Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Jenazah mangsa gempa bumi selamat dikebumikan di Melaka

$
0
0

JASIN: Jenazah mangsa gempa bumi di Sabah, Muhammad Loqman Abd Karim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chinchin di sini, awal pagi semalam.

Jenazah Muhammad Loqman, 22, dikebumikan pada jam 2.30 pagi semalam yang dihadiri lebih 100 orang antaranya anggota keluarga, rakan dan penduduk kampung termasuk Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Terdahulu, jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dekat sini pada jam 11.50 malam kelmarin dengan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia, diiringi bapanya Abdul Karim Mohd Yazam dan ibunya, Izzah Abu Bakar.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah datuknya Abu Bakar Amin di Kampung Chinchin di sini sebelum di-kebumikan. Arwah merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa di Kuala Lumpur. — Bernama


Pimpinan baharu bertanggungjawab selesaikan kemelut PAS-DAP: Lim

$
0
0

GEORGE TOWN: Kepimpinan baharu PAS bertanggungjawab menyelesaikan kemelut PAS-DAP serta mengambil tindakan sewajarnya susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata sehingga kini kepimpinan baharu PAS mengambil sikap berdiam diri, malah menjadikan ke-adaan terumbang-ambing.

Menyifatkan PAS cuba ‘berbelit-belit’ berhubung kemelut itu, Lim berkata PAS seharusnya berani mengambil tindakan bagi memastikan maruah parti dan kepimpinan baharu PAS terpelihara.

“Saya rasa kesal bahawa ada pemimpin baharu PAS masih nak menyalahkan DAP untuk keadaan ini. Yang putuskan hubungan dengan parti DAP bukanlah DAP, PAS sendiri yang buat usul untuk putuskan hubungan kemudian diluluskan dalam muktamar.

“Saya tidak salahkan anggota biasa PAS, hanya kepimpinan baharu PAS harus bertanggungjawab kerana mereka membuat keputusan sedemikian. Maka mereka harus mengambil tindakan susulan. Janganlah cakap bahawa kita boleh buat ‘u-turn’, nak bincang balik … itu tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran NEPCON Malaysia 2015 di Arena SPICE di sini semalam.

Rabu lepas, Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Mengenai peletakan jawatan oleh wakil PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, Lim berkata setakat ini hanya bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membuat keputusan meletakkan semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya beliau faham dan akur dengan keputusan ke-dua-dua pemimpin PAS itu malah menyifatkan Mohamad dan Mujahid bukan mahu membelakangkan kerjasama yang terjalin sebelum ini memandangkan mereka hanya mengikut arahan kepimpinan PAS.

“Kalau diterima tanpa bahas untuk putuskan hubu-ngan dengan DAP saya rasa itu amat jelas sekali, tak ada ruang ragu-ragu atau pun tak ada ruang untuk dipersoalkan langsung. Mat (Mohamad) Sabu dan Mujahid telah mengambil langkah yang bermaruah.

“Saya rasa terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada nak ambil langkah bermaruah, mempertahankan prinsip atau sebaliknya memegang kepada jawatan,” katanya.

Sabtu lepas Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Kelmarin, Mujahid mene-rusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Tek-nologi Antarabangsa Pulau Pinang.

Mereka membuat keputusan itu berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam pakatan pembangkang. — Bernama

 

Azmin gesa PAS dan DAP ketepi kepentingan peribadi

$
0
0

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menggesa pimpinan PAS dan DAP supaya mengetepikan ego dan ke-pentingan peribadi dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kedua-dua parti itu demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya, perpecahan dalam kalangan parti sekutu dalam pakatan pembangkang akan menjadi satu pengkhianatan kepada rakyat.

“Bila kita dipilih oleh rakyat, kita ada tanggungjawab kepada mereka (rakyat). Jangan disebabkan kepen-tingan peribadi kita rosakkan pakatan pembangkang dan ia akan hancurkan aspirasi rakyat.

“Jadi saya harap kita ke-tepikan semua masalah peri-badi dan duduk berbincang, letakkan gagasan utama pakatan pembangkang sebagai agenda untuk diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Ne-geri Selangor dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di sini semalam.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Sabtu lepas meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Bagaimanapun usul ber-kenaan mahu PAS mengekal-kan tahaluf siyasi atau kerja-sama politik dalam pakatan pembangkang bersama PKR.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung usul berkenaan yang masih belum dimuktamadkan.

“Usul itu akan dibawa ke peringkat perbincangan jadi jangan kita buat sebarang spekulasi. Saya kira sebelum ini pun kita telah melalui ba-nyak ujian tetapi kita mampu selesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan Setia-usaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menolak pemba-bitan mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik parti itu dengan PAS, Mohamed Azmin berkata itu adalah pandangan peribadi Lim.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam pada itu menegaskan bahawa kemelut antara DAP dan PAS itu tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya. — Bernama

 

Kerajaan pertimbang syor status 43,861 pekerja kontrak awam

$
0
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang syor-syor dikemukakan berkenaan status 43,861 pekerja kontrak kerajaan sebelum membuat keputusan berkenaan perkara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beberapa syor telah dikemukakan kepada kerajaan bagaimanapun sebarang keputusan adalah berdasarkan kedudukan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Beberapa syor telah pun dikemukakan kepada kerajaan, dan sudah pasti kerajaan akan pertimbangkan mengenai perkara ini.

“PM (Perdana Menteri) akan umumkan jika ada keputusan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Wee mahu tahu apakah perancangan kerajaan terhadap status pekerja awam kontrak di setiap kementerian.

Menjawab soalan tambahan Wee mengenai sama ada kerajaan akan mempercepat penyerapan pekerja kontrak tersebut, Shahidan berkata kerajaan tidak meletakkan komitmen untuk menyerap setiap penjawat awam kontrak ke jawatan tetap, sebaliknya kakitangan perlu memohon berdasarkan kelayakan dan pengalaman mereka.

“Namun begitu, pengalaman boleh dijadikan kelebihan dan kerajaan juga sentiasa membantu pegawai lantikan kontrak yang akan menghadiri program temu duga,” katanya.

Petugas kontrak juga didedahkan dengan program latihan untuk mempertingkat kompetensi dalam bidang pekerjaan dan sebagai persediaan temu duga ke jawatan tetap, katanya. — Bernama

 

Najib jawab dakwaan wujud ‘masalah lebih besar’

$
0
0

‘Masalah’ yang didakwa Dr M sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas PM itu sendiri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamed kononnya beliau telah menimbulkan ‘masalah lebih besar’ terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.

“’Masalah’ yang dirujuk oleh Tun sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya sendiri akibat daripada ‘serangan’ dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang,” kata perdana menteri dalam ruangan soalan yang sering ditanya di dalam blog beliau, najibrazak.com.

Najib berkata dakwaan berkenaan telah disebar luas menerusi Internet, dan ini merupakan sesuatu yang Dr Mahathir tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Beliau berkata apa yang jelas Dr Mahathir telah menggunakan pendemokrasian maklumat dalam sosial media iaitu semua maklumat, walaupun sekelumitpun tidak benar, dianggap sebagai benar.

“Hanya kerana satu pembohongan telah disebarkan beribu-ribu kali, ia tidak akan menjadikan ia sebagai benar. Dengan serangan hebat seumpama itu dibuat secara dalam talian, adalah tidak menghairankan bahawa Tun fikir wujud ‘masalah’ lebih besar hari ini,” kata Najib.

Najib mengambil peluang untuk menjawab kritikan dilemparkan terhadapnya dan pentadbiran beliau, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembelian jet rasmi dan kebimbangan terhadap keselamatan di Sabah.

Mengakui bahawa pentadbiran beliau, sama seperti mana-mana pentadbiran lain, tidak terlepas daripada berdepan cabaran, Najib berkata rekod kerajaan sejak enam tahun lepas menunjukkan kerajaan menjadikan keadaan lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

“Dan kami akan terus mengotakan janji kami untuk melakukan transformasi terhadap ekonomi, kerajaan dan negara apabila kita mencapai Wawasan 2020,” katanya sambil menggesa rakyat Malaysia untuk terus yakin dan bersama-sama berusaha untuk mencapainya daripada berbalah sesama sendiri.

Najib juga mengingatkan anggota UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat Malaysia untuk tidak terus percaya bulat-bulat setiap kali Dr Mahathir melakukan ‘serangan’.

Meminta mereka untuk berfikir sejenak dan menganalisis faktanya apabila itu berlaku, perdana menteri berkata apa yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir merupakan tuduhan dan masalah kerana beliau tahu bagaimana “untuk mempengaruhi minda rakyat terhadap kerajaan sekarang dan saya”.

Najib berkata Dr Mahathir telah melakukan banyak perkara baik dan hebat semasa menjadi perdana menteri tetapi beliau tidak lagi menerajui pentadbiran.

“Malah sekiranya saya berundur, Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Beliau boleh kata yang beliau hanya melaksanakan hak demokrasi sebagai sebagai seorang warganegara, tetapi inilah sifat Tun Mahathir,” kata Najib.

Beliau berkata rakyat cenderung untuk percaya apa sahaja yang dikatakan oleh Dr Mahathir walaupun ia tidak betul sepenuhnya, dan ia mempunyai kesan amat besar terhadap persepsi orang ramai kerana beliau bukan sekadar orang biasa.

“Terdapat sebab kenapa kebanyakan bekas ketua kerajaan di seluruh dunia tidak campur tangan dalam kerja pentadbiran semasa kerana apa sahaja yang mereka katakan boleh dengan mudah menjejaskan sistem itu,” katanya. — Bernama

 

3.5 hektar kawasan hutan tanah gambut di Tok Kah Dungun terbakar

$
0
0

DUNGUN: Cuaca panas dan kering sejak lebih seminggu lalu menyebabkan kemusnahan kira-kira 3.5 hektar kawasan hutan tanah gambut di Kampung Tok Kah, dekat sini.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohd berkata punca utama kebakaran itu dipercayai daripada segelintir penduduk yang tidak mengawasi pembakaran ketika melakukan kerja pembersihan kebun dan ladang kelapa sawit.

“Ketika ini seluas 2 hektar hutan telah berjaya dipadamkan api dan kerja-kerja pemadaman sepenuhnya akan diteruskan.

“Kami mengalami sedikit kesulitan memadamkan kebakaran ini kerana faktor cuaca yang panas dan dengan bantuan angin, menyebabkan api yang berada dalam tanah, merebak dengan lebih cepat.

“Malah keadaan struktur tanah gambut yang terdiri daripada tunggul kayu dan akar yang reput menyebabkan api di bawah tanah menjadi lebih sukar dikawal untuk pemadaman,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Amri berkata pihak bomba juga telah mengesan beberapa tompokan baharu dan pada masa sekarang pihaknya melakukan kawalan pencegahan seperti membuat benteng bagi mengelak api merebak ke kawasan lain.

“Kami terpaksa mengubah kaedah kerana punca air parit berhampiran terlalu cetek hingga menyebabkan pam generator tidak berupaya menyedut air dengan lancar. Malah proses pemadaman bertambah sukar kerana sumber air sedia ada terlalu jauh dari lokasi kebakaran,” katanya. — Bernama

 

Tunjuk kemaluan kepada pelajar, pengurus restoran dipenjara

$
0
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus restoran dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada tiga pelajar sekolah, bulan lepas.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Wang Chiu Seng, 52, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun Mohd Faizal memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak daripada tarikh dia ditangkap iaitu 19 Mei lalu.

Wang dituduh menunjukkan kemaluannya di hadapan dua pelajar berusia 14 tahun, di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah, di Dang Wangi di sini, pada jam 3.35 petang, 7 Mei lepas.

Tertuduh juga didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan berusia 17 tahun, di tempat sama, jam 2.15 petang, 12 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia melakukan kesalahan itu dalam keadaan mabuk dan mengalami tekanan perasaan akibat beban hutang dan baru bercerai dengan isterinya, selain merupakan penanggung tunggal keluarga termasuk tiga anak yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana kejadian itu telah mengakibatkan trauma terhadap ketiga-tiga pelajar tersebut. — Bernama

 

Rasuah: Empat pegawai imigresen direman seminggu

$
0
0

IPOH: Empat pegawai imigresen ditahan reman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM12,000 daripada sepuluh individu yang memegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Depot Tahanan Langkap, Hilir Perak.

Majistret Nurul Asyifa Ridzuan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM yang ditemui di luar mahkamah, kesemua suspek ditahan semalam di Depot Tahanan Langkap oleh sepasukan anggota SPRM.

“Berdasarkan siasatan awal, kami percayai sindiket ini aktif di Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur sejak November tahun lepas,” katanya.

Kesemua suspek, yang bertugas di Depot Tahanan Langkap, dipercayai menerima sehingga RM3,000 daripada setiap mangsa. — Bernama

 


Pengurus hadapi 40 tuduhan rasuah

$
0
0

JOHOR BAHARU: Seorang pengurus tapak syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam terhadap 40 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM110,631 daripada dua kontraktor antara 2012 dan April 2014.

Bagi pertuduhan pertama Lau Kim Ting, 46, didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM1,500 daripada Ba’ie Buasan, sebagai dorongan supaya syarikat L.K Insulation Engineering (M) Sdn Bhd tidak menamatkan kerja-kerja subkontrak yang diberikan kepada Ba’ie.

Lau dari Taman Sutera, di sini, dituduh melakukan kesalahan itu melalui akaun peribadinya Public Bank Berhad, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, pada 5.55 petang, 26 Jun 2014.

Bagi pertuduhan seterusnya, Lau yang memiliki empat anak berusia 13 hingga 20 tahun dituduh meminta dan menerima 39 suapan wang tunai antara RM500 dan RM8,200 yang berjumlah RM109,131 daripada Abang Spawi Abang Dan sebagai dorongan sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu menerusi akaun peribadi Public Bank Berhad, Bandar Baru Permas Jaya dan Maybank Pasir Gudang, di sini, antara 14 Jun 2012 dan 19 April 2014.

Bagi semua pertuduhan itu, Lau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan wang jaminan RM35,000 bagi kesemua 40 pertuduhan itu dan 6 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nor Fazlin Hamdan manakala Lau diwakili peguam Jimmy Puah Wee Tse. — Bernama

 

Tidak sempat hadir temu duga kerja

$
0
0

KUALA NERUS: Hasrat seorang pemuda untuk menghadiri sesi temu duga kerja di sebuah universiti di sini tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Bukit Tok Beng, di sini semalam.

Insiden jam 10 pagi itu mengakibatkan mangsa Muhammad Warass Musa, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C90 dari rumahnya di Kampung Masjid Batu Burok menuju ke Gong Badak bagi menghadiri sesi temu duga tersebut.

Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian yang berselekoh, mangsa dipercayai terjatuh dan menggelongsor bersama motosikalnya ke arah laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan peti sejuk.

Bagaimanapun, pemandu lori yang berasal dari Kuala Ibai, di sini sempat mengelak kenderaannya sebelum hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah Proton Exora milik seorang guru yang diletakkan di bahu jalan yang sedang membeli keropok lekor berhampiran lokasi tersebut.

Ekoran kejadian itu, lori jenis satu tan itu telah terbalik di tengah jalan hingga menghalang laluan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Nik Mohd Zain Nik Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. — Bernama

 

Rumah Massam akan dibina semula di tapak baharu

$
0
0

SIBU: Rumah Massam mempunyai 18 pintu akan dibina semula di tapak baharu di sepanjang Jalan Oya di sini yang lebih kondusif didiami.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata kawasan baharu itu lebih selesa kerana tidak ada masalah bekalan air dan eletrik.

Menurutnya, tapak tersebut juga terletak kira-kira dua kilometer dari rumah panjang sedia ada sekarang.

“Saya berasa sangat senang hati kerana penduduk di sini bersedia berpindah ke tapak baharu seluas kira-kira 12 ekar.

“Ini adalah kawasan mereka dan mereka akan membina rumah panjang mereka nanti.

“Tempat ini sangat sesuai untuk rumah panjang baharu mereka,” katanya ketika melawat tapak baharu rumah panjang tersebut.

Menurutnya, adalah sukar menyambung bekalan elektrik di kawasan rumah panjang sedia ada kerana tanah tersebut ditetapkan untuk kemudahan jalan raya.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan hadiah Hari Gawai kepada Tuai Rumah Massam Meruan.

Pada 1 dan 2 Jun lalu, Dr Annuar sempat melawat semua 30 rumah panjang di kawasan Nangka sempena sambutan Hari Gawai Dayak.

“Ini adalah saat sesuai mendekati penduduk rumah panjang di kawasan Nangka bagi mengetahui lebih lanjut keperluan dan masalah mereka selain mengumpul maklum balas,” katanya.

 

Geran kerajaan berjumlah RM1,243,000 untuk Banting

$
0
0

SRI AMAN: Kerajaan negeri menyalurkan geran berjumlah RM1,243,000 dari Januari hingga Jun tahun ini bagi Daerah Mengundi Banting merangkumi Langgir, Menuang, Munggu Sawa, Engkeranji, Semulong dan Banting dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata peruntukan itu merangkumi geran berjumlah RM452,000 kepada lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Daerah Mengundi Banting termasuk sekolah.

Manakala peruntukan berjumlah RM71,000 disampaikan setelah cek dikeluarkan dan RM720,000 ‘Quick Win Project’ di Banting iaitu RM210,000 baik pulih Rumah Somil namun penduduk rumah panjang tersebut tidak berpuas hati terhadap pelaksanaan oleh kontraktor itu memandangkan bahan binaan tidak berkualiti.

“Tambahan pula tidak begitu menepati permintaan penduduk semasa perjumpaan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

“Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya pada Majlis Gawai Ngiling Tikai di Rumah Encharang, Batu Tembang, Banting di sini semalam.

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) itu berkata, geran sejumlah RM210,000 turut disalurkan bagi tujuan membaik pulih Rumah Amy Edan dan RM300,000 untuk melebarkan jalan simen dari Banting Hilir ke Banting Hulu.

“Secara keseluruhan peruntukan disalurkan ke Banting setakat ini berjumlah RM1,243,000,” katanya.

Mong minta rakyat di Banting memberi mandat kepada Ketua Menteri terus mentadbir kerajaan memandangkan segala peruntukan besar disalurkan ke kawasan ini adalah di bawah kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Menyentuh mengenai sambutan Hari Gawai, Mong berkata setiap kali perayaan penduduk harus berbincang serta melihat perkembangan dirancang dan diperolehi mereka.

“Sekiranya perkara yang mereka rancang tidak tercapai maka mereka harus meningkatkan usaha mencapai matlamat itu kerana kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata meningkatkan taraf hidup kita,” katanya.

Hadir sama Walikota Majlis Daerah Sri Aman Richard Tawan Sedu, DSP (B) Mark Baran, Setiausaha Sulit Mong Howard Tambon, Penghulu Bellie Blassan, Kaunselor Munsey Luku serta Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak, DUN Bukit Begunan Jesi Bintoh Suntek.

Majlis berkenaan turut dihadiri 230 penduduk dari sekitar kawasan Banting.

 

Jangan ada dua JKKK di rumah panjang

$
0
0

Oleh Andy Sabang//

 

SIBU: Setiap rumah panjang tidak harus mempunyai dua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berbeza.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang berkata sungguhpun sebuah rumah panjang tersebut mempunyai dua JKKK tidak bermakna rumah panjang berkenaan mempunyai kepimpinan yang kuat.

Ini kerana pada akhirnya timbul masalah lain sekali gus menyebabkan penduduk rumah panjang berkenaan berpecah.

“Atas sebab itu, saya menasihati mana-mana pejabat daerah agar tidak mengiktiraf JKKK baharu, sekiranya rumah panjang tersebut mempunyai JKKK lama dan masih berfungsi,” katanya pada sambutan Hari Gawai Dayak di Rumah Papit Brandi, Sungai Rusa di sini kelmarin.

Beliau turut menghadiri sambutan Hari Gawai Dayak di Rumah Eddy Madang di Pakan dan Rumah Thomas di Sungai Rusa.

Katanya beliau masih menyalurkan peruntukan atau geran kerajaan kepada JKKK rasmi dan diiktiraf oleh rakyat dan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemimpin tertentu khususnya kalangan parti politik baharu memaksa tuai-tuai rumah di luar bandar menyokong mereka.

“Mereka (pemimpin parti politik) memberitahu, sekiranya tuai-tuai rumah ini ingin kekal dalam kedudukan, mereka harus memberi sokongan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka turut meminta supaya menarik balik sokongan kalangan tuai rumah daripada parti politik BN seperti Parti Rakyat Sarawak (PRS),” ujarnya.

Menurut Salang, pentadbiran di rumah panjang tidak harus dipolitikan kerana penduduk rumah panjang diberi kebebasan memilih pemimpin mereka.

Pada majlis itu, Salang menyampaikan geran sejumlah RM380,000 kepada 32 persatuan dan JKKK sekitar daerah tersebut.

Hadir sama Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing.

 

Bina struktur kekal untuk Pasar Tani MJC

$
0
0

KUCHING: Kerajaan perlu mempertimbang untuk membina struktur kekal bagi menempatkan Pasar Tani Bandar Baharu Batu Kawa (MJC.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah Christina Chiew, para penjaja melihat cadangan penempatan semula pasar itu sebagai cadangan sementara memandangkan MPP hanya menyewanya selama lima tahun.

“Para penjaja risau mereka terpaksa berpindah ke tempat baharu selepas lima tahun.

“Sebab itu, kami mahu kerajaan mempertimbang untuk membina satu struktur kekal seperti Pasar Stutong untuk kemudahan para penjaja di MJC,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Chiew berkata, para penjaja turut melahirkan harapan agar MPP membenarkan mereka beroperasi di lokasi sedia ada sementara tapak kekal yang baharu dikenal pasti.

Menurutnya, para penjaja turut berharap akan terus beroperasi di bawah Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Malah katanya, mereka lebih bersedia untuk membayar jumlah lebih munasabah untuk terus diuruskan MPP dan bukannya Persatuan MJC kerana bimbang mengenai kekurangan ketelusan perakaunan.

“Para penjaja bimbang mengenai yuran yang bakal dikenakan jika beroperasi di bawah Persatuan MJC, mereka risau Persatuan MJC menyalahgunakan kuasa dan mengenakan bayaran tidak munasabah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan punca persatuan itu mengugut para penjaja untuk menandatangani surat petisyen.

“Telah sampai ke pengetahuan saya beberapa penjaja diugut untuk menandatangani surat petisyen (sokong pindah ke lokasi baharu) dan jika enggan, ia akan menjurus kepada kegagalan mendapat gerai jualan di tapak baharu yang dicadangkan.

Chiew turut mendakwa persatuan itu menggunakan logo MPP tanpa pengetahuan atau kebenaran pihak majlis untuk mengutip tandatangan daripada para penjaja, selain menaikkan tanda melarang berjaja dengan logo sama.

Katanya beliau telah merujuk perkara itu kepada MPP dan setiausaha MPP mengesahkan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak mengumpul tandatangan di kawasan tersebut.

“MPP perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana menggunakan logo MPP sewenang-wenangnya,” katanya sambil menambah, perkara itu dibincangkan dalam dialog bersama setiausaha MPP kelmarin yang disertai 50 penjaja.

Dalam dialog tersebut katanya, antara perkara ditekankan adalah penempatan semula itu perlu memandangkan MPP tidak dapat menampung perbelanjaan operasi kerana kekurangan peruntukan.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kerajaan persekutan dan kerajaan negeri untuk memberi peruntukan tahunan lebih banyak kepada MPP.

“Saya telah mengatakan dengan jelas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri lalu bahawa MPP perlu diberi lebih banyak dana untuk beroperasi dengan mengambil kira ia meliputi kawasan luas tetapi menerima peruntukan sedikit berbanding DBKU dan MBKS,” kataya.

 

Penduduk Kenyalang Park perlukan tempat parkir

$
0
0

Oleh Sandy Mark Luna//

 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diseru menyelesaikan masalah tempat letak kereta tidak mencukupi yang membelenggu penduduk kawasan perumahan Kenyalang Park, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong berkata, meskipun masalah itu yang merunsingkan penduduk khasnya di Lorong Chong Kiun Kong 6 telah diutarakan sejak 2006, namun sehingga kini belum ada penyelesaian terhadap keperluan segera tersebut.

“Saya mahu MBKS untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh sebulan dari sekarang atau DAP (Parti Tindakan Demokratik) Sarawak akan buktikan betapa tidak cekapnya MBKS,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yong yang juga setiausaha DAP Sarawak berkata, umum mengetahui bahawa Kenyalang Park adalah kawasan perumahan lama yang kecil manakala laluan aksesnya pula adalah sempit di mana ia hanya dapat menampung maksimum dua kenderaan.

“Bagaimana dengan rumah yang mempunyai lebih daripada dua kenderaan atau sekiranya ada yang datang melawat? Mereka tidak ada tempat untuk meletak kenderaan.

“Tidak jauh dari situ, terdapat sebidang tanah yang kami kenal pasti milik MBKS dan kami berharap ia dapat dijadikan tempat letak kereta awam,” katanya.

Katanya beliau telah menulis surat kepada MBKS pada 2006, lengkap dengan tandatangan para penduduk namun tidak menerima sebarang respons.

Atas desakan penduduk, beliau mengemukakan permohonan kepada MBKS menerusi talian khidmat namun menerima jawapan tergantung dan tidak dapat disimpulkan.

“Kami berharap MBKS dapat bersikap lebih sensitif dan prihatin dengan permintaan penduduk dan meluluskan permintaan ini tanpa berlengah-lengah lagi,” katanya.

 


Penyiru mensia mayuh mantu peranak Rh Meruan ti tasah angus dipuji

$
0
0

Dikarang Judan Bungap//

 

NULUNG: Raban rela benung besumaika lauk ba palan pengenduh Balai Mensia Mayuh Penghulu Seribu.

NULUNG: Raban rela benung besumaika lauk ba palan pengenduh Balai Mensia Mayuh Penghulu Seribu.

KANOWIT: Tiga iku pengari rayat ditu muji penyiru mensia mayuh ti datai besuaka macham bengkah bantu baikka mata duit tauka bantu bukai ngagai peranak Rumah Meruan di Skim Gempuru Nanga Tada ba Jalai Nibong-Tada ti udah angus kena 7 Jun tu tadi.

Menteri Muda Pemansang Tanah Datuk Gramong Juna madah, sida tu ukai semina datai betubuh seiku tang mega ari gerempung ukai dikuasa perintah (NGO), gerempung/serakup, parti politik, ejensi tauka opis perintah nyengkaum Komiti Pengelikun Genturung Pendiau (JKKK).

“Tu nyengala ngayanka kitai ditu mekuhka ulah 1Malaysia,” pia ku iya maya ngabas peranak rumah panjai nya ti ngenduh ba Balai Mensia Mayuh Penghulu Seribu di Nanga Tada, Hari Satu tu tadi.

Ku Gramong, Indu Opis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bela udah nyuaka bantu RM16,000 ngagai bala dia.

Penatai Gramong disempulang bini iya Datin Catherine Gramong, Kaban Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent enggau bini iya Susan Clement.

Penusah angus ke nuntung Rumah Meruan, 36 pintu, nyadi urung pukul 4.30 lemai ti ngujungka urung 260 iku sida serumah semina tinggal gari lekat ba punggung.

Api dipadahka belabuh nyadi ba ringkat atas sebedau nyerarai ngagai bilik bukai.

Alexander dulu agi ari bala bukai nyuaka bantu RM2,000 sepintu.

Bantu bukai bela disuaka ari Opis Pengintu Pengelikun Mensia Mayuh enggau Opis Pelilih Kanowit, Opis Pemadah Kanowit, Gerempung Dayak Sarawak (SDNU) Kanowit, Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Kanowit, 12 bengkah Komiti Rukun Tetangga (KRT) ari Machan, Gerempung China Kanowit, Raban Nembiak enggau Indu PBB Machan, Parti Rayat Sarawak (PRS) enggau Exco Raban Nembiak, JKKK Nanga Tada, Klinik Pengerai Nanga Tada enggau Kem Rascom.

Nambahka nya, Opis Pengintu Pengelikun (JPAM) enggau Ikatan Relawan Rayat (Rela) bisi nganjung raban sida nyaup nyumai sereta nyaga pengelikun palan ngenduh.

Kena hari Satu tu tadi, Gramong enggau Alexander bisi nyuaka bantu ari seduai empu iya nya RM3,000 enggau RM3,600 lalu Aaron nyuaka bantu RM500 sepintu.

Ba pekara bukai, Nanga Tada seiti ari empat iti Skim Gempuru ti ditumbuh ari baruh Pegai Perintah Pengelikun Genturung Menua Rajang (RASCOM) dalam taun 1970.

Skim Gempuru ke bukai iya nya Nanga Jagau, Nanga Ngungun enggau Nanga Sekuau.

Penumbuh skim tu bepun ari buah penemu ex-Menteri Besai kedua, niang Tun Abdul Razak ti deka ngempuruka semua rumah panjai ti bisi dikeruga penyelawai kominis jeman nya.

Skim Nanga Tada ti ditumbuh dalam taun 1972 ngempung 16 buah rumah panjai enggau penyampau tubuh urung 3,000 iku.

 

Dewan Mayuhguna SK Paku Undop,SK Batu Lintang Undop tembu taun baru

$
0
0

SRI AMAN: Dua buah sekolah primari ba sitak Kunsil Nengeri (DUN) Simanggang deka bisi Dewan Mayuhguna kediri empu taun tu, pia ku Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Ku iya dua buah sekula nya,SK Paku Undop enggau SK Batu Lintang Undop.

Ku iya, perintah menua udah ngemendarka belanja sama RM 500,000 ngagai kededua buah sekula nya taun siti nyin tadi dikena ngaga Dewan Mayuhguna.

“Enti kededua buah Dewan Mayuhguna nya udah tembu ila,kededua buah sekula nya ulih ngatur pengerami ti bebesai baka Pengerami Nyuaka Setipikit enggau Perais enggau pengerami bukai.

“Diatu, kededua sekula nya ngena bilik kelas endur ngatur pengerami ungkup nembiak sekula nya,” ku iya.

Harden ke mega Menteri Muda Pemansang Menua Pesisir enggau Pengawa Berumah Sarawak bejaku munyi tu pengudah pengerami Nyambut Pengabang Nyerumba Gawai Dayak ditu ensanus.

Ku Harden baru, pengawa ngaga dewan mayuhguna nya udah berengkah pun taun tu lalu deka tembu dalam timpuh beberapa bulan.

“ Dewan nya ila muat endur 500 iku ke mega sebengkah pemansang infrastruktur di kededua buah sekula nya,” ku iya.

Bela bisi datai ngabang maya nya, Presiden Parti Sa’ati Rakyat Sarawak (SUPP), Profesor Senator Dr. Sim Kui Hian, Penyanding Penemu Parti SUPP Simanggang, Datuk Tan Chong Meng enggau kaban SUPP Simanggang ti bukai.

 

Kem Rascom enda tinggal mantu peranak Rumah Meruan ti dituntung penusah angus

$
0
0
ENDA NGIRA JAM: Raban soldadu ari Kem RASCOM maya datai nganjung bantu ngagai peranak Rumah Meruan, hari Satu tu tadi.

ENDA NGIRA JAM: Raban soldadu ari Kem RASCOM maya datai nganjung bantu ngagai peranak Rumah Meruan, hari Satu tu tadi.

KANOWIT: Kem Rascom bela udah nganjung bantu ngagai Rumah Meruan, Skim Gempuru Nanga Tada ba Jalai Nibong-Tada ti udah angus, empai lama tu tadi.

Pengawa tu betuaika Lt Mohd Amirul Asraf Atan ti datai nganjung bantu nya urung pukul 3 pagi, Hari Satu tu tadi.

Kelimpah meri bantu baka ai irup enggau barang pemakai, penatai raban soldadu tu mega bisi meri servis meresa pengerai.

Rumah Meruan, 35 pintu, udah angus kena 7 Jun tu tadi urung 4.30 lemai.

Naka kediatu, bala ti ditinggang penusah nya ngenduh dulu ba Balai Mensia Mayuh Penghulu Seribu, Nanga Tada.

 

Pelajar nembiak di menua tu deka dikemeratka

$
0
0

Dikarang Jacqueline R. David//

 

KUCHING: Menua Sarawak ngemeratka bala nembiak ngambika ulih ngisi endur puang ba palan pelajar tinggi di menua tu empu, lalu tejapaika juluk urung 95 peratus peluang belajar di IPT dalam timpuh lima taun tu ila.

Menteri Muda ba Opis Kepala Menteri (Pengawa Ngangatka Promosyen Pelajar Teknikal) Datu Len Talif Salleh madah, penetap tuju nya digaga ngambika bala nembiak di menua tu ulih nampung pelajar sida ngagai renggat ke tinggi agi, lalu ngemenuhka markit kereja di Sarawak ti majak nambah.

“Kitai bisi urung 110 buah palan pelajar tinggi (IPT) di serata menua nyengkaum IPT Perintah, peribit sereta teknikal enggau vokasional dalam mayuh macham bengkah endur nampung pelajar, kelebih agi tau alai nembiak ti udah nembuka pelajar pengudah peresa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Taja pia, pemayuh nembiak ti masuk IPT di Sarawak bedau manggai ba juluk ti ditetapka, taja pan naka urung 80 peratus ari pemayuh nembiak ti udah peresa SPM di menua tu urung 40,000 iku nembiak ninting taun,” ku iya.

Iya madah munyi tu lebuh dikerandau pengudah bejadika atur pengawa ‘Technology & Innovation National conference (TECHON) 2015, ti diatur Politeknik Mukah nengah kerejasama enggau MYSET, Politeknik Kuching, Politeknik Metro Betong, Universiti Curtin enggau Universiti College of Technology Sarawak di sebuah hotel entarabansa ditu, kemari.

Len Talif madah, perintah menua ngaga mayuh bengkah program ngelakuka IPT, kelebih agi pelajar teknikal enggau vokasional ba bala nembiak ditu, ngambika ulih nyapai juluk nya.

“Sebedau tu, kitai bisi ngaga program Sains, Teknologi, pekara bekait enggau Injinir, Matematik (STEM) dua bulan tu ke udah sereta ngaga promosyen di serata menua ti diatur Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), ngiri penemu ngagai bala nembak ngambika sida nampung pelajar ngagai renggat ke tinggi agi,” ku iya.

Ari promosyen nya ku iya, nembiak di menua pesisir ke bisi peluang besai nampung pelajar nitihka pemujur ti dijapai sida,lalu nempa sida iya nyadi komuniti ke bisi penemu ba menua sida empu.

 

Nembiak rebak baru patut nemu rurun adat begawai ti betul

$
0
0
NGERATKA KAUL: Peranak genturung pendiau nya begambar bebala mayuh rambau Pengerami Ngiling Tikai di Kampung Bukit Besai, Engkilo di Sibu.

NGERATKA KAUL: Peranak genturung pendiau nya begambar bebala mayuh rambau Pengerami Ngiling Tikai di Kampung Bukit Besai, Engkilo di Sibu.

SIBU: Peranak Genturung Pendiau Bukit Besai, Engkilo ditu udah ngatur Pengerami Ngiling Tikai kena malam ensana.

Pengerami nya diatur di rumah Usah Sirai enggau Jimbau Sirai, ti udah dipilih nyadi ketuai pengatur pengerami nya ungkup taun tu.

Nitih ku chairman pengatur pengerami Kenny Ugas, peranak genturung pendiau nya udah besaup ngumpul belanja dikena ngemujurka pengerami nya diatur.

“Peranak di rumah tu udah beripai nyendiaka semua atur pengawa enggau perengka dikena ngintu pengerami tu. Nengah chara tu, kami udah mujur ngatur pengerami nya,” ku iya madah ngagai pengarang berita.

Ku iya, sekeda ari tuju ngatur Pengerami Ngiling Tikai tu iya nya dikena meri penyedar ngagai nembiak rebak baru ba pekara adat enggau main asal Iban lalu ngerapitka kaul entara peranak genturung pendiau nya.

Kitai ngayanka ngagai nembiak rebak baru di genturung pendiau kami ditu kebuah kitai patut ngetanka adat asal bansa Iban iya nya,pengerami Gawai Dayak meseti bisi penutup ti diatur nitihka adat ke betul.

Pengerami nya dirichahka enggau bemacham aktiviti baka pekit joget, ngirup ai tuak enggau chabut tikit benasit.

Peranak menua nya mega bisi nirika ranyai dikena ngerinchahka agi pengerami malam nya sereta dinahka makai lemai.

Program malam nya disempulang enggau pengawa nyuaka tikai kelai pengawa Ngiling Tikai, ari ti nyadi tuai pengatur ungkup taun tu, Usah enggau Jimbau ngagai Dara Igeh nyadika kelai gintir iya ngatur Pengerami Ngiling Tikai taun baru tu ila.

Pengerami nutup Gawai 2015 nya digulu urung 200 iku pengabang ari genturung pendiau ngelingi nya.

 

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live