LIMBANG: Seramai 40 pesakit di wad Hospital Limbang diraikan dengan penyerahan sumbangan hamper sempena sambutan Hari Krismas di sini.
Sumbangan itu bertujuan menceria dan memeriahkan perayaan tersebut yang diraikan tidak lama lagi.
Antara persatuan yang bermurah hati mendermakan sumbangan tersebut ialah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan, MAKSAK Bahagian Limbang, Pusat Perkhidmatan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang, orang perseorangan iaitu Temenggung Ang Kheng Su dan Datuk Seri Tiaw Ah Heng.
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Residen Bahagian Limbang Maria Hasman.
Hadir sama Pegawai Perpaduan Bahagian Limbang Fakri Asmad.