Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

PCNPS memohon bantuan wujud Piasau Hornbill Park

$
0
0

MIRI: Jawatankuasa Protem Piasau Camp Nature Park Society (PCNPS) mengemukakan permohonan bantuan kewangan kepada Petronas untuk menjadikan Kem Piasau sebagai taman alam semula jadi, Piasau Hornbill Park.

Pengerusinya Datuk Sebastian Ting memberitahu, sokongan berkenaan diperlukan untuk memastikan pihaknya dapat menjadikan Kem Piasau sebagai taman alam semula jadi di bandar raya Miri.

“BekasTimbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Tan Sri Peter Chin, Pengerusi SUPP Pujut Andy Chia dan saya sendiri telah berbincang dengan Petronas untuk mendapatkan sokongan daripada mereka bagi bersama-sama menjaga, memelihara, mengekalkan dan mewartakan Kem Piasau sebagai taman alam semula jadi yang kekal,” katanya kepada Utusan Borneo mengenai maklumat terkini berhubung cadangan tersebut semalam.

Pada masa yang sama, Ting yang juga pengerusi SUPP Piasau berharap Petronas mempertimbang permohonan berkenaan bagi merealisasikan usaha terbabit.

Sehubungan itu, beliau bersama Chan, Chin dan Chia turut sentiasa berhubung dengan pihak Sarawak Shell Berhad tentang permohonan yang sama.

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan, Sarawak Shell Berhad dan Petronas yang memberi pertimbangan serta membenarkan warga Miri memainkan peranan dalam membuat keputusan sama ada Kem Piasau perlu diwartakan atau tidak, kerana ia turut merupakan aset penting untuk generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, jawatankuasa protem sedang giat mengumpulkan 10,000 tandatangan daripada orang awam sebagai tanda sokongan padu terhadap cadangan mewartakan Kem Piasau.

Usaha memelihara kem berkenaan amat penting memandangkan pihak Shell akan mengembalikan tapak terbabit kepada Kerajaan Negeri Sarawak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>