Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tertakluk kepada profesional

$
0
0

WAN JUNAIDI

KUCHING: Penggunaan ‘Gelang Elektronik Pengesan’ bagi banduan-banduan di penjara Sarawak belum dapat dilaksanakan kerana ia tertakluk kepada keputusan pihak profesional.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu sudah diusulkan sejak dua tahun lepas, namun pelaksanaannya di Sarawak bukan di bawah bidang politik.

“Kami di bidang politik tidak terlibat dalam menentukan perkara ini.

Sebaliknya, kita serahkan kepada pihak profesional seperti mahkamah, polis dan penjara yang memutuskan jenis kesalahan dan penjenayah mana yang akan dikehendaki memakai gelang tersebut.

“Namun, tidak semua banduan akan memakai gelang itu.

Ramai banduan yang dibawa keluar (penjara) untuk melakukan kerja-kerja komuniti tetapi tidak dipakaikan gelang.

“Jadi pemilihan penjenayah mana yang terlibat adalah berlandaskan keputusan pihak mahkamah dan polis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Kampung Bintawa Tengah sekali gus merasmikan padang petanque di kampung terbabit, malam kelmarin.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, penggunaan gelang untuk banduan penjara itu akan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

“Saya tidak dapat memberikan waktu yang tepat bila pelaksanaan penggunaan gelang itu akan diaplikasikan di sini memandangkan Semenanjung Malaysia telah mula menggunakannya.

“Tetapi pada mesyuarat bersama pihak polis pada hari Khamis akan datang, saya akan cuba usulkan perkara ini,” katanya.

Mengulas mengenai jeriji besi yang terdapat di beberapa ” “balai polis di sekitar bandar raya ini, Wan Junaidi berkata: “Jeriji besi yang dipasang pada tingkap-tingkap, sebagai contoh di Ibu Pejabat Polis Sentral telah wujud sejak zaman koloni lagi.

“Ia bukan bertujuan untuk menakutkan orang awam dan oleh kerana ia tidak menjejaskan bangunan tersebut, maka ia dibiarkan sahaja,” katanya.

Beliau menambah, struktur binaan lama beberapa balai polis tidak akan diubah suai sebaliknya dikekalkan untuk nilai sentimen yang telah wujud sejak zaman penjajahan British.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>