Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tingkat kerjasama Malaysia-China

$
0
0

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menggalakkan kerjasama di antara Malaysia dan China untuk meningkatkan sektor pertanian dalam negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian percaya, Sarawak berpotensi untuk memajukan industri pertanian, sekali gus mengubah taraf hidup penduduk dan memajukan kawasan luar bandar.

“Kita akan mencari jalan bagi membangunkan sektor pertanian, selain memajukan kawasan luar bandar supaya penduduknya tidak hidup dalam kepompong kemiskinan,” ujarnya mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral China di Sarawak, Liu Quan di sini malam kelmarin.

Jabu berkata, kerjasama itu akan menguntungkan kedua-dua pihak, malah memanfaatkan sektor pelancongan terutama dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Katanya, pemain industri pelancongan seharusnya bekerjasama lebih rapat sebagai sebuah pasukan untuk menarik lebih ramai pelancong China yang mempunyai penduduk melebihi 1.3 bilion.

“Sekiranya kita berusaha keras, ia pasti berbaloi. Marilah bekerjasama untuk kejayaan yang lebih besar pada tahun ini demi kebaikan penduduk Malaysia-China,” katanya.

Sementara itu, Konsulat China yang turut menyambut ulang tahun ke-20 akan memastikan hubungan diplomatik dua hala memanfaatkan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kebudayaan dan sebagainya pada masa akan datang.

“Sebagai wakil kepada kerajaan negeri, saya berjanji perhubungan dua hala Malaysia-China selama 40 tahun bakal diteruskan dengan rasa harmoni dan lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Komunikasi dan Sukan Datuk Lee Kim Shin dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>