Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lesen 11 stesen minyak ditahan

$
0
0

WAN AHMAD UZIR

KUCHING: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak menahan lesen 11 stesen minyak selepas pemiliknya didapati menjual diesel kepada sindiket, selain memberi amaran kepada 20 lagi stesen yang terlibat dalam kegiatan itu.

Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, lesen 11 stesen minyak yang disenarai hitam itu kini dipegang oleh pihaknya, meskipun kesemua stesen terbabit masih dibenarkan untuk beroperasi.

“Kita mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen mereka serta-merta.

Bagaimanapun, jika kita berbuat demikian, kita boleh dicabar di sisi undang-undang dan kita perlu mengemukakan keterangan penuh berhubung stesen-stesen minyak yang bekerjasama dengan sindiket.

“Dan, kita mungkin tidak mempunyai bukti penuh kerana kita tidak dapat mengemukakan bukti bahawa lori atau kenderaan pacuan empat roda diubah suai oleh sindiket itu.  Kita hanya boleh mendapatkan kenyataan daripada pemandu lori.  Itu sahaja,” katanya kepada The Borneo Post, semalam.

Atas nasihat bahagian undang- undang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wan Ahmad Uzir terpaksa mengalah dengan sekadar menahan lesen stesen minyak yang didapati menjual diesel kepada sindiket sebagai satu usaha membendung kegiatan terbabit.

“Pada waktu pembaharuan lesen kelak, kita akan mengesyorkan kepada kementerian agar tidak memperbaharui stesen-stesen minyak yang disenaraihitamkan ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, mengikut peraturan KPDNKK, sesebuah stesen minyak tidak boleh menjual ” “ Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawaklebih 250 liter diesel kepada mana-mana individu.

Namun, katanya, peraturan itu masih gagal membendung penjualan diesel secara haram atau penyeludupan memandangkan sindiket membelinya secara pukal pada harga subsidi dan menjualnya pada harga lebih tinggi kepada pemain industri untuk keuntungan segera.

“Ia merupakan satu perniagaan yang lumayan.

Setakat tempoh Januari hingga Ogos, sebanyak 50 kes dicatatkan dengan nilai rampasan setinggi RM2.24 juta.

“Malah hari ini (semalam), ada kes di Sibu di mana pegawai penguat kuasa kami merampas diesel yang dijual secara haram,” katanya.

Wan Ahmad Uzir menegaskan, beliau yakin beberapa stesen minyak telah bekerjasama dengan sindiket terbabit kerana tanpanya, mereka akan menghadapi situasi kekurangan urus niaga.

“Kita pernah menempatkan pegawai penguat kuasa kita selama 24 jam di sebuah stesen minyak yang mencurigakan dan kita mendapati jualan diesel menurun apabila kerja pemantauan dibuat,” katanya.

Berikutan kekurangan pegawai penguat kuasa, Wan Ahmad Uzir berkata pihaknya tidak dapat menempatkan anggota di setiap stesen minyak setiap hari.

“Sarawak mempunyai sebanyak 250 stesen minyak manakala kekuatan anggota penguat kuasa kita hanya 100 orang,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti membeli dan menjual diesel secara haram sukar dibendung memandangkan pihaknya hanya dapat mewujudkan kes jika stesen minyak diserbu ketika urusan jual beli dilakukan.

“Saya mencadangkan setiap stesen minyak memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Namun meskipun dengan rakaman tersebut, kita masih tidak dapat mewujudkan kes yang kukuh.

“Rakaman CCTV itu hanya dapat menunjukkan sindiket yang membeli diesel tetapi tidak dapat menunjukkan tangki lori atau kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai,” katanya.

Apabila sindiket ditangkap membeli diesel secara pukal, katanya, pihaknya hanya mempunyai kuasa untuk merampas diesel berkenaan.

“Tindakan hanya boleh dikenakan kepada stesen minyak tetapi bukan ahli-ahli sindiket,” jelasnya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>