Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

DPPCK akan anjur dialog dengan SEB Januari depan

$
0
0

KUCHING: Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Kuching (DPPCK) akan mengadakan sesi dialog dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Januari tahun depan.

Pengerusi DPPCK Steven Lim Ah Ted berkata, sesi dialog itu bertujuan membincangkan masalah yang dihadapi pemain industri tempatan dan sektor komersil mengenai kecurian kabel di kawasan industri dan masalah terputus bekalan elektrik dan isu berkaitan.

“Kami akan mengadakan sesi dialog bersama SEB sekitar Januari 2014 bagi membincangkan dan menangani masalah yang dihadapi pemain industri dan sektor komersial di bandar raya ini kerana disebabkan isu-isu ini.

“Malah, disebabkan isu-isu ini kami banyak mengalami kerugian dan untuk itu kami berharap SEB dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah yang kami hadapi ini,” katanya pada sidang media di pejabat DPPCK di sini semalam.

Beliau turut memberi contoh pada 27 Jun lalu, apabila berlakunya terputus bekalan elektrik yang mengakibatkan banyak kawasan industri dan komersial di sekitar bahagian Kuching dan Kota Samarahan terjejas.

Pada masa sama, Steven menggesa kerajaan negeri melaksanakan Akta Barangan Terpakai dengan kadar segera bagi menangani isu kecurian kabel.

“Kami telah menerima lebih 1,000 aduan daripada ahli termasuk mereka yang terjejas akibat isu-isu ini.

“Selain itu, kami amat mengalu-alukan ahli atau mereka yang terjejas menyerahkan aduan berkaitan disebabkan masalah ini kepada kami untuk diserahkan kepada SEB pada sesi dialog nanti,” ujarnya.

Justeru, beliau mengalu-alukan ahli DPPCK dan pemain industri di sini menghubungi DPPCK di talian 082-242777/ 235578 atau e-mel ke kcgcci@gmail.com.

Hadir sama barisan ahli jawatankuasa DPPCK Ho Siew Hua, Ting Wei Tzen, Ho Kok Shieh dan Pengerusi Jawatankuasa Komersial Tan Hua Min.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>