Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

15 daripada 34 projek jalan siap dilaksanakan

$
0
0

KUCHING: Sebanyak 15 daripada 34 projek jalan dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM232.5 juta daripada Kementerian Kerja Raya bagi negeri ini telah siap dilaksanakan manakala bakinya masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata setakat ini sebanyak RM165 juta atau 71 peratus daripada peruntukan tersebut telah dibelanjakan bagi kesemua projek berkenaan.

“Antara projek-projek yang dilaksanakan di bawah program ini termasuk Jambatan Sungai Tabun dan kerja-kerja bersepadu yang telah siap pada 5 April 2013 dengan kos RM54.2 juta dan Jalan Tun Jugah, Jalan Song, Upland Interchange, Kuching yang telah siap pada 18 April 2013 dengan kos RM49.96 juta.

“Projek lain termasuk projek jalan dari Rumah Kuta/Ugap, Kapit bernilai RM56.87 juta, projek menaik taraf Jalan Pujut 7-Tudan bernilai RM15.6 juta, projek Jalan Lubok Antu/Lemanak/Engkari Fasa II dengan kos RM35.8 juta dan Jambatan Batu Kawa baharu serta jalan bersepadu dengan kos RM45 juta yang telah siap kesemuanya,” katanya.

Manyin berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan pada Persidangan DUN di sini semalam.

Mengulas mengenai penyelenggaraan jalan di Sarawak, ia katanya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan.

Skop kerja termasuk semua operasi yang diperlukan seperti membaik pulih jalan berlubang, jalan retak, menaik taraf dan mengukuhkan jalan batu.

“Pada 2013, JKR dijangka membelanjakan sejumlah RM183.8 juta bagi rutin penyelenggaraan dan kerajaan telah melantik tiga pemegang konsesi untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kira-kira 1,500.65 km jalan persekutuan.

“Bagi jalan negeri, satu peme-gang konsesi telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi 5,023.79km jalan.

“Baki bahagian jalan negeri masih di bawah penyelenggaraan JKR,” ujarnya.

Dalam perkembangan ber-kaitan, jumlah kemalangan jalan raya bagi tempoh sembilan bulan 2013 meningkat 1.3 peratus daripada 13,869 kes kepada 14,062 kes.

Kes-kes ini melibatkan kemalangan maut 330 kematian, kecederaan serius (131 kes), kecederaan ringan (297 kes) manakala kemusnahan ken-deraan mencatatkan sebanyak 13,343 kes.


Definisi baharu pastikan pembangunan PKS relevan

$
0
0

Ia sebagai instrumen dasar pastikan perniagaan dapat manfaat inisiatif Pelan Induk PKS: Awang Tengah

KUCHING: Definisi baharu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 akan memastikan pembangunan PKS terus relevan seiring dengan pelaksanaan Pelan Induk PKS (2012-2020).

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, definisi baharu itu bertindak sebagai instrumen dasar dalam memastikan segmen perniagaan yang bersesuaian mendapat manfaat daripada inisiatif di bawah pelan induk serta program pembangunan PKS lain dan skim kewangan oleh kerajaan.

“Definisi baharu PKS yang telah diluluskan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ini bakal dikuatkuasakan pada  1 Januari tahun depan.

“Di bawah definisi PKS ini, bagi sektor pembuatan jumlah jualan tahunan dinaikkan dua kali ganda kepada tidak melebihi RM50 juta berbanding definisi lama RM25 juta dan bilangan pekerja bertambah kepada tidak melebihi 200 orang (definisi lama 150 orang),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Awang Tengah berkata, bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain jumlah jualan dinaikkan kepada tidak me-lebihi RM20 juta (definisi lama RM5 juta) dan bilangan pekerja bertambah kepada tidak melebihi 75 orang pekerja (definisi lama 50 orang).

Di samping itu, katanya langkah itu juga diharap me-nyokong peralihan negara kepada ekonomi berasaskan perkhidmatan apabila sumbangan sektor perkhidmatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat daripada 20 peratus (2012) kepada 65 peratus menjelang 2020.

“Definisi yang diperluaskan rangkumannya juga membolehkan lebih banyak perniagaan mendapat akses kepada program PKS.

“Dengan kajian semula yang telah dilakukan ini, PKS akan mencakupi 98.5 peratus daripada jumlah perusahaan di negara ini berbanding dengan 97.3 peratus pada masa kini,” jelasnya.

Menyentuh mengenai pres-tasi PKS, Awang Tengah berkata, pada 2012 PKS menyumbang kepada ekonomi melebihi 32 peratus daripada KDNK.

“Pada 2013, kita menjangka PKS mencatat pertumbuhan sebanyak 5 hingga 6 peratus,” tambahnya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa kerajaan berhasrat menggalakkan lebih banyak industri tambah nilai hiliran diceburi oleh pengusaha PKS dalam projek SCORE, sektor minyak dan gas serta industri halal.

“PKS memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dan sumbangan mereka perlu dipertingkatkan agar setanding dengan PKS di negara maju dan berpendapatan tinggi yang lain,” ujarnya.

Taib hargai sumbangan Sekolah St Joseph Kuching kepada dirinya

$
0
0

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud antara lebih 600 alumi, guru, kakitangan serta pelajar yang menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-131 Sekolah St Joseph Kuching yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini malam Sabtu lalu.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar St Joseph (OJA) menyaksikan perjumpaan antara bekas-bekas pelajar sekolah itu yang datang dari jauh dan dekat.

Taib yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan dan merupakan penaung persatuan itu, berasa bangga dan amat menghargai usaha sekolah berkenaan yang memfokus kepada penyediaan pendidikan menyeluruh dengan memberi penekanan kepada pembinaan karektor pelajar tanpa mengira bangsa dan agama, pada masa sama menyemai semangat patriotisme serta rakyat bertanggungjawab yang berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Mengimbau zaman beliau masih bersekolah di sekolah berkenaan, beliau berkata perkara pertama diajar kepada pelajar pada sebelah pagi ialah Ajaran Moral dan mengangggap ia mata pelajaran terbaik diajar kepada pelajar bukan Kristian dan bukan Katolik.

“Kami orang Islam bersetuju hampir 100 peratus dengan perkara yang diajar dalam mata pelajaran Ajaran Moral yang telah mengukuhkan kepercayaan menghadapi kehidupan dengan bimbingan tertentu dan ia telah membimbing saya secara peribadinya.

“Hasilnya, ramai bekas pelajar sekolah ini, tidak hanya menjadi pemimpin dan orang berpengaruh di negeri ini tetapi di luar negara.

“Berdasarkan rekod ini, anda boleh mengatakan Sekolah St Joseph Kuching adalah sekolah terbaik yang boleh menjadi pilihan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau turut berterima kasih kepada allahyarham bapanya dan Father Vandelar kerana menghantarnya belajar di sekolah berkenaan yang banyak membawa kejayaan kepadanya dalam akademik serta pencapaiannya sekarang kerana selama belajar di situ kesedaran mengenai tanggungjawabnya terhadap rakyat dan negara disemai.

“Ramai rakan dan rakan sekelas saya berkhidmat kepada negara dengan apa cara mereka lakukan, itu adalah penghormatan yang boleh kami berikan kepada Sekolah St Joseph.

“Ia adalah tempat lahirnya orang yang mempunyai cita-cita tinggi dalam hidup dan menjadi pemimpin masyarakat.

“Saya berharap ini akan diteruskan pada masa akan datang dan tahniah untuk sambutan ulang tahun ke-131 ini, “ ujarnya.

Sementara itu Presiden OJA Profesor Dr Sim Kui Hian berterima kasih kepada Taib, ahli jawatankuasa penganjur, alumni, ahli keluarga La Sallian serta semua yang terlibat menjayakan penganjuran majlis makan malam ulang tahun sekolah berkenaan.

Katanya Sekolah St Joseph merupakan sekolah La Sallian kedua tertua di Malaysia.

Majlis malam kelmarin bermula dengan bunyi loceng sekolah oleh pengawas sekolah diikuti nyanyian lagu rasmi sekolah.

Selain itu persembahan video sejarah sekolah termasuk pancaragam sekolah yang banyak memenangi anugerah juga ditayangkan.

Persembahan video khas mengenai Yayasan The La Salle diasaskan oleh mendiang Brother Albinus, yang meninggal dunia awal tahun ini juga ditayangkan.

Pada malam itu juga, tiga hasil seni yang dibingkaikan disumbang oleh alumni Petrus Alfred dan Sylvester Jussem serta guru seni Lee Hock Kia menjadi rebutan dengan harga RM30,000 untuk disumbang kepada tabung sekolah tersebut.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan membida RM10,000 untuk lukisan nukilan Sylvester bertajuk Baruk II manakala dua lagi lukisan tidak bernama dibida pada harga RM10,000 masing-masing.

10 pasukan bakal berentap dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri

$
0
0

KUCHING: Sebanyak 10 pasukan bakal berentap dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman pada 7 Disember depan.

Daripada 10 pasukan yang mengambil bahagian, lima pasukan bertarung dalam kategori tradisi manakala lima lagi kategori moden.

Pasukan yang mengambil bahagian dalam kategori tradisi merangkumi Eye-Man dan Az Sufar (Kuching), Na’aila (Sibu), Putera Al-Haq (Sibu) serta Suara Pejuang (Limbang).

D’uteqma dan Sri Puteri (Samarahan), As’Sobirin (Sri Aman), Balqis (Sibu) serta Azka (Limbang) berentap dalam kategori moden.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka hadir menyaksikan festival tersebut.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, festival itu diadakan untuk mewujudkan alunan muzik dan kehalusan seni lagu nasyid yang berunsur dakwah.

“Pada masa sama ia merupakan media sesuai untuk menyampaikan dakwah ke arah memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, johan bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil.

Naib johan kedua-dua kategori pula memenangi wang tunai RM3,500, piala dan sijil, lirik terbaik RM500 manakala lagu terbaik RM1,000.

Tiga pemenang sagu hati pula bakal memenangi hadiah wang tunai RM1,000 berserta sijil.

Persembahan terbaik pula memenangi wang tunai RM1,000 dan sijil sementara susunan muzik terbaik memperolehi wang tunai RM1,000, piala serta sijil.

Perbanyak Sekolah Model Khas Komprehensif di kawasan Penan

$
0
0

BANTUAN: Jabu menyampaikan bantuan kepada salah seorang pelajar Penan yang ditaja di bawah Program Pembangunan Modal Insan-GTP Sabah dan Sarawak. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berharap kerajaan persekutuan dapat mewujudkan lebih banyak Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di negeri ini termasuk di penempatan masyarakat Penan.

Beliau berkata, sekolah dengan konsep seumpama itu penting dibina di penempatan masyarakat Penan bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada sistem pendidikan negara.

“Kita akan memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membina lebih banyak sekolah K9 di penempatan masyarakat Penan seperti yang diwujudkan di Long Bedian.

“Usaha ini penting agar anak Penan yang berpotensi tidak tercicir daripada sistem pendidikan negara,” katanya dalam sidang media selepas sesi perjumpaan pelajar Penan yang ditaja di bawah Program Pembangunan Modal Insan-GTP Sabah dan Sarawak di sini, semalam.

Menurutnya, kebanyakan masyarakat Penan terpaksa pergi ke sekolah yang terletak jauh dari kampung mereka.

“Selepas tamat sekolah rendah, mereka terpaksa menyambung sekolah menengah yang jauh.

“Jadi adalah penting untuk mewujudkan sekolah yang terletak berhampiran kampung mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar berkata, kerajaan akan mewujudkan sebuah pusat khidmat untuk masyarakat Penan di Tutoh Apoh.

“Pusat ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti digital,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Jabu turut menyampaikan bantuan kepada 13 pelajar Penan yang menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan SEGi College.

Hentikan keganasan terhadap wanita

$
0
0

KHIDMAT TALIAN: Fatimah (lima kiri) berkata, Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) juga menyediakan perkhidmatan Talian Krisis Wanita bertujuan untuk mendengar dan memberi sokongan kepada wanita serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi wanita daripada pelbagai sudut.

Wanita perlu dilindungi, disayangi, dihormati bukan untuk disakiti dan dihina: Fatimah

KUCHING: Wanita merupakan ciptaan istimewa untuk dilindungi, disayangi serta dihormati dan bukan untuk diperlakukan dengan ganas, disakiti dan dihina.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, keganasan terhadap wanita yang paling kerap ialah keganasan yang dilakukan oleh pasangan itu sendiri merangkumi suami, bekas suami atau teman lelaki.

“Berdasarkan statistik JKM, jumlah kes keganasan rumah tangga di Sarawak adalah sebanyak 49 kes dari awal tahun ini hingga September lepas iaitu pengurangan jika dibandingkan dengan 64 kes pada tahun 2012 dan 56 kes pada 2011.

“Sementara itu, statistik polis menunjukkan sebanyak 190 kes dilaporkan di negeri ini setakat bulan Oktober 2013 berbanding 249 kes pada 2011 dan 282 kes pada 2012,” ujar Fatimah ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Sambutan tersebut diadakan bertujuan untuk menggalakkan persekitaran selamat serta bebas dari sebarang bentuk penderaan, penganiayaan dan keganasan bagi wanita.

Turut hadir Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.

Di samping itu, Fatimah turut memberitahu bahawa jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan sehingga bulan Oktober tahun ini oleh Hospital Umum Sarawak ialah sebanyak 51 kes, Hospital Miri (120 kes), Hospital Sibu (102 kes) dan Hospital Bintulu (18 kes).

“Kerajaan amat mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada golongan wanita dan pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam menangani isu keganasan terhadap wanita termasuk meratifikasikan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada 5 Julai 1995.

“Selain itu, kerajaan juga telah meminda Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 2011 yang melarang perbezaan terhadap warganegara semata-mata disebabkan oleh jantina,” katanya sebagai panduan umum.

Bagi tujuan melindungi wanita daripada keganasan, kerajaan juga telah meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang dikuatkuasakan pada 20 Februari 2012, meminda Akta Kerja 1955 (Akta 265) pada 1 April 2012 bagi menangani isu gangguan seksual di tempat kerja serta mengguna pakai Seksyen di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan berkaitan dengan menyerang atau mengunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

“Sementara itu, kerajaan juga telah menguatkuasakan Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran pada 2008 bagi membantu wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).”

“Di samping itu, kerajaan juga telah menubuhkan Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) di semua jabatan kecemasan hospital kerajaan bagi memberi perkhidmatan pemeriksaan, rawatan dan pengesahan bagi kes-kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di samping menguruskan laporan polis bagi pihak mangsa,” jelasnya.

Kerajaan menerusi agensi-agensi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga ada menyediakan khidmat kaunseling keluarga yang boleh dimanfaatkan untuk membanteras keganasan terhadap wanita yang terdapat di seluruh negara dengan bantuan lebih daripada 200 kaunselor.

Pada masa yang sama, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kursus dan program kesedaran bagi menangani keganasan terhadap wanita termasuk penganjuran Seminar Kepekaan Gender, Seminar Wanita Anti Jenayah (WAJA) dan Program Transformasi Minda dan Empowering Rural Girl bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak-hak wanita daripada aspek perundangan sivil dan syariah serta perlindungan dan pembelaan wanita secara berkesan.

“Di samping itu, Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) juga menyediakan perkhidmatan Talian Krisis Wanita bertujuan untuk mendengar dan memberi sokongan kepada wanita serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi wanita daripada pelbagai sudut.

“Wanita yang memerlukan sokongan dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah atau krisis yang dihadapi juga boleh menghubungi SWWS di talian 082-422660,” ujar Fatimah.

Dua beranak nyaris maut kereta langgar pokok

$
0
0

MIRI: Dua beranak nyaris maut setelah kereta jenis Proton Savvy yang dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Miri-Bintulu di sini awal pagi semalam.

Akibat kemalangan itu, pemandu kereta terbabit yang berusia 32 tahun cedera parah manakala ibunya, 56, cedera di beberapa bahagian badan.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Miri dengan menaiki ambulans.

Menurut sumber, sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu, dua beranak terbabit sedang dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar menuju ke rumah mereka yang terletak di Taman Tunku.

Selepas melalui lampu isyarat berhampiran simpang menuju ke Lapangan Terbang Miri, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di sebelah kiri jalan.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa telah tersepit di tempat duduk masing-masing.

Dua beranak terbabit telah dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng yang turut bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Dr Jerip akan melihat pelbagai aspek situasi pencerobohan Gunung Serumbu

$
0
0

KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Datuk Dr Jerip Susil memberitahu bahawa beliau akan melihat daripada pelbagai aspek situasi pencerobohan Gunung Serumbu seperti didakwa penduduk setempat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bercakap kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Dr Jerip berkata beliau sedia maklum perkara itu dan berasa gembira kepada penduduk di situ yang tahu hak-hak mereka.

Bagaimanapun ujarnya, masih terlalu awal untuknya membuat sebarang keputusan kerana perlu melihat dan mengetahui situasi tersebut secara menyeluruh.

“Saya pada hakikatnya gembira kerana penduduk di sini bangkit memprotes bagi mempertahankan hak mereka.

“Sekurang-kurangnya mereka faham, tiada siapa boleh merampas hak mereka begitu sahaja.

“Saya percaya mesti tidak ada dialog atau rundingan dengan syarikat terbabit sebab itu timbul salah faham.

“Mereka juga tidak diberitahu (mengenai perkara ini)… penduduk kampung ada hak untuk memprotes,” katanya.

Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan penduduk kampung berkenaan mahu beliau campur tangan menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Ahad lepas penduduk setempat terdiri daripada Bidayuh, Cina dan Melayu melakukan protes aman membantah tindakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan batu dari Gunung Serumbu Bau.

Menurut penduduk kampung, Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dikemukakan tidak lengkap namun lesen kuari tetap diberikan kepada syarikat berkenaan.

Namun bagi mereka kesahihan laporan itu bukan ukuran untuk memprotes sebaliknya sebarang kegiatan memusnahkan gunung yang kaya dengan nilai warisan itu pasti akan ditentang sekeras-kerasnya.

Menurut wakil mereka Stephen Sinyum Mutit isu itu bukan perkara baharu kerana ia telah berlarutan sejak 1997.

Sehubungan itu katanya, beberapa surat bantahan telah diajukan kepada semua pihak berkuasa tempatan termasuk wakil rakyat kawasan berkenaan tetapi sehingga kini, tiada tindakan sewajarnya diambil.

Sebaliknya kata Stephen syarikat berkenaan mula membina jalan menuju ke tapak kuari sejak dua bulan lepas yang melalui tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) penduduk Bidayuh di situ.

“Kawasan pergunungan itu telah diterokai nenek moyang kami sebelum era Brooke iaitu lebih 200 tahun lalu.

“Oleh itu kami mempunyai hak ke atas tanah di kawasan pergunungan tersebut,” katanya.


Rumah dipecah masuk, pegawai pusat serenti kerugian RM18,000

$
0
0

KUCHING: Seorang pengawai pusat serenti kerugian sekitar RM18,000 apabila kediamannya di Taman Malihah, Jalan Matang di sini dipecah masuk semasa ketiadaannya.

Menurut sumber, mangsa yang bertolak ke Sabah pada 15 November lalu, hanya menyedari insiden itu setelah kembali jam 11.30 malam kelmarin.

Pencuri dipercayai masuk dengan mengumpil pintu belakang.

Mangsa turut diberitahu oleh jirannya bahawa pintu itu telah dalam keadaan terbuka sejak 18 November lagi.

Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk barang kemas, televisyen plasma, beberapa telefon pintar, komputer, peti sejuk dan lain-lain.

Sementara itu, seorang wanita berusia 29 tahun turut kerugian RM4,500 setelah diragut berhampiran sebuah klinik di BDC, di sini, malam Ahad lalu.

Mangsa difahamkan dalam perjalanan ke kereta selepas makan malam apabila didatangi seorang lelaki bermotosikal yang terus merampas beg tangan mangsa.

Antara barangan yang hilang termasuk dua telefon pintar, wang tunai sekitar RM1,000 dan dokumen peribadi.

Dalam kes berasingan, pelbagai barangan industri termasuk perabot antik dilarikan dalam kes pecah masuk kilang di Jalan Peace di sini.

Insiden itu disedari jurutera kilang tersebut sekitar jam 7 pagi setelah mendapati pintu depan kilang dirosakkan.

Kesemua mangsa telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Pengedar dadah libas pedang samurai cedera ditembak

$
0
0

ALOR SETAR: Seorang lelaki cedera di perut akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis ketika cuba menyeranganggota itu menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Sungai Tiang, Pendangkelmarin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya, lelaki terbabit antara tiga suspek pengedar dadah yang diberkas oleh polis dalam operasi jam 11.15 malam di sebuah rumah di kampung itu.

“Ketika sepasukan polis tiba di rumah berkenaan, ketiga-tiga suspek berusia antara 17 dan 28 tahun berkenaan ada di dalam rumah namun mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

“Dua daripadanya berjaya diberkas, manakala seorang lagi meloloskan diri menerusi tingkap dan anggota polis bertindak mengejarnya sebelum suspek cubamenyerang anggota polis terbabit dengan melibas dua bilah pedang samurai,”katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Nashir berkata bagi mempertahankan dirinya, anggota terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah suspek yang mengenai perut lelaki itu.

Sementara itu katanya, pemeriksaan polis di dalam rumah berkenaan menemukan dadah jenis heroin seberat 200 gram serta sebuah motosikal yang dilapor hilangdi Selangor.  — Bernama

Pemandu lori aiskrim tersepit kenderaan langgar pokok

$
0
0

KEMALANGAN: Keadaan lori aiskrim yang terbabas di Jalan Santubong, kelmarin.

KUCHING: Seorang pemandu lori aiskrim tersepit setelah kenderaan tersebut terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Santubong, kelmarin.

Difahamkan dalam insiden sekitar jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 31 tahun dalam perjalanan balik ke pusat bandar apabila hilang kawalan berhampiran Jambatan Santubong.

Mangsa yang tersepit dalam lori berkenaan, berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Bintawa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan di dahi.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan lanjut.

Lelaki cedera di muka, kepala selepas keretanya dirempuh

$
0
0

REMUK: Kereta Proton Wira remuk selepas kemalangan yang berlaku di persimpangan Lampu Isyarat di Lorong Sungai 2C pagi semalam.

SIBU: Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera di muka dan kepala selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kereta Perodua Viva di persimpangan lampu isyarat di Lorong Sungai Merah dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Wira dikatakan sedang membelok ke Lorong Sungai Merah 2C apabila kemalangan itu berlaku.

Menurut seorang sumber, sebuah kereta Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta Proton Wira yang sedang membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Akibat perlanggaran itu, kereta Proton Wira tersebut remuk teruk di bahagian sebelah kiri manakala Perodua Viva tersebut remuk di bahagian hadapannya.

Pemandu Viva yang berumur 32 tahun terbabit hanya mengalami terseliuh di lengan.

Menurut dua kenalan mangsa, pemandu Proton Wira tersebut yang bekerja di Papua New Guinea sedang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan mereka di sebuah kedai kopi berhampiran.

Difahamkan kereta Proton Wira tersebut bergerak mengekori sebuah lori yang juga membelok ke arah yang sama.

Polis turut berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki kacukan Iban-Cina putus cuping telinga kirinya selepas terbabit dalam kemalangan di bulatan Jalan Airport lama berhampiran Kolej Laila Taib petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3.00 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Denis Wong, 26, dari Selangau dikatakan melanggar sebuah lori yang berada di hadapannya.

Ambulans yang dihubungi oleh orang awam tiba di lokasi kejadian bersama paramedik yang bergegas memberi rawatan kecemasan terhadap mangsa.

Setelah diperiksa, mangsa juga mengalami patah tulang bahu kirinya,  kemudiannya digegaskan ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sibu pada jam 4.00 petang.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di wad.

Tamu Kedayan terbakar dipercayai akibat khianat

$
0
0

MARAK: Api marak memusnahkan enam gerai milik enam peniaga dalam kebakaran yang berlaku di Tamu Kedayan awal pagi semalam.

Enam peniaga kerugian ratusan ringgit setelah gerai mereka musnah dalam kebakaran awal pagi semalam

MIRI: Enam peniaga kerugian ratusan ringgit setelah gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran milik mereka musnah dalam kebakaran di Tamu Khas atau lebih dikenali sebagai Tamu Kedayan di sini awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 2 pagi itu.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan siasatan terperinci.

Berikutan itu, sebuah jentera pemadam bersama tujuh anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

Sementara itu, beberapa peniaga di kawasan terbabit tidak menolak kemungkinan kebakaran itu akibat perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ini kerana dakwa mereka, pernah berlaku beberapa kali sebelum ini gerai mereka dirosakkan dan barangan jualan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditinggalkan di gerai dicuri.

Salah seorang peniaga, Sida Entili, 57,  yang sempat ditemui di tempat kejadian memberitahu dia turut mengalami kerugian lebih RM300 setelah buah-buahan yang dijualnya turut dilarikan pencuri.

“Buah-buahan itu saya borong daripada seorang pekebun dengan harga lebih RM300 semalam.

“Namun belum sempat saya jual untuk mendapatkan balik modal, semuanya telah lesap dicuri.

“Mereka (penjenayah) ini dipercayai telah membakar gerai di sebelah sana, sebelum mencuri barangan jualan di gerai-gerai lain termasuk gerai milik saya,” katanya yang telah berniaga di kawasan tersebut sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, gerainya tidak terbakar dalam kejadian tersebut tetapi turut dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Prestasi kendalian kargo di pelabuhan memberangsangkan

$
0
0

KUCHING: Aktiviti pengendalian kargo di pelabuhan-pela-buhan dalam negeri ini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bagi tempoh Januari hingga September 2013.

Pencapaian memberangsangkan yang dicatatkan ini dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong ketika ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN semalam.

Menurut Manyin, tiga daripada pelabuhan iaitu Lembaga Pelabuhan Rajang Port, Lembaga Pelabuhan Miri dan Perbadanan Limbongan dan Kerja Kejuruteraan Brooke telah dianugerahkan rating ‘4-Star’ bagi Pengurusan Kewangan Cemerlang 2012 berdasarkan ketepatan indeks oleh Jabatan Audit Negara pada 11 November 2013.

“Kargo yang dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA) bagi tiga suku pertama (sembilan bulan) 2013 meningkat 6.8 peratus kepada 7.2 juta tan berbanding tempoh yang sama 2012.

“Daripada jumlah tersebut, 6.74 juta tan dikendalikan di dermaga manakala bakinya 462,714 tan dikendalikan di tempat pelabuhan,” katanya.

Bagi Lembaga Pelabuhan Rajang pula, bilangan kargo yang dikendalikan bagi tempoh Januari hingga September 2013 menurun 2.3 peratus daripada 1.36 juta tan pada 2012 kepada 1.33 juta tan pada 2013.

Ini sekali gus menurunkan bilangan kargo yang dikendalikan di tempat pelabuhan daripada 1.29 juta tan pada 2012 kepada 285,513 tan pada 2013 bagi tempoh yang sama.

Bagaimanapun pengendalian kargo dicatatkan meningkat di Lembaga Pelabuhan Miri dan Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis bagi tempoh Januari hingga Septmber 2013.

Lembaga Pelabuhan Miri mencatat peningkatan 8 peratus kepada 4.39 juta tan berbanding 4.08 juta tan pada 2012 manakala Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis mencatat peningkatan 36.7 peratus kepada 3.63 juta tan pada 2013 berbanding 2.66 juta tan pada 2012.

Setakat ini, Lembaga Pe-labuhan Tanjung Manis dalam proses melaksanakan MS ISO 9001:2008 dan dijangka me-nerima pensijilan pada Di-sember 2013.

Wanita digalak lapor jika jadi mangsa keganasan

$
0
0

KUCHING: Wanita digalak melaporkan kepada pihak berkaitan sekiranya mendapati mereka menjadi mangsa keganasan sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, wanita harus mengetahui hak-hak yang melindungi mereka daripada keganasan dan bukannya menerima keganasan terhadap diri sendiri sebagai nasib semata-mata.

“Kini kebanyakan wanita lebih berdikari dari segi kewangan, maka mereka tidak perlu takut untuk melaporkan keganasan terhadap diri sendiri semata-mata takut kehilangan tempat untuk bergantung,” ujar Fatimah selepas menghadiri Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri semalam.

Menurutnya, walaupun kes-kes keganasan tidak dilaporkan kepada polis namun ia tetap direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana kadang-kadang mangsa lebih selesa untuk mengadu di situ.

“Kadang-kadang mangsa keganasan rumah tangga tidak mahu melaporkan keganasan terhadap dirinya kepada polis dan memilih untuk mengadu serta mendapatkan perlindungan sementara daripada JKM kerana tidak mahu suami mereka didakwa.

“Namun, pada akhirnya mangsa akan membuat laporan polis setelah keganasan terhadap dirinya berulang dan tiada tanda perlakuan akan berhenti,” jelasnya.

Beliau turut menasihati wanita supaya mengetahui hak masing-masing serta undang-undang yang melindungi mereka daripada keganasan dan bukannya melindungi orang yang mendera mereka.

“Penganjuran kempen-kempen menangani keganasan terhadap wanita mampu memberi kesan mendalam kepada wanita dengan memberi pengetahuan mengenai hak-hak serta undang-undang yang melindungi mereka.

“Di samping itu, saya ingin menggalakkan supaya anak-anak terutama anak lelaki supaya disemai dengan nilai-nilai murni termasuk menghormati wanita dan tidak melakukan keganasan terhadap mereka,” ujar Fatimah.


RM2.22 bilion laksana 1,264 projek elektrik luar bandar

$
0
0

KUCHING: Sejumlah RM2.22 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan 1,264 projek berkaitan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bagi tempoh 2009 hingga 2015.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek di bawah Program Transformasi Kerajaan itu memberi faedah kepada 63,000 pertambahan isi rumah dengan liputan BELB kepada 89 peratus. “Setakat ini, 793 projek telah siap yang memberi manfaat kepada 36,276 isi rumah dengan liputan 79.5 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kemudahan Awam pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Projek BELB Kampung Sungai Aur menurutnya dijangka siap pada awal 2014 manakala projek bekalan elektrik ke rumah-rumah yang mempunyai permit penghunian sementara (TOL) di Kampung Sungai Batu sudah siap.

Bagi Kampung Sungai Bedaun beliau berkata, projek akan dilaksanakan selepas penyelesaian izin lalu dengan pihak yang berkaitan.

“Pelaksanaan projek BELB Kampung Sibu Laut akan dipertimbangkan pada 2015 manakala Kampung Sungai Daun Nibong, status kampung hendaklah disahkan sebelum projek penyambungan elektrik dicadangkan,” ujarnya.

Tambahnya, cadangan pembinaan talian 33kV dari Marudi ke Mulu telah dimajukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk pertimbangan. “Projek ini akan memberi manfaat kepada kampung sekitar Taman Negara Mulu,” jelasnya.

Mengenai Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Awang Tengah berkata, kementeriannya sudah mengemukakan pelbagai projek BALB bernilai RM4.2 bilion kepada KKLW untuk pertimbangan.

Daripada RM1.75 bilion peruntukan pelaksanaan 476 projek bekaan air di Sarawak, menurutnya, sebanyak 460 projek telah disiapkan manakala baki 16 projek dijangka siap 2014.

“Projek ini memberi manfaat kepada 64,000 isi rumah dan apabila keseluruhan projek siap, ia akan dinikmati 89,000 isi rumah,” katanya.

RM1.2 juta untuk setiap isi rumah terjejas Empangan Murum

$
0
0

Awang Tengah

KUCHING: Kerajaan memperuntukkan purata RM1.2 juta untuk setiap isi rumah yang terjejas akibat pembinaan projek Empangan Hidroelektrik Murum.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peruntukan itu termasuk bantuan penempatan semua RM15,000 setiap isi rumah dan pembinaan jalan raya, sekolah, klinik serta tempat beribadat.

Menurutnya, bantuan pendapatan bulanan RM850 setiap isi rumah turut diberikan untuk tiga tahun pertama, RM500 tahun keempat manakala bantuan berasaskan keperluan asas pada tahun kelima.

Selain itu tambahnya, kerajaan juga memperuntukkan tanah seluas 15 hektar untuk tujuan tanaman komersial dan kebun di samping program latihan.

“Penduduk yang terjejas di Murum ditempatkan di Tegulang dan Metalun selepas beberapa siri rundingan.

“Walapupun terdapat sekumpulan kecil penduduk memohon permintaan yang tidak logik namun program penempatan dirangka secara teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kemen-terian Kemudahan Awam pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut Awang Tengah lagi, penduduk terjejas disediakan dengan fasiliti kediaman lebih baik berbanding sebelum ini yang dilengkapi kemudahan air, elektrik dan kemudahan asas.

Malah tambahnya, kira-kira 20,000 hektar kawasan diperuntukkan untuk membolehkan mereka terus menjalankan kehidupan secara tradisional.

Mengenai pelaksanaan Empangan Baram, beliau berkata, kerajaan belum memutuskan pelaksanaan projek sehingga kajian kebolehlaksanaan termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar Sosial (SEIA) dan siasatan lain siap dijalankan.

“Untuk membolehkan projek ini direalisasikan, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan rundingan dijalankan bersama komuniti terjejas,” ujarnya.

Empangan Baram disokong

$
0
0

APA KHABAR?: Taib bersalaman dengan ketua masyarakat Orang Ulu dari Baram yang mengadakan kunjungan hormat di DUN semalam. — Gambar Cimon Upon

Pembinaannya akan memperbanyakkan sumber ekonomi penduduk setempat: Joseph

KUCHING: Pembinaan Empangan Baram penting bagi memastikan kawasan itu dapat dimajukan dalam usaha kerajaan menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat di situ.

Jurucakap penduduk dari kawasan Baram, Temenggung Joseph Ngau Lian memberitahu bahawa penduduk setempat amat menyokong pembinaan empangan itu kerana ia akan memperbanyakkan sumber ekonomi penduduk.

“Sekarang ini sumber eko-nomi penduduk hanya ber- asaskan balak, getah dan lada… dengan pembinaan itu ia bakal memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masya-rakat setempat.

“Malah, ia dapat menarik anak-anak muda di kawasan Baram yang telah berhijrah ke bandar atau kawasan lain untuk mencari pekerjaan, kembali semula ke situ,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Joseph memberitahu, pembinaan empangan itu juga perlu supaya masyarakat di kawasan terbabit dapat menikmati kemajuan yang dibawa selain menyediakan suasana kehidupan yang lebih baik seiring dengan arus pembangunan di negeri ini.

“Kerajaan juga telah dan akan menyediakan penempatan yang lebih baik selain membina bandar baharu di sini sebaik sahaja empangan itu siap kelak,” tambahnya.

Kunjungan hormat itu disertai kira-kira 50 ketua ma-syarakat Orang Ulu dari kawasan Baram dan sekitarnya.

Sementara itu, seorang lagi ketua masyarakat Lucas Kalang Laeng turut memberitahu bahawa majoriti masya-rakat di kawasan berkenaan menyokong pembinaan empangan tersebut.

“Kami menyambut baik pembinaan empangan ini ke-rana ia membuka peluang pekerjaan yang luas kepada anak-anak muda di situ,” ujarnya.

Perintah bisi matau ulah berimbaka kayu di Balai Ringin

$
0
0

KUCHING: Matau ari baruh enggau ari langit seraya bejalaika pansik entara atur pengawa ke dipejalaika perintah dikena mutarka ulah berimbaka kayu batang enggau nadai pemendar ti nyadi ba sitak Balai Ringin apin lama ke udah.

Menteri ba Opis Kepala Menteri Datuk Amar Tan Sri Adenan Satem madahka pekara nya lebuh ti nyimpul jurai ngarika opis kepala menteri maya Aum Kunsil Nengeri (DUN) di Kompleks DUN ditu kemari.

Seraya nyaut tanya ari Kaban Kunsil Nengeri Balai Ringin, iya madah, pengawa nya dipejalaika begulai entara opis tauka ijinsi ti bekaul.

“Pasal pengawa berimba kayu batang enggau nadai pemendar ba sitak (Balai Ringin) nya, perintah udah bejalaika atur ke menuku baka matau ari baruh enggau ari langit seraya bejalaika pansik ba kandang menua nya.

“Ngenang pengawa bejalai matau lebuh malam hari sereta dikena nyeliah seberang penyadi, kitai ngaul Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan AM (PGA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) enggau Gerempung Kampung Sarawak (SFC),” ku iya.

Nambahka nya iya ti mega Menteri Tugas-Tugas Khas madah, kerejasama ari peranak menua nya amat beguna dikena ngenukuka pengelikun enggau pengelantang.

Perintah maduka peranak menua nya empu nyadi ‘honorary wildlife rangers’, ku iya.

“Pengawa sida tu, ngeriput enti bisi tetemuka sebarang penyelai nyadi ba kandang menua sida.

“Enti bisi riput ari sida, kitai deka mutarka pekara nya enggau jampat,” ku Adenan.

Maya bejuraika Belanja 2014 ba aum DUN apin lama ke udah, Kaban Kunsil Nengeri Balai Ringin Snowdan Lawan bisi nanyaka chara perintah mutarka kes berimba kayu batang enggau nadai pemendar ba sitak iya.

Naka Oktober, 583 peminta tanah NCR disukat kelingi

$
0
0

KUCHING: Menteri Tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (gambar) madah, naka bulan Oktober 2013, Opis Tanah enggau Survei (JTS) udah nerima 583 peminta ngambika Tanah Adat Bansa Asal (NCR) sida disukat kelingi nengah Inisiatif Baru.

“Ari penyampau tu, 416 iti peminta mungkur pemesai 671,688 hektar (1,659,741 ekar) udah dikemendar disukat. Lalu 167 peminta benung diproses,” ku Adenan lebuh nyimpul jurai Aum Kunsil Nengeri di Kompleks DUN ditu pagi kemari.

Iya ti mega Menteri ba Opis Kepala Menteri nandu, pengawa nyukat kelingi ba 257 kandang endur ti mungkur pemesai 349,086 hektar (862,592 ekar) udah tembu dipejalai.

“Ari penyampau nya, bisi 187 kandang endur ti mungkur pemesai 239,292 hektar (591,291 ekar) udah digazet nyadi Rizab Gunasama Bumiputera (Pertanian) di baruh Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, lalu 121 kandang endur diserah ngagai ketuai raban bansa ari komuniti ti bekaul lalu 66 agi deka diserahka enda lama da.

“Insiatif tu udah meri penguntung ngagai semua raban bansa Bumiputera di Sarawak,” ku iya.

Berebak enggau nya ia madah ngagai orang ti minta disukat ngena chara seseiku, pengawa nyukat nya deka dipejalaika ba renggat kedua pengudah pengawa nyukat kelingi tembu lalu digazet di baruh Seksyen 6 Kanun Tanah Nengeri sereta enti udah sedia disukat.

“Pengawa tu udah nyata sereta dipejalaika nyukat lot seseiku pengempu tanah di Genturung Pendiau Skuduk enggau Genturung Pendiau Pisa di Bagi menua Kuching.

“Sepenyampau 544 iti surat tanah individu ti mungkur 330 pengempu tanah udah dikeluar,” ku iya.

Kelimpah ari nya Adenan madahka laluh 159 kandang endur ti udah dikemendar disukat kelingi bedau tembu disukat.

Nitihku iya, ari penyampau nya 56 persin (%) tauka 89 kandang endur ti mungkur 203,006 hektar betapi enggau penanggul maya pengawa nyukat benung dipejalaika.

“Tu nyengkaum 68 kandang endur iya nya peminta ngansak nyukat tanah ti lebih besai ari ke udah dikemendarka. Lalu 16 kandang endur mega bisi charutka garis entara enggau pangan diri.

Lalu ari lima kandang endur ke minta tanah disukat nengah chara seseiku di baruh Seksyen 18 kanun Tanah Negeri laban ti dikeruga sekeda piak ti nadai tanggungpengawa ti madahka tuju pengawa nyukat kelingi dikena ngerampas tanah hak adat Bumiputera ti diempu rayat, ku iya.

“Perintah nengah JTS deka chakah meri penerang pasal tuju ke bendar enggau penguntung nengah inisiatif nya,” ku Adenan.

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live