Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Warga emas didakwa cabul kehormatan cucu perempuan

$
0
0

SIBU: Seorang lelaki warga emas disiasat polis kerana didakwa mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur tujuh tahun, baru-baru ini.

Difahamkan, sekumpulan penduduk dari sebuah rumah panjang dari Julau telah pergi ke balai untuk membuat laporan terhadap warga emas berusia 78 tahun berkenaan, pagi Rabu lalu.

Menurut laporan tersebut, warga emas tersebut dikatakan sering menggunakan tangannya untuk mencabul kehormatan cucu perempuan tersebut.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Nur’ain pergi ke sebuah rumah panjang di Julau pada jam 11 pagi.

Meskipun suspek menafikan perbuatan tersebut, polis terpaksa membawa warga emas itu serta cucunya ke balai bagi membantu siasatan polis.

Polis juga membawa mangsa untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sibu bagi menentukan kesahihan laporan tersebut.

Sementara menunggu keputusan pemeriksaaan perubatan terhadap mangsa, polis telah membenarkan suspek dibebaskan semula atas sebab faktor usia dan tahap kesihatannya.

Kedua-dua suspek dan cucunya telah dihantar pulang ke rumah panjang mereka pada hari yang sama.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan polis.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>