Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Semua pihak bertanggungjawab semai erti sebenar kemerdekaan

$
0
0

KUCHING: Tugas menyemai dan memperjelaskan erti sebenar kemerdekaan kepada generasi baharu bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah tanggungjawab semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, sekiranya masyarakat tidak menghayati kemerdekaan maka perpaduan dan kerhormanian warga Malaysia yang berbilang kaum sukar dipertahankan.

Malah, tegasnya, perbalahan boleh berlaku seperti mana yang berlaku di negara luar yang rakyatnya hidup dalam keadan huru-hara tanpa kerajaan yang stabil.

“Menyemai dan menperjelaskan erti kemerdekaan kepada kepada generasi baharu adalah tanggungjawab semua agar perpaduan bangsa Malaysia dapat dikekalkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Beliau turut mengingati masyarakat agar menghayati zaman sebelum merdeka di mana bekalan elektrik, jalan raya, air bersih tidak dapat disediakan yang amat jelas berbeza dengan keadaan masa kini.

“Selepas merdeka kerajaan berusaha membina prasarana dan infrastruktur dengan sebaik mungkin dan kini jalan raya telah pun banyak dibina sehingga ke kampung malah pendidikan anak-anak sekolah dititik beratkan, peluang ekonomi dan bermacam lagi disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Sempena kempen mengibar Jalur Gemilang yang bertemakan ‘Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku’ pada tahun ini, Nancy turut melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sadong Jaya dan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Sadong Jaya.

Majlis yang dihadiri lebih 300 penduduk kampung turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Kamaluddin Mohd Effendie, Pegawai Penerangan Daerah Samarahan Hamsiah Wan Mohbar dan tetamu kehormat lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>