Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Menteri-menteri pelancongan ASEAN adaptasi Deklarasi Bersama ASEAN

$
0
0

KUCHING: Menteri-menteri pelancongan ASEAN mengadaptasi Deklarasi Bersama ASEAN bagi pelaksanaan Etika Kod Global UNWTO (United Nations World Tourism Organisation) sebagai mengiktiraf peranan penting dan sumbangan sektor pelancongan kepada pembangunan ekonomi dan sosial di rantau ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam kenyataan media bersama semalam berkata, langkah itu bertujuan memperbaiki keseluruhan kualiti hidup rakyat di rantau ini.

“Para menteri juga bersetuju untuk mengambil kira Kod Etika Global UNWTO bagi pelancongan seboleh yang mungkin bagi pembangunan pelancongan yang lestari serta bertanggungjawab,” katanya pada sidang media semalam.

Nazri sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ke-17 Menteri-Menteri ASEAN dan Mesyuarat Ke-13 Menteri-Menteri ASEAN Plus Three (China, Jepun dan Republik Korea) sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2014.

Mengenai pembangunan produk pelancongan, Nazri turut menyambut baik kemajuan yang dilakukan dalam pelaksanaan Pelan Kerja Pelayaran ASEAN 2013 terutama dalam mempamerkan tarikan-tarikan ASEAN.

“Pegawai-pegawai kami akan terus bekerja dengan badan-badan ASEAN berkaitan untuk mengetengahkan sebarang cabaran dalam membangunkan industri pelayaran di rantau ini.

“Para menteri juga menyatakan penghargaan kami kepada Malaysia atas sokongan dalam menyiapkan penerbitan ‘The Magical Garden of Asean’ bagi mempromosikan taman-taman ASEAN.

“Malah, pembangunan yang dibuat dalam Pelan Strategik Ekopelancongan ASEAN merupakan alat berkesan dalam mempromosikan pembangunan ekonomi lestari menerusi pemuliharaan pelancongan berasaskan alam semula jadi di rantau ini,” tambah Nazri.

Sidang media itu semalam turut dihadiri menter-menteri pelancongan daripada negara ASEAN yang lain antaranya, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Dr Mari Elka Pangestu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>