Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Palestin damba bebas dari kekejaman Israel

$
0
0

KUCHING: Mangsa tanah perang, Imam Mostafa Ibrahem Al-Sheikh Yosuf, 31, berharap ada kepimpinan Malaysia yang akan membantu Palestin bebas daripada kekejaman tentera Israel.

Tentera Hamas, katanya, banyak membantu tetapi kekurangan kelengkapan mempertahankan diri saban hari tidak dapat mengelak ramai rakyat Palestin daripada menjadi mangsa perang.

“Tentera Zionis mempunyai senjata canggih, tiada siapa yang dapat melawan sehinggakan anak-anak kecil yang berani melawan menggunakan batu-batu kecil juga pasti akan tercedera dan terbunuh.

“Bantuan makanan hanya boleh disalur melalui lorong yang dikorek bawah tanah. Itulah kepayahan kehidupan kami, setiap hari pasti ada yang akan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Majlis Pelancaran Ramadan Bersama Palestin di pejabat Aman Palestin Cawangan Sarawak (APSAR) di sini, semalam.

Mostafa diterbangkan khas dari Syria bersama Imam Dirar Al Masrie Khalid, 45, untuk menceritakan pengalaman perang yang masih menjadi mimpi ngeri di tanah airnya Palestin.

Menurut Dirar, rakyat Palestin di Palestin menjadi pelarian di tanah Arab dan dalam keadaan susah disebabkan orang Israel dan tentera Amerika Syarikat.

“Tanah Palestin merupakan tanah suci dan para musuh sedang cuba untuk merampas tanah itu sebagai tapak penempatan rakyat Israel.

“Kami susah untuk mendapatkan makanan disebabkan kepungan oleh tentera Zionis, Israel terhadap rakyat Palestin hidup menjadi sangat daif kerana itu.

“Kami rakyat Palestin sudah lama tidak merasai keamanan sejak 1947, walhal pada 1963 terdapat perjanjian untuk gencatan senjata namun tidak diendahkan sehingga hari ini tanah Palestin sentiasa berdarah.

“Kehidupan kami jauh daripada kehidupan normal, tidak pasti sama ada kami akan dapat melihat keamanan atau tidak,” katanya.

Sewaktu pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran semalam, beliau sebak di hadapan orang ramai mengenangkan nasib malang yang menimpa keluarganya dan ribuan mangsa perang di Palestin.

Syria merupakan lingkungan negara Syam yang terdiri daripada Jordan, Palestin, Syria dan Lubnan serta terletak berhampiran dengan Baitulmaqdis.

Mereka akan menyertai APSAR ke 50 lokasi bermula di sini hingga Lawas bagi menyampaikan pengalaman dan kesedaran kepada umat Islam dan masyarakat di Sarawak.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>