Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kerajaan tidak pernah pinggir golongan kurang berkemampuan

$
0
0

SUMBANGAN: Harden (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Sharifah Ranimah (dua kiri), Lee (dua kanan), Kuek (empat kanan) di Sri Aman petang semalam.

SRI AMAN: Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan kurang berkemampuan, sebaliknya golongan tersebut diberi perhatian, kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, golongan tersebut tidak seharusnya merasakan diri mereka tersisih daripada masyarakat sebaliknya mereka turut mendapat hak keistimewaan.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat serta prihatin terhadap golongan ini dan mereka juga harus tabah serta kuat menghadapi semua ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hamper anjuran Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Simanggang di sini petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, masyarakat khususnya yang mempunyai ahli keluarga tergolong dalam golongan kurang upaya perlu mendaftarkan golongan berkenaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat bantuan yang sepatutnya.

“Mereka yang tergolong dalam golongan seperti ini tidak seharusnya berasa malu dan rendah diri, sebaliknya harus tampil mendaftarkan diri mereka dengan jabatan tersebut.

“Sekiranya golongan tersebut mendaftar dengan jabatan berkenaan, secara tidak langsung mereka layak menerima apa juga bantuan yang disumbangkan oleh JKM,” jelasnya.

Dalam pada itu, masyarakat harus berganding bahu dengan kerajaan bersama-sama membantu golongan ini dan memberi sokongan kepada mereka agar mereka dapat merasakan mereka sentiasa dihargai dan diberi perhatian.

Turut hadir Penolong Pengarah JKM Sri Aman Sharifah Ranimah Wan Hashim, Temenggung Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, Pengerusi Pertubuhan Kapitan Kuek Aik Seng serta ketua-ketua masyarakat.

Dalam pada itu, seramai 200 orang masyarakat yang kurang bernasib baik di Sri Aman menerima sumbangan yang disampaikan oleh Harden.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>