KUCHING: Kumpulan The Boss membuktikan kehebatannya dengan menjuarai Kejohanan Boling Antara Pasukan 2013 yang diadakan di Riverside Superbowl, di sini semalam.
Pasukan yang diwakili Pengarang Urusan Kanan The Borneo Post Francis Chan, George Asim, Micheal Rogers dan Robin Lee merekodkan sebanyak 1,382 jatuhan pin untuk merangkul juara dengam hadiah wang tunai berjumlah RM400.
Tempat kedua pula dirangkul Phang Kuet Liong, Chia Chiew Suan, Terence Chong dan Lim Jiin Wang dari pasukan See Hua Daily News.
Mereka mengumpul 1,359 mata untuk meraih wang tunai berjumlah RM280.
Pasukan pilihan UB FC yang diwakili Sulaiman Bujang, Harry Ilias, Rusnan Mustafa dan Freddy Bohari pula sekadar menduduki tempat ketiga.
Mereka mencatat jatuhan pin sebanyak 1,355 untuk membawa pulang RM200.
Sementara itu, Taha Kasim dari Utusan Borneo dinobatkan sebagai pemain terbaik setelah berjaya melakukan jatuhan pin sebanyak 464.
Mengekori beliau ialah George Asim (443), Roystein Emmor (438), Jeremy Veno (435) dan Harry Ilias (432).
Kostum Terbaik lelaki pula dimenangi pasukan dari See Hua Daily News, manakala Irene C menggondol anugerah Kostum Terbaik wanita.
Lebih 70 pekerja See Hua Marketing Sdn Bhd memeriahkan kejohanan tenpin boling yang dianjurkan oleh Kuching Press Club (KPC).
Kejohanan selama sehari itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pekerja See Hua Marketing merangkumi See Hua Daily News, The Borneo Post dan Utusan Borneo.