Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Semangat perpaduan dalam PBB perlu dikekalkan

$
0
0

TRADISI: Taib bersama tetamu lain tertarik melihat remaja bermain meriam buluh.

Ia untuk memastikan kerusi Bumiputera dapat dikekalkan dalam pilihan raya akan datang, kata Taib

KUCHING: Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu semangat perpaduan dalam PBB dikekalkan bagi memastikan kerusi Bumiputera dapat dikekalkan dalam pilihan raya.

Sehubungan itu beliau berkata, setiap pemimpin parti harus menunjukkan disiplin tinggi dalam menjaga perpaduan kerana PBB dianggap parti yang menjamin perpaduan.

Menurutnya, ia dibuktikan dengan keputusan cemerlang yang diraih calon PBB pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Saya rasa bangga dengan parti kita kerana cukup teratur dalam pilihan raya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Untuk memastikan kita lebih kukuh, perpaduan dalam parti perlu terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2013 dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Cawangan-cawangan PBB Zon Kuching di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam kelmarin.

Beliau berkata, perpaduan yang merupakan tunjang kekuatan sesebuah parti bukanlah dipupuk berdasarkan faktor politik sebaliknya perlu disemai berdasarkan keikhlasan.

“Ini kerana kalau perpaduan kita terus kukuh, kita akan mudah terus memajukan Sarawak,” ujarnya.

Mengulas mengenai perubahan kepimpinan dalam parti, Taib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri beranggapan setiap parti akan mengalami perkara itu dan ia perlu berjalan lancar.

“Perubahan kepimpinan memang akan berlaku namun kita dalam PBB merancang perkara ini dengan baik agar peralihan berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata menjelang 2030, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan mengubah landskap Sarawak.

“Sarawak akan berubah dengan adanya SCORE dan keluar daripada pemikiran orang dahulu yang menganggap Sarawak tidak akan maju.

“Oleh itu, setiap rakyat perlu bersedia untuk mengalami perubahan terutama dari segi sosioekonomi dan taraf hidup,” jelasnya.

Untuk menjayakan pembangunan SCORE menurut Taib, Sarawak memerlukan ramai pakar dan tenaga kerja mahir.

“Jadi anak-anak muda pada hari ini perlu dibekalkan dengan latihan berbentuk teknikal dan kemahiran agar mereka bersedia dengan kemunculan SCORE,” kata Taib sambil menanggap setiap kaum di negeri ini memberi sumbangan kepada kemajuan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kemajuan Sarawak pada masa akan datang bergantung kepada perpaduan dan kestabilan politik yang dikecapi sekarang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>