Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Penduduk Rh Mujah gembira dapat bekalan ‘Live Saver M1’

$
0
0

KABONG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memberikan kemudahan yang terbaik untuk dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Ini terbukti dengan inisiatif pembangunan yang dirancang, penduduk mendapat faedah dan bantuan sewajarnya di kawasan Rumah Mujah Tagat, Lubok Nibong di sini.

Dengan pemasangan sistem bekalan air bersih ‘Life Saver M1 Tank’ penduduk rumah terbabit mendapat kemudahan bekalan air yang mampu dinikmati bersama masyarakat di rumah panjang tersebut.

Menurut Tuai Rumah, Mujah Tagat, 60, sejak pemasangan sistem tersebut sebulan lalu mereka tidak lagi risau dengan ketiadaan sumber bekalan air bersih kerana bekalan tersebut mampu menampung kapisiti penggunaan yang cukup besar.

“Selain penduduk di sini yang menjangkau 200 orang turut menikmati kemudahan itu ialah penduduk di rumah panjang bersebelahan iaitu Rumah Galeng Abing yang seramai 300 penghuni dapat berkongsi mendapatkan kemudahan air bersih.

“Meskipun berada jauh di pedalaman, namun kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN kerana memberikan kemudahan bekalan air bersih dan terjamin untuk kegunaan harian.

“Dahulunya, kami terpaksa berkorban wang ringgit untuk membeli bekalan air mineral untuk minum dan memasak, tetapi dengan adanya sistem penapisan air seperti ‘life saver M1’ ini dapat mengurangkan perbelanjaan kami membeli air,” katanya.

Mujah berkata dengan adanya kemudahan ini, mereka juga dapat menyambut Hari Gawai dengan lebih teratur dan dapat mengatasi masalah kekurangan air untuk penghuni rumah panjang terbabit dan penduduk yang datang dari jauh bersama keluarga masing-masing.

“Kami tidak lagi risau dengan ketiadaan air menjelang Hari Gawai dan tidak lagi berasa malu dengan tetamu yang datang berkunjung, kerana kalau dahulu kami terpaksa menyimpan bekalan air bersih untuk minum dan memasak serta mencuci,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>