Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Baitulmal sasar kutipan zakat RM60j tahun ini

$
0
0

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM60 juta bagi tahun ini untuk diurus dan diagihkan kepada golongan tidak berkemampuan serta memerlukan.

Pengurus Besarnya Datu Abang Mohamad Shiblie Abang Mohamad Nailie berkata, daripada jumlah kutipan yang diperolehi, pihaknya menyasarkan pengagihan tidak kurang daripada RM40 juta.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Kios Polis di Kompleks Islam Sarawak di Jalan P.Ramlee di sini, kelmarin.

Kunci replika kios diserahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad dan akan beroperasi mengikut waktu perniagaan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan dan sebagainya.

Shiblie berkata, selain agihan bantuan hasil kutipan zakat, pembangunan Kompleks Islam Sarawak merupakan satu kaedah untuk membantu para peniaga dalam bidang ekonomi di samping menjana kekayaan.

“Kita merancang untuk membangunkan sebuah lagi Kompleks Islam Sarawak di Miri manakala sebuah lagi yang sedang dalam pembinaan di Sibu dijangka siap awal bulan September,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis itu, Shiblie berkata usaha mewujudkan kios polis di kompleks berkenaan merupakan usaha baharu bagi Baitulmal dalam memastikan keselamatan pengunjung.

Katanya, dengan adanya kios polis ini ia bukan sahaja akan memastikan keselamatan peniaga dan pemilik bangunan, malah memberi keselesaan kepada pengunjung kompleks tersebut.

“Apa yang paling penting ialah keselamatan pengunjung, jadi saya merasakan kios polis ini harus disegerakan meskipun kompleks ini belum beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Roslan dalam ucapannya menyambut baik kerjasama antara Tabung Baitulmal Sarawak dan pihak polis dalam memastikan keselamatan orang ramai.

Katanya, tanggungjawab mencegah jenayah tidak harus diletakkan di bahu pihak polis semata-mata, sebaliknya setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing demi keselamatan bersama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>