Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tiga lelaki kena denda kerana gagal kemuka kad pengenalan

$
0
0

MIRI: Tiga lelaki dalam tiga kes berasingan masing-masing didenda RM300 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan gagal mengemukakan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis.

Macperhson Mike Joshua Michael, 22, dari Taman Desa Senadin, Felix Nelson Jaya, 20, dari Jalan Pujut 1D dan Larry Austin Essau, 20, dari Jalan Pujut Adong 1 di sini telah didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-

Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dihukum di bawah Seksyen 25 (1) peraturan yang sama.

Mengikut kesalahan ini, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak kurang dari RM3,000 dan tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kes pertama, Macperhson telah ditangkap pada jam 2.30 petang, 21 November lalu di bahagian belakang bangunan Yu Lan Plaza, Jalan Brooke di sini setelah gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta polis berbuat demikian untuk tujuan pemeriksaan.

Manakala Felix dan Larry yang turut melakukan kesalahan sama masing-masing telah ditangkap pada jam 2.45 petang dan 11.40 pagi, pada 21 November lalu di Jalan Pujut di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>