Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Masir rujuk segelintir guru kempen untuk pembangkang kepada Pejabat Pelajaran

$
0
0

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kesal dengan tindakan segelintir guru yang terang-terangan berkempen untuk parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, beliau hanya merujuk perbuatan segelintir guru terbabit menentang Barisan Nasional (BN) kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Parlimennya sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

“Memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian. Namun, saya tidak berbuat demikian memandangkan tindakan tersebut boleh mengganggu periuk nasi mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi sekolah-sekolah kawasan Sri Aman di sini petang kelmarin.

Pada majlis itu, Masir menyampaikan cek MRP bernilai RM5,000 kepada setiap 40 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar kawasan Sri Aman.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman.

Selain itu, Masir mengingatkan segelinitir guru yang sudah terlanjur menentang BN pada PRU13 lalu agar jangan mengulangi perkara yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau juga memohon guru terbabit memberi fokus terhadap usaha mempertingkat prestasi akademik dan kokurikulum murid-murid menerusi peruntukan yang diberi kerajaan atau wakil rakyat BN.

“Saya berharap agar peruntukan yang disalurkan wakil rakyat BN ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pihak sekolah untuk memajukan taraf akademik murid-murid,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Bihud Apok dan penolongnya, Mohd Yusop Lugom, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman Louis Aom, para Pengetua Cemerlang di Sri Aman iaitu Joseph Junting, Mering Jok, para guru besar serta kakitangan sekolah di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>