Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Tendang, rogol

$
0
0

Oleh Rosemaria Buma//

 

DIBERKAS: Suspek (kiri) diiringi ke Balai Polis Pusat Miri sebaik ditangkap tengah hari semalam.

Lebam-lebam di badan bongkar rahsia remaja perempuan dipukul dan dirogol teman lelaki

MIRI: Kesan lebam di beberapa bahagian badan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun akhirnya membongkar rahsia bahawa dia pernah dirogol seorang lelaki yang merupakan teman lelakinya.

Perkara itu terdedah apabila ayahnya bertanya kepada mangsa apakah yang berlaku sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam di badannya.

Berikutan itu, ayahnya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Dalam aduannya, ayah terbabit mendakwa sekitar jam 11 malam 5 Oktober lalu, dia bertanya kepada anak perempuannya itu tentang apa yang berlaku sehingga badannya lebam-lebam.

Mangsa memberitahu, dia telah dipukul dan ditendang beberapa kali oleh seorang lelaki yang juga teman lelakinya menggunakan kaki dan tangan.

Lebih mengejutkan ayahnya apabila mangsa turut mengaku teman lelakinya itu pernah mengadakan hubungan seks dengannya.

Mangsa dihantar ke Hospital Miri bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 12 tengah hari semalam di sebuah pasar basah di sini, polis memberkas seorang penjual ikan berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes itu.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan tangkapan ke atas suspek.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

 


Kuasai DROPSHIP ONLINE di Miri pada 12 Oktober

$
0
0

BIMBING: Penceramah membimbing para peserta Program Kuasai DROPSHIP ONLINE – Bongkar FORMULA 1 JUTA.

PROGRAM Kuasai DROPSHIP ONLINE – Bongkar FORMULA 1 JUTA mendapat sambutan hebat daripada warga Kuching dan Sibu, Sarawak. Atas permintaan ramai, destinasi terakhir program ini akan diadakan pada 12 Oktober 2014 (Ahad) di Pustaka Miri, Sarawak. Pendaftaran bermula jam 1.30 petang (slot dimulakan tepat jam 2 petang – 6 petang).

Dua orang penceramah terkemuka dari Kuala Lumpur akan bersama anda berkongsi pengalaman dan inspirasi membina RM1,000,000 dalam masa setahun yang akan memberi jaminan anda BEBAS KEWANGAN.

Yuran promosi dibuka sekarang sehingga 11 Oktober iaitu DAFTAR SEORANG RM40 dan DAFTAR BERTIGA RM60 sahaja.

Yuran asal RM100 bagi yang mendaftar Walk-In pada hari program 12 Oktober. Daftar segera Nama Penuh > No KP > No Tel ke talian 011 1263 3689. DAFTAR dan BAYAR AWAL lebih JIMAT.

Peserta akan diberikan ILMU POWER DROPSHIP dan peluang menjalinkan kerjasama dalam membina perniagaan yang semudah ABC walaupun hanya duduk

di rumah duit akan mengalir seperti air sehingga ANDA TERPAKSA KAYA dan BERJAYA dengan hanya menjadi USAHAWAN DROPSHIP.

Peluang perniagaan ini hanya terbuka untuk peserta yang hadir sahaja dan BIMBINGAN PENUH serta SISTEM akan diberikan untuk peserta yang hadir. Mudah bukan? Peserta yang hadir juga berpeluang menyedut ilmu dalam dunia

e-Commerce Trading dan rangka perniagaan ini akan diterangkan satu persatu di mana testimoni peserta yang pernah hadir menjana pendapatan RM32,000 dalam masa 6 hari. Ini adalah BONUS untuk para peserta yang hadir.

Inilah peluang yang anda tunggu. Jaminan untuk mengubah hidup anda dan masa depan keluarga anda. Ramai usahawan DROPSHIP di luar sana hanya menjalankan perniagaan untuk melepaskan belanja dapur tetapi masih tersekat dan

terikat dengan bebanan hutang, kanser kewangan, tekanan masa dan paling kronik haru biru suami isteri.

Kepakaran kami ialah membawa kesemua peserta yang hadir untuk menikmati 4K :

#KEBEBASAN KEWANGAN

#KEBEBASAN LOKASI

#KEBEBASAN MASA

#KEBEBASAN GAYA HIDUP

ALBUM: Para peserta dan penceramah merakamkan kenangan semasa menyertai Program Kuasai DROPSHIP ONLINE – Bongkar FORMULA 1 JUTA baru-baru ini.

Apabila keempat-empat elemen ini bergabung, maka bersiap sedia untuk menjadi salah seorang usahawan ONLINE yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang jutawan atau multi-jutawan. Harapan kami hanya satu iaitu memantapkan nilai ekonomi anda dari sudut pemilikan bisnes yang menguntungkan dan semoga anda terus sukses dalam menyelesaikan masalah dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

Fakta perniagaan zaman kini semakin maju ke hadapan dan kita mesti seiring dengan perubahan arus kemodenan ini. Bagi memastikan bisnes kita terus bernafas, jalan terbaik adalah menjadikan ONLINE sebagai satu alat bisnes. Ketika ini, kuasa pemasaran

di Internet diambil alih oleh laman sosial yang mencatatkan keuntungan sekitar USD5.1 bilion pada tahun 2012.

Kuasa DROPSHIP mempunyai aura dan impaknya tersendiri dalam menguruskan perniagaan. Tidak perlu mengeluh apabila wujudnya pesaing ONLINE. Ia adalah suatu petanda yang jelas memberitahu bahawa pasaran yang kita pilih adalah pasaran yang lumayan. Untuk itu, jalan keluar atau strategi yang terbaik bagi membuatkan pesaing bisnes teruk tenggelam dengan beretika adalah memahami kelemahan mereka. Kemudian mencorakkan kelemahan itu menjadi satu kekuatan luar biasa dalam bisnes kita.

Berdasarkan kajian-kajian pakar, terdapat lima jenis elemen yang dapat menjelaskan kelemahan para pesaing ONLINE :

1. Apakah kelemahan yang ada dalam produk mereka?

2. Bagaimana mereka mengedarkan produk?

3. Adakah harga mereka murah atau mahal?

4. Bagaimana kempen promosi pesaing?

5. Bagaimana struktur ayat POWER iklan?

Kami akan bongkar persoalan anda dengan FORMULA AJAIB ONLINE kami. Kami mahu anda menguasai DROPSHIP ONLINE dan bersama kami membina empayar perniagaan di mana setiap wilayah kami hanya memerlukan 30 orang sahaja peserta untuk hadir. Mereka inilah pioneer yang akan membina Puak Online Jutawan.

Seminar ini adalah enjin permulaan. Laman sosial adalah alat yang bergerak laju. Sentiasa ada pembaharuan dan inovasi dari semasa ke semasa.

Justeru itu, jangan mudah rasa selesa. Sentiasa berusaha dari sudut wang, masa dan tenaga untuk menyedut ILMU daripada pelbagai jenis Pakar/Mentor. Untuk Berjaya, belajar daripada orang yang sudah Berjaya.

Jangan bertangguh lagi. Masa untuk bertindak!

It’s NOW or never. Peluang sudah di hadapan mata. DAFTAR SEGERA dan BAYAR AWAL LEBIH JIMAT. Hubungi talian kami 011 1263 3689.

SUKMA 2016: Kumite mampu sumbang pingat

$
0
0

MIRI: Pasukan Karate Sarawak akan memberikan lebih tumpuan kepada kategori Kumite bagi menghadapi cabaran Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Ketua Jurulatih Pusat Kecemerlangan Karate, Miri Al-Harir Muhammad ketika dihubungi berkata, pasukan terbabit mempunyai harapan tinggi untuk meraih pingat dari kategori tersebut pada SUKMA 2016.

“Pasukan kita mempunyai peluang yang amat cerah dan yakin boleh memperolehi pingat dalam acara tersebut.

“Bahkan kita turut akan memberikan lebih tumpuan latihan kepada pasukan dalam acara terbabit seperti dari kategori berat 61kg, 68kg dan ke atas bagi wanita, manakala 76kg, 83kg dan keatas untuk lelaki.

“Tambahan pula, Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi SUKMA 2016 kelak dan kita mahu melakukan terbaik umtuk mencapai sasaran,” jelasnya.

Acara karate dalam SUKMA 2016 menawarkan 16 pingat emas dimana 14 adalah bagi acara Kumite sementara selebinya ialah bagi kategori KATA.

“Kita tidak memberikan penekanan lebih bagi kategori Kata memandangkan kategori terbabit lebih didominasi oleh pasukan karate dari Pulau Pinang dan kekuatan bagi pasukan kita adalah bagi kategori Kumite,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini, Miri telah mengenalpasti atlet yang berpontensi untuk diketengahkan dalam acara Kumite, namun pihaknya belum menjalani ujian penilaian.

Dalam perkembangan lain katanya, Persatuan Karate Sarawak akan menganjurkan Seminar Kejurulatihan bagi jurulatih karate di negeri ini yang akan berlangsung pada 24 Oktober hingga 26 Oktober ini.

Lebih 10 jurulatih di seluruh negeri dijangka akan menghadiri seminar terbabit.

“Seminar berkenaan akan dikendalikan oleh jurulatih kebangsaan yang dibawa khas ke sini sebagai sebahagian persediaan bagi pasukan kita menghadapi SUKMA 2016 kelak,” tambahnya.

Harus peka perkembangan penyokong di laman sosial

$
0
0

KOTA SAMARAHAN: Pihak yang bertanggungjawab terhadap perlawanan bola sepak skuad negeri tidak boleh lalai lagi dalam menguruskan kawalan keselamatan di stadium agar tidak berulangnya kejadian rusuhan penyokong.

Menegaskan perkara tersebut, Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata polis dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) amnya harus melakukan persiapan yang lebih rapi di dalam aspek keselamatan pada masa akan datang.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi saya rasa berlaku kelonggaran terhadap cara mengawal serta mengawasi keadaan keselamatan ketika itu,” katanya berhubung kejadian rusuhan penyokong di stadium yang lepas sehingga memusnahkan harta benda stadium dan juga kenderaan polis.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pengagihan daging korban di Wisma Persekutuan Samarahan di sini, semalam.

Selain itu, Karim berkata FAS dan polis khususnya juga harus peka terhadap perkembangan penyokong bola sepak menerusi laman sosial seperti facebook dan juga blog.

Jelas beliau, kejadian rusuhan penyokong yang lepas merupakan susulan daripada ketegangan penyokong Sarawak di Ipoh semasa menyaksikan perlawanan pasukan negeri menentang tuan rumah, Perak dan ia sudah pun tersebar di laman facebook.

Tanpa disedari, katanya disebabkan momentum balas demdam yang membara di kalangan penyokong Sarawak, ia telah menjadi faktor utama bagi rusuhan tersebut.

“Ada penyokong yang datang mungkin sudah merancang atau berniat untuk membuat kekecohan bagi membalas dendam ke atas apa yang berlaku di Perak.

“Kepada FAS, polis atau pihak yang mengawasi perlawanan pada masa akan datang, mereka harus sedikit sebanyak memantau perkembangan penyokong di laman sosial dan membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi sesuatu kemungkinan yang tidak dijangka,” katanya.

Pada Selasa lepas, dua adik-beradik kembar berusia 17 tahun yang ditahan kerana terlibat di dalam rusuhan tersebut telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini.

Bagaimanapun, hukuman belum lagi diputuskan di mana hakim Portia Tham Ong Leng menetapkan 20 Oktober untuk mendengar laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum meluluskan penghakiman ke atas kedua-dua remaja tersebut.

Adik-beradik tersebut bersama tiga lagi yang lain telah didakwa di bawah Seksyen 151, Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, Karim berharap agar kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

“Apa-apa tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pesalah akan dijadikan sebagai satu pengajaran kepada kita semua pada masa akan datang agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Lebih 100 peserta mengesahkan penyertaan

$
0
0

KUCHING: Lebih 100 peserta dari seluruh Sarawak telah mendaftar bagi menyertai Kursus Pengadil dan Jurulatih Tarian Singa dan Naga Sarawak yang akan diadakan pada 7-9 November depan bertempat di Auditorium Jabatan Belia dan Sukan Sarawak (JBS).

Kursus tersebut dianjurkan oleh Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga (PTNSWS) dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan JBS.

Objektif utama kursus tersebut adalah untuk mempromosi dan meningkatkan kepakaran teknikal dan pengetahuan pegawai yang terlibat dalam tarian singa dan naga.

Selain itu, ia bertujuan melahirkan lebih ramai hakim dan jurulatih yang berkelayakan bagi merancakkan pembangunan jangka masa panjang dan aktiviti PTNSWS di seluruh negeri.

Beberapa pegawai teknikal ternama yang mendapat pengiktirafan antarabangsa turut serta untuk memberi ceramah dan memeriksa kursus tersebut nanti.

Pengarah JBS, Abdul Haris Ishak mengumumkan kursus tersebut semalam bersama Setiausaha Agung PTNSWS, Fredrick Kueh, Bendahari Calvin Kong, Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Nelson Nguang termasuk pegawai Sim Tze Liang dan Ng Fock Chung.

Kursus tersebut terbuka kepada mana-mana peserta yang berminat.

Tempat adalah terhad dan mereka yang berminat boleh hubungi Bahagian Teknikal dan Pembangunan PTNSWS di talian 016-8709906.

Kurang kualiti punca Alberts ‘beralih arah’

$
0
0

KUCHING: Kekurangan pemain tempatan yang mampu bersaing menjadi punca Sarawak terpaksa mengambil sumber dari luar bagi memantapkan pasukan setiap kali berdepan musim baharu Liga Malaysia.

Ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts sambil berkata, program pembangunan bola sepak negeri tidak banyak melahirkan pemain remaja yang mampu memberikan saingan dalam kejohanan kompetitif seperti Liga Super.

“Bukan mudah untuk pemain remaja tempatan bersaing dalam Liga Super kerana jurang kemahiran serta pengalaman yang sangat besar.

“Justeru, kombinasi dengan pemain import perlu bagi menguatkan pasukan menghadapi saingan yang sangat kompetitif,” katanya semalam.

Menurut Alberts, setakat ini hanya Ashri Chuchu yang beliau lihat mempunyai kualiti seperti yang diharapkan.

Manakala selebihnya masih memerlukan lebih banyak pendedahan bagi memantapkan lagi permainan mereka.

Alberts pada masa yang sama melahirkan rasa kagum dengan prestasi pasukan SUKMA 2016 dan percaya beberapa pemain dalam pasukan itu berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan senior.

Tegasnya, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) harus memantapkan program pembangunan pasukan itu bagi mengekalkan prestasi terbaik mereka.

Setakat ini, hanya Shreen Tambi telah disenaraikan dalam pasukan senior Sarawak bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Pemain SUKMA 2014 itu mendapat kepercayaan Alberts setelah mempamerkan persembahan cemerlang semasa menyertai pasukan Piala Presiden Sarawak.

Sementara itu, Alberts telah mencadangkan kepada FAS dua penyerang import yang bermain dalam Liga Indonesia bagi mengisi slot yang ditinggalkan oleh Hassan El Mohamed.

Aksi futsal Piala Sarawak 2014 bakal menyusul

$
0
0

KUCHING: Selepas berakhir Kejohanan Futsal Piala Sarawak KPS di Sarikei pada minggu lepas, giliran Kejohanan Futsal Piala Sarawak 2014 bakal menyusul dan dijangka akan diadakan di Bintulu.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Razali Dolhan menjelaskan cadangan memang telah disuarakan untuk menganjurkan kejohanan tersebut namun setakat ini belum ada keputusan tetap berhubung hal tersebut.

“Cadangan memang ada namun keputusan hanya akan diketahui selepas mesyuarat Exco FAS pada minggu depan,” katanya mengulas perkara itu semalam.

Menurutnya, jika segala-galanya berjalan dengan lancar, kejohanan berprestij itu dijangka akan berlangsung pada awal Disember nanti.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BiFA), Duke Janteng menyambut baik cadangan pemilihan Bintulu sebagai venue kejohanan pada edisi kali ini.

Beliau yakin BiFA mampu memikul tugas selaku penganjur berdasarkan pengalaman ketika menganjurkan Liga Juara-Juara Sarawak 2013.

Keyakinan itu ditambah dengan adanya kemudahan gelanggang futsal yang baik dan lengkap di Bintulu sekali gus memastikan penganjuran kejohanan itu berjalan dengan lancar kelak.

Atlet emas bukan ‘tanduk lama’

$
0
0

Oleh Ghaz Ghazali //

Wee berkata sumbangan jaguh veteran S’wak sepatutnya dihargai, tidak harus dilupakan

PRIHATIN: Wee (kiri) berbual dengan Bujang di Wad Tingkat 8 Hospital Umum Sarawak.

KUCHING: Sumbangan para atlet veteran negeri ini, terutamanya mereka yang sudah bersara, tidak seharusnya dilupakan.

Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak (SBBA) Datuk Wee Hong Seng berkata walaupun sudah tidak aktif, para bekas ahli sukan ini sepatutnya dihargai di atas sumbangan mereka mengharumkan nama Sarawak bukan sahaja di peringkat kebangsaan, bahkan di peringkat antarabangsa.

“Ungkapan ‘sudah ada gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi’ tidak seharusnya wujud bila kita memperkatakan tentang jaguh-jaguh veteran kita.

“Kita harus ingat bahawa mereka terlebih dahulu telah berjasa kepada negara sebelum adanya infrastruktur dan kemudahan sukan pada hari ini yang dinikmati oleh atlet-atlet belia kita,” kata beliau selepas melawat legenda bina badan, Bujang Taha, di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

Menurut anak bekas juara Mr Asia dua kali itu, Yusuf Bujang, bapanya dimasukkan ke wad Isnin lalu akibat serangan lelah.

“Buat masa sekarang, bapa saya masih lagi di bawah pengawasan doktor. Syukur beliau boleh bernafas dengan lebih selesa selepas para doktor mengeluarkan cecair dari paru-parunya malam tadi (Selasa),” kata Yusuf.

Bujang, 77, merupakan antara perintis sukan bina badan negeri ini di samping Soloman Esmanto, Liaw Teck Leong, Suhardi Mukmin dan Andrew Grinsam, dan mula menceburi bidang ini lewat 60-an. Beliau berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang kejuaraan bina badan Asia sebanyak dua kali, iaitu pada 1980 dan 1981.

Terdahulu, rombongan dari SBBA yang diketuai oleh Wee, menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada menantu Bujang, Suzana Ibrahim.

Wee berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bekas atlet itu, sambil menggesa agar ahli keluarganya supaya sentiasa berhubung dengan beliau.

“Kami di SBBA berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kebajikan para atlet kami. Saya difahamkan bahawa Bujang hanya boleh minum susu formula khas kerana beliau masih belum mampu untuk menelan makanan. Dalam hal ini, kami juga akan membantu ahli keluarga beliau.

“Harapan kami semua adalah untuk Bujang cepat sembuh,” tambah beliau.

Sesiapa yang ingin melawat atau memberi sumbangan kepada Bujang boleh datang ke Wad Perubatan Tingkat 8 HUS, atau menghubungi Yusuf di 016-8712645 dan Suzana (016-8539617).

Turut serta dalam rombongan lawatan semalam adalah naib presiden SBBA, Nolan Chee, pembantu setiausaha persatuan Asfan Bujang, ketua jurulatih George Awi dan beberapa ahli bina badan negeri.


GPMS sokong isu SJKC dibincang pada perhimpunan agung UMNO

$
0
0

KUALA TERENGGANU: Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan menyokong tindakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibincangkan pada perhimpunan agung UMNO bulan depan.

Presidennya Syed Anuar Syed Mohamad berkata pihaknya mencadangkan agar perkara itu menjadi antara agenda penting untuk dibincangkan pada perhimpunan agung itu.

“Kami hairan mengapa MCA bimbang mengenai cadangan isu itu dibahaskan sehingga perlu meminta pihak polis siasat atas alasan akan berlaku ketegangan kaum selain dikatakan bercanggah dengan perlembagaan negara.

“Sehubungan itu Alumni GPMS Kebangsaan menggesa Pengerusi Biro Harmoni Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker memperincikan butiran yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang didakwanya bercanggah berkaitan perkara itu,” katanya.

Syed Anuar turut memperbetul kenyataan Ti berhubung kes seorang anggota Parlimen dari Sabah, Mark Koding yang didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta Hasutan.

Jelas beliau hukuman yang dikenakan ke atas Mark itu disebabkan tindakannya mencadangkan pindaan kepada perkara 152 Perlembagaan.

“Beliau (Mark) bukannya dihukum kerana mendesak agar sekolah vernakular dihapuskan tetapi kerana mencadangkan pindaan ke atas perkara 152 Perlembagaan,” katanya.

Syed Anuar berkata cadangan penghapusan sekolah vernakular tidak sepatutnya dilihat sebagai menafikan hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka sebaliknya usaha itu lebih kepada penggunaan bahasa kebangsaan selain merapatkan hubungan antara kaum yang jurangnya kian melebar. — Bernama

Selangor tidak pernah keluar permit ‘Octoberfest’

$
0
0

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberikan permit atau kelulusan terhadap mana-mana pihak dalam penganjuran festival minuman keras ‘Octoberfest 2014’ yang dijangka berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah dalam kenyataannya semalam berkata pengeluaran permit bagi acara sedemikian adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Penganjur boleh me-mohon kepada PBT yang berkaitan dan kelulusannya adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan antaranya memasang papan tanda ‘Melayu/Islam dilarang masuk”, memastikan tiada pengunjung di bawah umur, mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia, dan acara hendaklah dilakukan di lokasi tertutup,” katanya.

‘Octoberfest’ atau festival arak yang dianjurkan sebuah syarikat pengeluar minuman keras itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di sebuah hotel di Subang dan Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam kenyataannya semalam berkata pemasangan papan iklan promosi ‘Octoberfest’ dilakukan tanpa kelulusan dan kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bagaimanapun katanya, iklan berkenaan dipasang di papan iklan milik sebuah syarikat pengiklanan dan bukan milik MBS dan papan iklan berkenaan telah diturunkan oleh MBSA dan syarikat pengiklanan berkenaan telah dikenakan tindakan sewajar-nya. — Bernama

Khidmat atas talian perkukuhkan integriti

$
0
0

Kurang bersemuka dengan pelanggan, maka kurang juga peluang berlakunya ketirisan

TAKLIMAT KERJAYA: Zabidi bergambar dengan para pelajar pada ‘Program Management Apprenticeship’ dan Taklimat Kerjaya Tahun 2014 di Dewan Bangunan Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan dan agensi kerajaan perlu memantapkan dan memperbanyak perkhidmatan atas talian atau online bagi memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata pendekatan itu bertujuan mengurangkan kaedah bersemuka dengan pelanggan perkhidmatan, sekali gus mengurangkan pe-luang berlakunya ketirisan.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar sentiasa patuh dan mengamalkan pro-sedur kerja seperti digariskan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Setiap penjawat awam perlu ingat bahawa kerajaan mengamalkan sifar toleransi terhadap mereka yang tidak berintegriti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program JPA-Pengurusan Perantisan (MAP) di pekarangan lobi Kementerian Kewangan di sini semalam.

Mengakui terdapat sege-lintir penjawat awam yang tidak berintegriti, namun Mohamad Zabidi berkata ia tidak boleh diterjemahkan pada seluruh perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, beliau berharap pemantapan perkhidmatan dalam talian selain kesedaran mengenai prosedur kerja dapat meningkatkan integriti dan mutu kerja dalam kalangan 1.5 juta penjawat awam.

Tentang program JPA-MAP, Mohamad Zabidi berkata ia merupakan komitmen dan bukti keprihatinan kerajaan dalam menyedia-kan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar tajaan untuk kembali berkhidmat di Malaysia.

“Ini merupakan usaha kerajaan untuk mengekalkan modal insan berkemahiran dan berketrampilan untuk terus berkhidmat di Malaysia, sekali gus mengurangkan masalah ‘brain drain’ yang boleh menjejaskan daya saing negara,” katanya.

Program semalam dihadiri 294 graduan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang menamatkan pengajian tahun ini.

Penganjuran Program JPA-MAP bertujuan untuk mengingatkan graduan akan tanggungjawab untuk memenuhi kontrak berkhidmat dengan kerajaan dan memastikan graduan lulusan luar negara kembali berkhidmat di Malaysia. — Bernama

Walaupun letih dan lapar, anggota polis masih dapat pikul tanggungjawab

$
0
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu oleh seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, walaupun terperangkap di sebuah perkampungan air kira-kira 22 jam selepas berlaku pertempuran, beliau yang keletihan dan kelaparan ketika itu masih mampu mematuhi arahan yang diberikan kepadanya sebaik selepas diselamatkan.

Inspektor Khairulnizam Husin, 45, yang terperangkap bersama beberapa anggota polis di sebuah rumah di Kampung Sri Jaya di Simunul, Semporna pada 2 Mac tahun lepas, telah diarahkan oleh ketua operasi menyelamat DSP Hisham Mahmood untuk menerima semua senjata yang dirampas komando VAT69, yang terbabit dalam operasi menyelamat, tidak lama selepas keluar dari Kampung Sri Jaya pada petang 3 Mac tahun lepas.

“Walaupun saya letih dan kelaparan pada masa itu, saya masih mampu memikul tanggungjawab saya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada sesi pemeriksaan balas, perbicaraan kes 30 tertuduh yang menghadapi pelbagai pertuduhan berkaitan pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lepas.

Tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, yang sebahagian menghadapi pelbagai pertuduhan seperti melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menganggotai kumpulan pengganas, merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Khairulnizam, yang bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna ketika itu, memberitahu mahkamah Hisham datang kepadanya dan memberi arahan kepadanya selaku pegawai SB, yang merupakan satu-satunya pegawai polis di Semporna yang terselamat dalam pertempuran itu.

Khairulnizam adalah antara 57 anggota polis yang terbabit dalam serbuan di perkampungan itu pada 2 Mac tahun lepas untuk menahan seorang suspek yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu apabila pertempuran berlaku pada 7.30 malam yang mengorbankan enam anggota polis.

Sementara itu, pegawai SB Bukit Aman ASP Mohd Aswad Arshad, 32, berkata pada 17 Feb tahun lepas, beliau dimaklumkan oleh Allahyarham Supt Ibrahim Lebar mengenai tugasan di Lahad Datu dan Semporna yang dikenali sebagai Op Sulu.

Beliau memberitahu mahkamah, operasi itu yang kemudian dikenali sebagai Op Daulat, mengenai pencerobohan yang berlaku di Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar apakah kaitan Semporna dengan pencerobohan di Lahad Datu, Mohd Aswad berkata terdapat maklumat di Semporna yang berkait rapat dengan pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.

Pegawai SB itu yang merupakan saksi ke-44 pendakwaan berkata beliau ditugaskan untuk mengesan lokasi nombor telefon yang diberikan kepadanya, tetapi tidak boleh memintas panggilan, semasa operasi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung hari ini. — Bernama

Kes saman RM50 juta: Anwar nafi liwat Mohd Saiful

$
0
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  dalam pernyataan pembelaannya semalam menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lepas bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku.

Anwar berkata ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada masa itu.

Beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya.

Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu semalam yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful.

Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 18 Nov depan untuk pengurusan kes.

Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. — Bernama

Pesara JKR terkejut wang simpanannya RM70,000 dalam bank lesap

$
0
0

SETIU: Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyimpan wang baki ganjaran pencennya berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri di sini terkejut apabila mendapati wang simpanannya lesap petang kelmarin.

Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya di sini menyedari kejadian itu selepas cuba mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada jam 1.50 petang kelmarin, dan mendapati wang baki pencennya yang disimpan sejak Mac lepas hanya berbaki RM42 sahaja.

Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri di sini pada jam 4 petang kelmarin.

“Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan wang di dalam akaunnya hanya berbaki RM42 sedangkan beliau masih mempunyai RM70,000 dalam akaun yang tidak pernah diambil sejak Mac lepas.

Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank berkenaan.

Katanya, berdasarkan kenyataan bank menunjukkan pengeluaran wang dilakukan mulai 14 Mac lepas hingga 6 Okt yang dibuat oleh individu tidak dikenali secara pemindahan wang melalui Internet sebanyak 69 kali. — Bernama

Bakal pengantin ditahan disyaki terlibat dengan ISIS

$
0
0

Wanita berusia 25 tahun ditahan di Lapangan Terbang klia2

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang klia2 pada Ahad.

Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.

Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini semalam mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.

Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.

Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.

Sejak April hingga 21 Sept tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria. — Bernama


Skuad Taktikal Khas 3, mula operasi Disember ini

$
0
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan khas membanteras kegiatan judi, maksiat dan kongsi gelap iaitu Skuad Taktikal Khas 3 dijangka memulakan operasi Disember ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat semalam semasa menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang ingin tahu sejauh manakah keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap aktiviti siber kafe dan judi Internet.

“Pasukan khas dengan kekuatan 200 pegawai dan anggota akan membuat serbuan serta pemeriksaan ke atas pusat-pusat yang menganjurkan perjudian di seluruh negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa memperhebatkan tindakan tegas bagi membanteras aktiviti mesin perjudian komputer dengan adanya Ops Dadu Khas yang memberi tumpuan dan berskala besar di seluruh negara.

Tambahnya, kementerian juga menyediakan nota makluman khas dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri tentang keperluan tindakan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekang kegiatan itu.

“Ini memandangkan PBT mempunyai budi bicara bagi meluluskan dan membatalkan premis serta lesen untuk perniagaan siber kafe di kawasan pentadbiran masing-masing,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga sedang mengkaji tindakan alternatif yang boleh diambil di bawah Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POCA) jika tiada keterangan kukuh untuk dituduh di mahkamah terhadap mana-mana individu atau  sindiket yang menganjurkan perjudian haram.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Johari agar kementerian meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap Ketua Polis Daerah yang berjaya menumpaskan setiap pusat siber kafe yang menjalankan perjudian komputer.

“Saya akan usulkan kepada Ketua Polis Negara mengenai cadangan tersebut. Ini kerana judi bukan sahaja masalah bagi satu pihak malah ia menjadi tanggungjawab semua untuk membanterasnya,” kata beliau.

Berdasarkan statistik daripada operasi yang dijalankan bermula 2013 hingga Ogos lepas, PDRM merampas 197,477 unit komputer bernilai hampir RM2 juta manakala 2,500 individu didakwa di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka dan 1,753 individu lagi didakwa mengikut Seksyen 6(2), Enakmen Hiburan.

Beliau berkata PDRM sentiasa menjalankan operasi secara agresif dan berterusan bagi mengekang gejala itu, namun usaha tersebut memerlukan penglibatan serta sokongan orang ramai dengan menyalurkan maklumat, selain menghindarkan diri daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu. — Bernama

MAYC minta subsidi minyak bagi pelajar universiti

$
0
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) berharap kerajaan memberi lebih banyak insentif dan kemudahan kepada belia dalam Bajet 2015 bagi menangani bebanan kenaikan kos sara hidup.

Ketua Penerangan MAYC Kebangsaan Khairul Muzammil Eshak berkata pihaknya mencadangkan beberapa bentuk bantuan utama yang sangat diperlukan belia iaitu elaun RM500 selama enam bulan kepada mereka yang layak selepas menamatkan pengajian serta belum mendapat pekerjaan.

“Kita sedia maklum ramai graduan yang terbeban dengan hutang pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebaik sahaja tamat pengajian, maka elaun ini sebagai wang permulaan mencari pekerjaan.

“Tambahan pula jika terpaksa berhijrah ke bandar untuk mendapat kerja maka wang ini sangat membantu, namun selepas tempoh itu inisiatif mencari pendapatan bergantung kepada belia itu sendiri,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Khairul Muzammil berkata MAYC turut mencadangkan agar sistem subsidi minyak khas bagi golongan pelajar institusi pengajian tinggi diperkenalkan mengikut struktur geografi mereka misalnya RM150 untuk pelajar di kampus yang terletak di bandar manakala RM80 bagi kampus luar bandar.

“Subsidi minyak khas ini sangat membantu kerana pelajar banyak keluar untuk melakukan tugasan, di samping dapat menampung perbelanjaan tambang bas atau kapal terbang untuk pulang ke kampung,” katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara menyongsang agar tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan caj perkhidmatan atau barangan.

“Apabila harga petrol dinaikkan wajar untuk harga diesel diturunkan agar tidak memberi kesan kepada peningkatan kos lain,” katanya.

Selain bantuan kewangan, kerajaan perlu membantu golongan belia memiliki rumah mesra belia dengan tidak bergantung dengan rumah mampu milik (PR1MA) sahaja, katanya. — Bernama

Lebih ramai berpeluang tunai haji musim akan datang

$
0
0

SEPANG: Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mengerjakan haji pada musim haji akan datang apabila kerajaan Arab Saudi mengkaji semula kuota haji negara-negara selepas pembangunan dan pembesaran kawasan Masjidil Haram di Mekah selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata berdasarkan perbincangan dengan Ketua Bahagian Muassasah Asia Tenggara, dimaklumkan kuota bagi semua negara termasuk Malaysia akan dikaji semula apabila pembangunan selesai.

“InsyaAllah jika pembangunan yang dijangka siap hujung tahun hadapan itu dapat diselesaikan lebih awal, ia mungkin membantu untuk mempercepatkan penambahan kuota bagi menunaikan haji,” katanya pada sidang media sejurus tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini semalam.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua anggota negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) termasuk Malaysia.

Sejak 2009, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun dikurangkan sebanyak 20 peratus kepada 22,320 sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.

Jamil Khir berkata jumlah kuota terkini kepada Malaysia akan diumumkan selepas mesyuarat haji yang akan diadakan kemudian.

Sehingga Mei lepas, seramai 1.5 juta umat Islam negara ini telah mendaftar untuk menunaikan haji.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 10 jemaah meninggal dunia di tanah suci manakala 81 jemaah sedang dirawat di hospital di Makkah, iaitu 75 di hospital Tabung Haji dan enam di hospital kerajaan Arab Saudi.

Jamil Khir berkata kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka tiba di KLIA pada 9 malam, Jumaat ini, manakala penerbangan akhir dijadual mendarat di tanah air pada 6 Nov, jam 6.30 pagi. — Bernama

JPP tidak langgar perlembagaan, tidak bertindih dengan fungsi PBT

$
0
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) oleh kerajaan persekutuan di peringkat bandar tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tiada pertindihan dengan tugas ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terdapat perbezaan fungsi antara JPP dan ahli majlis PBT terutama dari segi bidang penguatkuasaan undang-undang.

“Tiada isu JPP mahu mengambil alih tugas ahli majlis PBT kerana JPP tiada sebarang kuasa untuk melakukan sebarang dakwaan atau mengenakan bayaran atau fi seperti PBT.

“Sebaliknya JPP ditubuhkan untuk membantu PBT yang kita fikir mungkin tidak mampu menangani isu-isu lain penduduk di kawasan bandar yang pastinya bukan hak mutlak kerajaan tempatan sahaja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) di sini semalam.

Su mahu tahu sama ada pelantikan JPP melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan untuk mengambil alih fungsi ahli majlis PBT.

Kepada soalan asal Su yang ingin tahu keperluan kerajaan persekutuan menubuhkan JPP dengan peruntukan sebanyak RM63 juta setahun serta kriteria yang diguna pakai untuk melantik anggota JPP, Abdul Rahman berkata:

“JPP adalah satu mekanisme kerajaan persekutuan bagi penduduk bandar menyalurkan aduan dan pandangan kepada pihak berkuasa.

“Ia amat diperlukan susulan proses pemesatan bandar kerana sehingga kini 70 peratus penduduk di negara ini tinggal di kawasan bandar,” katanya.

Sementara itu katanya kriteria yang diguna pakai untuk melantik anggota JPP ialah antaranya penduduk yang bermastautin di kawasan berkenaan, berusia antara 21 dan 65 tahun serta kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta bukan dalam kalangan ahli majlis yang sedang berkhidmat.

Untuk penyelarasan JPP di setiap PBT, kerajaan katanya meluluskan 184 perjawatan Unit Kesejahteraan Bandar yang terdiri daripada Gred M44, N32, N27 dan N17 yang akan ditempatkan di PBT terpilih sebagai sekretariat JPP di peringkat negeri. — Bernama

Kementerian Pertahanan harap aset teknologi tinggi

$
0
0

Keselamatan perairan Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

DEMONSTRASI: Abdul Rahim (berdiri, dua kanan) melihat demonstrasi Nyah Cemor pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan di Kem Wardieburn di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengharapkan pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini antaranya menumpukan kepada pembelian aset ketenteraan berteknologi tinggi untuk memperkukuhkan keadaan keselamatan di dalam negara, terutamanya di perairan Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri berkata bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu ditingkatkan, terutamanya di pantai timur Sabah ekoran pencerobohan dan ancaman keselamatan di sana sejak kebelakangan ini.

“Pertamanya kami perlu melengkapkan anggota yang bertugas di kawasan yang sukar, terdapat keperluan untuk tambahan bot. Bajet pada Jumaat ini diharap membantu Sabah dan Sarawak dari segi (mengukuhkan) keselamatan,” katanya.

Beliau memberitahu wartawan demikian selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan, di sini semalam.

Mengulas perkembangan kumpulan militan “Negara Islam” (IS), Rahim berkata perisikan tentera dan polis menerusi cawangan khasnya sedang memantau pergerakan kumpulan itu di Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau mencadangkan lebih ramai lagi anggota baharu Askar Wataniah direkrut untuk membanteras ancaman militan itu.

“Mereka (perisikan tentera dan polis) bekerja 24 jam untuk memerhati kumpulan ini, kami juga bekerjasama dengan jaringan perisikan antarabangsa, kami amat prihatin.

“Seperti yang kamu boleh lihat, IS kini mencapai kemajuan yang pantas dalam mencapai matlamat mereka. Mereka tidak terpencil, bersekutu dengan banyak kumpulan di kawasan ini dan kami perlu berwaspada dengan ancaman keselamatan ini,” katanya.

Antara April dan Sept tahun ini, 19 rakyat Malaysia telah ditahan atas dakwaan terlibat dalam IS dan mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan dikenali sebagai Khaled Al Waled, Briged Al Jemaah, Daulah Islamiah dan Daulah Islamiah Arakan untuk dihantar ke Syria.

Pada 26 Sept lepas, tiga lagi rakyat Malaysia yang hendak ke Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL selepas disyaki menjadi penyokong IS.

Sementara itu, Rahim dalam ucapannya berkata kementeriannya sudah mengenal pasti beberapa perkhidmatan penting negara antaranya pengendali bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, perkhidmatan pengangkutan udara awam dan perkhidmatan penyiaran negara untuk diserap dalam angkatan sukarela RAJD.

Katanya, tugas mempertahankan negara adalah tanggungjawab masing-masing dan penglibatan setiap jabatan dan agensi adalah penting dalam menghadapi ancaman musuh. — Bernama

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>