Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Seramai 83 peserta dari daerah Kapit dan Song hadiri Program Azam Kerja

$
0
0

KAPIT: Seramai 83 peserta pelbagai latarbelakang dari daerah Kapit dan Song menyertai Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) Azam Kerja Peringkat Bahagian Kapit anjuran Pejabat Tenaga Kerja Kapit mulai petang semalam hingga Selasa depan di Hotel Meligai, di sini.

Pegawai Tenaga Kerja Kapit Richard Sandak Patan ketika ditemui pagi semalam berkata, para peserta yang mengikuti program berkenaan akan diberi latihan intensif serta motivasi bagi meningkatkan nilai-nilai kebolehpekerjaan dalam diri mereka.

“Selain itu, peserta juga akan diberi latihan kemahiran berfikir dan berkomunikasi sebagai persediaan menghadapi temu duga dan teknik-teknik menjawab soalan temu duga, etika berpakaian dan keperluan seperti dokumen-dokumen yang harus dibawa semasa menghadiri temu duga kelak,” ujarnya.

Menurutnya, antara objektif program ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada pencari kerja melalui temu duga oleh para majikan yang menyertai program tersebut dan menyediakan peluang penempatan pekerjaan serta latihan bagi tujuan penyesuaian kerjaya kepada Ahli Isi Rumah (AIR) miskin yang telah berdaftar dalam sistem e-Kasih.

“Selain itu, menyediakan perkhidmatan pendaftaran pencarian pekerjaan secara manual dan Online melalui portal JobsMalaysia dan mendedahkan pencari kerja kepada persediaan memasuki pasaran pekerjaan di bawah ‘Programme Employability’,” jelasnya.

Beliau menambah, program berkenaan merupakan aktiviti tahunan Pejabat Tenaga Kerja bagi meningkatkan pendapatan pekerjaan.

“Justeru, Program Azam Kerja yang dilaksanakan oleh jabatan berkenaan adalah salah satu daripada program dibawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kementerian di mana golongan sasarnya ialah kumpulan berpendapatan rendah serta tersenarai dalam e-Kasih.

Beliau turut menasihati para pencari pekerjaan supaya datang untuk temu duga terbuka di Dewan Suarah pada 21 Ogos ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Sila bawa bersama dokumen penting seperti sijil persekolahan, kad pengenalan dan dokumen relevan lain. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk mengikuti Program 3P masih boleh membuat permohonan dengan datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja di sini,” jelas Richard.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>