Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Saya sah presiden SUPP: Chin

$
0
0

IKUT PERATURAN: Chin (kanan) membaca Seksyen 18 seperti yang termaktub dalam buku perlembagaan SUPP, pada sidang media yang diadakan di Pejabat SUPP Cawangan Pujut di Miri, semalam. Turut serta ialah Andy Chia.

MIRI: “Saya masih lagi presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan ahli parti yang sah,” kata Tan Sri Peter Chin yang menegaskan perkara tersebut pada sidang medianya di sini, semalam.

Jawapan Chin yang ringkas dan tegas itu sekali gus menjawab semua persoalan dan tuduhan oleh sesetengah pihak, khususnya yang diperdebatkan sama ada dalam media cetak mahupun sosial, termasuk oleh ahli parti itu sendiri yang mempertikaikan kedudukan beliau dalam SUPP.

“Saya dipilih sebagai presiden pada 11 Disember 2011 semasa Perhimpunan Tri-tahunan (TDC) SUPP oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (CC) yang dilantik dan memegang jawatan tersebut sehingga TDC berikutnya yang dijadual diadakan tahun ini.

“Ini bermakna selagi tiada diputuskan oleh TDC atau CC, maka kedudukan saya dari segi perlembagaan parti serta akta dalam Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) kekal sebagai presiden SUPP yang sah,” tegasnya.

Chin memberitahu, dengan tiadanya arahan daripada ROS menyatakan bahawa kedudukan beliau (sebagai presiden) adalah batal, maka beliau enggan berdebat me-ngenai isu tersebut sebaliknya memberitahu bahawa jawapan kepada kedudukannya adalah jelas dan nyata.

“Mereka yang mempersoalkan jawatan dan keahlian saya dalam SUPP termasuk meminta saya meletak jawatan kononnya saya bukan ahli atau presiden yang sah, adalah orang dengki terhadap saya,” katanya.

Chin turut menjelaskan bahawa di bawah peraturan atau perlembagaan parti seperti yang termaktub dalam Seksyen 18, beliau masih belum lagi hilang status sebagai ahli CC parti itu.

Beliau berkata, melainkan parti itu sendiri (SUPP) di-batalkan oleh ROS maka semua keahlian dan jawatannya akan terbatal, sebaliknya jika hanya cawangan Piasau dan Bekenu, ia tidak menjejaskan keahlian, jawatan termasuk statusnya dalam CC.

“Begitu juga dengan ahli-ahli SUPP di cawangan yang telah dibatalkan oleh ROS baru-baru ini, iaitu Bekenu dan Piasau. Mereka masih lagi ahli-ahli SUPP yang sah,” katanya.

Pada sidang media yang diadakannya di Pejabat SUPP Pujut di sini, Chin memberitahu bahawa semua ahli SUPP termasuk mereka yang berada dalam kedua-dua cawangan yang dibatalkan, keahlian mereka adalah terikat dengan jawatankuasa induk dan SUPP sendiri.

Secara tidak langsung kata-nya, mereka didaftarkan di bawah SUPP dan seperti diri-nya juga, selagi bukan SUPP itu sendiri yang dibatalkan, mereka masih lagi ahli SUPP yang sah dan hanya pejabat cawangan sahaja yang ditutup kerana dibatalkan pendaftarannya bukan keahlian mereka.

“Pembatalan cawangan Bekenu dan Piasau hanya melibatkan cawangan tersebut sahaja dan tidak bermakna keahlian semua ahlinya terbatal. Mereka yang beranggapan seperti itu adalah salah,” katanya.

Chin memberitahu lagi bahawa pemimpin pusat parti itu telah mendapatkan pandangan dan nasihat pihak guaman mereka berhubung perkara tersebut dan SUPP tidak akan mengubah pen-dirian mereka melainkan di-arahkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Dalam pada itu Chin amat berterima kasih kepada ahli-ahli parti itu yang banyak memberi sokongan kepada beliau dan usaha parti itu dalam mengembalikan semula kekuatan dan kekukuhan parti.

Malah katanya, ahli-ahli meminta pemimpin atasan mereka membuat penyelesai-an segera mengikut peraturan dan perlembagaan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Turut hadir pada sidang media tersebut semalam ialah Pengerusi SUPP Cawangan Pujut Andy Chia.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>