Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Alberts tetap optimis

$
0
0

Sarawak berdepan Perak dalam aksi pembuka tirai Piala Malaysia di Ipoh

KUCHING: Biarpun menghadapi tugas getir menentang pasukan Liga Super – Perak dalam aksi pembuka tirai Piala Malaysia malam ini, Sarawak dilihat mempunyai kemampuan untuk mengutip tiga mata sekiranya strategi terbaik dapat dirangka ketua jurulatihnya, Robert Alberts.

Sarawak memulakan saingan Piala Malaysia musim ini dengan bertandang di gelanggang lawan, Stadium Ipoh, Perak.

Anak-anak buah Alberts dilihat mempunyai kelebihan mereka tersendiri selepas kejayaan merangkul kejuaraan Liga Premier 2013 dengan rekod cemerlang (tanpa kalah).

Kemenangan ke atas Perak malam ini amat penting buat Sarawak kerana selepas ini mereka akan menerima kunjungan juara Liga Super 2013, Lions XII di laman sendiri, Stadium Negeri Kuching pada 24 Ogos ini.

Kemudiannya mereka meneruskan cabaran menentang Kedah di gelanggang lawan.

Justeru, kredibiliti dan sentuhan penyudah Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic amat ditagih oleh peminat-peminat Ngap Sayot dalam usaha memastikan Sarawak mencatat kemenangan mutlak ke atas Perak malam ini.

Kapten pasukan Sarawak, Mohd Shahrol Saperi berkata, komitmen daripada semua pemain untuk beraksi dengan semangat perjuangan tinggi serta sebagai satu pasukan mantap adalah penting untuk mencapai kemenangan.

Katanya, para pemain juga tidak sepatutnya melakukan kesilapan mudah kerana ia akan menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan dan merebut peluang untuk menjaringkan gol.

“Setakat ini semua pemain mempunyai tahap kecergasan memuaskan dan semangat perjuangan tinggi.

Justeru, saya berharap setiap pemain menunjukkan komitmen tinggi untuk meraih kemenangan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Shahrol tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang Perak sukar kerana menentang pasukan dari Liga Super.

“Saya berharap pemain tidak leka daripada kejayaan merangkul trofi Liga Premier 2013, justeru akan menyajikan persembahan yang terbaik” katanya.

Perlawanan Sarawak dan Perak bermula jam 8.45 malam ini.

Sehubungan itu, Alberts juga bernada optimis bahawa skuad bimbingannya menghadapi perlawanan sukar berdepan Perak.

Ini kerana, katanya, Perak memiliki pemain-pemain berpengalaman malah mempunyai senjata ampuh di barisan serangan dengan penampilan pemain import hebat dari Brazil.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat perjuangan pasukan Sarawak untuk memberi tentangan sengit dengan menurunkan kesebelasan terbaik.

“Meskipun sedar bahawa Perak bukan pasukan sembarangan, namun kita tetap akan memberikan tentangan hebat dengan barisan kesebelasan terbaik bakal diturunkan, “ kata Alberts sambil membayangkan pemain kebangsaan, Junior Eldstal akan diturunkan.

Sarawak dijangka akan membariskan kesebelasan terbaiknya terdiri daripada pemain import Guy Bwele, Joseph Kalang Tie, Zamri Morshidi serta pemain-pemain tonggak utama lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>