GURUN: Hobi berkebun di belakang rumah boleh dikembangkan dan dikomersilkan untuk menjana pendapatan sampingan, sekali gus me-ningkatkan pendapatan isi rumah penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata, kerajaan nege-ri memberi keutamaan kepada sektor pertanian yang antara lain dapat menambah pendapatan penduduk.
“Saya mahu lihat lebih ramai yang menanam sayur, pada mulanya mungkin sebagai hobi, kemudiannya diperluas-kan. Kalau ada yang mula tanam di belakang rumah, kita galakkan mereka untuk ko-mersialkan dan mereka boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Jabatan Pertanian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Penyampaian Kupon Program Bantuan Baja dan Peralatan Pertanian peringkat negeri di Kampung Sungai Badak, dekat sini, semalam.
Suraya menyampaikan kupon bernilai lebih RM1.25 juta kepada wakil 873 peserta Program Bantuan Baja dan Peralatan Pertanian melibatkan daerah Langkawi (RM40,148 – 61 peserta), Kubang Pasu (RM327,561 – 169 peserta), Kota Setar (RM43,719 – 53 peserta), Padang Terap (RM149,184 – 69 peserta), Pokok Sena (RM35,412 – 36 peserta), Pendang (RM85,560 – 54 peserta), Yan (RM40,348 – 60 peserta), Kuala Muda (RM242,678 – 144 peserta), Sik (RM14,840 – 18 peserta), Baling (RM56,372 – 52 peserta), Kulim (RM132,726 – 86 peserta), dan Bandar Baharu (RM81,916 – 71 peserta).
Suraya berkata, keseluru-hannya sebanyak RM4 juta diperuntukkan menerusi Jabatan Pertanian untuk diagihkan kepada penanam sayur yang memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan, antaranya penanaman jenis sayuran jangka pendek seperti cili dan kangkung serta keluasan tanah yang diusahakan antara 0.08 hektar hingga empat hektar.
“Pemberian secara ‘one-off’ ini bagi membantu pena-nam sayur-sayuran berikutan kos pengeluaran yang tinggi. Dengan kupon ini, mereka boleh membeli baja dan peralatan di 72 premis berdaftar yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.
Katanya, permohonan bagi kupon itu boleh dibuat di Pejabat Pertanian di kawasan masing-masing dengan jumlah bantuan ialah RM6,000 untuk satu hektar. — Bernama