Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Jauhi perkara bawa kemudaratan

$
0
0

Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat sambut perayaan dengan aman

KUCHING: Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat hidup dalam suasana aman, berdaulat dengan pelbagai suku kaum yang kaya budi bahasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, rakyat Malaysia harus bersyukur kerana dapat menyambut setiap perayaan dengan gembira dan harmoni berbanding negara-negara lain yang sedang bergolak seperti Mesir.

“Mereka (rakyat Mesir) terpaksa menahan sebak akibat ribuan ibu, ayah dan anak terkorban dalam perang saudara sewaktu Hari Raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Bintawa Tengah, malam kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong menegaskan, rakyat Malaysia perlu mengelak sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan negara seperti demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan mahupun perhimpunan haram yang akan menjejaskan imej negara.

“Sebagai rakyat majmuk yang tinggal di Malaysia, kita sepatutnya berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengadakan rusuhan yang tidak sihat. Jangan jadi seperti rakyat Mesir di mana orang Islam membunuh orang Islam sendiri.

“Kita dilahirkan bersaudara, maka sepatutnya kita menjaga hubungan baik ini tidak hanya sesama Islam tetapi juga dengan (penganut) agama lain,” tambahnya.

Pada masa sama, Wan Junaidi menasihat orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai hasutan luar yang menjadi ‘jarum halus’ bagi mengucarkacirkan perpaduan bangsa, agama dan negara.

Pada majlis yang ringkas namun meriah itu, Wan Junaidi turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras kepada 30 warga emas dan ibu tunggal dari kampung tersebut.

Sumbangan adalah ihsan pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bintawa Tengah.

Sementara itu, Pengerusi KRT Bolhassan Rosli dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk kerana kampung tersebut telah dinobatkan sebagai ‘Kampung Selamat’ oleh pihak polis.

“Syabas dan tahniah kepada KRT serta penduduk kampung atas komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan kampung kita sentiasa dalam keadaan sejahtera.

“Saya amat bangga kerana kampung kita ini telah dilabel sebagai Kampung Selamat oleh pihak polis,” katanya.

Beliau memberitahu, pihak KRT berjanji akan sentiasa memupuk semangat kejiranan sebagai usaha untuk memajukan kampung serta peka akan kesejahteraan penduduk sejagat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>