Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lawas Hash House Harriers dapat sambutan

$
0
0

MENDAPAT SAMBUTAN: Para peserta LH3 yang menyertai program tersebut di Long Tuma Lawas baru-baru ini.

BA KELALAN: Seramai 70 pelari termasuk pelancong dari luar negara dan Brunei memeriahkan Program Lawas Hash House Harriers (LH3) di Long Tuma Lawas disini baru-baru ini.

Menurut penganjur program Isak Mutang, program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran dan penglibatan pelancongan terutama dari Australia sekaligus menggalakkan dan mempromosikan industri pelancongan disini.

“LH3 adalah kelab sosial yang aktif menganjurkan aktiviti lasak dan menyeronokkan di kawasan hutan, selain bersukan kita juga menganjurkan aktiviti sampingan dalam merapatkan hubungan dengan peserta,” katanya disini semalam.

Isak berkata lagi LH3 kerap melaksana aktiviti sosial dan kesukanan yang mencabar dari segi fizikal, stamina dan minda di kawasan perhutanan di daerah ini.

Katanya orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti tersebut sekaligus mendapatkan baju LH3 boleh menghubungi beliau di talian 017-8591864 dan jawatankuasa LH3 Richard di talian 031-576484.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>