Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

RM2.22 bilion laksana 1,264 projek elektrik luar bandar

$
0
0

KUCHING: Sejumlah RM2.22 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan 1,264 projek berkaitan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bagi tempoh 2009 hingga 2015.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek di bawah Program Transformasi Kerajaan itu memberi faedah kepada 63,000 pertambahan isi rumah dengan liputan BELB kepada 89 peratus. “Setakat ini, 793 projek telah siap yang memberi manfaat kepada 36,276 isi rumah dengan liputan 79.5 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kemudahan Awam pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Projek BELB Kampung Sungai Aur menurutnya dijangka siap pada awal 2014 manakala projek bekalan elektrik ke rumah-rumah yang mempunyai permit penghunian sementara (TOL) di Kampung Sungai Batu sudah siap.

Bagi Kampung Sungai Bedaun beliau berkata, projek akan dilaksanakan selepas penyelesaian izin lalu dengan pihak yang berkaitan.

“Pelaksanaan projek BELB Kampung Sibu Laut akan dipertimbangkan pada 2015 manakala Kampung Sungai Daun Nibong, status kampung hendaklah disahkan sebelum projek penyambungan elektrik dicadangkan,” ujarnya.

Tambahnya, cadangan pembinaan talian 33kV dari Marudi ke Mulu telah dimajukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk pertimbangan. “Projek ini akan memberi manfaat kepada kampung sekitar Taman Negara Mulu,” jelasnya.

Mengenai Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Awang Tengah berkata, kementeriannya sudah mengemukakan pelbagai projek BALB bernilai RM4.2 bilion kepada KKLW untuk pertimbangan.

Daripada RM1.75 bilion peruntukan pelaksanaan 476 projek bekaan air di Sarawak, menurutnya, sebanyak 460 projek telah disiapkan manakala baki 16 projek dijangka siap 2014.

“Projek ini memberi manfaat kepada 64,000 isi rumah dan apabila keseluruhan projek siap, ia akan dinikmati 89,000 isi rumah,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>