Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sambutan Aidilfitri meriah dengan program ziarah bersama pemimpin

$
0
0

BETONG: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkesempatan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Kampung Melayu Betong dalam program ziarah bersama pemimpin yang turut disertai isteri beliau Dato Sri Empiang Jabu, ketua-ketua jabatan dan masyarakat sekitar Betong.

Dalam kunjungan tersebut, beliau bersama rombongan berkesempatan berziarah ke tujuh kampung di bawah pentadbiran Kampung Melayu Betong termasuk berkunjung ke kediaman Ketua Polis Daerah, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Betong.

Dalam ucapannya, Jabu menyeru agar perpaduan akrab antara kaum yang ada di sini dikekalkan yang menjadi tunjang dalam membentuk sebuah negara aman dan maju di samping ikatan tali silaturahim terus kukuh.

“Tradisi kunjung-mengunjungi dan berziarah sentiasa menjadi amalan masyarakat tidak kira apa juga perayaan yang disambut di negara ini. Ini membuktikan bahawa masyarakat di negara kita sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum,” katanya.

“Dalam pada itu, seperti kebiasaannya kunjungan sebegini semua kita akan dapat berjabat tangan dan mengekalkan kemesraan yang telah sekian lama terjalin antara masyarakat di sini yang bukan sahaja sesama masyarakat Islam malah kaum-kaum lain juga dapat merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri apabila mereka berkunjung ke rumah rakan mereka yang beragama Islam.

Hadir sama Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel dan isteri, Pegawai Daerah Betong Friday Belik, Penghulu Kampung Melayu Betong, Abang Zawawie Rajit.

Pada majlis tersebut, Jabu turut meluluskan beberapa peruntukan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti masjid, surau-surau dan beberapa pertubuhan dan persatuan yang aktif di kampung-kampung terbabit.

Selain menyampaikan beberapa sumbangan untuk anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas serta pelbagai sumbangan lain yang disediakan oleh jawatankuasa kampung yang terlibat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>