Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Wanita digalak lapor jika jadi mangsa keganasan

$
0
0

KUCHING: Wanita digalak melaporkan kepada pihak berkaitan sekiranya mendapati mereka menjadi mangsa keganasan sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, wanita harus mengetahui hak-hak yang melindungi mereka daripada keganasan dan bukannya menerima keganasan terhadap diri sendiri sebagai nasib semata-mata.

“Kini kebanyakan wanita lebih berdikari dari segi kewangan, maka mereka tidak perlu takut untuk melaporkan keganasan terhadap diri sendiri semata-mata takut kehilangan tempat untuk bergantung,” ujar Fatimah selepas menghadiri Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri semalam.

Menurutnya, walaupun kes-kes keganasan tidak dilaporkan kepada polis namun ia tetap direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana kadang-kadang mangsa lebih selesa untuk mengadu di situ.

“Kadang-kadang mangsa keganasan rumah tangga tidak mahu melaporkan keganasan terhadap dirinya kepada polis dan memilih untuk mengadu serta mendapatkan perlindungan sementara daripada JKM kerana tidak mahu suami mereka didakwa.

“Namun, pada akhirnya mangsa akan membuat laporan polis setelah keganasan terhadap dirinya berulang dan tiada tanda perlakuan akan berhenti,” jelasnya.

Beliau turut menasihati wanita supaya mengetahui hak masing-masing serta undang-undang yang melindungi mereka daripada keganasan dan bukannya melindungi orang yang mendera mereka.

“Penganjuran kempen-kempen menangani keganasan terhadap wanita mampu memberi kesan mendalam kepada wanita dengan memberi pengetahuan mengenai hak-hak serta undang-undang yang melindungi mereka.

“Di samping itu, saya ingin menggalakkan supaya anak-anak terutama anak lelaki supaya disemai dengan nilai-nilai murni termasuk menghormati wanita dan tidak melakukan keganasan terhadap mereka,” ujar Fatimah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>