Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

ASEAN kekal sebagai destinasi pelancongan menarik

$
0
0

SIDANG MEDIA: Nazri (tengah) mempengerusikan sidang media bersama menterI-menteri pelancongan ASEAN di Kuching semalam.

Menarik bagi pelancongan antarabangsa, serantau dengan peningkatan kedatangan masing-masing 14.51%, 9.9%

KUCHING: Rantau ASEAN terus kekal sebagai destinasi menarik bagi pelancongan antarabangsa dan serantau dengan peningkatan kedatangan masing-masing 14.51 peratus dan 9.9 peratus sepanjang 2012.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang media bersama semalam berkata perkara ini telah disahkan pada Mesyuarat Ke-17 Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN di sini kelmarin.

”Pada tahun 2013, 90.2 juta pelancong telah melawat ASEAN, meningkat 12 peratus berbanding 2012.

“Kami menyambut baik kemajuan memberangsangkan dalam pelaksanaan Pelan Strategik Pelancongan ASEAN (ATSP) 2011-2015 dan berbangga untuk mengumumkan bahawa 75 peratus daripada penilaian bagi tahun 2013 telah hampir siap.

“Kami akan terus memantau penyiapan baki penilaian bagi menyokong realisasi ketepatan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tambah Nazri, menteri-menteri pelancongan ASEAN turut menyambut baik  penambahan Perhubungan Udara ASEAN menerusi pelaksanaan Perjanjian Ruang Terbuka ASEAN.

Ini termasuk kemajuan dalam pembabitan rakan-rakan dialog ASEAN dalam rundingan khidmat udara termasuk China, Kesatuan Eropah, Jepun dan Republik Korea.

Pertukaran Hak-hak Kebebasan Laluan Udara Ke-5 antara negara-negara ASEAN dan China di bawah Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-China akan membantu memperkukuhkan perniagaan dan perhubungan perjalanan percutian dalam dan ke rantau, katanya.

Mengulas mengenai Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2014, Nazri dalam kenyataan bersamanya dengan menteri-menteri pelancongan ASEAN berkata ia telah berjaya menarik penyertaan 462 pembeli antarabangsa dan 879 penjual dengan peserta pameran seramai 353 termasuk 75 media tuan rumah.

Para menteri turut mengiktiraf kerjasama dengan CNN International dan CNBC sebagai penaja rasmi ATF 2013.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan ATF 2015 akan dilangsungkan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada Januari 2015 dengan tema ASEAN Tourism Towards Peace, Prosperity & Partnership manakala Filipina telah mengesahkan akan menjadi tuan rumah bagi ATF 2016,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228