga RM20 setiap peserta.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, semua peserta larian akan menerima pek perlumbaan terdiri dari jaket (ves) rasmi Live Active Run oleh Coneli Sports dan beberapa sampel dan baucer percuma dari penaja.

Peserta-peserta separuh maraton 21km dan larian 10km juga akan menerima ITS Jaguar Timing Chip, untuk menjejaki dengan tepat masa mereka menamatkan larian.

Pemenang bakal memenangi hadiah menarik iaitu kategori Separuh Maraton 21km, tempat pertama bakal membawa pulang RM3,000, tempat kedua RM2,000, tempat ketiga RM1,000 dan tempat keempat hingga kesepuluh, masing-masing membawa pulang RM300.

Lima puluh (50) peserta terdahulu menamatkan larian separuh maraton 21km juga akan menerima masing-masing kemeja-T khas.

Pada tahun lepas, tHe Spring menganjurkan larian kedua dan menarik 3,200 peserta iaitu dua kali ganda penyertaan dan meraih RM60,000 dana untuk amal.

Bagi tahun ini, penganjur iaitu Pusat Beli Belah tHe Spring, TEEM Event & Exhibition Management dan disokong oleh Persatuan Maraton Kuching, berharap akan menarik sekurang-kurangnya 4,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat serta dari luar negara.

Tahun lepas, lebih 200 peserta dari 16 negara menyertai larian dan tahun ini dua badan amal yang akan menerima hasil kutipan adalah Habitat for Humanity (Kuching) dan Sarawak Hospice Society.

Peserta juga dipelawa untuk menyertai kategori baharu tahun ini iaitu larian berganti-ganti Ekiden 21km, yang mana setiap pasukan terdiri sekurang-kurangnya seorang lelaki dan seorang wanita.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi tHe Spring Advertising and Promotions di talian 082-238 111.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>