Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Bersatu pertahan kedaulatan

$
0
0

Najib ajak rakyat jiwai kemerdekaan, majukan negara dengan asas perpaduan nasional

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak men­gajak rakyat untuk kekal bersatu demi mempertahan kedaulatan Malaysia yang sejak puluhan tahun menjadi negara yang merdeka serta bebas daripada cengkaman penjajahan asing.

Dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 yang disambut hari ini, Per­dana Menteri menegaskan kini bukanlah masa untuk rakyat Malaysia berpecah belah.

“Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya ha­rus mara untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional,” kata Najib ketika menyampaikan perutusan itu yang disiarkan stesen televisyen tempatan malam tadi.

Beliau menarik perhatian bahawa memiliki kedaulatan bermaksud rakyat Malaysia sendiri berhak sepenuhnya dalam segala urusan men­tadbir, memerintah dan me­nentukan sendiri hala tuju negara.

“Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mem­pertahan perkara-perkara berkaitan Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Per­lembagaan Persekutuan,” katanya.

Acara perbarisan Hari Ke­merdekaan tahun ini yang ber­tema ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini, dengan acara Ambang Mer­deka 2013 menunggu detik 12 malam tanda tibanya 31 Ogos diadakan di Pusat Maritim, Putrajaya malam tadi.

Najib seterusnya men­gambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat bahawa kedaulatan sebagai faktor yang menunjang Malaysia sebagai sebuah negara, tidak datang secara bergolek.

“Telah banyak kerin­gat mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorba­nan. Semua itu hasil perjuan­gan para pemimpin bersama generasi terdahulu, dan ber­sinambung sampai sekarang,” katanya.

Justeru, Najib berkata sambutan kemerdekaan bu­kanlah sekadar laungan mem­bangkitkan semangat kerana lebih daripada itu, ia perlu disulami dengan penghayatan mendalam.

“Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti kita telah melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, kri­sis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya,” kata Perdana Menteri.

Kata Najib, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan ialah sejauh mana kejayaan yang dicapai sehingga kini dalam memper­siap dan mempersembahkan sebuah Malaysia progresif untuk ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

Menurutnya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibu­garkan supaya generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya menjadi celik sejarah.

Anak-anak muda, kata Perdana Menteri, perlu terus dibimbing, dipersiap dengan jati diri dan diperteguh se­mangat patriotisme mereka.

“Baharulah Malaysia den­gan rakyatnya yang berjiwa besar akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar,” katanya.

Merujuk kepada insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini, Najib berkata tragedi berdarah itu menjadi satu pengajaran bahawa Malaysia tidak terlepas daripada terde­dah kepada ancaman musuh dari luar.

“Tragedi malang itu menyentap benak sanubari rakyat Malaysia tentang peri mustahak untuk kekal bersatu demi mempertahan kedaulatan negara,” katanya sambil menambah usaha berterusan perlu dibuat untuk menyemai jati diri dan semangat cinta-kan negara dalam kalangan rakyat, terutama generasi pewaris.

Najib turut mengajak rakyat men-jadikan iktibar krisis dalaman di beberapa negara Arab yang seperti tiada kesudahannya.

“Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono,” kata Perdana Menteri sambil menambah kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan sesebuah negara akan terjejas apabila tiada kestabilan dan perpaduan.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya menghargai keamanan, memelihara keharmonian dan memupuk perpaduan dengan mencintai negara. — Bernama

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>