Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Pengelikun, pemanah infrastruktur bepun ari semua

$
0
0

Dikarang Chris Bishop //

Pemujur MBKS nyapai tikas penyulut nyadi bandaraya ti dikemegah bepanggai ba saup semua

KEREJASAMA SEMUA: James (tengah) begambar enggau raban MBKS ke udah nerima gelar penyulut ngereja pengawa ba taun 2014 pengudah pengawa nya kemari.

KUCHING: Kerejasama peranak mengeri Kuching begulai enggau Opis Kaunsil Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) patut dikemeran belama ngambika ulih nyaup mengeri tu nempa mayuh agi pemu-jur.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan madah, mengeri Kuching diatu udah dikelala ketegal pemeresi sereta pemanah infrastruktur lalu semua dijapai ari sukung ti beri rayat ngagai raban pengereja pengawa opis kunsil tu.

“Pengawa nempa mengeri tu nyadi kandang endur ti beresi sereta likun enda ulih dikereja raban pengereja pengawa ari opis kaunsil aja tang begunaka sukung sereta kerejasama ari semua ngam-bika MBKS muntang agi nyapai juluk ngangkatka bandaraya tu nyadi sebuah kandang mengeri ke pegari di dunya.

“Pengeran nempa Kuching nyadi kandang endur ke pemadu manah endur diau mandangka semua kitai meretika tanggungpengawa diri lalu pengawa nya ukai semina dilempaika ngagai MBKS,” ku iya.

Iya mansutka jaku tu ba pengawa gempuru raban MBKS begulai enggau Datuk Bandar ke diatur ba Auditorium MBKS ditu, kemari.

Iya nambah dikena ngemujur kerejasama rat nya, raban orang gawa MBKS patut ngembuan kaul ke manah begulai enggau komuniti kelimpah ti segulai sejalai ba tiap pangawa.

Ku iya, enti kitai segulai sejalai, mengeri Kuching deka nyadi seiti mengeri ke dikerindu semua sereta pemadu manah endur diau.

Ngenang pun pengawa iya ke nyadi Datuk Bandar ba taun 2008, James madah MBKS nadai kala ngelari diri ari tanggung pengawa ngintu pemaik Kuching.

“Pengawa ngumpul uras, nyuchi parit, ngintu pemaik tusun jalai alun sereta ke bukai sigi enda kala dilengka MBKS kenyau taun 2008.

“Kitai nadai kala mantul ari bejalaika tanggung pengawa tu ketegal keran deka meri serbis ke manah ngagai rayat.

“Kenyau ari nya nyentuka diatu, kitai udah meda mengeri Kuching nempuh mayuh ubah lalu nyadi seiti kandang mengeri ke beresi, likun enggau chukup infrastruktur,’ku iya.

Iya nambah asil ari kerejasama nya, MBKS udah nempa mayuh gelar baika nya ba renggat menua enggau entarabangsa ba taun 2014.

Entara sekeda iya nya setipikit basa ari Mayoral Leadership of a Healthy City and AFHC Network rambau Aum Entarabangsa Alliance for Heatlhy Cities ke enam di Hong Kong.

MBKS mega teulihka 4 bintang ba Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan bepelasarka Akauntabiliti sereta tulihka gelar ba pekit Malaysian Landscape Architecture ungkup kategori Green City enggau Palmarium Park.

Bela datai sapit Datuk Bandar, Abang Affandy Abang Annuar, raban kaunsilor, ketuai komuniti enggau mensia mayuh.


Balai polis dicadang dibina di Senadin

$
0
0

MIRI: Sebuah balai polis dicadang dibina di kawasan Senadin tahun depan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata cadangan itu dibuat berikutan skop liputan Balai Polis Lutong sangat luas meliputi kawasan Lutong, Tudan, Permyjaya dan hingga ke Sungai Tujuh, Kuala Baram.

Katanya dengan kekuatan anggota polis hanya seramai 33 orang di Balai Polis Lutong, terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah lagi balai polis baharu di kawasan Senadin.

“Ini merupakan satu keperluan berikutan jumlah populasi di kawasan tersebut semakin meningkat sejak kebelakangan ini,” katanya sambil menambah setakat ini cadangan itu masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.

Gan turut memberitahu, pihaknya bercadang menyewa sebuah lot kedai untuk menempatkan Balai Polis Lapangan Terbang Miri (LTM) memandangkan pada masa sekarang mereka menumpang di bangunan LTM.

“Buat masa ini, kami menumpang di dalam bangunan LTM dan selepas jam 11 malam, anggota tidak dibenarkan masuk.

“Ia satu kesulitan untuk anggota bertugas dan oleh itu kami bercadang menyewa sebuah lot kedai untuk dijadikan balai polis,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang awam yang ingin pulang bercuti sempena perayaan Hari Krismas pada minggu depan supaya memaklumkan ketiadaan mereka di rumah kepada polis bagi memudahkan anggotanya memantau kawasan kediaman mereka.

“Maklumkan juga kepada jiran sebelah tentang ketiadaan anda dan jiran harus prihatin dengan kehadiran orang yang mencurigakan di kawasan anda.

“Ambil gambar dan nombor plat pendaftaran kenderaan yang digunakan individu terbabit dan kemudian hantar kepada polis,” katanya di sini semalam.

Menurut Gan, apabila semua pihak memainkan peranan, nescaya kadar jenayah di sesebuah kawasan dapat dikurangkan.

“Memang tidak dinafikan adalah sukar menghapuskan jenayah 100 peratus namun sekurang-kurangnya ia dapat dikurangkan apabila semua pihak memainkan peranan masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada polis,” katanya.

Anggota, pegawai diingat utamakan nama PDRM

$
0
0

SIBU: Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya mengutamakan nama jabatan walau di mana jua mereka berkhidmat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi berkata, pegawai awam yang berkhidmat dalam PDRM adalah penggerak utama menjamin imej pentadbiran kepolisan.

Selain itu, ia juga merupakan aset penting kepada pasukan penguatkuasaan itu bagi menjamin ia terus relevan dalam cabaran hari ini dan masa akan datang.

“Anggota polis perlu menjaga nama baik pasukan (PDRM) setiap masa bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada mereka.

“Selain itu anggota polis juga perlu mewujudkan keadaan sinonim dengan mesra rakyat, pada masa yang sama bersikap tegas, adil dan berhemah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Balai Polis Sibu Jaya malam kelmarin.

Menurut Kamal, mereka hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan imej melalui keterampilan, keperibadian, integriti dan memperbaiki sahsiah diri.

Usaha sedemikian jelas beliau, sangat penting demi menguatkan organisasi polis supaya terus cemerlang.

Selain itu jelas beliau, warga PDRM perlu menjaga tingkah laku dan disiplin supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat.

“Dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan ketenteraman awam kita akan berdepan dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kerenah.

“Jangan harapkan pujian atas kejayaan yang dicapai tapi bersedialah untuk menerima cabaran baharu,” jelas beliau.

Turut hadir Ketua Badan Siasatan Jenayah (KBSJD) DSP Yeoh Chun Shyan.

SPRM perlu diberi lebih kebebasan

$
0
0

Oleh Andy Sabang //

Perkara diamal ICAC terbukti berkesan membanteras rasuah, kata Lee

SIBU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi kebebasan sama seperti yang diamalkan oleh Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) yang terbukti berkesan dalam membanteras rasuah.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan fungsi mereka dengan baik, berkesan dan dihormati.

Katanya SPRM juga perlu diberi pujian kerana usaha mereka dalam menangani kes rasuah setakat ini dan inisiatif itu dapat diperhebatkan lagi seandainya SPRM menjadi badan bebas.

“Jika ia benar-benar bebas, maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk menempatkan semula pejabat SPRM di luar Kompleks Perdana Menteri.

“Saya juga pasti jika terdapat usaha melakukan pindaan perlembagaan demi menghapuskan rasuah di negara ini ia akan mendapat sokongan semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang meluluskan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan SPRM menjadi sebuah badan bebas.

Lee turut menegaskan adalah penting bagi ahli-ahli politik memberi sokongan penuh terhadap pindaan perlembagaan yang bertujuan menjadikan SPRM benar-benar bebas dan berkesan dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.

Ahli politik harus mengetepikan fahaman politik dan ideologi mereka sebaliknya perlu bersatu memerangi musuh utama negara.

Beliau menegaskan bahawa rasuah telah wujud sejak kewujudan organisasi manusia.

Beliau memberi amaran bahawa kewujudan rasuah memberi kesan buruk kepada hampir setiap aspek kehidupan.

Justeru usaha berterusan perlu dilakukan untuk memupuk integriti dan nilai-nilai etika kerana orang yang berintegriti tinggi tidak mungkin mengamalkan rasuah dalam apa jua keadaan.

Lee berkata penerapan nilai-nilai murni dan patuh dalam tadbir urus merupakan salah satu langkah berkesan dalam memerangi amalan rasuah dalam perkhidmatan awam.

Celcom nyala pokok Krismas 80 kaki dengan 30,000 lampu LED

$
0
0

TAHNIAH: Abang Abdul Wahap (empat kiri) ditemani Choo (tiga kiri) menyampaikan Kamera DSLR Nikon D70 dengan AFS dan kit VR kepada adik Azani yang mewakili beliau kelmarin.

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (Celcom) semalam menyalakan pokok Krismas setinggi 80 kaki dengan 30,000 unit lampu LED di Dataran Tebingan Kuching untuk tahun kelapan memeriahkan sambutan Hari Krismas di sini.

Ketua Jualan Malaysia Timur Celcom Axiata Berhad, Choo Meng Chung berkata, pihaknya telah memilih lokasi strategik berdekatan dengan bangunan warisan peninggalan Rajah Brooke (Fort Margherita) serta berlatarbelakangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menempatkan pokok tersebut.

“Untuk menambah kemeriahan Hari Krismas, hari ini (kelmarin) juga, Xpax menyampaikan hadiah kepada pengguna kempen Xpax terbaharu dengan menunaikan hajat pelanggan dengan hadiah bernilai sehingga RM120,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penyalaan Pokok Krismas di sini.

Pada majlis itu beliau mengumumkan nama pelanggan bertuah Xpax yang mendapat kejutan besar daripada pihaknya iaitu Muhammad Azani Daud, 34, yang membawa pulang Samsung Note 4, Syed Mohd Radzee Wan Ala, 25, menerima kamera DSLR Nikon D70 dengan AFS dan kit VR.

Sementara itu, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai turut menyatakan sokongan penuh pihaknya terhadap aktiviti tahunan anjuran Celcom Axiata selari dengan pembangunan CBS.

“Harapan saya cuma satu, agar pihak Celcom Axiata dapat melakuakn perkara yang sama sebagaimana yang telah dilakukan setiap tahun untuk sambutan Hari Krismas agar bandar raya ini dipenuhi dengan warna-warni lampu kemeriahan.

Promosi kempen ‘wishlist’ Xpax terbuka di Sabah dan Sarawak sehingga 31 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.xpax.com.my.

Turut hadir memeriahkan suasana majlis adalah Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS), Persatuan Dyslexia Sarawak, Persatuan Autisme Kuching (KAA) dan City Joggers Club.

MBKS azam beri perkhidmatan terbaik

$
0
0

TERBAIK: Chan merakam kenangan bersama warga MBKS yang berjaya merangkul kejayaan membanggakan sepanjang 2014.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berazam memberi perkhidmatan lebih baik serta mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun depan dan seterusnya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata, ketika kali pertama dilantik sebagai datuk bandar pada 2008, beliau mengakui bahawa MBKS tidak diurus dengan baik dengan prestasi dan mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Namun beliau berterima kasih kepada bekas Ketua Menteri yang kini Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas kepercayaan dan melantik beliau sebagai batuk bandar.

“Apa yang penting ialah kita mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan jika kita dapat berbuat demikian, Kuching akan menjadi bandar raya terbaik di dunia setanding bandar raya Singapura dan bandar raya lain di dunia.

“Kami di MBKS cuba yang terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak sama,” katanya dalam ucapan amanatnya pada perjumpaan bersama warga MBKS semalam.

Pada perjumpaan itu semalam Chan turut meraikan kejayaan yang dirangkul oleh warga MBKS sepanjang 2014.

Antaranya, pensijilan ‘Appreciation of Mayoral Leadership of a Healthy City & AFHC Network’ pada  Persidangan Global Keenam Alliance Bagi Bandar-Bandar Sihat di Hong Kong.

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang telah mendapat empat bintang dan Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia untuk kategori Bandar Hijau dimenangi oleh Palmarium Park.

Tempat kedua Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau melalui Program Pengkomposan Sisa yang dianjurkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014.

Pada Hari Perkhidmatan Awam 2014 Peringkat Negeri, Arumugam Pakri telah menerima Anugerah Pegawai Contoh Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Sokongan II.

Pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat PBT yang diadakan pada 18-20 Jun 2014, kumpulan RNV Dynamic daripada Bahagian Percukaian dan Penilaian MBKS telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik Kategori Teknikal manakala kumpulan Southern Thinkers telah memenangi tempat pertama untuk kategori teknikal.

Pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri yang berlangsung pada 29 september hingga 3 oktober 2014, kumpulan Southern Thinkers telah memenangi Anugerah Ketua Menteri Sarawak bagi kategori teknikal.

Pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 1 hingga 4 Disember 2014, kumpulan Southern Thinker telah melakar sejarah buat kali pertama bagai pihak berkuasa tempatan negeri Sarawak apabila merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi kategori teknikal.

Di samping itu, Datuk Bandar turut menyampaikan penghargaan kepada pengusaha kantin MBKS yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada warga dan pengunjung MBKS.

Akta Hasutan dikekal bukan kerana Sabah, Sarawak

$
0
0

Oleh Borhaniza Ali Basah //

Semangat 1Malaysia telah lama berada dalam jiwa rakyat sebelum prinsip 1Malaysia diperkenalkan

SIBU: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, Akta Hasutan dikekalkan bukan kerana isu yang berlaku di Sabah dan Sarawak kerana semangat 1Malaysia telah lama berada dalam jiwa rakyat sebelum prinsip 1Malaysia diperkenalkan.

“Mereka yang bermulut celupar menghasut serta memutar belit fakta, suka memfitnah secara melampau bukannya di bumi Sarawak ini, tetapi mereka di sana (Semenanjung Malaysia).

“Akta Hasutan ini patut tangkap mereka di sana dahulu sebelum tangkap kita orang Sarawak di sini,” katanya pada Malam Citra Warna Persatuan Melanau Sibu (PMS) 2014 di sini malam kelmarin.

Justeru, beliau menyokong penuh pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melarang orang luar yang menabur fitnah dan menghasut datang ke Sarawak.

“Kita mahu keamanan dan bajet diumumkan Ketua Menteri lalu banyak ke arah kawasan seperti saya kerana saya mewakili lebih 80 peratus kawasan desa Melanau.

“Saya mahu lebih banyak tempias bajet itu jatuh ke kawasan pedalaman seperti Pulau Bruit dan sebagainya.

“Jika berlaku huru-hara, jadi sukarlah kawasan kami ini hendak dibangunkan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop.

Oleh itu, beliau menggesa PMS lebih aktif dalam menyebarkan maklumat berbentuk perpaduan, cerita-cerita tempatan dan sebagainya.

Malam Citra Warna PMS turut menyaksikan penganugerahan Pemimpin Contoh Wanita kepada Hasmah Pauzie selaku pengetua SMK Kampung Nangka manakala lelaki, Sharkawi Hamdan yang merupakan guru besar SK Agama Sibu.

Anugerah-anugerah lain ialah Sekolah Kluster Cemerlang, Penyanyi Melanau Terbilang Lelaki dan Wanita, Pencipta Lagu Muzik Terbilang, Tokoh Seni dan insentif khas kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM.

Suasana Malam Citra Warna PMS dimeriahkan dengan pelbagai acara dan persembahan seperti tarian tradisional, nyanyian, cabutan bertuah, Man & Lady of The Night, nasyid dan sebagainya.

Turut hadir Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Pengerusi PMS Drahman Jabar, Setiausaha Politik Ketua Menteri Christoper Romeo dan tetamu lain.

SUPP hantar petisyen penamaan baharu jalan kepada MPS

$
0
0

SIBU: Ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah menghantar petisyen tentang penamaan baharu Jalan Lau King Howe di Dataran Bandar Sibu kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di sini semalam.

Pengerusi SUPP Sibu merangkap Pengerusi SUPP Bukit Assek Chieng Buong Toon berkata, SUPP telah mengumpul sejumlah 19,269 tandatangan semasa kempen petisyen tersebut sejak 27 November hingga 7 Disember lalu.

Turut menemani Chieng ke pejabat MPS di Wisma Sanyan di sini ialah Pengerusi SUPP Bawang Assan Robert Lau Hui Yew, Pengerusi SUPP Nangka Chua Beng Seng dan Pengerusi SUPP Pelawan Clarence Ting.

“Ini mencerminkan hasrat rakyat mahu jalan itu dinamakan Lau King Howe sebagai mengenang jasa mendiang. Saya harap melalui petisyen ini MPS dapat mengambil kira hasrat rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa, MPS telah membiarkan isu itu berlarutan untuk masa yang lama.

Beliau menegaskan bahawa ia bukan isu politik.

“Mendiang Lau King Howe adalah seorang yang baik kepada masyarakat berbilang kaum di sini,” katanya.

Sementara itu, Robert Lau berharap MPS dapat membuat pertimbangan terhadap perkara itu serta membuat keputusan tepat.

“Ia adalah cara yang tepat mengiktiraf sumbangan seseorang,” katanya.


Keamanan Malaysia gamit kehadiran pelancong

$
0
0

SRI AMAN: Malaysia merupakan sebuah negara menjadi tumpuan pelancongan dunia kerana terkenal dengan keamanan dan selamat untuk dikunjungi.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata Malaysia juga terkenal dengan pelbagai adat serta kebudayaan dan perpaduan kaum.

“Keharmonian inilah menjadikan Malaysia sebuah negara unik kerana rakyatnya dapat hidup aman dan toleransi.

“Setiap pelancong ke negara ini sudah pasti menceritakan kebaikan Malaysia dan keramahan rakyatnya apabila pulang ke destinasi masing-masing,” katanya pada Program Penghayatan 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sri Aman dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia (K1M) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Aman di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, kerajaan berharap perpaduan dan keharmonian ini terus dikekalkan untuk kebaikan semua kaum.

Katanya setiap ahli K1M harus mempunyai ilmu pengetahuan dalam segala aspek bagi menyampai maklumat kepada rakyat dan menjadi contoh serta teladan kepada komuniti.

“Kita yakin K1M mampu memantapkan perpaduan kaum justeru mentranformasikan rakyat melalui penglibatan pelbagai etnik dalam setiap aktiviti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi K1M Sri Aman Kapitan Kuek Aik Seng menjelaskan bahawa program itu merupakan wadah pertemuan di antara pemimpin dengan rakyat.

Selain itu, ia juga sebagai usaha meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti  dalam menyokong dasar dan program pembangunan kerajaan.

“Kita harap program ini dapat dijadikan ejen perubahan dalam komuniti meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan,” katanya.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Fachrio Ferdiansyah Abdillah, Penolong Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman Juing Ullie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Sri Aman Whelthon Lumpoi, Temenggung Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua serta ketua-ketua masyarakat.

Program itu dimeriahkan dengan pertandingan karaoke yang turut disertai 12 peserta lelaki dan wanita veteran.

BSN agih 600 bungkus nasi lemak di tiga lokasi

$
0
0

KUCHING: Bank Simpanan Nasional (BSN) semalam meraikan ulang tahun ke-40 penubuhannya dengan mengagihkan 600 bungkus nasi lemak di tiga lokasi terpilih dalam negeri.

Lokasi tersebut adalah di BSN Cawangan Satok, Tol Zecon Bintawa dan Bangunan Sultan Iskandar yang bermula jam 7 hingga 9 pagi.

Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN, Ahmad Latfan Mohd Amran berkata, ia merupakan inisiatif untuk berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan bank itu di sini.

“Kami berharap akan mendapat lebih banyak sokongan daripada orang ramai untuk kekal relevan pada masa akan datang dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di mana sahaja mereka berada,” katanya.

BSN juga telah menetapkan sasaran untuk memfokuskan kepada pengenalan perkhidmatan yang pelbagai dan lebih berinovatif bermula tahun depan.

Menurut kenyataan akhbarnya juga, pihaknya memilih nasi lemak sebagai makanan tradisi tempatan yang digemari masyarakat berbilang bangsa bertepatan dengan peranan BSN sebagai perbankan terawal negara untuk setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Sebanyak 40,000 bungkus nasi lemak turut diagihkan di 37 lokasi di seluruh negara.

Perkhidmatan BSN amat yang dikenali di kawasan bandar turut merentas ke kawasan luar bandar.

Produk-produk teras yang ditawarkan BSN juga meliputi pinjaman persendirian, perumahan, pembiayaan mikro kewangan, sijil simpanan premium, skim perbankan Islam dan banyak lagi.

BSN mempunyai 401 cawangan dengan 5,200 ejen bank berdaftar dengan lebih daripada 8.5 juta pelanggan di seluruh negara.

Peranan ATM diperluas kepada pelbagai skop

$
0
0

Oleh Kepu Sidi //

Sejajar perkembangan globalisasi, sistem pentadbiran, pandangan masyarakat, kata Wahab

KABONG: Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini tidak hanya difokuskan terhadap aspek keselamatan tetapi diperluaskan kepada pelbagai skop.

Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Abdul Wahab Aziz berkata usaha itu sejajar dengan perkembangan globalisasi dan sistem pentadbiran negara serta pandangan masyarakat terhadap ATM yang tidak terhad kepada keselamatan.

Katanya peranan ATM dipelbagaikan merangkumi aspek sosial, kemasyarakatan serta beberapa program melibatkan kerjasama dan interaksi ATM dengan komuniti.

“Usaha ini membolehkan ATM merapatkan hubungan dengan masyarakat dalam menyampaikan agenda pembangunan kerajaan melalui pihak mereka.

“Penganjuran aktiviti melibatkan ATM juga mampu memberi peluang kepada ATM memenangi hati rakyat dengan khidmat ketenteraan,” katanya pada program ‘Mobile Comunity’ Tranformasi Program (MCTP) anjuran ATM dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Kabong, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Hal Ehwal (JASA) Saratok, kelmarin.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, pameran jabatan kerajaan dan ATM, pentas hiburan, pemeriksaan saringan kesihatan dan sebagainya.

Menurutnya, aktiviti itu merupakan usaha ATM menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan meningkatkan kerjasama dengam orang awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka itu berharap masyarakat berusaha mempertahankan perpaduan.

Wahab turut melawat seorang warga emas yang uzur dan merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Dayang Iri Abang Pon, 83, di Kampung Hulu Kabong.

RM20,000 menanti pemenang Pertandingan Menenun Pua Kumbu

$
0
0

SIBU: Sebanyak RM20,000 hadiah wang tunai menanti pemenang Pertandingan Menenun Pua Kumbu Terbuka Sarawak 2015.

Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Datuk Alice Jawan berkata pertandingan edisi keempat ini adalah anjuran SIDS Sibu.

“Pertandingan kali ini hanya terbuka kepada dua kategori iaitu pua kumbu dan kain kebat. Terbuka kepada semua penenun di Sarawak tanpa mengira usia.

“Pertandingan ini bagi menggalakkan wanita Dayak/Iban dan generasi muda terlibat dalam kraf tangan tenunan pua kumbu serta membangun dan mempertahan kraf tangan ini sebagai warisan wanita Dayak/Iban, seterusnya dijadikan produk pasaran kraf tangan,” katanya di sini semalam.

Pertandingan ini bermula sekarang dan tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2015. Pada Oktober 2015, keputusannya akan diumumkan.

“Para peserta mempunyai masa kira-kira sembilan bulan untuk menyiapkan hasil tenunan dan setiap hasil tenunan hendaklah asli,” katanya.

Sementara itu, beliau bersama beberapa exco SIDS Sibu mengadakan perbincangan dengan Yayasan Tun Jugah (TJF) di Kuching.

Perbincangan itu diadakan bersama Pengarah Tekstil TFJ Melia Linggi dan Kurator TFJ Janet Noel.

“Perbincangan itu bertujuan bersama-sama TFJ menganjurkan pameran dan bengkel mengenai pua kumbu sempena pertandingan itu,” jelasnya sambil memberitahu bahawa Pameran dan Bengkel Pua Kumbu akan diadakan pada Oktober 2015.

Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang kerana menyediakan peruntukan untuk pertandingan tersebut dan penganjuran Pameran dan Bengkel Pua Kumbu.

Justeru, orang ramai di negeri ini yang mempunyai bakat menenun pua kumbu dialu-alukan menyertai pertandingan berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Alice di talian 084-211001 sambungan 205 atau Angeline Uchi Maseng di talian 016-8825861.

Kementerian Perumahan, HDC, Daya tandatangani ikrar integriti

$
0
0

KUCHING: Kementerian Perumahan, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Daya Builders Sdn Bhd (Daya Builders) semalam menandatangani ikrar integriti sebagai langkah serius dalam menangani gejala rasuah serta mengamalkan tadbir urus yang cemerlang bagi setiap agensi.

Upacara tersebut diadakan sempena Hari Integriti Kementerian Perumahan, HDC dan Daya Builders di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Petra Jaya di sini.

Menyempurnakan upacara menandatangi ikrar integriti berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan Wan Lizozman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Wan Mohd Yusop Wan Moss dan Pengarah Urusan Daya Builders Sulzari Muhammad dengan disaksikan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Justeru, Abang Johari menegaskan bahawa beliau menyokong usaha yang ditekankan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem itu untuk memerangi gejala rasuah di negeri ini.

“Usaha ini adalah sangat sesuai bagi kita yang menjalankan tugas sama ada sebagai kakitangan perkhidmatan awam mahupun pemimpin.

“Sebab itu, kita mahu menekankan pendirian Ketua Menteri mengenai pentingnya integriti walaupun pada keseluruhannya masalah ini tidaklah begitu serius di mana ia tidak mencapai tahap yang memberi kebimbangan kepada kita.

“Akan tetapi, jika tidak ditangani dan diselesaikan pada peringkat awal, ia boleh merebak menjadi satu budaya yang akhirnya akan menjejaskan kredibiliti kita dan juga cara kita melaksanakan tugas untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada acara berkenaan.

Sempena Hari Integriti tersebut, Abang Johari turut menyeru agar semua warga ketiga-tiga agensi mengambil serius mengenai hasrat kerajaan dalam menangani gejala rasuah dengan menjadi penjawat awam yang berintegriti.

“Ini akan dapat memastikan imej serta nama baik agensi sentiasa terpelihara dan kita dapat memberi perkhidmatan profesional dengan jujur dan telus kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir Pengerusi HDC Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.

Stesen Kuasa Hidroelektrik Murum berfungsi suku kedua 2015

$
0
0

JANA KUASA: Rumah kuasa memiliki 4 x 236 MW turbin dengan keseluruhan kapasiti tenaga berjumlah 944 MW yang akan berfungsi sepenuhnya bulan depan.

BINTULU: Stesen Kuasa Hidroelektrik Murum akan berfungsi sepenuhnya pada suku kedua 2015, kata Pengurus Pembinaan Elektrikal Mekanikal Loji Jana Kuasa Murum Lee Tiong Ho.

Menurutnya, stesen ini mampu menghasilkan tenaga berjumlah 944 megawatt (MW) dengan purata kuasa tahunan 5,952 gigawatt-jam (GWh) apabila lengkap sepenuhnya.

“Stesen Kuasa Hidroelektrik Murum mempunyai empat penjana kuasa yang mana penjana bernombor empat (No.4) sudah beroperasi diikuti penjana No.3 bersedia untuk menghasilkan tenaga manakala No.2 telah selesai ujian pentauliahan serta dalam talian manakala No.1 sedang bersedia untuk ujian basah.

“Kesemua penjana ini akan dapat menghasilkan tenaga pada bulan depan, manakala pada suku kedua 2015 semuanya akan lengkap dengan setiap satu daripadanya dapat menghasilkan 236 MW,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan media ke rumah kuasa dan pusat operasinya di Stesen Kuasa Hidroelektrik Murum di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Hidro Sarawak Energy Berhad (SEB) Polycarp HF Wong berkata, projek ini terdiri daripada sebuah empangan utama, empat ‘Vertical Shaft  Francis Turbines’, penjana dan litar berganda bertransmisi 275 kilovolt (kV) daripada Stesen Hidroelektrik Murum ke Murum Junction Substation (pencawang).

Jelasnya, stesen ini memainkan peranan penting bagi membolehkan SEB menyokong pembangunan agenda Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Visi kita adalah untuk menjadi pembekal kuasa kepada ASEAN pada 2025 melalui infrastruktur rangkaian transmisi yang menghubungkan luar Sarawak seperti eksport tenaga ke Brunei, Sabah, Kalimantan Barat serta Semenanjung Malaysia, Singapura dan Sumatera,” katanya.

Jabatan Pertanian perlukan RM2,154,000 untuk pembangunan pertanian di Murum

$
0
0

BINTULU: Jabatan Pertanian Sarawak memerlukan peruntukan berjumlah RM2,154,000 bagi meneruskan usaha pembangunan projek pertanian di penempatan semula Murum pada 2015.

Pegawai Jabatan Pertanian Kapit Dominic Chunggat berkata, daripada jumlah itu sejumlah RM900,000 dan RM450,000 diperlukan untuk Projek ‘Home Garden’ Tanaman dan Veterinar masing-masingnya, melibatkan tujuh buah kampung.

“Bagi Projek ‘Home Garden’ Perikanan, sejumlah RM350,000 diperlukan untuk dilaksanakan di empat kampung di Matalun.

“Manakala bagi Program Pengurusan dan Ekonomi Keluarga (IAT) pula, sejumlah RM300,000 anggaran peruntukan diperlukan melibatkan tujuh kampung manakala RM154,000 selebihnya bagi Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian (IME),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media semasa menyampaikan taklimat mengenai aktiviti pertanian penempatan semula Murum di Hotel Promenade Bintulu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dominic turut memaklumkan bahawa jabatan itu sedang merancang melaksanakan Projek Tanaman Getah pada 2015 dan 2016 bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk di penempatan semula di situ.

“Projek ini merupakan komitmen kerajaan sebelum perpindahan penduduk dan melalui pasaran sedia ada, ia bakal dilaksana secara RBP/estet mini.

“Kadar skim atau projek adalah RM22,763 sehektar (mengikut cadangan RMK-11 untuk kawasan pedalaman),” jelasnya.

Katanya lagi, melalui projek ini seluas empat hektar per Ketua Isi Rumah (KIR) atau 1,412 hektar melibatkan jumlah kos RM32,141,356 dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu, Dominic menjelaskan bahawa ringkasan bajet bagi program pembangunan pertanian di penempatan semula Murum bagi tahun 2013 adalah berjumlah RM5,674,010.

“Daripada jumlah itu, RM4,080,000 merupakan peruntukan oleh kerajaan negeri untuk Program 1AZAM ‘Home Garden’ Murum dan selebihnya RM1,594,010 disumbangkan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) melalui Akaun Amanah untuk Projek ‘Home Garden’ Murum dan Pembangunan Industri Padi,” katanya.

Manakala, pada 2014 pula menyaksikan jumlah ringkasan bajet bagi program pembangunan pertanian di penempatan semula Murum adalah RM3,046,098.

“Daripada jumlah itu, bagi penempatan semula Murum daripada kerajaan negeri adalah RM2,356,998 diikuti daripada Akaun Amanah untuk Projek ‘Home Garden’ Murum dan Pembangunan Industri Padi ialah RM440,500.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Agrobank pula telah memperuntukkan RM176,500 bagi Program Jom Bertani di penempatan semula Murum dan Akaun Amanah pula sekali lagi menganjurkan Program Industri Padi (Bekalan Benih Padi) Murum dengan perbelanjaan bernilai RM17,650.

“Sementara itu, kerajaan persekutuan turut memperuntukkan RM54,450 bagi Program Industri Buah-Buahan (Edibel Landskap, Murum),” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Dominic berkata seramai 25 peserta terdiri daripada belia Penan melibatkan penduduk dari Long Menapa, Long Singu, Long Tangau, Long Luar dan Long Wat telah mengikuti Latihan Belia Penan Penempatan Semula Murum di Institut Pertanian Sarawak (IPS) di Kuching pada 19 Ogos hingga 11 November 2013.

Selain Dominic, tiga ahli panel lain yang turut menyampaikan taklimat ialah Timbalan Presiden Hidro Polycarp HF Wong, Pengurus Kanan Dua CSR SEB Jiwari Abdullah, Pengurus Pelaburan Sosial Joanne Tan bersama moderator Ahadiah Zamhari.

Hadir sama Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB Peing Tajang, Pegawai Daerah Belaga Abdul Halim Abdullah dan Juruterah Awam Kanan SEB Jacklun Dominic Merickan.


Lima tahun turunkan harga rumah, kata Abang Johari

$
0
0

Oleh Nick Fletcher //

Kementerian Perumahan laksana usaha turunkan harga rumah bagi tangani kenaikan harga rumah di Sarawak

KUCHING: Kementerian Perumahan akan melaksanakan usaha menurunkan harga rumah dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menangani kenaikan harga rumah yang melampau di Sarawak.

Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata sejak tiga tahun lepas, harga rumah teres dan rumah dua tingkat di negeri ini telah meningkat daripada kira-kira RM180,000 hingga RM200,000 kepada RM300,000 hingga RM350,000 ketika ini.

Manakala bagi rumah berkembar, beliau berkata harganya meningkat daripada antara RM350,000 hingga RM400,000 kepada lebih kurang RM600,000 hingga RM750,000.

“Kita (kementerian) mendengar rintihan rakyat bahawa harga rumah telah naik begitu melampau di mana harga rumah berkembar misalnya telah naik mencecah lebih setengah juta.

“Maknanya, tugas kementerian adalah sangat berat dalam tempoh lima tahun akan datang kerana kita hendak menurunkan harga rumah,” katanya ketika berucap sempena Hari Integriti Kementerian Perumahan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Daya Builders Sdn Bhd di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Petra Jaya di sini semalam.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata kementeriannya telah memajukan kepada kerajaan agar diberikan peruntukan yang lebih dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Dengan itu, katanya kementerian akan memiliki bank tanah yang sesuai dengan pembangunan bandar disebabkanpenghijrahan rakyat dari luar bandar ke bandar.

“Apabila kita sudah mempunyai ‘land bank’ sendiri, kita akan membangunkan rumah supaya kita dapat melaksanakan penurunan harga rumah ini,” katanya.

Tegas beliau, usaha itu adalah sangat penting bagi membolehkan rakyat Sarawak terutama daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah.

“Ini menjadi tugas kita (kementerian) kerana kalau tidak, kita akan mempunyai keadaan di mana rakyat tidak mampu memiliki rumah dan ini akan menjadi bencana kepada kita.

“Justeru, kita akan sentiasa memantau harga rumah dan dengan sokongan Ketua Menteri, saya yakin kita dapat menyelesaikan masalah rumah supaya rakyat yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah pada harga berpatutan di Sarawak,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan Wan Lizozman Wan Omar, Pengerusi HDC Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Wan Mohd Yusop Wan Moss dan Pengarah Urusan Daya Builders Sdn Bhd Sulzari Muhammad.

BDA arah binaan di hadapan premis diroboh

$
0
0

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengeluarkan notis perobohan kepada sebuah pemilik kedai di Assyakirin Commerce Square, di sini semalam yang membina binaan di hadapan premis kawasan laluan awam.

Menurut maklumat dikeluarkan Seksyen Hal Ehwal Awam BDA, operasi yang disertai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan berkaitan menyerahkan notis perobohan meminta pemilik premis merobohkan binaan tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Tindakan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang termaktub dalam Sarawak Building Ordinance 1941 yang menyatakan sebarang kerja pembinaan harus dipersetujui PBT.

Langkah ini bertujuan mengutamakan keselesaan rakyat dengan penambahan struktur tambahan secara haram mengundang ketidakselesaan kepada pengguna kaki lima di setiap pusat komersil di sini.

Oleh itu, BDA tidak bertoleransi dengan mana-mana pihak atau sesiapa sahaja yang melanggar peraturan berkaitan pembinaan haram yang tidak mendapat kelulusan.

Operasi itu dijalankan secara berterusan bagi membendung penularan pembinaan atau penambahan struktur secara haram.

BDA menasihati semua pemilik premis agar meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengubahsuaian ke atas premis mereka bagi memastikan tidak melanggar undang-undang ditetapkan.

Belum terima bantuan bina rumah sejak 2012

$
0
0

Oleh Watt Zacchaeus //

Pemilik rumah rosak ditimpa rumah orang lain dakwa belum terima sebarang bantuan

SIBU: Seorang pemilik rumah rosak ditimpa rumah orang lain di No. 57B I dan No. 57A, Kampung Hilir di sini mendakwa bahawa dia belum menerima bantuan daripada pihak berkaitan.

Pemiliknya, Mohd Julaihi Johan berkata kejadian itu berlaku pada 2012 dan sehingga kini tiada sebarang bantuan dihulurkan kepadanya.

“Dua buah rumah saya beralamat di No. 57B I dan No. 57A, Kampung Hilir, di sini rosak disebabkan ditimpa sebuah rumah kosong yang terletak berdekatan. Namun, pemilik rumah itu tidak tinggal di situ lagi.

“Rumahnya roboh disebabkan dipukul arus deras pada Disember 2012. Ini disebabkan struktur rumahnya sudah condong,” katanya di sini semalam.

Julaihi berkata, semasa kejadian dia telah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkenaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Kemudian saya menulis surat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menuntut bantuan bencana tersebut.

“Namun, MKN membalas surat saya dengan mengarahkan wakil rakyat melakukan tindakan lanjut mengenai masalah itu. Tetapi, sehingga kini tiada tindakan daripada wakil rakyat terbabit.

“Saya turut menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal bulan lalu dan jawapannya sangat memuaskan apabila Najib turut mengarahkan wakil rakyat serta pihak MKN Negeri mengambil tindakan susulan terhadap masalah saya ini.

“Sehingga hari ini, pihak diarahkan itu masih belum menghubungi saya meskipun sudah diberi surat rasmi daripada Najib,” tegasnya.

Julaihi berkata beliau terpaksa merobohkan rumah kosong yang menimpanya pada awal bulan ini termasuk rumahnya sendiri tanpa bantuan mana-nama pihak.

Katanya rumah yang condong dan roboh itu perlu dirobohkan kerana dibimbangi merosakkan rumah orang lain.

“Satu sen pun saya masih belum dibayar pampasan berkenaan dengan kerugian dialami dari bencana itu.

“Saya terpaksa merobohkan rumah itu termasuk membina semula rumah saya.

“Sepatutnya, saya berhak diberi bantuan kerana ini kes bencana namun pihak berkenaan termasuk wakil rakyat masih berdiam diri sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa membelanjakan kira-kira RM250,000 duit sendiri untuk kos meroboh rumah terbabit termasuk membina semula dua rumahnya.

Beliau memberitahu, setakat ini proses pembinaan rumahnya berjalan lima peratus disebabkan faktor-faktor kewangan.

“Kos membina rumah melibatkan kos yang besar.

“Saya tidak dapat membuatnya sekali gus disebabkan faktor kewangan.

“Cuma saya hanya meminta pihak berkenaan melaksanakan arahan yang diberikan pihak atasan.

“Saya sebenarnya berhak mendapat bantuan sewajarnya kerana ini kes bencana seperti orang lain juga.

“Apa ertinya jika pihak berkenaan tidak dapat menguruskan kerugian yang saya tanggung,” katanya.

Justeru, beliau memohon jasa baik pihak berkenaan supaya dapat menguruskan bantuan sewajarnya dengan adil.

JKKK diperlukan untuk memajukan sesebuah kampung, rumah panjang

$
0
0

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Datuk Francis Harden Hollis berkata kerajaan amat memerlukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam memajukan sesebuah kampung atau rumah panjang.

Katanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berupaya menyebar pelbagai dasar pembangunan kepada penduduk di bawah sesebuah JKKK.

Menurutnya, JKKK  mampu menerangkan pelbagai polisi pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.

“Bukan itu sahaja, kerajaan juga berupaya menyalur banyak dana untuk JKKK bagi melaksanakan program pembangunan bagi kebaikan penduduk,” katanya pada Majlis Makan Malam anjuran JKKK Taman Tiara Jalan Brayun, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu menasihati ahli-ahli JKKK agar tidak mengutamakan kepentingan diri jika mahu terus maju pada masa akan datang.

“Sesebuah JKKK boleh runtuh jika ahli-ahlinya mengutamakan kepentingan diri.

“Ini suatu situasi yang perlu dielakkan oleh semua JKKK kerana jika tidak mungkin mendatangkan kerugian kepada pembangunan komuniti sendiri,” katanya.

Harden menaruh harapan agar setiap JKKK dapat membantu kerajaan  menyumbang kepada pembangunan komuniti di sini.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada JKKK Taman Tiara selain menyampaikan cek bernilai RM3,000 kepada Biro Wanitanya sambil disaksikan Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat.

Kemajuan ekonomi tidak tercapai sekiranya rakyat saling bergaduh

$
0
0

LIMBANG: Kemajuan ekonomi dalam sesebuah negara tidak akan tercapai sekiranya rakyat saling bergaduh dan berperang sesama sendiri,” kata Pemangku Yang di-Pertua Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Beliau berkata rusuhan serta pergaduhan dan peperangann yang menyebabkan pertumpahan darah hanya membantutkan segala program pembangunan ekonomi yang dikehendaki rakyat.

“Tidak ada pembangunan ekonomi dicapai jika sentiasa berperang sesama sendiri kerana kekayaan ekonomi bergantung kepada kestabilan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Perayaan Hari Krismas 2014 di sini malam kelmarin.

Mohd Asfia berkata kemajuan ekonomi juga bergantung kepada faktor keharmonian kaum dan agama.

Beliau berkata Sarawak mempunyai 27 suku kaum yang hidup dalam suasana harmoni.

“Jika bergaduh tidak akan ada kemajuan dan pembangunan untuk negeri ini,” katanya.

Jelas beliau, umat Islam dan Kristian dapat meraikan pelbagai perayaan utama seperti Hari Raya, Krismas dan perayaan lain melalui budaya kunjung-mengunjung dan rumah terbuka.

“Keadaan ini tidak berlaku di negara lain yang bergolak, justeru keharmonian ini perlu dikekalkan dan elak sebarang pergaduhan yang boleh membantutkan segala pembangunan ekonomi yang dirancang kerajaan,” jelasnya.

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>